
Akhbar Jakarta Post berkata rakyat Malaysia seharusnya “kaya dan bebas” sementara Tengku Adnan berkata perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut pilihan raya bebas dan adil hanya satu helah Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang popular sebagai pemimpin Muslim di Indonesia.
“Dua juta pelancong melawat (Malaysia) setiap tahun dan pelajar-pelajar Indonesia juga datang ke Malaysia. Rusuhan ini menyebabkan saya datang ke Indonesia dengan cepat untuk menjelaskan isu,” kata laman web Vivanews memetik bekas menteri pelancongan itu pada sidang media di tengah Jakarta.
Kata beliau, kerajaan bimbang bilangan pelancong akan jatuh jika keadaan sebenar tidak diberi penjelasan.
Tengku Adnan menambah Indonesia memainkan peranan peranan dalam ekonomi Malaysia.
Kira-kira dua juta rakyat Malaysia bekerja di Malaysia secara sah manakala jumlah yang sama bekerja secara tidak sah.
Semalam, Putrajaya menggantung pendaftaran pekerja asing tidak sah sementara siasatan dijalankan mengenai sistem biometrik yang ada kecacatan.
Seiring dengan pendirian partinya, Tengku Adnan mempersalahkan Pakatan Rakyat atas perhimpunan Sabtu lalu sambil menafikan adanya kelemahan dalam sistem pilihan raya di Malaysia sebagaimana didakwa oleh Bersih 2.0, gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan.
Tengku Adnan menarik perhatian bahawa kebanyakan media Indonesia menyokong Anwar, yang merupakan bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan ketika pemerinthan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum dipecat pada 1998.
Kata beliau, kehadirannya di Jakarta adalah untuk memperbetulkan salah faham ekoran perhimpunan Bersih 2.0.
Awal bulan ini, kerajaan mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram.
Rencana pengarang Jakarta Post dengan tajuk “Malaysia: Rich but not free” berkata pemimpin-pemimpin Malaysia masih bergerak dengan menggunakan “paradigma lama bahawa anda boleh ada pembangunan atau demokrasi, tetapi bukan kedua-duanya sekali.” - The Malaysian Insider
Laporan dari DetikNews
Polisi Dituding Lakukan Kekerasan pada Demonstran

Situs Malaysia Kini, Senin (11/7/2011) memuat rekaman gambar dari jaringan televisi Al-Jazeera yang memperlihatkan beberapa pria berpakaian biru sedang menendang seorang demonstran. Demonstran tersebut ditendang di bagian kepala setelah terjatuh ke tanah.
Menurut Malaysia Kini, wakil presiden partai oposisi PAS, Mohamed Sabu juga terluka saat aksi demo menuntut reformasi pemilu itu. Sabu mengatakan, kakinya terluka setelah dirinya terjatuh dari motornya saat ditabrak oleh sebuah kendaraan polisi.
Seorang aktivis partai PKR Badaruddin Ahmad tewas dalam aksi demo di Kuala Lumpur setelah polisi menembakkan gas air mata ke para demonstran. Pemakaman Badaruddin dihadiri oleh sekitar 500 orang termasuk pemimpin Bersih, Ambiga Sreenevasan.
Seorang pejabat PKR, Dr Tan Kee Kwong mencetuskan, polisi telah menggunakan kekerasan yang tidak perlu terhadap para demonstran damai.
"Polisi menggunakan kekuatan yang tidak perlu dalam menghadapi kerumunan orang banyak yang tidak bersikap kasar," kata Tan seperti dikutip Malaysia Kini, Senin (11/7/2011).
Tan mengklaim, polisi menembakkan gas air mata secara horisontal, bukannya ke arah atas kerumunan demonstan. Cara itu menyebabkan beberapa demonstran terluka termasuk pemimpin oposisi Anwar Ibrahim dan seorang pengawalnya serta anggota parlemen dari partai PAS, Shah Alam Khalid Samad.
"Baik Anwar dan pengawalnya terluka karena metode penembakan gas air mata ini dan Khalid Samad menderita luka di kepalanya yang memerlukan enam jahitan," ujar Tan.
DetikNews
ini damage control ala umno lah!
ReplyDeletehello, najib bini rosmah, damage already done by your stupid IGP!
MANA PENCACAI UMPORNO YANG NAK BERHUJAH!!!! HAHAHAHA
ReplyDeletejangan bimbang lah...rakyat bukan bodoh....sekarang dah ada internet....maklumat di hujung jari....kalau zaman dolo2 boleh lah kelentong wahai najibbbbbbbbbb
ReplyDeleteHello...kami di Jakarta telah faham tindak tanduk UMNO. Tidak perlu datang dan jelaskan. Cuma membazir wang rakyat. Apa yang diterbitkan diakhbar disini tidak disiarkan di arus media perdana di Malaysia. Ianya boleh dilihat dari TV Singapore,CNN dan Al Jazeera. TV di Indonesia juga membuat liputan secara meluas. Akhbar Jakarta Post juga mengulas dari hari minggu sehingga hari ini. Kita tidak mendengar sahaja tetapi melihat sendiri,bukannya satu channel tetapi dari berbagai channel. Selepas ini Ku Nan akan melawat seluruh dunia dan menerangkan apa yang terjadi dan kemudian mengambil kesempatan melancung. Esok akan ada Penasihat Agama JPM memberikan taklimat khas kepada rakyat Malaysia yang sudi hadir.di Kedutaan. Ingatlah..rakyat Malaysia yang berada disini adalah dari kalangan bijak pandai samada bekerja atau mencari rezeki disini. Mereka adalah golongan terpilih yang telah ditapis oleh company masing-masing. Golongan yang bekerja sendiri pula adalah mereka yang begitu nekad dan tidak mendapat apa-apa pertolongan dari kerajaan Malaysia tetapi mereka lebih berjaya dari tanahair sendiri yang lebih mementingkan politik dan kabel yang kuat untuk mendapatkan peluang perniagaan. Jadi,beringatlah...walaiupun kehadiran dipaksa oleh atasan tetapi mereka mempunyai fikiran untuk berfikir secara waras. Tidak lagi di gula-gilakan oleh pihak kerajaan Malaysia.
ReplyDeletejgn ingt rakyat bodoh umno memang suka org melayu BODOH sbb boleh di gula2kan boleh menurut perintah mcm lembu di cucuk hidung nya, tak yah nak p keluar negara lah nan buang masa buang duit rakyat tp menambahkan elaun kamu, seluruh dunia telah menyaksikan sejarah HITAM pd 9 julai 2011 dgn kekejaman yg dilakukan oleh polis sebenarnya perkara ini boleh berjalan dgn aman dan tenteram tp polis yg membuat halangan dan provokasi. wahai polis gaji kamu bukan di bayar dari kantong umno tp dari wang cukai rakyat, kalau takde rakyat polis nak jaga apa? ingatlah pilihan raya ke 13 ini adalah hari terakhir umno/BN berkuasa rakyat akan tolak habis2an umno/BN, insyaAllah jika kamu menipu mcm mana skali pun doa rakyat yg dizalimi kpd yg Maha Esa akan dikabulkan utk menamatkan riwayat umno/bee end
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!