BERSIH 2.0: 14 lagi ditangkap di Alor Setar



Polis Kedah hari ini menahan 14 orang yang sebahagian besar mereka ahli PKR kerana didakwa bersubahat untuk cuba menghasut orang ramai menyertai perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur pada Sabtu depan.

Semua mereka ditahan pada kira-kira jam 9.20 pagi ketika cuba mengadakan sidang media bagi mengajak orang ramai menyertai perhimpunan itu dan membantah tindakan polis menahan aktivits BERSIH di sebuah restoran di Pekan Koboi di Alor Setar.


Antara yang ditahan ialah, Timbalan Ketua Wanita PKR Kedah, Suraya Hashim; Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR negeri, Gooi Hsiao Leung dan Ketua PKR Cabang Kulim Bandar Baharu, Saari Fadzil Hud.

kedah pkr arrested by police bersih 020711 02Mereka juga didakwa cuba menjual kemeja T kuning dengan logo BERSIH.

Sebelum sidang media mereka sempat bermula , polis terus menyerbu dan mengheret beberapa pemimpin PKR itu yang dijadual berucap ke tepi sehingga mencetuskan kekecohan.

Gooi menjerit: “Beritahu kami apa dakwaannya sebelum tangkap kami.

"Ini tidak demokratik,” katanya.

Namun, rayuannya tidak dihiraukan oleh pasukan polis yang diketuai oleh OCPD Adzman yang terus mengheretnya tanpa memberitahu apa dakwaanya.

Hampir 100 anggota polis berkawal di tempat aktivis berkenaan dijadual berucap.

Amaran polis

Ketika dihubungi Gooi berkata mereka kini ditahan Pusat Latihan Mentalon, Anak Bukit tetapi belum dimaklumkan mengenai dakwaan yang bakal dikenakan itu.

Katanya, ahli PKR lain yang ditangkap termasuk Fazil Shari, K Naidu, Suraya Hashim, Asmalela Mohd Ghazali, Lee Kim Hock dan ahli majlis Leslie Daniel.

kedah pkr arrested by police bersih 020711 gooi hsiao leung"Kami baru hendak mula sidang akhbar tetapi polis terus serbu. Ini amat memeranjatkan dan mengarut,” katanya.

Sementara itu ketua polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata semua tahanan akan disiasat mengikut Seksyen 108 Kanun Keseksaan kerana didakwa bersubahat untuk mengadakan perhimpunan haram dan Seksyen 27 Akta Polis kerana berhimpun secara haram.

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan itu atau mana-mana majlis yang berkaitan BERSIH yang tidak mempunyai permit.

"Kita juga sedang memantau semua ceramah di negeri ini. Kita memang bersiap sedia,” katanya kepada wartawan.

"Kita tidak akan bertolak ansur dan tidak teragak-agak untuk menangkap sesiapa yang berani melanggar undang-undang.

“Jika ada yang degil dan berkeras mahu menyertai majlis-majlis ini, berfikirlah dua kali dahulu,” tegasnya lagi.

Malaysiakini

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. bini sapa lah daalm gambar ni . bertudung baik punya . kesian aku tengok . jadi alat propoganda seorang hindu pro-murtad yang tak puas hati islam dijadikan agama rasmi di malaysia . tulah makcik lain kali selidik dulu apa ada disebalik batu.

    ReplyDelete
  2. Salute kepada pejuang2 Bersih yang tak takut ditangkap, Salute kepada makcik2 dan isteri2 yang berani turun padang bersama rakyat menyuarakan kekotoran kerajaan. Salute untuk semua rakyat yang berani memBERSIHkan SPR dan memBERSIHkan kerajaan yang penuh dengan al-dajjal dan munafikin UMNO. Salute untuk rakyat yang sedar disebalik batu itu ada orang2 tua UMNO yang nama saja Islam tapi gila kuasa mengalahkan zionis yang sekarang ketakutan teramat sangat kepada pemBERSIHan oleh rakyat. Salute kepada semua rakyat yang buat UMNO terkencing dalam seluar!

