
Tindakan itu kurang 12 jam selepas Tuanku Mizan Zainal Abidin membenarkan himpunan aman Bersih dilakukan di stadium pada 9 Julai ini.
Pasukan polis dari IPD Petaling Jaya, diketuai ASP Marzukhi Mokhtar mengepung dewan berkenaan sejak jam 7 malam untuk menghentikan taklimat Himpunan Bersih 2.0 dan Bengkel Hak berhimpun.
Program itu anjuran Pakatan Rakyat Subang dan peguam hak asasi Lawyers For Liberty (LFL), yang turut dihadiri pimpinan Pakatan Rakyat peringkat cabang dan bahagian, serta kira-kira 50 peserta.
Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dengan dua trak black maria dan dua pacuan empat roda Pasukan Gerak Am dikerah melakukan serbuan.
Polis secara kasar menghalang Adun Kota Damansara, Dr Nasir Hashim yang tiba kira-kira jam 9.40 malam untuk masuk ke dalam dewan tersebut dan menggunakan haknya sebagai wakil rakyat kawasan itu.
Beliau dan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah kemudian terpaksa menyambung taklimat tersebut di kawasan luar dewan berkenaan, namun diancam ASP Marzuki yang mengumumkan taklimat itu sebagai himpunan haram.
Selepas melakukan perbincangan, pihak berkuasa itu kemudian mengarahkan orang ramai bersurai sejurus Dr Nasir dan Sivarasa memberi taklimat kepada peserta selama beberapa minit.
Bagaimana pun tidak ada tangkapan dilakukan.
Menurut Sivarasa, beliau kecewa dengan tindakan polis yang jelas melanggar Titah Yang Di Pertuan Agong supaya semua pihak melakukan rundingan dalam isu himpunan Bersih.
“Saya merasa kecewa kerana PDRM masih terima arahan politik dari Umno-BN untuk gagalkan himpunan 9 Julai walaupun Agong benarkan himpunan itu diadakan di dalam stadium.
Sementara Dr Nasir pula berkata, beliau kesal kerana kehadiran dua wakil rakyat di kawasan itu seakan tidak dipedulikan pihak berkuasa walaupun mereka mempunyai hak menggunakan dewan berkenaan.
“Harapan kami polis selepas ini akan lebih bertolak ansur dan menggunakan budi bicara,” kata beliau. Sementara itu, polis menahan Ahli Jawatankuasa Cabang KEADILAN Rembau, Norliza Samsudin di Balai polis Alor Gajah, Melaka.
Menurut Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin, dilaman twitternya, Norliza ditahan hanya kerana pihak polis menjumpai lencana Bersih di dalam poket bajunya. Sehingga kini Norliza tidak dibenarkan bertemu dengan sesiapa, termasuk ahli keluarga dan pihak peguam.
http://www.keadilandaily.com/?p=16632
Yahoo, padan muka korang. Dahlah Bersih tu pertubuhan haram, korang nak berkumpul atas nama perbincangan Bersih buat apa. Lawyers For Liberty ni movement apa pulak. Nak liberatekan malaysian for freedom to murtad ke?
ReplyDeleteanon
ReplyDeletedulu masa kecik2 makbapak suruh g sekolah ponteng kan bila besar jadi bodoh merapu x tentu pasal,g tanya pakcik googel ko apa tu lawyers for liberty, yg suka sgt pasal murtad ni sape sebenarny gi tnya mentri2 n ahli parlimen ko, kalau xsuka murtad nape puak ko x pinda je perlembagaan haramkan murtad kenapa blh lak ko org pinda kekebalan raja2 dulu, bacul betul,
biasalah tu...PDRM( Polis DiRaja Malaysia) dah ditukar kepada PRDM (Pois Raja DiMalaysia )
ReplyDeleteNi nk britahu lagi apa tujuan BERSIH. Baca, faham & terus ke otak. Jgn ke kepala lutut plak. Klu x faham gak, masuk sek tadika kemas balik.
ReplyDelete1) pendaftaran automatik
2) reformasi undi pos
3) penggunaan dakwat kekal
4) akses kpd media
5) masa berkempen minima
6) kukuhkan perbadanan awam
7) hentikan rasuah
Nak menang punya Umno sanggup sumbat nama pengundi dlm satu rumah smpai 90 orang. Itukah ahli 3juta tu? Klu mcm tu, tak payah letak Najib sbg calon pn tak apa. Letak je beruk, dah tentu menang.
tukar aje nama polis dari polis diraja malaysia kepada....Polis Di bawah UMPorNO.
ReplyDeleteanon 12:11am, TQ pasal melawat blogsite pro BERSIH. kau pun join sama berkumpul di cyberspace BRSIH ni, jadi kau jilat balik lah ludah kau tu.
ReplyDeletesatu lagi, kalau nak tahu UMNO lah peneraju murtad di malaysia dengan merosakan akidah umat secara diam, edar video seks secara meluas di internet, sebar fitnah, tolak dan menentang hukum hudud,promosi tahyul dan khurafat di aidil fitri tahum lepas melalui TV 3 suku lidah rasmi umno dan mempersendakan hukum islam dalam utusan meloya yg juga lidah rasmi umno.
Kalau AMBIGA lawan islam, aku faham sebab dia tu kafir dan tak faham islam. Tapi kalau pemimpin umno yg menggaku islam juga menentang islam, aku tak faham melainkan mereka ni munafiq dan fasiq.
non july 6, 2011 12:11 am suka betul gko ya Polis tak ambil peduli titah Agung.. mana perjuangan melayu gko mempertahankan raja raja.. siap suka suka nak uji samada org lain taat setia pd Agung ke tidak..
ReplyDeletesepatutnya mahaguru silat dan perksam ambil tindakan segera..
tidak kah polis derhaka kpd YDP Agung?? kemudian nanti jgn marah jika ada rakyat tidak patuh pd titah Agung... apa kat brahim precedent (duluan) yg akan diikuti dikemudian hari..
ini lah yg aku katakan bila YDP Agung mengeluarkna titah.. Baginda tahu titah mengadap tu amat susah diterima oleh org melayu amco.. Tp krn Baginda sayang kat rakyat maka di cari jalan tengah.. tp dlm kitab amco nak menang mesti menang semua..
dan mungkin gko lah org nya yg kata dah bg stadium dan siap escort polis tp bersih tolak..
KENAPA POLIS DI-RAJA MALAYSIA (PDRM)SEKARANG JADI PERANGAI MACAM TU YER???
ReplyDeleteADAKAH ADA KAITAN DGN APCO???
adat org melayu.. bila raja/agung bg titah... nak ngkat muka pun di kira kurang ajar..
ReplyDeletebila nizar buat sembah derhaka .. gko org punya lah hebat sampai mohon dilucut kan pangkat dan gelaran nizar..
gko org tuduh dap perak tak menhormati istana..
itu dimana gko buat kita org serba salah tp dlm keadaan ini gko org sedat tak yg gko org buat YDP Agung pulak yg serba salah...
Mana salahnya YDP Agung mengeluarkan titah.. mana salahnya YDP Agung menerima mengadap wakil bersih.. Mana lebih tinggi titah dan kata kata PM.. mtk tlg pencacai jwb...
Polis malaysia dah bertukar menjadi MOSAD hasil kerja pemimpin umno. tahniah umno diatas nasihat apco.
ReplyDeleteharap ydp agong tengok apa yang sedang berlaku skg.moga2 tuanku pastikan keadilan subur di bumi malaysia kita yang ter cinta ini.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!