
Pensyarah Media dan Komunikasi Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata negara tidak akan maju sekiranya segala cetusan rasa tidak puas hati dikaitkan kepada pembangkang semata-mata dan bukannya sebagai suara rakyat.
" (Dalam hal ini) terutama sekali ialah sikap. Sikap kita apabila ada kumpulan yang membantah, memprotes, mengkritik dan kita mentafsir serta mendefinisikannya sebagai (perbuatan) pembangkang. Jika kita tidak ubah sikap ini, kita tidak akan maju,kata beliau kepada TvSelangor. .
Dr Abu Hassan berkata sebagai rakyat yang mendokong sistem demokrasi berparllimen " kita sepatutnya harus meraikan demokrasi,” dan bukan mencemuh amalan-amalan yang dikaitkan kepada kebebasan bersuara dan hak berhimpun secara aman.
“Apabila kita meraikan demokrasi, maka akan ada ritual-ritual atau amalan yang mencerminkan demokrasi dan antaranya yang selalu berlaku ialah demontrasi," atau tunjuk perasaan, kata beliau.
Dr Abu Hassan membidas tindakan pihak tertentu yang cuba memberikan gambaran bahawa himpunan Bersih 2.0 sebagai tindakan negatif sekumpulan rakyat Malaysia yang dihasut golongan pembangkang.
Beliau menyifatkan kenyataan-kenyataan Perdana Menteri dan menteri-menteri lain bersabit Bersih sebagai usaha memberikan persepsi buruk kepada rakyat bahawa kononnya pembangkang berhasrat menghancurkan negara melalui siri "rusuhan" secara besar-besaran di ibu negara.
Pemimpin Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang digambarkan sebagai dalang mengumpulkan rakyat dari seluruh pelusuk negara untuk menentang kerajaan.
Media arus perdana pula digerakkan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada tuntutan sebenar Bersih sebagai sebuah himpunan aman yang menuntut pilihan raya adil dan telus.
Dr Abu Hassan berkata taktik itu hanya boleh mempengaruhi segelintir masyarakat yang cetek pemikirannya dan mereka yang tidak mendapat akses kepada maklumat yang telus dan seimbang.
Beliau berkata Bersih menzahirkan bahawa proses demokrasi di negara ini berjaya dihidupkan semula oleh NGO-NGO yang berkesedaran terhadap kepentingan suara rakyat.
Dr Abu Hassan menyifatkan pendirian Datuk Seri Najib Razak yang tidak konsisten dengan kenyataannya untuk membenarkan perhimpunan Bersih diadakan di stadium sebagai hanya merugikan negara.
" Perkara tentang pertukaran lokasi himpunan, (guna alasan) Stadium Merdeka itu suci atau tidak, itu hanyalah slogan-slogan atau pun retorik politik yang boleh diberitahu oleh sesiapa. Namun apa yang didesak oleh rakyat sekarang ini ialah jaminan bahawa mereka akan memiliki penghidupan yang sejahtera,” kata beliau.
" Tidak mungkin, tidak mungkin ada rakyat (Malaysia) yang mahu menghancurkan negaranya sendiri. Apabila Nicolae Ceaușescu memerintah Romania selama 20 tahun, rakyatnya miskin,rakyatnya dibunuh, maka rakyat jugalah yang bangkit menyelamatkan Romania. Begitu juga di Mesir,"tegas beliau.
Menurut Dr Abu Hassan lagi, kerajaan pada hari ini harus sedar bahawa kebangkitan rakyat di sesebuah negara itu adalah bersebab dan mereka bukan berhimpun beramai-ramai tanpa alasan yang kukuh.
Beliau mengingatkan bahawa himpunan Bersih 2.0 menuntut lapan perkara yang dipersetujui demi sebuah pilihan raya yang adil dan bersih, harus dipandang serius oleh kerajaan.
" Jika setiap pemimpin boleh mengarahkan sejuta rakyat untuk berkumpul bagi mendengar suara mereka seperti dalam perasmian, konvensyen, kenapa pula apabila beberapa orang rakyat berkumpul, mereka dianggap sebagai perusuh? Mereka dianggap sebagai penyangak? Sedangkan mereka berhimpun untuk menyatakan (hasrat) kepada pemimpin,” kata beliau.
