Apabila aku menyiarkan satu artikel yang meminta penjelasan dari SPR berkenaan satu rumah yang mempunyai 64 pengundi dan satu lagi rumah yang mempunyai 88 pengundi (korang baca di SINI) ramai pencacai UMNO yang tak tahu hujung pangkal cerita cuba mahu menjadi Hero.
Ada yang mengatakan ini adalah fitnah terbesar, ada yang mengatakan ini adalah rekaan semata-mata untuk memusnahkan kredibiliti SPR.
Aku tak faham apa yang dikatakan fitnah itu, sedangkan apa yang aku dedahkan itu sumbernya dari daftar pemilih SPR yang telah dikemaskini 19 Mei 2011.
Bagaimanapun antara komen yang menarik perhatian aku ialah komen ini, komen yang mahu menegakkan benang basah.. yang membuatkan aku tertanya-tanya, Mamat ni dah periksa sendiri atau belum senarai nama pengundi yang aku siarkan tu..
Sebenarnya link yang disertakan dan gambar link yang disertakan adalah MIRROR HOAX...
Untuk link yang sebetulnya adalah disini:
http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/
Notis pemberitahuan telah pun dikeluarkan sejak awal tahun.
http://daftarj.spr.gov.my/
Kalau masih percaya link yang pertama diberikan bukan MIRROR HOAX... soalan mudah yang boleh ditanya adalah... pencarian dilink tersebut hanya boleh disemak jika anda mempunyai nombor kad pengenalan. Bukan mudah untuk anda menyemak jika tanpa nombor tersebut. Maka link yang sebelum ini adalah MIRROR HOAX.
Mereka yg menyebarkan link MIRROR HOAX hanyalah mereka yang berusaha memfitnah SPR.
Rakyat sudah mula muak dgn penipuan dan putar belit
Dia kata fitnah.. padahal daftar pemilih tu datangnya dari SPR sendiri..
Bagaimanapun tanda Tanya yang timbul dalam benak aku tentang siapa mamat yang meninggalkan komen itu terjawab bila Perisik Rakyat menyiarkan artikel dari Anti PKR..
Maaf kalau Email ini mengganggu pihak tuan.
Tujuan saya hanya ingin memohon kepada pihak tuan, kiranya dapat menyelidik akan tomahan terbaru pihak pembangkang dan disebarkan oleh bloger2 pro pembangkang terhadap SPR, dgn tujuan untuk menjatuhkan kredibiliti SPR dan memberi tafsiran kurang baik oleh rakyat terhadap SPR.
Cerita2 yang kurang elok ini disebarkan oleh beberapa blog pembangkang...
1) http://dppwm.blogspot.com/2011/07/wow-1-rumah-ada-88-orang-nama-daftar.html
2) http://malaysia-today.net/mtcolumns/from-around-the-blogs/41571-satu-alamat-88-pengundi-apa-penjelasan-spr-
mereka juga ada menyertakan link ini sebagai bukti http://daftarj.spr.gov.my/semakdm/
Saya mula merasai curiga apabila link yang disertakan memerlukan kita memasukkan nombor kad pengenalan untuk disemak. Jadi jika kad pengenalan yang diperluakan, bagaimana setiap blogger Pro-Pembangkang tahu nombor2 kad pengenalan setiap 88 orang pengundi yang didakwa oleh bloger tersebut telah diseleweng?
Namun link tersebut membuat saya bertambah curiga apabila dicuma dgn memasukkan nomber kad pengenalan salah satu kad pengenalan yang tertera di link semakan yang disertakan mereka, maka ini yang terjadi (dibawah):
SISTEM SEMAKAN PEMILIH BAGI ISI RUMAH
Microsoft OLE DB Provider for SQL Server error '80004005'
Invalid connection string attribute
/semakdm/test.asp, line 135
Apa yang jelas, dan saya percaya bahawa link yang diguna pakai oleh bloger pro-pembangkang adalah link HOAX MIRROR....
Sedangkan menurut laman SPR ( http://www.spr.gov.my/ ) link untuk menyemak semula semakan daftar pemilih adalah disini --> http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/ (dan terdapat application error disitu)
Namun SPR telah membuat dan mengeluarkan notis pemberitahuan tentang penukaran alamat untuk semakan pemilih. Notis tersebut adalah disini http://daftarj.spr.gov.my/
Didalam notis tersebut telah dinyatakan link yang sebenar untuk semakan daftar pemilih:
SEMAKAN UNTUK VERSI BAHASA MELAYU
http://daftarj.spr.gov.my/daftarj
SEMAKAN UNTUK VERSI BAHASA INGGERIS
http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/daftarbi.aspx
Jadi saya syak bahawa link yang diguna pakai oleh bloger pro-pembangkang (http://daftarj.spr.gov.my/semakdm/ ) adalah link Hoax Mirror ... yang bertujuan menfitnah dan menjatuhkan kredibiliti SPR.
Saya bermohon sekali lagi sekiranya pihak tuan dapat meneliti tuduhan mereka dan bongkarkan penipuan mereka ini.
Sekali lagi, maaf sekiranya pemohonan saya ini akan mengganggu jadual kerja pihak tuan.
Terima kasih ( kiriman email dari pembaca )
Korang nampak tak apa persamaan komen dan juga e-mail yang kononnya diterima oleh Anti PKR tu?
Aku lebih senang membiarkan pencacai pencacai UMNO terus hidup dibelenggu kebodohan mereka, jadi aku malas nak layan lebih lebih sangat mereka-mereka itu..
Tetapi Perisik Rakyat lebih baik sikit dari aku kerana dia tak mahu melihat Pencacai UMNO terus hidup diselubungi kebodohan mereka..
Korang jenguklah kat Perisik Rakyat ni untuk mempelajari bagaimana untuk menyemak daftar Pemilih.. klik (SINI)
pandai pulak pecacai2 umno ni guna bahasa fitnah. Selama ni mereka dok fitnah sana sini tu, tak sedar ke?
ReplyDeletepencacai2 umno ni memang bongok dan bangang sbb xleh bfikir mcm lembu di cucuk hidung, ada otak pun letyakkan kat kepala lutut yg mrk tahu buat fitnah aje tp x heran sbb masyuq!!!
ReplyDeleteharap ASD dedah lagi banyak maklumat tu pasal rahman dahlan pun dedah ada 11 orang berdaftar sebagai pegundi di rumah emak Azmin Ali di Kg Kelang Gate Baharu iaitu Azmin, Shamsidar, emak beliau, Ummi dan Azwan. manakala 6 nama lagi terdiri dari 5 China dan 1 Melayu.pendaftaran itu dibuat antara tahun 1990-1993. bagus jugak kita pakat dedah . baru clear daftar mengundi SPR . tak gitu ...
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!