BERSIH 2.0 : Saksi Keganasan Polis, diugut Polis.

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menyelar tindakan polis kerana mengganggu dan mengugut mereka yang membuat laporan keganasan polis pada himpunan Bersih, 9 Julai lalu.

Menurut Maria, beliau dimaklumkan seorang saksi berhubung gangguan itu, selepas individu berkenaan membuat laporan polis mengenai tindakan pihak berkuasa yang melepaskan gas pemedih mata di Hospital Tung Shin, pada hari himpunan berlansung.


“Pagi ini saya menerima panggilan telefon seorang saksi yang melihat Hospital Tung Shin ditembak dengan gas pemedih mata. Dia kini diganggu polis dan diugut supaya menarik laporannya,” tegas Maria.

Justeru beliau menyeru orang ramai dan peserta himpunan yang mempunyai bukti rakaman video atau gambar keganasan polis agar tampil memberikan salinan kepada pihaknya.

“Kita juga menyeru mereka yang mengalami sendiri kekasaran pada himpunan 9 Julai itu untuk membuat laporan polis dan memberikan salinannya kepada kami,”

“Kita akan dokumenkan bukti itu untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur (KLSCAH), hari ini.

Pada sidang media yang sama, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyifatkan tindakan polis sebagai ‘dahsyat’ dan ‘pedih’ ketika menangani perhimpunan
aman itu.

Menurutnya, beliau sempat tiba ke Stadium Merdeka, namun dihalang oleh pihak polis sebelum membuat keputusan ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum
kepada Yang di Pertuan Agong.

“Saya tidak berjaya malah diberi amaran yang keras. Kalau kami tidak bersurai, maka kami akan diambil tindakan yang keras. (Amaran) ini diulang-ulang.

“Oleh kerana rakan-rakan di kiri kanan saya, turut ingin menenangkan suasana, maka kami terpaksa berundur. Saya cuma ingin menyampaikan memorandum. Itu sahaja,” katanya dengan nada kesal.

Sementara itu, peguam Haris Ibrahim mengingatkan pihak polis bahawa tuntutan Bersih 2.0 adalah berkenaan masa depan dan anak-anak mereka.

“Tuntutan pilihan raya yang bersih dan adil adalah juga untuk kamu, kerana polis adalah rakyat. Mereka perlu ingat bahawa perjuangan ini adalah mengenai
masa depan anak-anak kamu juga,” jelas Haris Ibrahim.

Keadilandaily

9 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. dasar lidah biawak bercabang pemimpin umno menidakkan yg benar kemudian disusul dengan fitnah yg melampau.
    Jijik sungguh pemimpin umno, terutama najib bini rosmah dan sepupunya hishamudin.

    ReplyDelete
  2. lembablah peguam negara ni . patutnya maria chin ni , dan lain-lain jawatankuasa bersih yang ditangkap , diheret ke mahkamah . dakwa bawah 121.

    ReplyDelete
  3. puak2 ni sanggup buat apa saja untok pertahankan kuasa walau pun membunuh inilah sikap yang diwarisi dari yahudi laknatullah.

    ReplyDelete
  4. Aku rasa la, Pak-pak polisi ni bekas graduan Henry Gurney. Tu la pasai akai depa kureng skit, adab tak dak. Memang tahap anjing.

    ReplyDelete
  5. Ugut-mengugut tu memang SOP(Standard Operational Procedure) polis.Itu sebab ramai yang ditangkap mati dalam lock-up.Malaysia sedang dalam zaman Stalin.

    ReplyDelete
  6. Yang puak2 BERSIH maki-hamun polis berkarung2 tak apa ke? ingat polis kayu penyapu ke? sudah le buat kacau...tak tentu hala...nak minta keadilan pulak..sendiri cari penyakit sendiri tanggung le..

    Sapa2 yg ada adik beradik atau saudara-mara yg kerja polis yg terlibat dlm BERSIH 2.0..pi la tanya tengok...ingat silap2 kena ke maki jawabnya..

    ReplyDelete
  7. Ugut atau "hadiah" tulah yang selalu berlaku yang menyebabkan integriti polis semakin tercalar.

    1,000,000 People Request Najib Tun Razak Resignation


    PBB selar Malaysia kerana perlekeh demokrasi?

    .

    ReplyDelete
  8. sebab apa jadi macam tuuu sebab terlalu byk makan rasuah.....tapi ya...pengadu tuuuu bagi suapan sikit ...cepat le ambil rekod....dasar polis Malaysia memang cam tuuuuuu..kini dan selamanya...

    ReplyDelete
  9. AKP bodoh!!
    Lepas campur tangan YDP agung, najib bini rosmah dah offer stadium utk berhimpun, pasal dia munafiq lepas tu twist pula kata tak boleh. sebar fitnah merata sampai ke mimbar jumaat, ugut, suruh polis hambat rakyat....aku yakin ayat "sendiri cari penyakit, sendiri tanggung" tu lebih layak di tuju kepada KPN.
    Bapak aku pun polis juga, kita tak salahkan polis bawahan, kita salahkan pemimpin munafiq umno yg memaksa polis lakukan apa yg dah berlaku.
    Pemimpin umno dan kepala2 polis yg sungguh hina menurut perintah umno membabi buta...mereka yg di persalahkan dan patut di hukum.
    ADA FAHAM!!! AKP budak kaniaq!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post