Dari mana Rosmah dapat wang?

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak supaya menyiasat sumber kewangan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hingga beliau mampu untuk memiliki cincin dan gelang tangan bertatahkan berlian.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar berkata, SPRM harus menjalankan siasatan segera bagaimana, Rosmah sebagai seorang suri rumah mampu memakai cincin dan gelang tangan berlian.


Selepas tersiar dalam laman-laman web mengenai cincin berlian milik Rosmah bernilai RM73 juta yang diimport dari Amerika Syarikat tanpa membayar cukai, tersebar pula gambar Rosmah juga memakai gelang tangan berlian seberat 65 karat bernilai RM1.65 juta.

“SPRM mesti telus dalam siasatannya. Di mana Rosmah dapat wang, pada hal beliau hanya seorang suri rumah sahaja,” kata Mahfuz ketika dihubungi FMT hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS menegaskan bahawa sudah tentu Rosmah tidak mampu. Begitu juga suaminya (Datuk Seri) Najib Tun Razak tidak akan mampu membelinya dengan gaji sebagai seorang perdana menteri.

“Kita bimbang berlaku penyelewengan. Kemungkinan ada pihak-pihak yang berkepentingan yang ‘memberi’ barang-barang mewah itu kepada Rosmah.

“Maka kita pun nak tahu apa yang mereka dapat daripada Rosmah sehingga mereka sanggup menghadiahkan barang-barang yang sangat bernilai itu,” terang beliau.

Mahfuz berkata, sekiranya Rosmah menggunakan wang dari orang ramai (taxpayers’ money) sepertimana yang didakwa oleh setengah- setengah pihak, siapa yang bertanggungjawab melulus dan mengeluarkan wang untuk Rosmah.

“Memandangkan sudah ada pihak yang membuat laporan kepada SPRM, suruhanjaya itu harus menjalankan siasatan segera berhubung cincin dan gelang tangan itu,” katanya.

Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin telah membuat laporan di pejabat SPRM di Pulau Pinang kelmarin berhubung dengan cincin berlian ini.

Najib, Rosmah ada kepentingan

Beliau yakin Najib dan Rosmah ada kepentingan dalam perkara ini, lagi pun kedua-dua item ini tidak dikenakan cukai dari Jabatan Kastam.

“Kita harus ingat bahawa Jabatan Kastam terletak di bawah Kementerian Kewangan dan Najib adalah juga Menteri Kewangan,” tegas beliau.

Mahfuz berkata, kita harus mencari jalan bagaimana untuk mendesak supaya Najib mengambil cuti atau digantung tugasnya sebagai perdana menteri sementara siasatan dijalankan terhadap beliau dan Rosmah.

“Memandangkan Yang DiPertuan Agong tidak mempunyai kuasa untuk memecat Perdana Menteri, maka kita harus mencari jalan supaya beliau (Najib) mengambil cuti atau jawatannya digantung buat sementara,” terang beliau.

Kelmarin, beberapa blogger melaporkan bahawa cincin berlian berharga RM73 juta itu dibawa masuk ke negara ini melalui syarikat Jacob & Co, milik Jacob Arabo, seorang ahli perniagaan berbangsa Yahudi.

Sementara blogger lain, “Semut and Papan Kekunci” menyiarkan gambar Rosmah memakai gelang tangan berlian seberat 65 karat berharga RM1.65 juta.

Dalam perkembangan yang lain, Mahfuz memberitahu bahawa Najib akan mengimpot empat atau lima buah kereta mewah tidak lama lagi dan beliau pasti Najib tidak membanyar duti import yang mencecahkan jutaan ringgit itu.

“Sebagai Menteri Kewangan di mana Jabatan Kastam terletak di bawah kawalseliaannya, saya yakin beliau tidak akan membayar cukai import,” katanya.


Free Malaysia Today

16 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. lapuran kat sprm ni tak kemana lah dk mahfuz ooi! pemimpin umno buat negara ni macam mak bapak depa punya. siapa berani halang, nak panggil rosmah nenek pun, nanti mampuih kena balun, inikan pula nak tanya mana dia dapat duit?

    ReplyDelete
  2. KUALA LUMPUR: The pair of bangles with 3,424 diamond stones, allegedly owned by Rosmah Mansor, is worth RM1.65 million, according to fine jewellers Jacob & Co.

    In an e-mail communique to FMT, the New-York based jewellers said the price for the pair of bangles is US$540,000 (RM1.65 million).

    Jacob & Co said each 18k white gold bangle is fitted with 1,712 diamond stones and weighed 137.31 grams.

    “Each bangle is studded with 751 stones 30.00ct of black diamonds and 34.50ct 961 stones of fancy intense white diamonds,” the company added.

    Yesterday, a pro-Pakatan Rakyat blogger published a photograph of Rosmah sporting a pair of bangles which looked strikingly similar to Jacob & Co’s “Zebra Safari” collection.