" Jika pemimpin boleh menghimpunkan sejuta orang di dalam stadium untuk mendengar hujahan mereka, maka sudah tiba pula, pemimpin (perlu) bersetuju untuk mendengar luahan beberapa orang rakyat. Ini asas demokrasi. Kita tidak mahu ketidakadilan, kita tidak mahu kemusnahan dalam aspek-aspek di mana kita tidak adil dan saksama kepada ahli masyarakat," tegas Dr Abu Hassan lagi.
Mengulas tohmahan media arus perdana kononnya himpunan Bersih membuahkan unsur-unsur ganas, Dr Abu Hassan sekali lagi menegaskan, perhimpunan aman bukan satu kesalahan mahupun jenayah dalam sebuah negara berperlembagaan seperti Malaysia.
" Tidak timbul isu kononnya demontrasi memberi ancaman, kerana demontrasi sama sekali bukan rusuhan. Demontrasi sama sekali bukan peristiwa amuk mana-mana pihak sehingga boleh mencetuskan konflik ke atas negara,"jelas beliau.
TVS News
Malaysia for Malaysians not for Malays and not for UMNO and certainly not for BN. We are Malays, we are Chinese, we are Indians and whatever but that are not our race. Our race is Malaysian first not Malay first and our country is Malaysia, a country of the people, by the people and for the people, not a country of UMNO, by UMNO and for UMNO kepala bapak dia punya!
ReplyDeletepecacai2 umno harus sedar, apa yg berlaku hari ini adalah permulaan suatu perjuangan rakyat untuk menyingkir pemimpin2 zalim, dayus, fasiq & munafiq umno. Perjuanagan ini tak kenal jemu dan penat sehingga regim ini tersungkur. pecacai2 umno sekelian boleh menentang arus semahunya, tapi percaya lah yg hak itu akhirnya akan menang dan yg bathil itu akan tersungkur.
ReplyDeleteMANA PENCACAI UMPORNO YANG KUAT MENYALAK!! KOMENTAR LEPAS PUNYA HANGAT MELALAK! DAN KAKU TAK TERKATA K?! BANGANG.
ReplyDeleteabu hasan hasbullah ni bukan ker yang buat ramalan pasal kemenangan PKR kat sarawak dulu . kalaulah pendapat mamat zetron ni boleh dipakai maknanya ketua menteri sarawak sekarang ni adalah baru bian....
ReplyDeletebaru bian seorang kritian manakala taib seorang munafik kalau dikira mengikut mathamatik 2x5=10 5x2=10 malah munafik lebih bahaya dari kritian kerana munafik ini musuh islam dalam silimut atau musang berbulu ayam sedangkan kristian kita kenal kerana ia datang dengan rupa musuh yang sebenar.
ReplyDeleteBerahim Ali pi mana haaa....? dah diam. Mari2 siapa mau daftar jd ahli PERKASAM........RM 10 aje maaa! sudah kaya kot Berahim ni sbb tu dok diam je!
ReplyDeleteramalan yg dibuat bersandar kan pd mood rakyat sarawak... dgn tidak mengambil kira praya yg berat sebelah.. rasanya ada bukti video menunjukan tok batin mengaku disogok duit.. pakatan tidak dibenarkan berkempen... maka ramalan tu adalah tepat yg mood rakyat sarawak inginkan perubahan...
ReplyDeleteini terbukti krn jumlah sokongan kpd pakatan meningkat...oh ya.. mana janji njib kata taib akan letak jawatan sbg ketua menteri???
Apa yg kita nampak adalah keberanian rakyat di barisan BERSIH. Mereka terima hakikat mungkin ditahan, dibelasah & seksa tetapi rakyat BERSIH & Pembangkang tetap berani cakap, berani buat. PKR mungkin di hijack Oppositions adalah karut. BN juga kata ada konspirasi Pembangkang di sebalik BERSIH. So what...!
ReplyDeleteYg penting adalah rakyat bangkit lawan kekejaman BN. Hidup BERSIH, Hidup PAS, Hidup PKR, HIdup DAP.
Puak umno patut baca ni. Dah lama sangat otak tu brkarat krn hari-hari mengadap berita tv3. Otak yg tak dak timbal-balik, terus masuk ke otak dan terima je.
ReplyDeleteAku agak pemberita di tv3 semua kaki bodek tak da etika.pemberitaan dia UMNONGOK pihak baik. PR geng jahat apa pun pr buat semua salah umno buat semua betul.PEMBERITA TV3 SEMUA BOLIH LA BERHENTI BUAT LAPURAN BERAT SEBELAH, TAKUT TAKDA KERJA NANTI BOLIH KERJA DGN TV SELANGOR.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!