Fitnah ni.. Rais Yatim!!

“Misalnya pada 9 Julai lalu, sedemikian ramai mereka yang terlibat tidak tahu kenapa mereka berada di Kuala Lumpur, mereka kata diberi sedikit imbuhan dan bila ditanya apa sebab datang, mereka kata sebab kawan-kawan ramai, kami pun datang, kami dapat imbuhan, jadi kami pun mengambil bahagian,”

Ayat diatas adalah satu tuduhan yang tidak berasas oleh Rais Yatim terhadap peserta Perhimpunan BERSIH 2.0, bukan saja tidak berasas malah juga berniat jahat dan mahu merosakkan kredibiliti Peserta kerana menggambarkan mereka punya perangai seperti pencacai UMNO yang hanya bergerak bila ada upah..


Siapa-siapa yang telah menyertai Perhimpunan BERSIH 2.0 tu yang punya sangat banyak masa terluang sila saman dia pulak..


Rais mahu kaji motif sertai perhimpunan 9 Julai

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sedang menjalankan kaji selidik untuk mengenal pasti motif mereka yang menyertai perhimpunan pada 9 Julai lalu.

Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kaji selidik oleh Jabatan Penerangan dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu melibatkan tiga perkara penting iaitu mengapa mereka hadir pada perhimpunan itu, imbuhan yang diterima dan perasaan mereka apabila tidak faham mengapa mereka menghadiri perhimpunan itu.

“Jadi ketiga-tiga soalan itu sedang kita ajukan tetapi tidaklah dapat disusul kepada semua, sekiranya dapat kita kumpulkan sekitar 2,000 sampel, maka ia akan memberi satu pola yang kita akan umumkan kemudian.

“Ini supaya kita jangan rugi dari segi perjuangan dan Gagasan 1Malaysia itu sebenarnya adalah sesuatu yang setiap individu harus menilai dan menerimanya kerana ia mempunyai tujuan murni untuk menyatu padukan rakyat,” katanya dipetik Bernama Online.

Rais berkata kaji selidik itu penting kerana orang Melayu kini didapati mudah tertarik dengan isu-isu politik dan terikut-ikut untuk menyertai politik jalanan tanpa mengetahui masalah dan punca mereka melakukannya.

“Misalnya pada 9 Julai lalu, sedemikian ramai mereka yang terlibat tidak tahu kenapa mereka berada di Kuala Lumpur, mereka kata diberi sedikit imbuhan dan bila ditanya apa sebab datang, mereka kata sebab kawan-kawan ramai, kami pun datang, kami dapat imbuhan, jadi kami pun mengambil bahagian,” katanya.

Rais berkata pendirian sebegitu sebenarnya merugikan semua pihak dan perkara itu harus dan hanya boleh dijawab oleh mereka yang merencana dan menyokong perhimpunan 9 Julai.

“Bukan kerajaan tidak mengiktiraf hak kita untuk berkumpul tetapi cuma setiap individu harus tahu apa sebab mereka datang dan membuat sesuatu tindakan sama ada untuk perjuangan atau untuk tujuan tertentu pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Rais mengingatkan orang Melayu supaya tidak terkeliru dengan perkara yang berlaku pada perhimpunan haram itu kerana apa yang terjadi sengaja dicetuskan oleh pihak tertentu yang tidak sanggup melihat kejayaan masyarakat 1Malaysia malah menganggapnya sebagai satu ancaman terhadap kelangsungan politik mereka.

Rais berkata sebagai orang yang telah lama berjuang di dalam politik dan kemasyarakatan, beliau tidak mahu melihat ada orang yang bertepuk tangan melihat Melayu sesama Melayu bergaduh sedangkan perkara itu tidak membawa sebarang keuntungan.

“Sampai mana kita hendak bergelut, bergaduh di politik jalanan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di Dataran Merdeka atau di stadium, apa yang kita nak capai.

“Orang Melayu khasnya, saya ingin memberi pandangan, kita jangan lagi bermuslihat atas perkara-perkara yang berlaku pada 9 Julai lepas, tak ada untungnya bagi kita,” katanya.


