Najib tidak disambut dengan Permaidani Merah di Britain?

Ramai memberikan perhatian ketibaan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Britain hari ini yang tidak disambut dengan hamparan permaidini merah seperti lazim diberikan kepada tetamu-tetamu istimewa negara tersebut.

Gambar-gambar yang disiarkan oleh Bernama hari ini lansung tidak menunjukkan keadaan tapak lapangan terbang, malah foto-foto itu diambil tanpa menunjukkan kaki-kaki Perdana Menteri dan lain-lain menjejaki tanah mungkin bagi mengelakkan ternampaknya ketiadaan permaidani merah berkenaan.


Dengan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Perdana Menteri terbang ke London selepas menamatkan lawatannya ke Turkmenistan.

Najib tiba di lapangan terbang Farnborough pada 3.45 petang waktu tempatan (10.45 mlm Malaysia) dan hanya disambut oleh Wakil Khas kepada Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Komanwel John Mcdonald, Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Simon Featherstone, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Duta Besar Malaysia ke UK Datuk Zakaria Sulong.

Perdana Menteri dijadual bertemu pemimpin kerajaan UK dan tokoh-tokoh industri semasa lawatan itu yang dibuat atas jemputan Perdana Menteri Britain David Cameron. Najib juga dijadual menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham.

Semalam, Amnesty International telah mendesak Britain supaya memberi tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menghalang Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu, yang didakwa menyaksikan tindakan keras kerajaan Malaysia ke atas peserta perhimpunan.

Timbalan Pengarah Asia Pasifik Amnesty International Donna Guest berkata, selain menahan peserta perhimpunan pihak keselamatan turut melepaskan gas pemedih mata secara terus kepada perhimpunan dan dalam kawasan hospital sebagai usaha menggagalkan perarakan ke Stadium Merdeka.

Dalam kenyataannya, Guest berkata ramai peserta perhimpunan telah dikasari oleh pihak keselamatan.

“Terdapat rakaman video di YouTube menunjukkan anggota polis berpakaian preman menendang seorang peserta yang terbaring di atas jalan sementara polis yang berpakaian seragam hanya melihat.

“Pihak keselamatan juga menembak gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah tercedera dan Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) yang turut mengalami kecederaan,” katanya.

Justeru kata Guest, kerajaan Britain pimpinan David Cameron harus campur tangan dengan menasihatkan pentadbiran Najib berhubung keganasan pihak keselamatan ke atas peserta Himpunan Bersih 2.0.

“Kerajaan Britain tidak harus memberi ganjaran terhadap keganasan ini dengan menghamparkan karpet merah untuk perdana menteri Malaysia.

“David Cameron harus memberitahu perdana menteri Malaysia bahawa ia adalah pencabulan ke atas peserta perhimpunan aman dan ia tidak boleh diterima,” katanya.

Sebelum itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut membidas kerajaan Malaysia dan telah menegaskan penggunaan pendekatan keras termasuk gas pemedih mata oleh polis untuk menangani perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu menunjukkan Malaysia memperlekehkan proses demokrasi.

Badan sedunia itu berkata Malaysia, yang turut menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia PBB telah “menghadkan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.”

Pakar-pakar hak asasi manusia PBB melahirkan pendirian tidak senang dengan penggunaan air berasid dan gas pemedih oleh pihak berkuasa keselamatan ke atas penunjuk perasaan aman, yang turut membawa kepada kecederaan dan satu kematian, kata pesuruhjaya tinggi hak asasi manusia agensi itu dalam satu kenyataan dari Geneva lewat malam kelmarin.

Malaysia dipilih menduduki majlis itu tahun lalu tetapi berhadapan dengan kritikan ekoran penggunaan undang-undang penahanan pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri dan perkembangan semasa boleh menjejaskan peluang ia dipilih semula menganggotai badan itu pada 2013.

Frank La Rue, Pelapor Khas PBB mengenai hak kebebasan pandangan dan pendapat berkata, tindakan Malaysia mengisytiharkan perhimpunan sebagai haram, menutup sebahagian besar ibu negara dan menangani peserta dengan cara sedemikian memperlekehkan kemajuan demokrasi.

9 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. laaa lala laaaaaa....

    kan dah termalu... klau betul laa .. dan klau tak de lepas ni laa - gambar super impose .. logiknya klau betul dpt karpet merah rasanya gambar kaki dia je yg di ambil....

    kan lg cantik bg bersih buat kat std.. terima tuntutan bersih dan biarkan bersih serahkan memorandun khas itu kpd YDP Agung.. klau cara mcm ni kjaan buat - ada jaminan ke dia akan bersih kan praya ? belum tentu .. tp sekurang2nya dia dpt karpet merah..

    org dah ada hubungan diplomatik dgn negara ujung ujung nya stan.. stan.. ni ... dia peduli apa... senang cite tak de .....

    ReplyDelete
  2. Apasal la tak bawak karpet merah sendiri. Tok Pa kn ada, boleh tolong bentangkn. Lain kali bawak ar karpet merah skali. Jgn lupo tau..tau...

    ReplyDelete
  3. Aku tau kerajaan UK ni bila dia tak bagi karpet merah itu kerana ianya bukan lawatan rasmi seorang ketua negara asing. Jadi apa jadah Najib perhabis duit rakyat buat lawatan ni? Suruh najib ganti balik!

    ReplyDelete
  4. Kapet merah ada ke..atau tak ada pun...PM tetap mengikut jadualnya..tiada dosa atau pahala kalau pijak atas tar atau lantai pun...kalau DSAI tentu naik balik kapal terbang sebab tiada letak kapet merah...

    P/S:Nak kapet merah cari mat pakistan le...

    ReplyDelete
  5. aku agak anak kg pertama ni tidur lama sangat,tak jaga lagi,atau jenis yg tak guna otak,atau sumber kau dari utusek,rtm tv3. ASD,ramai lagi org yg mcm ni, kat kg gua pun ramai dia dapat sumber dari tv.

    ReplyDelete
  6. AKP,

    hehehehe..lama tak timbul?..rindu plak aku kat kau...tapi bila timbul je kau ni cam selalulah merapu tak tentu hala nape? gaduh bini ke? tu la jangan ingat bini kau tu senang2 kau nak tipu, dia lagi tau kalau nak karpet merah apa lak cari mat Pakistan?, cari aje kat Abang Deepak, puas boleh berguling2 ngan dia kat atas karpet, pastu Deepak cuci karpet tu bentang kat kaki Najib, tersenyum2 Rosmah tengok Najib pijak karpet tempat bermain dia dengan Deepak. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain!

    ReplyDelete
  7. anak kg pertama tu memang bangang dan TOLOL pintu hati pun dah tertutup HIDAYAH Allah pun tak nak masuk sbb hatinya terlalu kotor, betul jugak tu kata FMZam kalau nak karpet merah p jumpa deepak yg kata nya dpt pinjaman dari bank puluhan juta malahan ratusan juta rm hebat betul perniagaan deepak ye..

    ReplyDelete
  8. tak rase gelabah ke tulis camni?
    sume bende nak kaitkan konon2 org luar sokong hangpa sangat.
    kalau obama landing kt airport pon,mmg xde karpet merah nih.

    ReplyDelete
  9. padan muka pm umporno kerana tiada layanan istimewa kah kah kah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post