BERSIH 2.0 : Patutlah Peniaga Rugi...



Beberapa jalan di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup atau dilencongkan bermula tengah malam ini, dalam usaha polis cuba menyekat perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan di Stadium Merdeka, esok.


Selain BERSIH 2.0, Pemuda Umno juga berkata mereka akan berkumpul di Jalan Bukit Bintang pada jam 10 pagi sebelum berarak ke Stadium Merdeka.

azlanMenurut sumber ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur, jalan-jalan yang akan ditutup atau dilencongkan adalah sepanjang Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara.

Gangguan juga akan berlaku di sepanjang Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara.

Kawasan lain adalah sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.

NONESehubungan itu, polis meminta orang ramai memberi kerjasama untuk sentiasa mematuhi peraturan lalulintas dan arahan semasa oleh anggota polis trafik yang membuat kawalan.

Polis juga menasihatkan orang ramai yang tidak mempunyai urusan penting di pusat bandar agar tidak memasuki kawasan berkenaan esok bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.

Setakat ini, polis tidak mengeluarkan sebarang permit bagi sebarang perhimpunan, esok.

Sementara itu, beberapa laluan di pusat bandar dilaporkan juga telah ditutup sebelum tengah malam ini.

NONESelain itu, beberapa sekatan jalan raya yang menghubungkan pusat-pusat bandar juga telah dijalankan sejak petang tadi yang dipercayai bagi melumpuhkan perhimpunan BERSIH 2.0.

Antara laluan berkenaan adalah di Dataran Merdeka dan Stadium Merdeka.

Meskipun keadaan dilaporkan terkawal dengan pengguna kenderaan memberi kerjasama selain mematuhi arahan pihak polis, namun lalu lintas mulai sesak apabila orang ramai pulang dari pejabat.

Malaysiakini

16 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. kalau berdemo kat stadium malawati kan untung . kalau tak silap perkiraan demo bersih boleh jana pendapatan rm21 juta gitu kat selangor ...

    ReplyDelete
  2. aku nak join.. tapiiii....

    yg penting ape2 pon kita serah pada Allah moga pejuang2 rakyat menang...

    ReplyDelete
  3. anti meLAYU BODOH....July 8, 2011 at 9:34 PM

    apa susah klau polis dah buat lencongan..esok BERSIH plak buat lencongan,pergi tmpat ln, biar puak2 polis anjing bodoh tu tuggu kt situ.takda sapa lalu...

    ReplyDelete
  4. ada sbb tak buat kat stadium malwati.. kjaan selangor dibwh pakatan berjaya meningkat ekonomi selangor sehingga beri air percuma.. jd rm 21 juta tu tak de hal lah...lg pun tak thrill buat kat situ.. sb kalau buat kt std merdeka .. kau dan seangkatan tentu 'berbulu'...

    skg boleh buat perhimpunan kan..?
    skg boleh buat perhimpunan kan..?

    dulu tak boleh kan... skg boleh kan... faham tak apa makna nya???

    ReplyDelete
  5. Peniaga rugi? Mana ada peniaga yang kata untung bila ditanya JHDN semua kata rugi. Esok Bersih buat rally semua peniaga tutup aje kedai satu hari apa susahnya, kira cuti lah tu takda hal, anggap public holiday untuk semua pekerja kedai.

    ReplyDelete
  6. perkasa & pemuda umno sajalah berhimpun di Stadium Malawati tuu... baru tak berkecamuk. perkasa n umno nak melalak sampai 3 hari 3 malam pun tak pa.... ini orang keistana kita nak ke istana. orang nak ke stdm merdeka kita nak ikut kestdm merdeka..... perkasa & pemuda umno kontang idea!

    ReplyDelete
  7. yerlah perkasa dan patriot ni koman betul . kontang idea . lainlah dengan bersih boleh consult , mintak nasihat , brain-storming dan mintak dana lagi dengan Maureen Aung-Thwin . aalaaaaa perempuan burma yang keje dengan Open Society Foundations (OSF) tu. George soros mesti kenal punya . geng anti-islam mestilah satu kepala.

    ReplyDelete
  8. Anon 10:54,

    1000 kali perempuan Burma tu lebih baik dari Rosmah perempuan sundal (Najib's bitch) tu, ada faham?

    ReplyDelete
  9. "Dari Wail r.a. berkata: Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu jika kami mempunyai pemimpin yang menahan hak kami dan mereka meminta hak mereka dari kami? Baginda menjawab: (Sewajarnya kamu) sentiasa mendengar dan mentaati mereka kerana hanyalah atas mereka apa yang mereka kerjakan dan atas kamu apa yang kamu kerjakan." [HR Imam Muslim].

    ReplyDelete
  10. Skrg BERSIH dah 1Malaysia tau tp pemahaman org kg masih d tahap rendah krn serangn media yg brtali-arus kononny buat rusuhn. Bab ini perlu ambil serius iaitu kena smpaikn berita sohih tujuan sebenar BERSIH kpd org kg. Org melayu lah paling lemah pemikiranny.

    ReplyDelete
  11. BARISAN NAZIZONISION(BN)ALJuly 8, 2011 at 11:43 PM

    sebab terlalu liat dimomok buaian subsidi dan hak bumiputra 65% itulah senjata umnobrok utk terus berkuasa,melayu cerdik mereka anggap melayu derhaka pada perjuangan bangsa

    ReplyDelete
  12. ORANG MELAYU KENA SIRAM
    ORANG MELAYU KENA COTA
    ORANG MELAYU KENA HANTAM
    ORANG MELAYU KATA BERJUANG

    ORANG CINA RELAX KAT RUMAH
    ORANG INDIA MAKAN ANGIN
    ORANG KAFIR TEPUK TANGAN
    MELAYU BODOH KENA CUCUK HIDUNG

    HAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  13. Bila MELAYU PANDAI pun kena cucuk hidung tak sedar yang hidung dia yang kembang tu dah turun temurun jadi kerbau UMNO!

    ReplyDelete
  14. BILA MELAYU PANDAI JOIN UMNOBROK, HABIS DUIT FELDA,DUIT KWSP, TABUNG HAJI,SIME DARBY,KERANA TERLALU PANDAI KANTOI TANGKAP KAMBING HITAM BUNUH TUTUP , CELAKA PUNYA UMNOGOK.

    ReplyDelete
  15. dah nama pun penyokong tegar politik , memang lah hidung kena cucuk . org umno pun kena cucuk hidung . PAS , PKR dan DAP pun cucuk hidung penyokongnya . kader dengan gembala , tulah demokrasi . masalahnya beersih 2.0 ni yang dicucuk oleh pihak yahudi . tak sama dengan bersih dulu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post