Diam lah Najib!



KUALA LUMPUR: Selepas lebih 200,000 pengguna Facebook mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai perdana menteri, laman peminat beliau pula diserang dengan mesej ‘diamlah’ dari warga internet.


Mereka menulis di ruang komen dan masukan (posting), meminta perdana menteri itu supaya ‘diam’, berikutan kenyataannya sejak mutakhir ini.

Pengguna laman sosial itu dilapor memulakan sindiran selepas tengah malam semalam, setelah Najib memuatkan pautan ke artikel dalam blog terbarunya yang menyentuh soal tanggungjawab pemimpin dan keamanan negara.

Blok atau tulisan besar ‘diam lah Najib’ dan ‘Tolong diam Najib’ ditampal di dinding laman peminat berkenaan, malah ada yang menyukai laman itu semata-mata untuk menampal kata-kata tersebut.

Meskipun terdapat segelintir warga internet pro Najib cuba mempertahankannya, namun ia tidak mampu menandingi jumlah komen warga internet di kalangan penyokong Pakatan Rakyat yang jauh lebih besar.

Sementara itu laman Facebook menuntut agar Najib meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri, digemari lebih 210,000 pengguna Facebook di negara ini.

Laman peminat itu yang dinamakan ’100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation’ sebelum ini berjaya mencapai sasarannya hanya dalam masa kurang 48 jam selepas ia diwujudkan.


http://www.keadilandaily.com/?p=17597

10 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. HABISLA NAJIB...BERSARA JER LAH...
    HEHEHE....

    ReplyDelete
  2. Najib dah genap 58 tahun dah memang time pencen dah, kalau tak tahun ni, tahun depan pencenlah dia!

    ReplyDelete
  3. kalau pakai tshirt kuning ditulis dgn perkataan diam... kena tangkap tak ?

    ReplyDelete
  4. Kalau jd PM dan org suruh diam...

    tak faham jugak ... tak tahu laaa..

    mana lah org tak suruh diam.. mmg lah kjaan jaga harta dan keselamatan tp dgn cara yg bijak .. ini lebih menjaga jawatan dan kuasa je ..

    banyak yg tak kena ...

    ReplyDelete
  5. Jangan dijolok sarang tebuan Rosmah.hahahah...

    ReplyDelete
  6. ramai rakyat xsuka dia..xkan nak tunggu kena balik kasut dulu baru nak turun?kalau tak keberatan,letak blog saya di bloglist blog ini kerana saya sudah lama letak link blog ini di blog saya dan saya pembaca setia blog ini.. ^_^

    Terhangat Dari Oven :
    Kawasan Melihat Anak Bulan Bagi Seluruh Malaysia !!
    Penjelasan PDRM Mengenai Isu baharuddin Ahmad!!

    ReplyDelete
  7. kalau pm kena DIAMLAH...

    si pencacai pulak..
    TERDIAM LAH !!

    ReplyDelete
  8. oooo ini facebook najib rupanya . cayalah najib . ada 805,557 followers. ramai tu . patutlah ada orang dengki . eleeehh takat 200,000 tu kira majoriti ker ????

    ReplyDelete
  9. penganutpas,
    apa yg kau dok merepek ni syaitan. kalau orang dah benci nak ludah muka kau tentulah di akan pergi jumpa kau. macam tulah juga orang masuk fb najib ni nak suruh dia berambus! ini bukan dikira popular tapi benci lah bodoh ooi!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post