The Malaysian Insider

18 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. hello anak yatim, yg berhimpun dapat imbuhan tu ialah yg pakai baju merah, kalu tak percaya lu tanya sama 2 mat bangla yg photo mereka tersebar luar di internet memakai bju merah patriot.

    ReplyDelete
  2. tak habis2 menteri umno ni nak perlecehkan semangat dan daya pemikiran rakyat.

    ReplyDelete
  3. slogan satu malaysia dah tengelam oleh laugan keramat BERSIH.
    rais, kau eleok pergi jumpa yahudi APCO minta nasihat baru.

    ReplyDelete
  4. Imbuhan?...Perkasa pun imbuhan, Pa*turot lagi imbuhan, pesilat ada imbuhan jugak.....tepis lah kena ke muka sendiri terkulat-kulat macam berok kena belacan.

    ReplyDelete
  5. Mengapa mereka hadir pada perhimpunan itu?

    Menuntut supaya piliharaya adil dan telus dengan 8 perkara yang dikemukakan untuk menyuburkan lagi demokrasi.

    Imbuhan yang diterima?

    Apa ingat macam UMNO/BN ke... kena wang imbuhan untuk penuhkan ke aktiviti UMNO/BN.

    Tapi imbuhan yang diterima kami dari UMNO/Polis iaitu perleceh, diugut, dihalang, ditahan dari memasuki KL, ditembak gas, disembur air asid, kena tumbuk, kena kejar, kena sepak, kena terajang, kena gari, kena maki dan dibunuh polis, kena dakwa, nak kena hadap di mahkamah.

    Perasaan mereka apabila tidak faham mengapa mereka menghadiri perhimpunan itu?

    UMNO je yang tak faham... satu dunia faham apa yang kami tuntut. Cuma kami tak faham kenapa kami dikasari sedangkan kami berhimpun secara aman untuk demokrasi yang termaktub di dalam perlembagaan dan diizinkan olah Seri Paduka.

    Yang kami tak faham kena janji nak beri stadium... kenapa tak beri... takkan acara yang dijadualkan di Kuala Lumpur nak ditukar tempat ke Kota Bharu? Gila ka apa puak UMNO.

    Yang kami tak faham kenapa SPR menentang sangat usaha untuk menjadikan mereka lebih dipercayai dan dihormati oleh rakyat? Melainkan SPR ada agenda busuk untuk menangkan UMNO/BN... alasan lain adalah sukar diterima.

    Kalau nak kutip sampel tak payahlah... teknik auta dalam kaedah penyelidikan sosial ada di hujung jari aku je... kalau kau auta populasi, kutip sampel macam SPR tak payahlah... nipu je. Rais ooooi hang buat penyelidikan dari bahan bacaan je utusex dan banyakhairan.... kami buat penyelidikan di lapangan... mana nak sama oooooi.... kau boleh ke rasa macam mana pedih kena gas? Sakit kena terajang? Rasa kena bunuh?

    ReplyDelete
  6. Anak yatim ni kerna terlalu nak bodek dia mula merapu tahap bebal. Mereka yg dtg semua telah tahu betapa korup nya umnogok dan sprm telah menjadi kuda umporno. EKAU pun sedia lah nak lompat muka jenis katak juga dia ni. MENTERI KATAK.

    ReplyDelete
  7. Meluat nengok menteri UMNO ni. Ini semua nak bodek takut nama digugurkan PRU13 nanti. Boleh percaya ke survey tu? Buatla kelaku yang bernas sikit.
    Pada aku BERSIH berjaya sungguh. Kalau tidak masakan menteri ni gelisah tahap gaban. Maknanya kementeriannya dah jadi gelap tak boleh nak terang kepada Najib apa yang berlaku. Mood rakyat pun tak faham. BERSIH berjaya gembeling 1MALAYSIA untuk fahamkan rakyat betapa kerajaan UBN korup. Faham tak Rais? Memang dasar penjilat sungguh.

