BERSIH 2.0 : Catatan seorang peserta Cina yang turut serta..



... Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu. Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan.


Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan. Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.

Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat.

Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang. Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang. Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib! Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit!

Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi. Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan. Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami. Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA? Pemuda UMNO? Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan.

Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!" Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama. Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian.



"BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!" Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan. Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda. Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka. Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi. Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu.

Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak. Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya.

Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak satu pasukan yang lebih besar, kemas sususannya berarak dari arah Hospital Tung Shin. Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya. Tidak berhenti kami bertepuk tangan. Kami menjerit sepuas-puasnya. Saya nampak ramai yang menakung air di matanya. Saya amat terharu. Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang. Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian!

Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung!

Kami berkumpul di depan Menara MayBank. Saya tak dengar apa yang diucap pemidato. Tapi saya hanya seorang penyokong. Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian.



Kemudian saya mendapati trak FRU. Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu. Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru. Saya rasa macam tersengit. Baunya sangat tidak menyenangkan. Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya. Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya. Ada pula yang memberi garam kepada saya.

Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini.

Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank. Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi. Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua. Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!"

Saya berehat seketika. Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan. Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana. Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun. Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!" Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan....

Matlamat sama..

Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami. Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu muncul bersama. Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!"

Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS. Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat. Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan.

Terima kasih, sahabat semua. Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama. Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan.

Saya menyeru agar lebih ramai bangkit dari tidur, dan mereka yang sudah sedar, biarlah bertindak.


MerdekaReview

21 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. seperti biasa melayu masih bodoh sibuk menjerit tanpa tahu apa itu 8 tuntutan bersih.
    cina pulak akan berselindung disebalik melayu bila isu keselamatan. bila isu ekonomi dia org terus tutup melayu.

    ReplyDelete
  2. dah kali ke berapa lah yg kt dah katakan tuntutan bersih.. balik balik ckap kita tak tahu apa tuntutan bersih... camne lah hang bgtau kita org apa yg hang tahu apa itu tuntutan bersih??

    dlm isu ekonomi org melayu terus ditutup oleh segelintir org cina ialah krn konsep puak kau yg meng ali babakan lesen/ap... aku teringat ada satu ketika di siarkan dlm utusan malaysi bgaimana dua kwn melayu-cina berkongsi satu syarikat dan mereka telah berkawan rapat.. dua dua berjaya...

    aku masih ingat bgaimana satu kjadian kemalangan maut berhampiran templer park.. 10 thn yg lalu.. semua kereta tak berhenti ttp amoi cina tu berhenti... kwn aku kerja dgn cina... deposit rumah dia cina tu yg bagi..

    dan bgaimana wife aku dgn bank cina dpt performance bonus 2-3 bulan ttp bila di merge kan dgn bank melayu.. smp skg tak pernah dpt !!!

    dan aku ada keluarga cina yg kami panggil angah cina dan yg bongsu adik.. kedua dua org tua aku dia org panggil mak dan ayah.. abg aku buat kenduir kawin dia duduk setengah hari kat khemah yg panas..

    moral nya... cina yg dtg pd hari bersejarah itu ialah dr kumpulan yg anti kotor dan salah guna kuasa.. dan jika bangsa dia memerintah org ni jugak yg akan berhimpun... inilah kebijasanana allah yg maha bijaksana...

    ReplyDelete
  3. ini kata kata aku kpd seorg cina..

    dulu cina tipu melayu..
    skg melayu tipu melayu..

    terkini..

    melayu tipu cina...

    ini merujuk kpd melayu amprono yg bila buat bisness dgn kaum sendiri kalau tak kelentong tak sah... smp cina pun dia terror kelentong.. kalau ada yg jujur pun susah nak dapat..

    ReplyDelete
  4. hakikat hidup... bukan semua melayu tu baik dan bukan semua cina tu baik..

    kita lah yg menilai tindak tanduk kita samada fitrah kita sbg manusia yg tegak kpd kebenaran dan kebenaran (bergantung kpd keadaan) yg di campakan Allah kpd manusia.. kita kena berebut rebut mendapatkan nya.

    di israel bukan semua yg setuju dgn tindakan tentera zionis..