    ReplyDelete
  3. Barang kemas yg berjenama melambangkan keangkuhan dan kesombongan....si pemakai.....

    ReplyDelete
  4. Bertuah kalau SPRM nak siasat.
    Tak berani punya....
    Kita cabar lah Ketua SPRM siasat...
    Dia mesti kata tak ada kes....
    Silap2 semua transaksi akan di padam dan di buang....

    Kalau kes bunuh TBH dan Ahmad Sarbaini pun dia orang boleh tipu... inikan pulak kes si bini Najib. Lagi laaaa....hilang terus konet ketua SPRM tu.

    ReplyDelete
  5. rosmahu beli hasil berkat kesabaran si isterinya jib mugabe mencari duit untuk kemahuan si rosmahu.jgn takut account diaorg banyak lagi duit..ni takat mas n berlian berkarat2 ni,ape kes. benda biasa aja...tak sampai setengah dari hasil komisen kapal selam lagi pun.itu belum campur dgn simpanan dari hasil mencari rejekinya dalam felda rm5b.itu belum dicampur dgn simpanan susutnya nilai saham bumiputra rm52b.pinjaman kwsp utk value capital apentah lagi..isk isk banyak..tak campur lagi dgn toke2 IPP duk bagi hadiah tiap2 tahun..banyak laa campur2 ni...tak larat nak campur dah...itu baru hasil 27blm jadi PM.bayangkan.kalau 150bulan jadi PM..mau mangkuk tandas tmpt lepas hajat tu pun.dari mas n berkarat2.

    ReplyDelete
  6. nanti dia balik mai dari l/negara SPRM p "cekup" elok2 d airport, yg takutnya Badrul Hisham Shaharin yg kena cekup! KANTOI lagi!

    ReplyDelete
  7. Jangan pakai berlian kat situ Kak Ros, tak cantik mana pun muka hang tu, takut nanti kalau orang kidnap hang, takyah tunggu wang tebusan, potong aje tangan dan jari hang. Baik hang pakai kat kelentit hang, mau terangsang Deepak nak main pantat tua hang tu noh.

    ReplyDelete
  8. Seramnya tengok muka dia...kah...kah...kah

    ReplyDelete
  9. duit berjuta yang rosmah dapat tu adalah hasil jualan nyanyian album videoklip beliau. beliau juga menang dalam anugerah juara lagu ke 100000 http://www.youtube.com/wat​ch?v=KGdeFfxVHAQ

    tengok dan hayati jangan tergoda pulak

    kalau SPRM siasat dia sure tiada kematian sebab tingkap x muat nak terjun.

    ReplyDelete
  10. semua cerita melalut ni dari bukti screen shot borang Kastam K1 on-line.Borang ini boleh dibuka oleh syarikat forwarding yang berdaftar dengan pihak kastam. mereka boleh taip apa sahaja dalam borang tu kemudian ambik gambar dan cancel. Ini keje bebudak forwarding agent. Korang boleh rujuk ngan budak fowarding agent. nak tipu pun patut patutlah .. ada ker orang yang buat inspection nama rosmah mansur . ramainya yang pakat-pakat tanggung dosa belaka. rahmat atas rosmah mansur yang memikul fitnah yang korang dok buat tu .

    ReplyDelete
  11. berani kaaa..sprm nak siasat nanti telog masok dalam perut kena pi sepital tak pasai2 tapi kalau siasat cik gu bed telog nanti keluar balik.

    ReplyDelete
  12. apa lah salahnya dgn njib.. dia betul laa sb dia hny suruh rakyat je yg berjimat...

    dan mungkin duit tu .. duit komisyen utk hantuya drpd tak diguna baik beli brg kemas..

    skg dah jd masalah... nak pakai serba salah... nak nak dlm majlis di sini.. tak pakai.. brg mahal.. tak kan nak simpan... dulu anwar .. org tenguk perut ...

    tun m ada galeri koleksi di Lngkawi.. so adalah baik ros pun ada galeri sendiri.. letak dua brg ni je.. tewas galeri tun m..!

    ReplyDelete
  13. peruntukan utk kak mah kena tambah jgk selain pengawal peribadi.. kena ada pengawal utk brg brg tu.. mana tahu tertangguh jatuh 2-3 batu... sama 2-3 kereta...

    yg paling kesian kat pak cik mak cik felda... lain kali salam cium tgn .. dpt tenguk dekat pun jadi laaaa...

    ReplyDelete
  14. Apa kata kita cadangkan buat satu lg perhimpunan umpama Bersih 2.0. Kali ini ditujukan kepad SPRM..

    ReplyDelete
  15. kak mah....kak mah lagak macam menteri....tapi jawatannya suri rumahtangga aje.....hemmmmmmmmm

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post