BERSIH 2.0 : Cari Stadium di Kelantan atau Selangor - Rais

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Kabinet telah memutuskan tidak akan membenarkan Himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini diadakan di Stadium Merdeka atau Stadium Negara dengan alasan kumpulan berkenaan tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) selain faktor keselamatan.

Dipetik Bernama, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar) berkata selepas mendapat pandangan daripada Jabatan Peguam Negara dan nasihat rasmi kerajaan, permohonan kumpulan berkenaan untuk menggunakan stadium terbabit tidak dapat dipertimbangkan.


“Oleh itu perlu bagi kumpulan berkenaan diwakili oleh individu ataupun badan bukan kerajaan yang sah di sisi undang-undang memohon (menggunakan stadium)... atas nama Bersih yang sebenarnya tidak diiktiraf sebagai kumpulan sah tidak boleh.

“Permohonan untuk (menggunakan) Stadium Merdeka dan Stadium Negara tidak dapat dipertimbangkan oleh kerajaan, oleh demikian mereka perlu mencari stadium atau tempat lain seperti di Kelantan ataupun Selangor,” kata beliau.

Sambil berkata pandangan itu dizahirkan pada mesyuarat Kabinet, kata Rais, maka selaku menteri berkaitan penerangan beliau wajar menyampaikan latar belakang ataupun keputusan tersebut.

Sekretariat Bersih 2.0 dengan menerima jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan atas nasihat Yang di-Pertuan Agong bersetuju untuk membatalkan perhimpunan jalanan dan digantikan dengan perhimpunan dalam stadium.


The Malaysian Insider

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. buat std merdeka dan std negara - bersih di kira pertubuhan haram.. buat kat std kelantan dan selangor - bersih diiktirafkan pulak..

    ke pulau ke puncak ke lembah ke gunung kt akan buat selepas itu barulah dgn resminya diserahkan memorandum kpd YDP Agung..


    kalau buat kat sel dan kelantan pemimpin bn amco tak dpt dengar ke dan tahu mcmana sambutannya..

    gema bersih menyelusup ke seluruh alam... kota dan rimba... buat kat Taipeh pun bergemanya smp ke sini.. BERSIH ! BERSIH ! BERSIH








    pencacai yg baca pun tentu sebut bersih bersih bersih... he he he .. saja je aku letak biar masuk dlm otak benak dia org..

    ReplyDelete
  2. perkasam dan palatiok mcamana??

    bersih mungkin akan gunakan 2 std...klau dua dua di selangor maka satu shah alam dan satu kelana jaya..
    atau satu de klatan dan satu di sel

    jgn perasan bukan utk perkasam dan palatiok..

    sbb kehadiran peserta bersih terlalu ramai..sbb tu rais bg kt dua stadium

    ReplyDelete
  3. ni apahal menteri perogol bagi statement ni? patut digantung menteri2 yang ada kes jenayah ni, bukak mulut lg nmpak kebangangannya..KL punya kerusi parlimen hanya satu dimenangi BN yang lain PR..tp kenapa mcm BN yang kontrol KL? undang2 ditgn mereka nak buat mcm mana..

    ReplyDelete
  4. Anak Yatim ni berani sebab dia ingat dilindungi oleh omar din, tak sabar nak tengok berani macam mana mamat2 yg mengaku pendekar silat lincah ni di stadium merdeka nanti. mungkin orang kentut pun dah lari kot...pendekar2 pondan.

    ReplyDelete
  5. Kalau tengok bibir si Rais ni, berair sahaja, Apa tidak, kan dia dan jilat balik ludahnya masa dia berbalik ke Apcoumno setelah berpatah arang dulu.

    ReplyDelete
  6. MCA & MIC relax je.....UMNO memang gelabah. Kenapa?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post