Dalam ucapannya yang berkobar-kobar dan lantang di hadapan 6,000 ahli Umno, badan bukan kerajaan dan pertubuhan silat, Perdana Menteri memperkecilkan kehadiran penyokong Bersih 2.0 semalam sambil mengatakan bahawa Umno sebenarnya boleh mengatasi Bersih 2.0 sekiranya mereka meneruskan perhimpunan jalanan.
Ceh!! kalau setakat nak bercakap siapapun boleh Najib.. Kalau boleh himpun kenapa Sabtu lalu tak nak himpun?
Kalau setakat nak hantar PATRIOT yang kehadirannya tak lebih dari 1000 orang tu.. tak payah nak cakap besarlah Najib.. itupun kena bagi 'T' Shirt percuma..
Dalam bercakap besar tu.. Najib secara tak sengaja telah mendedahkan bahawa PATRIOT itu telah mewakili UMNO.. korang bacalah..
Perkecil perhimpunan Bersih, Najib kata Umno tak takut pilihan raya adil
KUALA LUMPUR, 10 Julai — Datuk Seri Najib Razak pagi ini memperlekeh dan mengetepikan impak Himpunan Bersih 2.0 yang diadakan semalam dengan menegaskan, Umno pimpinannya tidak bimbang untuk mengadakan pilihan raya bersih.
Dalam ucapannya yang berkobar-kobar dan lantang di hadapan 6,000 ahli Umno, badan bukan kerajaan dan pertubuhan silat, Perdana Menteri memperkecilkan kehadiran penyokong Bersih 2.0 semalam sambil mengatakan bahawa Umno sebenarnya boleh mengatasi Bersih 2.0 sekiranya mereka meneruskan perhimpunan jalanan.
Bersih 2.0 membatalkan perhimpunan jalanan selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Selasa lalu dan janji Najib bahawa mereka boleh mengadakan perhimpunan di stadium jika mahu.
“Jangan ragui kekuatan kami. Umno ada tiga juta ahli. Jika kami dapat himpunkan sejuta ahli, ia lebih daripada cukup, kami boleh menawan Kuala Lumpur.
“Jika kami hendak mencetuskan huru-hara, kami boleh. Tetapi kami mahu mempertahankan undang-undang Malaysia, kami mahukan keamanan,” kata Presiden Umno pada perhimpunan yang diadakan di Dewan Merdeka, PWTC sehari selepas Himpunan Bersih 2.0, kempen yang dilihat menjadi ujian kepada pentadbiran beliau.
Ucapan Najib, yang menjadi perdana menteri dan presiden 27 bulan yang lalu, berkisar pada perhimpunan Bersih 2.0 dan tuntutan gabungan itu agar diadakan satu pembaharuan pilihan raya yang adil dan bersih.
Semalam, Pergerakan Pemuda Umno juga mengadakan perhimpunan balas memprotes Bersih 2.0 atas nama gerakan “Patriot”.
Najib berkata meskipun Bersih 2.0 menjanjikan kehadiran 500,000 orang tetapi tidak sampai 10,000 orang yang menyertai perhimpunan semalam.
Seperti semalam, beliau juga mengucapkan tahniah kepada mereka yang tidak menyertai perhimpunan itu dengan menyifatkan pihak berkenaan sebagai “majoriti senyap.”
“Ini sebahagian daripada kekuatan Umno, kami menghimpunkan 6,000 ahli di sini hari ini dalam tempoh yang singkat . . . mereka menunggu isyarat, mereka bersedia untuk melakukan apa sahaja,” kata Najib kepada pemberita selepas itu.
Dalam ucapannya, Najib juga mengucapkan terima kasih kepada setiap yang hadir pada majlis yang dikenali sebagai “Majlis Penerangan Perdana” dengan berkata pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan termasuk pertubuhan silat bersedia untuk mempertahankan negara sehingga titisan akhir darah.
