
Tanpa berlengah lagi, pada malam itu juga Pak Pandir segera mencapai cangkul dan menggali lubang betul-betul di bawah pokok rambutan di halaman rumahnya itu.
Setelah lubang yang digalinya mencecah hampir dua kaki dalamnya, dia mencampakkan karung duitnya ke dalam lubang itu dan segera mengambusnya kembali.
Tidak cukup dengan itu, bagi benar-benar memastikan tiada jiran-jirannya dapat mengesyaki ada duit tertanam di situ, Pak Pandir turut meletakkan papan tanda yang bertulis “tiada duit ditanam di sini” betul-betul di tempat dia menanam duitnya tadi.
Keesokan harinya, alangkah terkejutnya Pak Pandir apabila terdapat sebuah lagi papan tanda lain terpacak bersebelahan papan tandanya yang berbunyi “bukan Pak Kaduk yang ambil duit ini!”
Itulah kisah Pak Pandir yang lurus bendul cuba menyorokkan duit-duitnya dari diketahui orang-orang kampungnya tetapi akhirnya telah di curi oleh Pak Kaduk.
Itu cerita Pak Pandir dan Pak Kaduk yang merupakan cerita hiburan penglipur lara masyarakat Melayu di masa-masa santai.
Pada hari ini di dunia serba moden ini, kita masih boleh melihat kejadian-kejadian seumpama cerita Pak Pandir dan Pak Kaduk tadi yang mungkin pelik bagi sesetengah orang tetapi melucukan bagi sesetengah yang lain.
Kalau kita masih ingat ketika gelombang reformasi sedang meledak di negara ini di penghujung 90an dahulu, pihak polis negara ini ketika itu telah menemui ‘molotov cocktail’ di satu tempat sekitar Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Tetapi mungkin ‘molotov cocktail’ tersebut dibuat oleh Pak Pandir yang hanya cuba meniru-niru tanpa memahami bagaimana ia berfungsi, apabila ‘molotov cocktail’ itu hanya diperbuat daripada botol plastik air mineral.
Baru-baru ini pula, ketika umumnya masyarakat negara ini mengetahui kerajaan negara ini sedang sedaya upaya untuk cuba menggagalkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), sekali lagi media melaporkan penemuan bom api buatan sendiri itu di lokasi asal perhimpunan itu bakal diadakan.
Pemikiran ala Pak Pandir, Pak Kaduk
Jika dalam kisah Pak Pandir dan Pak Kaduk, mereka meletakkan papan tanda penafian masing-masing, pihak yang meletakkan ‘molotov cocktail’ tersebut juga tidak kurang ‘pandirnya’ apabila menulis perkataan Bersih pada botol-botol ‘molotov cocktail’ itu.
Selang beberapa hari selepas penemuan pertama itu, sekali lagi ‘molotov cocktail’ ditemui di sebuah lokasi lain bersama parang, pemetik api dan mercun.
‘Molotov cocktail’ yang ditemui kali ini tiada pula tertera perkataan Bersih tetapi turut ditemui bersama beberapa helai kemeja-t berwarna kuning yang mempunyai logo Bersih 2.0.
Jika difikirkan oleh fikiran yang stailnya ala-ala Pak Pandir atau Pak Kaduk, memang mudah untuk mengaitkan ‘molotov cocktail’ tersebut dengan pihak yang bakal mengadakan perhimpunan Bersih 2.0 itu nanti.
Namun jika diperhalusi, alangkah bodohnya bagi pihak yang kononnya menyokong perhimpunan Bersih 2.0 itu apabila menyimpan atau menyorokkan ‘molotov cocktail’ samada yang dilabelkan dengan perkataan Bersih atau pun yang disertakan kemeja-t Bersih bersama.
Betul!-ia betul-betul bodoh!
Bagaimana pula sekiranya tindakan meletakkan ‘molotov cocktail’ di situ merupakan tindakan sabotaj dari pihak lain bagi memburukkan imej Bersih di mata masyarakat dan menggagalkan perhimpunan itu nanti?
Sama juga, ia masih kelihatan bodoh seperti Pak Pandir dan Pak Kaduk kerana tindakan seperti itu tidak masuk dek akal dan tidak akan mencapai maksud yang dihajatkan, malah akan mendorong masyarakat untuk cenderung mencurigai ketelusan pihak berkuasa demi menghalang perhimpunan itu diadakan.
Taktik mudah dibaca
Bahkan penemuan tersebut lebih menampakkan ‘Pak Pandir’ dan ‘Pak Kaduk’ ini dengan sengaja mahu mengaitkan ‘molotov cocktail’ tersebut dengan perhimpunan Bersih 2.0 itu dan ternyata ia hanya menemukan kegagalan kerana taktik seperti ini begitu mudah dibaca.
Malah ada juga suara-suara yang lebih berani dengan mengaitkan tindakan meletakkan ‘molotov cocktail’ tersebut dengan pihak berkuasa sendiri, lebih-lebih lagi dengan penemuan kedua yang turut terdapat kemeja-t Bersih 2.0 yang banyak dirampas oleh pihak berkuasa sebelumnya.
Ketika artikel ini ditulis, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan dan belum ada mana-mana pihak yang ditahan berhubung isu yang menambah kehangatan isu perhimpunan Bersih 2.0 ini.
Masyarakat di negara ini yang cintakan keamanan tentunya mengharapkan satu siasatan yang juga telus, bersih dan adil daripada pihak berkuasa negara ini.
Walau apa pun, yang sudah nyata, tidak kira Pak Pandir atau Pak Kaduk mana sekali pun yang bertanggungjawab meletakkan ‘molotov cocktail’ itu, tahap pemikirannya lebih teruk berbanding watak Pak Pandir asal di dalam cerita penglipur lara masyarakat Melayu itu.
Pak Pandir asal hanyalah seorang lelaki kampung, kolot dan lurus bendul tetapi tidaklah mempunyai agenda jahat terhadap masyarakat kampungnya seperti mana Pak Pandir yang meletakkan ‘molotov cocktail’ itu.
makin ari makin gile
ReplyDeleteIni lah tahaf pemikiran conspirator PDRM melayu serupa dengan pemikiran pak pandir dan pak kaduk dan pak braim MP kentut . Apa sudah jadi dengan melayu malaysia kini.
ReplyDeleteSandiwara/drama bagi orang2 yang tahu berfikir dan betapa jijiknya taktik kotor ini. Tetapi kebencian dan ketakutan kepada BERSIH 2.0bagi mereka memilih untuk mempercayainya...
ReplyDeleteKenapa tak tayang je tempat benda tu dijumpai? kan sekarang zaman teknologi... ni tup... tup... terus ada "statement" DIJUMPAI atau DITEMUI...
'molotov cocktail' yang dibuat menggunakan botol plastik air mineral? Wow. X dpt dibayangkan betapa terdesak & bodohnya Polis UMNO ni.
ReplyDeleteKerja2 orang bodoh....taktik almaunah
ReplyDeleteAmbil je kapal selam letak kat situ lagi bagus.
apalah polis ni lembab lah . benda macam ni pun nak siasat ikut SOP . Gunalah SAP . selesai kes . ni keje Umngok lah . ni konspirasi peringkat tertinggi nak kenakan bersih . baju t-shirt tu dah ada bukti tempahan dibuat bawah nama JPM . parang tu semua masih baru , baru beli dari kedai mamakkutty . petrol RON95 tu sah diberi subsidi oleh kerajaan . ni mesti angkara najib bini rosmah yang terlibat . polis mesti jugak menyiasat pembabitan rosmah laki najib tu . tu lah SAP - Standard Alasan Pembangkang
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!