Polis Kuala Lumpur telah mendapat perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai.
Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut daripada PERKASA, BERSIH 2.0 dan PATRIOT supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.
Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh (kanan) berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.
Seramai 66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais.
Seramai 14 orang daripada kumpulan PERKASA pula termasuk presidennya Datuk Ibrahim Ali serta barisan pemimpin tertingginya -- Datuk Ab Rahman Ab Bakar dan Syed Hassan Syed Ali.
Polis turut mendapat perintah larangan bagi menghalang pemimpin pemuda Umno yang mendukung Perhimpunan PATRIOT termasuk ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.
Malaysiakini
haa haaa haaaa haaaa haaa haaa haaaaa
ReplyDeleteNajib , Hisham akan terus ketawa begini terhadap bersih ...
tahniah PDRM . satu tindakan yang patut dipuji . semua kena larang masuk k.l . yang pasti k.l pasti aman sabtu ni .
ReplyDeleteKAU ORG TAK KESIAN DGN PENIAGA KATA RUGI JUTA2, skg satu sen pun tak dapat penuh akal kau org, kalu tenguk iklan kat tv punya la poyo ,tp berseh tetap akan meneruskan hajatnya bila lg nak bersilat dgn water canon. TAKBIR................................
ReplyDeleteMendapatkan larangan dari majistret?!! memang bangang majistret.. main lulus tanpa siasat.. majistret 2x5 bangang macam polis.. tak tahu apa tujuan bersih.. inilah sistem kehakiman yang bersengkongkol dengan penguasa dan penguatkuasa!!
ReplyDeletetak relevan!!!kalau ada yang pakai nama lain??masuk ikut kabel cmne??
ReplyDelete1.Lelaki Jepun Pecah Rekod Dunia Sekali Lagi Dengan Makan 69 Hot Dog
2.Basikal Berjalan Pertama Di Dunia(Apa Ni!!??)
3.Lens DSLR Untuk iPhone
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!