“Jika anda sebut atau persoal mengenai Islam, mereka akan bangkit,” katanya.
“Jangan (menyebabkan) kami memulakan demonstrasi jalanan. Semalam, kami hanya menghantar sayap Pemuda Umno, diketuai oleh Khairy Jamaluddin untuk mewakili (kami),” kata Najib dengan disusuli laungan sokongan kepada ketua sayap itu.
Kesemua pemimpin kanan Umno termasuk timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan setiausaha agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hadir.
“Anda tidak mahu Wanita Umno pergi ke jalanan, jika tidak kami juga telah bertindak begitu,” kata Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kepada Najib pada sidang media yang diadakan itu.
Najib juga berkata, kerajaan sangat serius untuk memperbaiki proses pilihan raya semasa dan salah satu bukti ialah memperkenalkan sistem biometrik.
Juster kata Najib, pentadbirannya mengamalkan demokrasi tulen.
“Umno tidak bimbang (mengadapi) pilihan raya adil,” kata Najib.
The Malaysian Insider
Najib memang boleh kumpul berjuta orang tapi berkumpul untuk lawan apa? Untuk lawan sapa lebih besar nak buat apa? Najib kumpul 3 juta ahli UMNO apa cause yang dia ada? UMNO doesn't have a popular cause to fight for, Bersih has that cause to fight. UMNO setakat berhimpun untuk serbaneka bolehlah. Dah habis Bersih baru nak bercakap dan cakap berdegar-degar macam orang kalah perang. UMNO ni betul2 lah monyet, orang buat demonstrasi dia pun nak buat demonstrasi. Najib kata demonstrasi itu bukan budaya kita, sekarang nak demonstrasi pulak. PUKIMAK LU LA NAJIB!
ReplyDeleteape die ni najib.......lu meroyan ke
ReplyDeletebetul lah zam. kalau najib nak kumpul 4juta pun boleh .najib tak perlu cause pun . orang yang cari sebab nak jumpa dengan najib . sebab najib tu perdana menteri . dah jadi PM nak fight apa lagi . jawatan no 1 tu . mana logik PM nak gi buat demo atas jalan , apa kelass. tu istimewa jadi PM . tu yang anwar nak sangat tu . sampai sanggup peralatkan penyokongnya...
ReplyDelete----bekaspenganutpas
dulu masa zaman tun dolah bebal..lepas BERSIH 1 dia tak buat apa2...monyok semcam..
ReplyDeletesekrang zaman najib..lepas BERSIH 2..najib balas kaw kaw punya..
BERSIH 2 telah backfire semua pemimpin pakatan rakyat...melihatkan kebodohan dan ketaksuban mereka utk berkuasa..
Najib oiii... Tiga juta ahli UMNO tu termasuk akulah tu.. Tapi aku dah tak sokong UMNOgok dh skrg..
ReplyDeleteNajib kata apapun aku tak percaya seperti nak perbaiki proses pilihan raya dengan memperkenalkan sistem biometrik.....aku tetap tak percaya kata-kata si munafik besar ni. Kita kena terus berhati-hati dengan dajal besar ni.
ReplyDeletekerana sistem biometrik si najib ni la ada wakil Pemuda UMNO cawangan Bangladesh join Patriot semalam. si bangla tu mungkin dh dpt kerakyatan la kot hasil drp sistem pemutihan spr.. kah kah kah!
ReplyDeletepatriot tu drpd pemuda umno ke atau pemuda mic?? kah kah kah
ReplyDeletekahkah.....sakit perut ak tgk...perhimpunan agong umno pon panggil bdak2 ipta....itu pon kne paksa...ak antara mangsanya...huhuhuhuhu
ReplyDeletedapat ahli berjuta-juta sebab soh mak kat kampung kumpul ic anak2 utk daftar jadi ahli... xrela I..event nama I pun termasuk dalam 3 juta tu.. kesian mak..xbg ic kan kata melawan mak..jd anak derhaka pulak..
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!