Lawatan Najib ke Kelantan : Kakitangan Awam mengadu dipaksa..

PAS Kawasan Pasir Puteh, Kelantan telah mendapat aduan dan rungutan daripada kakitangan awam berkenaan jemputan pada majlis pemimpin bersama rakyat yang diadakan di kawasan itu pada 2 Julai.

Perkara yang membebankan mereka ialah setiap kakitangan awam termasuk guru mesti melaporkan diri mereka pada meja pendaftaran bagi memastikan kehadiran mereka.

Timbalan Ketua Penerangan PAS Pasir Puteh, Abdul Halim Mohamad menjelaskan, lebih membimbangkan mereka, jika mereka tidak hadir, tindakan akan dikenakan.

Menurut beliau, begitulah antara rungutan awam terhadap majlis yang bakal berlangsung pada Sabtu nanti yang turut melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Katanya, PAS Kawasan Pasir Puteh cukup kesal dengan cara perangkap yang digunakan oleh Umno untuk memastikan kehadiran yang ramai pada majlis berkenaan.

"Kita tidak bimbang dengan himpunan berkenaan kerana kita terbukti dan mampu membuat himpunan yang lebih besar tampa perlu kerahan dan lapor diri peserta dalam setiap program yang diadakan," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Namun, beliau mencabar Umno agar memberi peluang kepada kakitangan awam untuk mereka tidak hadir pada program berkenaan dan jangan dibuat kaunter lapor diri yang merupakan suatu amalan politik lama yang digunakan.

"Sebaliknya, Umno perlu meninggal politik tipu dan beralih kepada budaya politik ilmu bagi menjadikan rakyat bebas menentukan keputusan mereka tanpa lagi terkongkong dengan budaya politik tipu," katanya.

Mengulas lanjut berkaitan kehadiran Presiden Umno yang juga Perdana Menteri pada majlis itu nanti, beliau berkata, kedatangan Perdana Menteri ke majlis itu jelas menunjukkan bahawa Umno Pasir Puteh sedang mencari semangat di sebalik masalah dalaman yang berlaku dan gagal menjawab isu sekitar yang menyebabkan ahlinya hilang tumpuan.

Katanya, majlis pemimpin bersama rakyat yang kononnya bakal dihadiri ribuan ahli Umno itu jelas menunjukkan himpunan gelombang merah yang diadakan baru-baru ini gagal dan tidak diterima rakyat, sehingga mereka terpaksa membawa presiden parti ke dalam kawasan Pasir Puteh.

PAS Pasir Puteh juga, katanya, ingin menasihatkan Perdana Menteri agar menunaikan segala janji yang ditaburkan terlebih dahulu sebelum hadir ke Pasir Puteh atas dakwaan sebagai tanda beliau menghormati rakyat Kelantan seperti yang didakwa oleh Umno.

"Antara janji yang belum ditunaikan itu termasuk menyiapkan projek Kerajaan Pusat yang banyak terbengkalai dan termasuk juga memberikan royalti Petroleum kepada rakyat Kelantan," ujar beliau


Harakahdaily

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. kesian plak aku kat Abdul Halim Mohamad ni . Nik aziz tak ajak pun dia pegi makan angin kat uzbekistan . awek lawooo ooo kat sana .

    ReplyDelete
  2. bidadari kt syurga tiada tandingan...tak yah g uzbekistan pon tkpe.. jg amalan sudah. Allah akan memberi lebih dari awek uzbekistan tu kalau dia mahu. dunia ni kosong..nothing. akhirat the best.

    ReplyDelete
  3. UMNO paksa orgramai dtg bg upah lain cuma TAPA nak tipu najib tu ramai lagi yg sokong. abis najib dikencing idup-idup

    ReplyDelete
  4. Mat monggol tak habis2 menipu,,,,,,lepas menyamun...yang bestnya dia kaki kongkek

    ReplyDelete
  5. Memang kena paksa dan diberi sedikit upah untuk pergi.Kalau tidak mana mungkin semua yang pergi memakai baju sama warna.Nampak sangat PM ni kena main dengan puak puaknya sendiri.Menyerlahkan kebodohan puak puak UMNONGOK!!!

    ReplyDelete
  6. Anon 9:04 pm,
    Komen anda nampaknya terlalu educated. Inilah satu contoh komen yang menbuka minda kita semua. Teruskan lagi saudara.......
    saya rasa sudara ni adalah seorang yang berpandangan jauh, dan komen saudara ini akan menggugat PAS kelantan.Tahniah saudara.......
    kah,kah,kah

    ReplyDelete
  7. Sokongn palsu tu wajib. Kena hadir utk bagi semangat pd tok Najib. Biar dia bodohkn kita asalkn kita sedar sememangny PM sendiri tu yg bodoh.

    ReplyDelete
  8. bebudak uitm pown di paksa ikowt natang asing yang najib anjur....

    ReplyDelete
  9. kalau da tak nak kerja dengan kerajaan dan tak nak dengar kata majikan....korang tunggu apa lagi berhenti je la...byk lagi rakyat yg nak kerja dengan kerajaan.....da la makan hasil kerja dengan kerajaan...tapi nak kutuk2 kerajaan pula....ada akal fikirla...tepuk dada tanya selera....kalau aku malu besar beb

    ReplyDelete
  10. AKU PUN ORANG KELATE, AKU BANGGA DENGAN KEHADIRAN ORANG NOMBOR SATU NEGARA KE SINI...APA YANG AKU PERHATIKAN GELOMBANG MERAH SEMAKIN BESAR DAN MENGUSARKAN INSAN-INSAN MULIA DAN TERPILIH PAS AKAN FENOMENA INI.....BAHTERA USANG HIJAU BILA-BILA MASA AKAN KARAM DAN KINI IA SEDANG BOCOR AKIBAT TERLANGGAR KAYU BALAK HANYUT AKIBAT DIKEMUDI OLEH NIK AZIZ YANG TIDAK TAHU APA-APA.....MINDA DAN NURANI RAKYAT KELANTAN KINI SEDANG TERBUKA DENGAN IZIN ALLAH S.W.T SETELAH SEKIAN LAMA DIRACUNI OLEH ULAMA JAHAT PAS, KEBANGKITAN RAKYAT KELANTAN UNTUK MENOLAK PAS ADALAH KEHENDAK DAN QADA QADAR ALLAH SETEKAH BERDEKAD MEREKA DILEMBU DAN DIPERBODOHKAN ATAS NAMA ISLAM......CUBA PERHATIKAN DI MANA SAHAJA DI KELANTAN ANGIN PERUBAHAN ITU SEDANG BERTIUP DAN RAKYAT MAEHEIN KELANTAN SEDANG MENUNGGU SAAT UNTUK BERUBAH DAN MENGUBAH......KENYATTAN ITU AMAT PAHIT BUAT PAS DAN IA JUGA MERUPAKAN SATU KETAKUTAN YANG AMAT LUAR BIASA YANG DIALAMI OLEH PEMIMPIN MAHUPUN PENGIKUT TOLOL PAS.....KEPADA NIK AZIZ DAN BARISAN EXCO NYA TOLONGLAH PERBETULKAN BAHTERA USANG ANDA SEBELUM GELOMBANG MERAH DATANG MELANDA......INGATLAH TSUNAMI POLITIK BARU BAKAL MUNCUL....DAN HAMBA RAKYAT SEDANG MENUNGGU SAAT DAN KETIKA NYA......yang IKHLAS ABE ZUL JELI.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post