Promosi Ideologi Komunis tak apa.. Promosi BERSIH tak boleh?

Menteri Dalam Negeri berkata buku-buku dan terbitan lain yang mempromosikan “ideologi subversif” akan diberi pertimbangan sewajarnya jika tidak menghasut orang ramai agar menyertai perhimpunan anjuran Bersih 2.0.

Mana yang lebih bahaya ni?? Perhimpunan BERSIH 2.0 atau penerapan Ideologi Komunis?

Berita dibawah ini tentang penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S Jeyakumar Devaraj dan lima lagi pemimpin Parti Sosialis Malaysia yang direman kerana dipercayai cuba menyebarkan fahaman komunis pada 25 Jun lalu mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat 1969 ini membuktikan betapa seriusnya pihak Polis dalam membenteras penerapan semula ideologi Komunis itu..


Ahli Parlimen Sungai Siput ditahan ikut Ordinan Darurat 1969

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S Jeyakumar Devaraj dan lima lagi pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang direman kerana dipercayai cuba menyebarkan fahaman komunis pada 25 Jun lalu, semalam ditahan mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat 1969. Suspek boleh ditahan sehingga 60 hari tanpa perbicaraan.

Dr Jeyakumar ditahan selepas polis me­­ne­mui bahan mengandungi unsur komunis dan penentangan terhadap Yang di-Pertuan Agong, dalam bas dinaiki bersama 29 lain di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang 25 Jun lalu.

Dr Jeyakumar yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PSM serta pembantunya, Choo Chon Kai merangkap Pengerusi PSM Bayan Baru; Timbalan Pengerusi PSM, M Sarasvathy; Ketua Pemuda PSM, R Sarabathu; Pengerusi PSM Sungai Siput, M Sukumaran dan Setiausaha PSM Sungai Siput, A P Letchumanan ditahan pada jam 1.20 petang sejurus mereka dibebaskan selepas tempoh reman mereka tamat, semalam.

Difahamkan tempoh tahanan reman 24 lagi ahli PSM yang berakhir semalam disambung bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata enam individu terbabit ditahan kerana disyaki terbabit dengan kegiatan yang boleh memudaratkan ketenteraman awam yang menjurus kepada cubaan untuk mewujudkan keadaan huru hara atau jenayah kekerasan. sepenuhnya sila baca di SINI


Tapi setelah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S Jeyakumar Devaraj dan lima lagi pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan mengikut Ordinan Darurat.. Hishamuddin berkata..


Bahan komunis OK jika tiada kaitan dengan Bersih.

KAJANG, 4 Julai — Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kesemua bahan berkaitan komunisme dan bekas pemimpin komunis akan melalui proses pemeriksaan biasa selagi ia tiada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0.

Menteri Dalam Negeri berkata buku-buku dan terbitan lain yang mempromosikan “ideologi subversif” akan diberi pertimbangan sewajarnya jika tidak menghasut orang ramai agar menyertai perhimpunan anjuran Bersih 2.0.

“Kandungan berbaur hasutan yang boleh menyebabkan kemarahan dan membangkitkan emosi menjelang 9 Julai, yang menjadi fokus polis,” kata Hishammuddin kepada pemberita di sini hari ini.

“Ada elemen pihak ketiga, beberapa ideologi, yang mahu menghasut orang ramai dan menggalakkan orang ramai berhimpun. Ini yang menyebabkan kami melihat pada aspek ini... dengan cepat,” katanya. - The Malaysian Insider


Lingkup Negara kalau semua Menteri tak ada pendirian macam Hishamuddin ni..

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post