    ReplyDelete
  8. Anak Nelayan PontianJuly 17, 2011 at 3:15 PM

    Kenapa Rais nak buat survey? Sebab propagandanya selama ini takde kelas. Propaganda celah ketiak. Itu sebab dia jadi gelabah. Hari-hari keluar TV iklankan kementerian dia saje. Hooiii...menteri lain tak cemburu ke? Hanpa tak buat kerja ka? Rais sorang saje ke menteri UBN? Kalau dah ngok tu gitulah jadinya. Rais, your time is over.

    ReplyDelete
  9. apakah pencacai berdiam aje dgn hujah dan kata2 rais... apakah kamu setuju dgn cara syndrom penafian ini..

    aku suka sbb membakar semangat lg.. bukan kata kata rais tp kebodohan nya...

    tau tak knape rais jd gaban .. sb mat sabu ckp pelacur pun ambil cuti..

    knape tak counter - byr lebih dr apa yg peserta demo dpt.. dengar cite dr angin jelebu ada yg dpt sampai rm 800.. so up jd rm 1600 dan buat survey brape yg ambil dan brape yg meludah,, buat lah survey sebelum perhimpunan bukan letak baju dan parang.. klau berani buat... jumlah yg demo bukan 300,000 cecah jutaan org ... duit raya beb..

    rais betul betul tutup peluang njib utk buat perhimpunan 3 juta ...

    rais dan mrk yg se kem dgn nya.. ketahui lah apa keddudukan kamu bila dari sastrawan negar hingga ke pelacur benci dgn kamu...

    ReplyDelete
  10. bila org umno menuduh bermakna apa yg dorang tuduh tu kat org lain, sebenarnya dorang yg buat. biasalah, kalau jenis jilat buntut, biar nampak bodoh janji rosmah sukeeeee

    ReplyDelete
  11. Sori la Rais oii.. Aku dan kawan2 aku (lbh krg 20 org) sukarela je pergi Bersih. Satu sen pn kita orang tak dibayar tau..

    ReplyDelete
  12. Yang jawab kat survey tu memang lah orang orang yang dah dibayar untuk turut serta dalam survey tu lah.

    ReplyDelete
  13. sapu tangannya pun warna kuning...cuba lihat betul-betul dlm gambar tu.....

    ReplyDelete
  14. aku malu dgn rais....niii , dia ni asalnya dulu cikgu tapi sayang bila jadi menteri .......metalitinya berfikir macam org x ada akai.....apa punya rais.....malukan puak2 cikgu ajeeeeeee

    ReplyDelete
  15. BATUNISAN NAZIZONISIONALJuly 18, 2011 at 1:11 AM

    Anak yatim entot2 ni nak tunjuk lawa bahwa dia je menteri yg boleh tepis dan cerdik dimata najis,bodek lahtu,kehidupan menteri posola kerjanya hanya BODEK NAJIB(BN)tengoklah media skrang dibawah ketiak rais semuanya berlumba nak cari publisiti murah kat pasar lambak akibat brain strom dr anak yatim,nak susun bahasa dilintangpukangkan terlebi cerdiklatu,bogok punya brand cap jambatan ni

    ReplyDelete
  16. suda2 la rais.hal ko ngan amah tu pun x settle ag,da pndai nak tarbiah org plak,cepuk ko kang

    1.Bangunan Pelik Dari Victor Enrich
    2.Lampu Letupan Nuklear
    3.Rumah Gelongsor

    ReplyDelete
  17. oitt rais, apsal ko bangang sgt..ko igt ko tu menteri dah bagus sgt?ko igt rakyat bodoh cam kau..?baik ko jgn komen apa2, lg byk bunyik ko lg rakyat meluat ngan ko.tetiba aku naik angin..dia igt ni zaman 60an ke org x tau mana betul mana salah..

    ReplyDelete
  18. oiii..ko silap dpt info tu rais juboq..yg ckp mcm tu mat2 bangla yg dok joint patriot..mereka tu yg dok terpingga2 tak tau apa yg nak buat sebab tiba2 dia org di bagi imbuhan dan t-shirt patriot..apa la pnya menteri bangang...hahahahahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post