Tapi Pakcik... Yang berkawan dengan Komunis itu UMNO..

"Jangan guris hati kami dengan mengangkat idealisme komunis... anda tidak tahu betapa peritnya ranjau yang kami lalui untuk mewujudkan Malaysia yang aman seperti hari ini," kata bekas tentera berpangkat koperal yang pernah menentang keganasan komunis tahun 70-an, Saad Hashim, 60, ketika ditemui di Kampung Pida 12 di sini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada tindakan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) memakai baju berlambangkan tokoh Parti Komunis Malaya (PKM) ketika ditahan di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Tapi Pak Cik.. sekarang mereka-mereka yang dituduh cuba menerapkan Ideologi Komunis itu telah ditahan dibawah Ordinan Darurat dan cubaan mengangkat kembali Ideologi Kuminis itu telah terkurung bersama mereka..

Cuba Pakcik baca pula kenyataan Hishamuddin ni..


“Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kesemua bahan berkaitan komunisme dan bekas pemimpin komunis akan melalui proses pemeriksaan biasa selagi ia tiada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0.

Menteri Dalam Negeri berkata buku-buku dan terbitan lain yang mempromosikan “ideologi subversif” akan diberi pertimbangan sewajarnya jika tidak menghasut orang ramai agar menyertai perhimpunan anjuran Bersih 2.0.”

Dia tak pedulipun akan perasaan Pak Cik – Pak Cik semua..

Dia tak peduli kerana Pak Cik – Pak Cik mungkin tak tahu.. yang bersahabat dengan Komunis itu adalah UMNO..

Yang tidak memperdulikan betapa peritnya ranjau yang Pak Cik – Pak Cik semua lalui untuk mewujudkan Malaysia yang aman seperti hari ini itu adalah UMNO sendiri..

Cuba Pak Cik – Pak Cik semua baca sebahagian artikel yang memetik kebanyakkan laporan tentang UMNO dan Komunis dari portal UMNO Online ini…

Dalam laporan UMNO Online pada 20 Oktober 2010, Ketua delegasi Parti Komunis China (PKC), Huang Xiangyao, yang berkunjung ke Malaysia telah melahirkan keyakinan kepada UMNO yang menjadi tunjang kepada pemerintahan negara.

Ketua delegasi komunis itu berminat untuk belajar bagaimana UMNO mentadbir negara. Kenyataan ini disambut baik oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang gembira dengan hubungan erat kedua-dua parti.

Dalam pertemuan itu juga, UMNO berkongsi maklumat dengan PKC tentang organisasi UMNO dan persiapan UMNO pada waktu itu untuk menghadapi dua pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah.

Laporan laman web UMNO itu tidak pula mendedahkan butir-butir penerangan tentang isu-isu politik Malaysia yang diceritakan kepada PKC.

Sepanjang pemberontakan komunis di negara ini pada 1948-60, dan kemudiannya serangan gerila diteruskan sehingga perjanjian damai 1989, PKC memberi sokongan penuh kepada Parti Komunis Malaya (PKM).

Mungkin Tengku Adnan lupa tentang hal itu apabila dengan bangganya mengumumkan bahawa PKC dan UMNO telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Beijing, 5 Ogos 2010.

“Sewaktu mengadakan perbincangan, menterinya memaklumkan bahawa mereka amat kagum terhadap cara UMNO menangani masalah perkauman dan ingin mempelajari daripada kita bagaimana mengatasi masalah-masalah berkaitan etnik yang wujud,” kata Tengku Adnan.

Malaysia juga mempunyai hubungan rapat dengan negara-negara lain, terutamanya dalam hal-ehwal perdagangan dan pelaburan, tetapi jarang kedengaran UMNO mengadakan MoU antara parti di negara-negara berkenaan.

Walau pun akrab dengan hubungan dagang dengan negara-negara Barat, tidak pernah kedengaran UMNO mengadakan MoU dengan Parti Demokrat atau Republikan di Amerika Syarikat, atau dengan Parti Konservatif, Buruh atau Liberal Demokrat di Britian; mengapa MoU diadakan dengan rejim komunis di China?

Malah, Tengku Adnan dipetik sebagai berkata UMNO berminat menghantar Pemuda dan Puteri UMNO untuk mempelajari cara-cara PKC melaksanakan program mereka.

Regim komunis China tangkap pejuang hak asasi

Apa yang mereka pelajari? Rejim komunis China hanya membenarkan satu parti sahaja memerintah, iaitu PKC, dan sebarang bentuk penentangan adalah dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan dalam negara.