    ReplyDelete
  5. Masa Ambiga bawak kes murtad tak de lak yang belah sana nak lawan betul2 tapi bila ambiga bawak isu lain nak lak sokong, mane lebih penting agama ke sokong ambiga .... ini le melayu

    ReplyDelete
  6. rumah yg aku duduk skg bermasalah krn tidak dpt keluarkan duit epf sbg bayaran muka ... menurut peg epf indicator sistem menunjukkan aku dah pernah keluarkan duit epf..

    hampir 3 tahun lebih masalah tak selesai... kadar bunga meningkat
    puluhan ribu . . bila masalah epf selesai aku g pejabat developer kepunyaan org cina.. sengaja aku kata nak rayu dan kerani melayu tu suruh aku jumpa miss yap..

    aku jumpa dia dan kata aku mtk di pertimbangkan kadar bunga tu.. dia tny aku nak kurang kan berapa ... aku jwb (aku sendiri tak percaya ..) rm 40,000.. dlm masa tak smp 5 minit dia apprv kan... aku tak de merayu rayu mcm desprate sgt... aku dgn wife aku betul betul terkejut... aku mtk lebih sikit.. dia suruh buat surat tp krn rm40,000 tu byk.. kami pun terima lah..

    dr pengalam aku ini hrp anon july 13, 7:35 jgn lah bersangka buruk dgn semua kaum cina.. ada yg berperangai buruk tp bukan semua .. mcm melayu kita bukan semua boleh diharapkan...

    skg krn miss yap .. aku dah mendiami rumah ini selama 12 tahun...

    ReplyDelete
  7. Konon UMNO itu Melayu, tapi dalam UMNO Cina pun Melayu, India pun Melayu, mat salih pun Melayu dan Mamak pulak lebih Melayu dari Melayu. Nama2 Melayu pun dah tak sah kalau tak letak nama bukan Melayu....Shanley, Rosa, Pierre, Petra, etc, etc...Rambut Melayu pun blonde tak mau hitam2 dah..Bila cari laki cari bini pun nak yang bukan Melayu, nak mat salih, lepas kawin kena cerai lepas tu keluar baka bukan Melayu...Ini ke nasionalisme Melayu yang UMNO laungkan? Melayu butuh apa ni?

    ReplyDelete
  8. anak bini presiden UMporNO pun kahwin dengan setengah mat saleh (kazakh lah tu), melayu mana ada yg layak nak kahwin anak bik mama!!

    ReplyDelete
  9. JD,

    Tak habis2 nak spin pasal agama macam lah kau tu alim. Ambiga tu lawyer Lina Joy yang nak murtad, bukan dia sokong tapi dia lawyer yang buat kerja untuk client dia, macam semua lawyer jugak, dia buat apa yang sistem negara benarkan dia buat untuk seorang rakyat yang ada hak gunakan ikut undang2 yang sah. Habis tu UMNO yang terer sangat konon menentang murtad ada ke dapat halang sapa2 yang nak murtad? Ambiga lawan dalam jelas dan terang tentang hak seorang rakyat yang nak murtad, tapi UMNO yang ramai munafik lebih suka duduk dalam gelap buat segala kemungkaran itulah yang kau nak lecture kitorang tentang agama? Pergi mamposlah dengan khutbah bodoh kau tu, kau tu pendakyah bukan pendakwah, ada faham? Melayu yang sokong Ambiga tidak akan jadi Kristian tapi Melayu yang sokong UMNO lebih baik jangan bercakap pasal agama naik meluat kitorang dengar.

    ReplyDelete
  10. JD Ipoh,
    masa kes Lina Joy tu kau masih hisap puting lagi ke? kalau tak tahu, tak faham, kau masuk google pi tengok sendiri betapa hebat perdebatan masa tu. Jangan dok main tuduh aje!!
    kenapa lah pecacai UMporNO ni bodoh2 semuanya??
    Rakyat sokong BERSIH bukan pasal ambiga, bukan pasal anwar, bukan pasal ust. Hadi tapi pasal rakyat dah bosan dengan tipu muslihat UMporNO utk kekal kuasa dgn guna cara kotor dan jijik. Rakyat sokong BERSIH sebab pemimpin UMporNO penipu, tak jujur, khianat!! Ada Faham!!!

