Bersih: Isytihar darurat akan burukkan imej Najib

KUALA LUMPUR: Sekiranya kerajaan mengisytiharkan darurat pada 9 Julai ini, ia hanya akan memberikan imej yang lebih buruk kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini kerana tidak pernah mana-mana negara di dunia yang mengistiharkan darurat kerana perhimpunan aman, kecuali di negara yang mengamalkan pemerintahan kuku besi atau diktator.


Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, tindakan itu bukan sahaja memberikan persepsi buruk terhadap kerajaan Umno-BN, malah imej negara di mata dunia, juga turut tercalar.

“Sekatan terhadap perhimpunan menuntut pilihan raya telus ini akan menjadikan negara dipandang setaraf pemerintahan bekas Presiden mesir, Hosni Mubarak dan (Bekas Presiden Tunisia) Zen El Abidien Ben Ali yang secara jelas menentang pilihanraya telus,” katanya.

Semalam, Najib dalam kenyataannya berkata, kerajaan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengisytiharkan darurat, sekiranya perhimpunan Bersih 2.0 diteruskan.

Menurut Rafizi, perhimpunan aman adalah perkara biasa yang dipraktikkan di negara demokrasi dan maju, malah setiap perhimpunan atau perarakan yang dianjurkan negara berkenaan sering mendapat kerjasama polis.

Tambahnya lagi, Najib sebagai Perdana Menteri seharusnya bertanggungjawab menjaga keamanan dan bukan memberi jalan dan kuasa kepada polis untuk membenar darurat diisytihar.

Kenyataan Rafizi itu disokong Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, bahawa pengiytiharan darurat hanya akan memburukkan imej Najib dan memalukan negara.

“Ini adalah sesuatu yang memalukan apabila Najib memberikan kuasa kepada polis sama ada isytihar darurat dan penyekatan perhimpunan menuntut pilihan raya telus akan memburukkan lagi keadaan,” kata beliau.

Sebaliknya, kata Mahfuz, sekiranya Najib membenarkan perhimpunan aman itu diteruskan, ia akan memberi imej yang lebih baik kepadanya sebagai pemimpin.

“Kenapa Najib tidak beri kerjasama dan berfikiran positif dengan kemahuan rakyat. Bukankah rakyat akan melihatnya sebagai seorang yang demokratik,”

“(Tetapi) dengan tekanan dan kongkongan terhadap rakyat, ia akan menambahkan lagi kebencian mereka terhadap Kerajaan Umno-BN,” tegasnya.


http://www.keadilandaily.com/?p=16354

9 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Paling malang lagi najib akan dipandang sebagai anak betina

    ReplyDelete
  2. Rafiz dengan Mahfuz kata kalau istihar darurat beri imej negetif pada negara . Pada sudut pandangan sapa ni ???? sebab amerika ker yang akan cakap imej negara ni negetif??? malaysia ni bukan macam mesir dan tunisia . ramai lagi rakyat malaysia yang bencikan perhimpunan yang dipimpin oleh aktivis murtad ni . kat malaysia dah terang -terang nampak diorang nak tiru mesir untuk jatuhkan najib dan gantikan dengan seorang tua yang gila sex sebagai perdana menteri !!!!

    ReplyDelete
  3. makhluk rosak imej nak dirosakkan imej mcmana lagi?

    ISU PANAS!!:
    ISU MAKCIK HINA ISLAM!!!

    ReplyDelete
  4. bersih yang akan memersihkan segala ketoran umno/bn lakukan dalam pilihan yang kotor,pemerentahan ditatur najib tantoya.

    ReplyDelete
  5. anon 3.50 bangang!! isu perhimpunan ni bukan dipelopori oleh amerika dan inggeris.. sejak zaman para sahabat lagi dah ada dah!! bangang 3.50!! baca sejarah!! apa tolol ke semua pencacai UMGOK dalam blog ni!! beri kenyataan tak memikir dulu.. BANGANGGGGGG!!

    ReplyDelete
  6. sempat ka kita merayakan berseh? skg igp takut dgn a/igp

    ReplyDelete
  7. Baru ku tahu rupanya SPR dikambing hitam kan . Bersih hanya topeng untuk ambiga & geng yang tak puas hati dengan agama ISLAM sebagai agama rasmi malaysia . tapi aku heran kenapa PAS sokong ??? nasib baik aku bukan penganut PAS

    -----------------------
    Pengendali blog Taikors & Taikun, Tony Yew membuat laporan polis semalam terhadap pembantu Lim Guan Eng, Chan Lilian yang menghantar mesej melalui laman Twitter, kerana menghasut penganut Kristian untuk menyertai perarakan Bersih 2 atas segala penganiayaan yang dilakukan terhadap mereka.

    ReplyDelete
  8. pada yg bukan penganut pas aku nak habaq kat ko nie mana2 statment ko sama aje kan ini jawapan aku....ADA AKU KESAH..... BUDAK SENTUL

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post