
GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mengenepikan hukuman terhadap anggota Parlimen Padang Serai N
Gobalakrishnan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret terhadap beliau atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada 2002.
Hakim Datuk Zamani Abdul Wahab membuat keputusan itu setelah meneliti rayuan pihak pembelaan dan persetujuan daripada pihak pendakwaan untuk mengekalkan hukuman denda sebanyak RM1,000 terhadap Gobalakrishnan seperti yang terdapat pada peruntukan undang-undang ketika itu.
Sehubungan itu mahkamah perlu mengembalikan wang denda RM2,000 kepada Gobalakrishnan kerana beliau telah membayar kesemua jumlah denda sebanyak RM3,000 yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Majistret tahun lepas.
Gobalakrishnan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi di sini pada Mei tahun lepas selepas didapati bersalah mengikut
Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan dikenakan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana didapati bersalah atas dakwaan menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada 2002.
Beliau dituduh dengan sengaja menghalang C/Insp V Saravanan daripada menjalankan tugasnya di Jalan Utama di sini kira-kira pukul 12.20, 29 Jan 2002 dan beliau ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang kira-kira 30 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada menari ketika sambutan Thaipusam di George Town.
Gobalakrishnan diwakili peguam bela Saiful Ambar Abdullah Ambar manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Eyu Ghim Siang yang mewakili Suhaimi Ibrahim.
Terdahulu dalam prosiding hari ini Zamani menasihatkan agar orang awam tidak kira sama ada mereka penyokong kerajaan atau sebaliknya perlu menghormati tugas dan tanggungjawab polis dalam menjaga keselamatan awam.
“Saya terkilan kerana masih ada segelintir individu yang mencari kesalahan polis, sedangkan ruang lingkup kehidupan manusia dari sejak lahir hingga mati semuanya memerlukan kerjasama daripada polis.
“Saya tidak mahu orang ramai mencemuh dan menentang polis sewenang-wenangnya, tidak kira siapa pun sama ada penyokong kerajaan atau sebaliknya perlu menghormati tugas polis, hargai jerih perih mereka menjalankan tugas demi keselamatan sejagat,” katanya.
Zamani turut menasihati Gobalakrishnan agar tidak mengulangi perbuatannya menghalang tugas penjawat awam.
Sementara itu Gobalakrishnan yang ditemui di luar mahkamah menyatakan rasa terima kasih dan meminta maaf atas kesilapan yang dilakukannya terhadap penjawat awam.
“Saya akan meneruskan tugas dan tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat selepas ini dan saya mohon maaf pada sesiapa (anggota polis) yang telah dikasari,” katanya.
- Bernama
Keluar PKR dan mesra BN maka diringankan.
ReplyDeleteKalau keluar BN dan sertai PR?
Agak2nya diberatkan pula hukuman.
BERSIH : Bendera atau Pisau?
Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita
.
ketua hakim, pengarah sprm,peguam negara dan ketua polis dibawa cengkaman umno.
ReplyDeletekesian kat Hakim Datuk Zamani Abdul Wahab. aku tak kenal plak macam mana rupa hakim ni. mungkin dia orang alim. mungkin dia dari segi politik sokong PKR. mungkin dia buat keputusan berdasarkan fakta kes . tapi hari ini dia pulak menjadi mangsa fitnah.
ReplyDeletePenganutPAS,cibai b.tolol yg kau sendiri tak tahu yg mana tangkai dan yg mana hujung jgn penyampuk,kalau betul mangsa fitnah,buktikannnnn,jgn cakap je mcm pukibabi umnogok...
ReplyDeletePenganutPAS sebenarnya PenyembahUMporNO, dia sembah umno buta tuli, apa saja umno kata akan jadi cara hidup dan cara berfikir dia. sebab tu lah nampak sangat kebodohan dia dlm setiap komen.
ReplyDeletesistem kehakiman malaysia sudah dirogol habis oleh pemimpin umno yg diketuai oleh najib bini rosmah. teloq2 hakim dah habis dipotong najib supaya ikut kemahuan nafsu syaitan dia yg tak lagi terbatas.
Kes Gobala ni adalah contoh paling obvious hakim kini ikut tekunjuk UMporNO.
doa turun bala ni tak payah dimintak mintak... dia dtg sendiri atas perbuatan jahat kita dr belakang
ReplyDelete... melainkan sekiranya kita selalu bermohon perlindungan dr Allah..
pertama keputusan dicapai dgn meneliti rayuan pembela dan PERSETUJUAN pendakwa... kes ini denda asal rm 1000 ttp dinaikkan ke rm 2000 ... masa kena dakwa saman masih 1000 dan semasa dimahk rm 2000 tlh diluluskan.. jd secara logiknya hakim betul tp kenapa dulu pendakwa mohon kena kan rm 2000..? dan skg setuju!! sepatutnya 'setelah meneliti rayuan ... dan bantahan dr pendakwa...'
tp silapnya gobala ialah selagi masih rm 2000 dewan tak lucut kedudukan dun dan ahli parlimen.. kes tian chua..
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!