Menurut laporan Amnesty International 2010, kebebasan media, hak berhimpun secara aman dan hak menubuhkan persatuan dikekang di China. Pejuang-pejuang hak asasi dipenjarakan, didakwa di mahkamah, ditahan di rumah dan ada juga laporan tentang aktivis-aktivis hak yang “hilang”.

Rejim komunis juga cuba mengawal internet dengan menggubal undang-undang sekatan serta menutup laman-laman web yang dituduh memburukkan sistem politik negara, memutarbelitkan sejarah PKC dan memecahbelahkan perpaduan kaum.

Pada Disember tahun lalu, rombongan ibu pejabat UMNO yang disertai beberapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta ahli Exco Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO telah melawat China untuk berkongsi pengalaman demi mengekalkan persefahaman dan kerjasama dengan PKC.

Mereka mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin PKC yang memberi banyak maklumat jelas tentang parti dan regim komunis di China.

Komunis Vietnam kongsi pengalaman dengan UMNO

Selain PKC, Parti Komunis Vietnam juga gembira dengan hubungan mesra bersama UMNO dan mahu berkongsi pengalaman dengan UMNO sebagai parti dominan dalam kerajaan BN.

Laporan laman web UMNO menyebut bahawa delegasi Akademi Parti Komunis Vietnam yang diketuai oleh Setiausaha Agungnya Dr. Nguyen Minh Tuan ke ibu pejabat UMNO pada Januari 2010 teruja dengan pemerintahan UMNO-BN di Malaysia.

Dr. Nguyen dipetik sebagai berkata komunis Vietnam ingin berkongsi pengalaman, khususnya tentang bagaimana UMNO menjaga masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

Dalam pertemuan pada awal tahun lalu itu, delegasi komunis Vietnam diberi penerangan tentang perjuangan UMNO oleh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, seorang tokoh UMNO yang dijatuhkan hukuman denda oleh mahkamah kerana kesalahan menyebarkan video lucah baru-baru ini. sepenuhnya Pak Cik boleh baca di (SINI)



Bekas perajurit mahu kerajaan tegas halang usaha hidupkan komunis

KODIANG: "Jangan guris hati kami dengan mengangkat idealisme komunis... anda tidak tahu betapa peritnya ranjau yang kami lalui untuk mewujudkan Malaysia yang aman seperti hari ini," kata bekas tentera berpangkat koperal yang pernah menentang keganasan komunis tahun 70-an, Saad Hashim, 60, ketika ditemui di Kampung Pida 12 di sini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada tindakan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) memakai baju berlambangkan tokoh Parti Komunis Malaya (PKM) ketika ditahan di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Katanya, cubaan menghidupkan kembali komunisme seperti sengaja menyalakan api yang sudah lama terpadam dalam diri perajurit negara dan tidak sepatutnya dibenarkan.

“Golongan ini tidak tahu erti perjuangan dan apa akan jadi kepada negara ini jika komunis menang dan memerintah negara ini. Saya tidak fikir mereka juga akan menikmati kehidupan yang baik seperti hari ini,” katanya kepada Berita Harian.

Saad yang mula berkhidmat dalam Unit 5 Rejimen Renjer sebelum bersara 13 tahun kemudian, berkata hingga hari ini beliau masih mengingati detik cemas ketika bertempur dengan komunis di kawasan Bentong dan Karak, Pahang sekitar tahun 70-an.

“Ramai rakan saya terkorban dalam pertempuran dan kami kenal benar siapa itu komunis... mereka terlalu kejam. Hari ini saya kesal kerana pengaruh yang kami padam dengan darah perjuangan masih berbenih di bumi ini,” katanya.
Mejar (B) Mahamad Basri Din, 60, berkata perasaan bekas perajurit seluruh negara terguris dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu yang tidak memahami sensitiviti orang lain.

Katanya, cubaan mengembalikan idealisme komunisme terlalu sensitif kepada bekas perajurit yang menyaksikan sendiri kekejaman komunis, selain kehilangan ramai rakan seperjuangan di medan peperangan.

"Kami adalah saksi yang masih hidup untuk menceritakan kekejaman komunis dan kami juga melihat sendiri pengorbanan anak bangsa menegakkan sebuah negara berdaulat,” katanya.

Di LENGGONG, bekas Konstabel Khas (SC) yang pernah berjuang menentang komunis di Hulu Perak, Abdul Rani Che Lah, 73, berkata beliau tidak rela jika ada pihak cuba menghidupkan kembali fahaman komunis di negara ini.

“Saya masih ingat, antara kekejaman komunis diketuai Chin Peng, termasuk mengikat tangan penduduk ke tiang seri rumah sebelum membakar rumah itu di Kampung Chepor dan Bukit Sapi di Lenggong.

