Dr D Jeyakumar dan lima lagi ditahan mengikut Ordinans Darurat

Ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditangkap semula mengikut Ordinans Darurat (EO) sebaik mereka dibebaskan pada jam 2 petang tadi.

Menurut peguam mereka, antara ahli lain yang ditangkap semula itu adalah timbalan pengerusi PSM M Saraswathy, ahli jawatankuasa pusat Choo Chon Kai, M Sukumaran, setiausaha bahagian Sungai Siput A Letchumanan dan pemimpin pemuda Sarat Babu.

Menurut tweet PSM sebelum ini, mereka akan dibawa ke Bukit Aman di Kuala Lumpur.


Bendahari PSM Siva Rajan pada sidang media di luar mahkamah Butterworth berkata kumpulan itu dibebaskan dari ibu pejabat daerah polis Kepala Batas, Pulau Pinang pada jam 2 petang ini.

Namun, kata Siva mereka ditangkap semula oleh anggota polis dari Bukit Aman yang bersedia menunggu di luar balai berkenaan.

Ordinans Darurat hampir sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan polis menahan seseorang suspek sehingga 60 hari.

Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditangkap di plaza tol Sungai Dua pada 25 Julai lalu ketika menaiki bas menuju ke Pulau Pinang.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas tuduhan melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong.

Pada Khamis, 30 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan keenam-enam mereka dikenakan tahanan reman sehingga hari ini.

Kebanyakan aktivis hak asasi manusia menganggap Ordinans Darurat lebih kejam daripada ISA. Seperti ISA, tidak perlu perintah reman daripada mahkamah untuk tangkapan seumpama ini.

Lazimnya, sejak beberapa tahun lalu, EO digunakan oleh polis bagi mengehadkan pergerakan mereka yang disyaki sebagai samseng dan terbabit dengan aktiviti haram dan kongsi gelap.


Malaysiakini

14 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. tahniah PDRM . mencegah lebih baik dari mengubati . gunakan segala undang-undang yang ada bagi mengekang puak-puak pengacau ni . sebelum negara ini menjadi huru hara jika pengacau ini dibiarkan .bila negara kacau bilau maka hak rakyat untuk menikmati hidup aman damai seperti sekarang ini akan diragut. tangkap jer semua peragut-peragut jalanan tu!!!!

    ReplyDelete
  2. Woit...anon 5.05,
    Si bahalul kata negara ini aman aman? Kah...kah...kah...
    barang naik harga.....tolong cari definasi aman...

    ReplyDelete
  3. Bagusss,makin nampak sebenarnya PDRM adalah polis bantuan Ameno,Rasuah menteri Ameno MCA berjuta,ada PDRM sentuh,Mmg tugas Ameno untuk sesatkan Melayu bengap,sampai kiamat,...Dulu Malaya huru hara kerana komunis,sekarang Malaysia huru hara kerana Ameno,melingkupkan tanah melayu dan khazanah negara untuk suku sakat masing2...

    ReplyDelete
  4. Inilah akibat bila terlalu lama berkuasa,dah rasa Malaysia ni Ameno yg punya,Insyallah di mashyar nanti didepan yang Maha Adil,akan aku pohon keadilan atas kezaliman pemimpin sekarang ini,rakyat disuruh berjimat,tapi bil letrik sebulan pak menteri sampai 160K sebulan,rakyat disuruh berjimat,bini pak menteri shopping sakan diluar negara...Di mashyar akan aku dakwa penguasa yang zalim,bermegahlah kamu didunia dgn kuasa yg ada,di mashyar ketika pangkat,kedudukan tak bernilai sesen pun..Tunggulah..akhirat sememangnya pasti..

    ReplyDelete
  5. slm seikh2..definasi aman dah tentu2 bukan solat hajat mtk bala kat org seikh...walahuaklam seikh..

    ReplyDelete
  6. Kalau tak buat salah,tak zalim,tak rasuah,tak perlu takut dengan solat hajat,salah satu cara memohon pertolongan dengan yang Maha Esa,bukankah doa orang yg dizalimi tiada hijab...

    ReplyDelete
  7. najib sudah mula guna isa/eo utk pertahan kuasa. anjing belaan jangan sampai gigit tuan balek.

    ReplyDelete
  8. woit sheik,

    Tolong la huraikan definasi aman,,,,,straight to the question,,,,,jgn dok pusing2

    ReplyDelete
  9. anon 6.51
    siap nak tuntut bela pada pemerintah yang zalim kat padang masyar tu !!! hebat . zalim pasal tahan jeyakumar ker ????
    nampak sangat orang bila tamakkan kuasa ni , sampai agama pun sanggup dipergunakan . hindu yang pro-murtad pun boleh diangkat sebagai pemimpin. orang islam yang sedang memimpin kearah keamanan dipandang buruk dari segenap penjuru . siap nak jatuhkan lagi....

    ReplyDelete
  10. Keadialan dalam Islam tiak mengenal bangsa,kecuali keadilan versi Ameno,tangkap tanpa bicara,Allah yang Maha Adil pun memberi peluang pada hambanya membela diri di Mashyar nnt.Pemimpin yg Anon dok puja sebab tak guna agama rasuah macamana pon tak dak rasa bersalah,nama Islam tapi dialah yang kuat menentang,memperlekeh Islam,kerana gila kuasa gunakan PDRM dan segalanya untuk tekan rakyat,.Kelantan,Kedah dan semua negeri Pakatan ditekan ini dipanggil memimpin kearah keamanan.. kalau India dia tak paham Islam tak terkejut,tetapi pemimpin Islam yg Ainon dok puja yg
    mempunyai kuasa membenarkan murtad,tu apa cerita....Tak tulis pun pasal nak bela Ambiaga di Mashyar,lain kali baca sampai habis,tapi apakan daya inilah sifat yg Ameno telah berjaya tanamkan pada pengikutnya..

    ReplyDelete
  11. slm seikh.seikh......ada ke hamba yg hidup aman?yg aman allah taala je seikh..umar alkhattab yg iman dia x terjangkau kat fikir kita pun x aman,ari2 nangis seikh oi..slm n walahuaklam ye sheikh..

    ReplyDelete
  12. pd anon yg duk melalut panggil org sheik tu.
    hang telah mepersendakan agama islam.pasal serban la.pasal solat hajat la.solat hajat tu salah satunya adalah memohon keamanan dgn memohon petunjuk dan hidayahNYA.manusia tak aman.tapi jangan menafikan manusia untuk mencari keamanan dan keadilan.
    apapun ambiga ka,jeyakumar ka hatta sapa pun..kita adalah makhluk ALLAH dan setiap ciptaan dan kewujudan ada sebab dan hikmahnya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post