
Permit tak dikeluarkan pasal BERSIH pertubuhan haram yang diperkenankan oleh Agong untuk masuk mengadap.
Road Block seluruh negara kononnya bagi menghalang senjata diseludup masuk ke KL biarpun Road Block tu tak lebih dari sekadar menganggu lalu lintas pasal aku tak nampakpun ada kereta yang digeledah kecuali Motor yang ditahan..
Hotel dikatakan penuh walhal masih banyak yang kosong.. dan hari ini permit sementara bas pula dibekukan Kerajaan UMNO/BN..
Sekarang siapa yang menjadi punca kerugian? yang menyebabkan Hotel, Pengangkutan dan yang paling berharga iaitu masa??
Apalah yang Kerajaan UMNO/BN takut sangat dengan perhimpunan BERSIH 2.0 ni..
Bersih 2.0: Permit sementara bas seluruh negara dibeku
KUALA LUMPUR, 7 Julai — Permit sementara bagi bas untuk membawa penumpang dari pelbagai kawasan di seluruh Semenanjung ke Lembah Klang khususnya ibu negara hujung minggu ini sudah dibekukan, dipercayai langkah terbaru bagi mengehadkan peserta Himpunan Bersih, Sabtu ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar mengesahkan pihaknya telah memutuskan untuk tidak mengeluarkan permit sementara bagi bas kilang dan sekolah membawa penumpang ke ibu negara hujung minggu ini, tetapi menekankan langkah itu semata-mata bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di ibu negara.
Langkah itu akan dikuatkuasakan mulai tengah malam esok, kata beliau.
Keputusan SPAD itu telah dimaklumkan kepada agensi penguat kuasa berkaitan termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan pihaknya sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu.
Sebelum ini permit sementara yang dikenali sebagai lesen perubahan sementara bagi bas sekolah dan kilang dikeluarkan oleh JPJ. Tetapi kini ia terletak di bawah SPAD.
Menurut Syed Hamid, SPAD mengambil tindakan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang masalah lalu lintas di Lembah Klang khususnya di Kuala Lumpur.
“Kami tidak mencadangkan bahawa akan ada perhimpunan (Sabtu ini), cuma tidak mahu menambah masalah lalu lintas,” katanya kepada The Malaysian Insider pagi ini.
“Lagi pun SPAD tidak nampak ada keperluan untuk mengeluarkan permit sementara sebab sekarang ini bukan cuti sekolah ataupun musim perayaan yang akan menambah pergerakan orang ramai,” katanya.
Bagaimanapun Syed Hamid (gambar) berkata, operasi pengangkutan awam lain khususnya transit aliran ringan di ibu negara akan berjalan seperti biasa.
“Perkhidmatan LRT akan berjalan seperti tanpa gangguan, begitu juga perkhidmatan bas normal (antara ke dan dari Lembah Klang)... tiada perubahan, akan dikendalikan seperti biasa. Saya tidak menjangkakan sebarang masalah,” katanya lagi.
Mengenai tindakan akan diambil jika ada pihak melanggar keputusan SPAD, Syed Hamid memberitahu, “rakyat kita ini adalah mereka yang bertanggungjawab, begitu juga operator bas... saya yakin mereka akan patuh (kepada keputusan dibuat).”
Perkhidmatan transit aliran ringan dan bas mengalami gangguan ketika perhimpunan anti-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diadakan pada Ogos 2009.
“Oleh kerana SPAD sudah membuat keputusan, maka JPJ dan polis boleh mengambil tindakan, jika ada mana-mana bas yang membawa penumpang tanpa permit sementara, kita boleh menahan dan menyita bas-bas terbabit,” jelas Solah.
Lazimnya permit sementara, untuk kegunaan hujung minggu, akan dikeluarkan seminggu sebelum perjalanan.
“Jadi, permit hujung minggu ini adalah bagi perjalanan 7 dan 8 Julai, hingga hujung minggu... keputusan ini membabitkan seluruh negara,” kata Solah lagi.
Perkembangan terbaru ini, yang dilihat meneruskan suasana tegang, muncul selepas Kabinet yang bermesyuarat semalam memutuskan tidak akan membenarkan Himpunan Bersih 2.0 diadakan di Stadium Negara atau Stadium Merdeka.
Malah semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Bersih 2.0 masih merupakan sebuah badan yang telah diharamkan.
Bersih 2.0 memutuskan untuk mengadakan perhimpunan hanya di stadium ekoran pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong kelmarin dan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa gabungan itu boleh berhimpun di stadium jika mahu.
Pihak polis pula telah memulakan sekatan jalan di pelbagai kawasan di Lembah Klang sejak pagi semalam.
Meskipun Bersih 2.0 menerima tawaran Najib tetapi pihak berkuasa menegaskan bahawa penganjur perlu memohon permit polis untuk mengadakan perhimpunan di stadium.
The Malaysian Insider
BEGITULAH HIKAYATNYA......HIKAYAT PURBA KALA
ReplyDeletebuat cerita no. 1 anak sungai derhaka ni..
ReplyDeleterakyat dh tau bersih sbnrnye kotor ada niat tertentu..
bersih=pengacau jalanan..
bersih xlayak sebenarnye nk buat di stadium..
pemimpin UMporNO dah terlalu panik dan hilang arah. macam ayam baru disembelih mengelupur menanti ajal. only time will tell.
ReplyDeletebila negara di pimpin oleh pm bodoh ini lah jdnya, masing-masing nak tunjuk siapa lebih berkuasa, anjing dah nak lawan tuan, perkasam dah meroyan,najib tungu rosmah punya arahan IGP tak da kuasa A/IGP YG LEBIH TOO MUCH
ReplyDeleteskg kita boleh lihat begitu ramai polis dan jpj.. lebih kurang ops cegah masa time nk raya.. tp selepas ini kita tak kan melihat mereka.. mat rempit dan peragut dah tahu 'mood' pihak berkuasa ini.. apa yg begitu ramai polis dan jpj buat bila tak de ops?
ReplyDeletejumlah permit yg dikeluarkan masa perayaan dan masa cuti sekolah tentu lah lebih byk dari permit utk bersih.. ttp tak pulak jd kan kesesakan lalu lintas sbg alasan.. mtk je dapat dan belum masuk bas yg tak de permit .. alasan sebenar ialah takut pd bersih.. tak ckp pun rakyat tahu..
dulu mtk buat kan jalanan .. suruh buat kat stadium .. buat kat stadium kata tak de permit.. dah nak buat kat stadium dah pulak tak layak... sape yg suruh buat stadium..? kalau atuk kau boleh lah kau kata tak layak...
jln penyelesaian senang je.. kau org yg sulitkan.. nak jg kuasa perasuah.. sdgkan tuntutan bersih utk jg RAKYAT..
kat syria ada nak pakai orang untuk buat demo . sapa nak ikut ???
ReplyDeletesori bos bukan tak nak gi demo kat syria... tak ada permit bos... kapal terbang pun dibekukan permit sementara sbb lapangan terbang syria sibuk la bos..
ReplyDeletekita bersih kan sini je dulu bos.. sini pun bos kelam kabut lg... ckp pun macam biskut kejap ada kejap tak de.. kejap boleh kejap tak boleh .. kejap stadium kejap permit...
apa la lu bos... bos taik ayam!!
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!