“Jadi, bukan saja melihatnya, sebut nama pun menyirap darah kami kerana dendam hutang darah selepas mereka membunuh kira-kira 10,000 ahli SC selain penduduk tidak berdosa,” katanya.

Abdul Rani yang kini menetap di Kampung Padang, Grik, berkata kerajaan perlu bertindak tegas terhadap pihak yang cuba menghidupkan anasir subversif itu dan pada masa sama memberi penerangan yang jelas kepada rakyat mengenai kekejaman komunis.

Seorang lagi bekas SC, Wan Nik Wan Ngah, 87, berkata: "Selagi hidup, saya tidak rela melihat komunis bertapak di bumi aman dan makmur ini.

“Jangan sekali-kali cuba bermain api dengan menghidupkan semula fahaman komunis kerana padahnya akan menyesal tiada kesudahan hingga ke anak cucu menderita jika komunis berkuasa,” katanya. - Berita Harian Online


Artikel ini adalah jawapan kepada saudara tapi musuh (saudara dalam Islam, musuh dalam politik) se Parlimen aku iaitu Media Permatang Pauh..(MPP)

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Jangan nak bersentimental sangatlah tok-tok oooii kalau nak mempertahankan UMNO. Untuk makluman tok-tok oooi, kalau kita teliti sejarah yang dicatat tentang pengganas komunis... mereka (komunis) yang menyerah diri mendapat imbuhan kewangan berdasarkan pangkat. Adalah dilaporkan bahawa ada seorang pegawai tinggi komunis yang menyerah diri pernah memperolehi nilai imbuhan puluhan ribu ringgit nilai ketika itu... sehingga dia menjadi tauke besar yang memiliki ladang getah yang luas dan menjadi kaya raya ketika itu? Siapa yang beri? UMNO le.

    Apa UMNO beri pada tok-tok semua sebagai galang-ganti pengorbanan yang dilakukan oleh perajurit-perajurit? Pencen beberapa ratus ringgit dan rawatan sehingga nafas yang terakhir? dan beberapa keping pingat barangkali?

    Jadi nilaikanlah pengorbanan anda sebagai perajurit negara dengan pengorbanan seorang komunis yang menyerah diri pada kaca mata UMNO ketika itu.

    ReplyDelete
  2. skrg kita pakat sama-sama study..cari sapa betul sapa salah..jgn dok semberono percaya..

    Terhangat!!!:
    HTC DESIRE, IPAD2 & CANON 550D KINI PERCUMA!!
    SHOW BERSAMA BAND INCUBUS YANG GEMPAK!!!

    ReplyDelete
  3. Tindakan BN/UMNO dah nampak macam perangai kembar dia dari Cina tu.Maklumlah dah ada MOU.Puak2 UMNO bukan dia reti apa pun,ikut membabi buta,membaca malas,orang bagitau tak mau dengar,otak kat kepala lutut,perjuangan mereka...duit...duit

    ReplyDelete
  4. hahahha,pakcik,lain kali bile anak2 pakcik nak borak politik ngan pakcik,jgn la ngade2 pakcik ckp "ayah lagi byk pengalaman dari engko".pakcik tak tgk tenet,pakcik tataw pakcik kena tipu sampai pakcik mati pon,belum tentu diorg benti menipu keturunan pakcik selagi umno2 barua penipu ni menang pru nanti

    Pelik Aje : Anak Jerung Mata Satu
    Robot Samurai Jadi Waiter Restoran
    Letupan Berlaku Di Hadapan Pakar Pemusnah Bom

    ReplyDelete
  5. artikel ni ASD dah kluarkan kelmarin . tapi aku tak nak komen dulu pasal nak tengok PC menteri KDN tu dulu . Menteri komen pasal novel Samsiah Fakeh sebenarnya . kalau berkaitan dengan bersih katanya ia kira menghasut . tapi kalau pasal komunisme ( novel samsiah fakeh tu ) maka ianya AKAN DIBERI PERTIMBANGAN MACAM BIASA . bukan macam ASD tulis PERTIMBANGAN SEWAJARNYA . lepas tu menteri cakap pasal badan dibawah KDN yang akan meneliti novel itu . PERTIMBANGAN BIASA maksudnya novel tu akan melalui proses tapisan dibawah akta mesin cetak . PC itu ada disiarkan dalam Buletin Awani . So kalau datang berita dari orang yang fasik hendaklah kita menyiasat dahulu .....

    ReplyDelete
  6. Apa yang UMNO/BN suka sangat kat ideologi komunis adalah menteri-menteri mempunyai kuasa mutlak & jadi kaya raya manakala rakyat hanya perlu patuh & jika tidak, hukum mati menanti..Rakyat jelata miskin pakaian kerja pun ada chop kerajaan baru boleh pakai..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post