    ReplyDelete
  11. Sebab dia lawyer dan kerja dia membela orang melayu nak sokong, bila tukar baju je nak perjuangakn hak orang marhaein...... fikir le tuan

    ReplyDelete
  12. JD Gampang! apa hang mengarut! tak dak hujah konkrit ka lagi nak spin isu murtad! hahaha.. mampuslah hang dah lah bangang, ada hati nak spin isu murtad, konon nak kenakan penyokong PR la.. sendiri kena spin.. bodoh betul..! anyway aku suka hujah kuat hang FMZam pasal kes murtad.

    ReplyDelete
  13. Kisah yang ceritakan ini mengingatkan saya kepada satu filem dari amerika iaitu 'Remember the Titan' (lakonan denzel washington) dimana lelaki kulit putih dan hitam yang pada awalnya membenci antara satu sama lain telah berjaya membawa pasukan bola sepak kolej mereka ke peringkat akhir wilayah. Kesatuan membawa kejayaan!

    ReplyDelete
  14. FMZam aku sokong hujah anda, tp buat puak2 yang dh keras hatinya apa saja media utama spin dia terima bulat2..aku rasa mamat JD ni newcomer selain anak kg pertama..apa yang penting pelbagai kaum boleh bersatu tanpa kira warna kulit atau agama..itu yg UMNO paing gentar..berlawanan dengan cara pecah perintah yang diamalkan sekarang sejak mamakdey memerintah

    ReplyDelete
  15. Membuak semangat eden bilo membaco eh. Klu le d beri kebonarn brhimpun d stadium, tak lah susah mcm ni & pasti brjalan dgn aman. Prmintaan BERSIH bukan nk angkat senjata tp nk angkat dakwat kekal sewaktu PRU nnti. Itu pun dh kecut & mengelabah. Apo punyo sial ar kjaan skrg ni. SPR d pertahankn oleh kjaan korup.

    ReplyDelete
  16. jd ipoh,
    dulu tokwan hang lepas tu pak hang dan lani hang mewarisi umno yang tidak mahu kepada pelaksanaan hukum islam, bila ada orang melayu murtad kerana dasar sekolar umno yang menolak islam maknanya tokwan hang, pak hang dan hang termasok dalam kalangan orang yang suka bagi orang melayu murtad lepas tu cuba salahkan orang lain.

    ReplyDelete
  17. Anon July 13, 2011 1:27 PM

    Jawapan kau terbaik utk orang2 macam JD (Jaguh Dungu)tu.

    Gua caya sama luuu

    ReplyDelete
  18. penternak_lipan(urbanLEGEND)July 13, 2011 at 6:41 PM

    betul ler..tugas lawyer...dia buat apa yg patut. berlandaskan undang2..macam kes al ma'unah yg dikatakan cubaan menggulingkan agong... ahli2 al-mau'nah lantik lawyer..dan lawyer tu jalankan tugas yg berlandaskan undang bagi pembelaan ahli2 al ma'unah..tapi adakah lawyer yg membela geng al ma'unah ni juga patut di cop sebagai ahli yg cuba menggulingkan agong...?
    jawapannya..ada kat JD ipoh....pakat2 tunggu jawapan dari JD.apa jawapan bodoh dia nak spin nanti..
    taik hang....!!!

    ReplyDelete
  19. Aku bekerja dengan cina.Tak semua cina menipu dan tak semua melayu jujur.Untuk pengetahuan suatu hari aku berjumpa dgn bos aku ni untuk meminjam wang bagi mendirikan sebuah rumah untuk keluarga ku dan aku memohon agar pinjamanku dipotong melalui gaji.Mungkin rezeki anak2 ku, pinjamanku lulus tidak sampai 5 minit dan tidak perlu membayar sesen pun kembali.Yang mengharukan ku bersama isteriku segala peralatan rumah berjenama dihadiahkan kepada ku.Aku tidak lupa jasa2 bos yang berbangsa CINA.

    ReplyDelete
  20. LETIH AKU DGN PUAK UMPORNO NI. MELAYU MELAYU MELAYU! ASSABIAH SGT SMPAI MEMALUKAN KAUM SENDIRI. NABI PUN KATA ASSABIAH TU HARAM!! YG PENTING KITA HIDUP HARMONI SESAMA KAUM BANGUNKAN NEGARA DAN BENTERAS YG BATHIL SERTA PEMERINTAH YG RAKUS!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post