Kenderaan Polis Britain menghalang pandangan Najib
dari melihat demonstrasi.
dari melihat demonstrasi.
Fobia dengan warna kuning yang diharamkan olehnya di Malaysia baru-baru ini, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London dikhabarkan terpaksa meminta bantuan pihak Polis Britain bagi menghalang Najib dan rombongannya dari terlihat warna tersebut yang dipamirkan oleh rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi di London.
Turut bersama delegasi Anak Najib dan Adik Najib (CEO CIMB)
Najib Altantuya dikhabarkan akan mengadakan sesi pertemuan dengan komuniti perniagaan United Kingdom jam 3.30 petang waktu London (10.30 malam waktu Malaysia) bersama pertemuan delegasi perniagaan Malaysia dan negara itu.
Delegasi Kerajaan Malaysia atau lebih tepat lagi dikatakan rombongan Keluarga Najib itu tiba di Mansion House, Garlick Hill, berhampiran dengan tebing Sungai Thames dengan mendapat sambutan meriah dari rakyat Malaysia di London.. meriah dengan kuning laa..
Bagaimanapun, menurut seorang rakyat Malaysia di sana yang memerhati, Najib meminta bantuan polis untuk berada di kawasan tersebut kerana berpuluh-puluh rakyat Malaysia menunggu sambil membawa kad berwarna kuning dengan tulisan PSM 6, Bersih dan Mansuhkan ISA.
Juga dikhabarkan keadaan di sana sedikit tegang dengan kehadiran trak polis yang membawa delegasi yang seolah-olah tidak mahu Najib melihat kelibat mereka yang menuntut supaya semua tahanan PSM di bawah Ordinan Darurat dibebaskan tanpa syarat!
Difahamkan, dua trak polis yang digunakan untuk membawa mereka kini diletakkan di hadapan rakyat Malaysia yang berdemo bagi menghalang pandangan Najib ke arah mereka.
Ada yang menanti Najib menandatangani kad yang mereka bawa supaya kesemua tahanan terbabit dibebaskan.
Sumber : Jalan Pulang
Dia risau lah tu.
ReplyDelete"Takut kerana bersalah"
1,000,000 People Request Najib Tun Razak Resignation
Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita
Laaaaaaaaaaaa...ingat karpet merah kah kah kah
ReplyDeletehahahaha....balik nanti Najib tak berani mengadap sultan dan selepas ni aku gerenti akan ada arahan baru samada semua sultan diharamkan berbaju kuning atau warna kuning diharamkan untuk dipakai oleh rakyat biasa. Pasukan badminton, bolasepak harimau melaya (yang aku tau harimau malaya tu Yamashita je), kena tukar warna merah patriot.
ReplyDeletemalu bro,malu beso,kalau wartawan dpt amik gambar turun keta disambut dgn org kuning, mana nak sorok muka, bawah ketiak bik mama da byk kali da, takan nak suruh bik mama luku setiap kepala baju kuning ngan cincin baru tu
ReplyDeletenisfu syaaban dah nak dekat... jom2...
ReplyDeleteNisfu Syaaban
ha..ha, truck polis tu pun pakai stripe kuning, mana lu nak lari najib oooi!
ReplyDeleteNajib elak macamana sekali pun daripada melihat warna kuning,tetap tidak berjaya.Dalam utusan meloya hari ini ada terpampang gambar najib sedang berjalan dengan s/usaha pengangkutan British Philip Hammond yang memakai tali laher warna kuning.Lebih parah lagi semasa Najib dengan Rosmah mengadap Ratu Elizabeth 11 di istana.Ratu memakai baju warna kuning.Hahahahahaaa...Najib muka tukar jadi hitam.....padan muka...
ReplyDeleteKenapa Yang Dipertuan Agong perkenan untuk bertemu dgn jawatankuasa BERSIH? Sebab Kuning adalah warna diraja.
ReplyDeletemungkin mulai skg sekolah sekolah yg memakai samping warna kuning di mtk jgn memakainya...
ReplyDeleteraya ni ... baju melayu aku warna kuning...
ketua pemuda bahagian Pekan... anda jgn lah bercita cita tinggi rasanya tak sempat ... dlm 2-3 tahun ni dah ada penganti utk anda..
Mano eden nk poie lagi ni. Semuo tak selamat. Ado yo yg kacau. Dah la poning kepalo pikir an nasib den ni, orang rumah den buek hal plak. Boli golang semahal-mahal eh. Poning kepalo den pikir hal ni. Lantak ar ekonomi M'sia, janji eden sonang.
ReplyDeleteanon 10.06
ReplyDeleteyg Agong dia setuju jmpe sbb tak kan berlaku kacau bilau. bukan sebab warna kuning...
Dunia dah nak kiamat.Kezaliman berleluasa. Umat Nabi Muhammad adalah umat yang sentiasa bersabar didalam menempuh segala dugaan dan halangan. Hanya yg zalim sahaja yang kata mengatakan yang bersih itu kotor.Bravo
ReplyDeleteJangan dibiarkan kezaliman itu berleluasa.Cegah sebelum parah.Nanti org-org yang melakukan kezaliman itu mati dlm kehinaan dan menerima pembalasan yg teruk dari ALLAH
ReplyDeleteTulh yg pegi halang org nk buat bersih tu kenapa...kan dh susah. Kalau biarkan die org buat demo tu kan bagus.....meriahnye Malaysia ni. Tak kiralh org2 UMNOngok ke bekas2 UMNOngok ke semua turun buat demo, ape dia org nk buat biar jelh...habiskan semua org yg ade kaitan dgn umno ni....hahaha
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!