    ReplyDelete
  3. tidak ada ape yg perlu dikesalkan utk menentang barisan rasuah apeco laknat.
    kepada yg meyokong apeco rasuah.. lu org ingatlah sama akhirat kelak.

    ReplyDelete
  4. DIA BERTUDUNG... LEBIH BAIK DARI BINI PM 1MALAYSIA YANG TAK BERTUDUNG... MALANGNYA ORANG UMNO!!!

    ReplyDelete
  5. PR menang outra jaya heret mrk yg salah guna kuasa,perasuah dan ketidakailan telah lama berlaku terutama DAFTASR PENGUNDI SPR

    ReplyDelete
  6. Kalau buta mata,masih boleh berubat di hospital,tapi bila buta perut macam Suara Anak Mamak,yang demo kat Penang(SEMAK) tak ada Dr didunia yang boleh ubatkan..

    ReplyDelete
  7. slm seikh..masuk jail utk makhluk mmg mudah..masuk jail utk allah baru xda sape nak buat seikh....try la pakai serban naik moto,polis tahan ckp sunnah.kena saman jngn byr,g masuk jail,kalo kita wat prkara ni 1 kampung ckp kita bodoh seikh..tp berhimpun wat keja sia2 2 1 kampung puji ckp kita hero hehe..pasal makhluk daki gunung jd mudah seikh..walahuaklam seikh.

    ReplyDelete
  8. Puak ameno kalau nak buat contoh mesti sentuh bab serban,tudung,janggut...awat dok fobia sangat...hang polis yg kuat makan rasuah tu kottt,hujung bulan pau Bangla Indon...

    ReplyDelete
  9. tak perlah makcik . nanti ada 400 orang peguam dari PKR yang akan bela makcik . tu pun kalau ada coverage CNN lah . kalau tak kau tanggunglah sendiri makcik oiiii .

    ReplyDelete
  10. Wah tak adillah mcmni semua nak kene tangkap ke??.....kesiannye. Mana hak kebebasan bersuara. Macamana nak tengok semua puak-puak ni buat perhimpunan ramai-ramai nanti...Keluarlah beramai-ramai buat phimpunan x kira penentang dan penyokong Ambiga ni(aku rasa lebih ramai penyokong kott)...semualah pergi bhimpun...lps tu bhimpun utk bubarkan semua mahkamah dan p. polis, yang ada....hahaha.... memang meriah hahaha..

    ReplyDelete
  11. Hadith Nabi Muhammad s.a.w dan keputusan Ijma' Ulama Imam2 Besar rujukan umat Islam seperti Imam an-Nawawi rahimahullah, Imam Ibnul Qayyim rahimahullah, Imam Abu ‘Abdillah al-Qurthubi rahimahullah dll.

    "Akan berlaku selepas peninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku, tidak mengikut sunnahku dengan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya: Apakah harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta-bendamu." [HR Imam Bukhari dan Imam Muslim].
    ...
    Dalam riwayat yang lain juga daripada Ummu Salamah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

    “Akan diangkat para penguasa untuk kamu. Di mana kamu mengenalinya dan kemudian engkau mengingkarinya (kerana ia telah melakukan maksiat). Sesiapa yang benci (terhadap maksiat tersebut), maka ia telah berlepas diri. Sesiapa yang mengingkarinya, benar-benar ia telah selamat. Akan tetapi, sebaliknya pula kepada mereka yang redha dan mengikuti keburukan pemimpin tersebut (dia tidak akan selamat).” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah kami boleh memeranginya (menentanganya)?” Beliau menjawab, “Tidak, selagi mereka masih melaksanakan solat.” Iaitu sesiapa yang membenci dan mengingkari dengan hatinya.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/401, no. 3446)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post