RM100,000.00 Duit Raya untuk MP dari BN..

Kerajaan meluluskan geran segera RM100,000 bagi setiap bahagian ekoran aduan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mendakwa pentadbiran Najib hanya memfokus projek-projek besar di Lembah Klang, langkah yang menurut mereka tidak akan membantu perikatan itu dalam pilihan raya umum ke-13..

Hmm.. bila aku kata UMNO/BN menganggap wang Kerajaan itu milik mereka ada pencacai UMNO yang marah... tapi tindakan Muhyiddin ini yang hanya memberikan geran segera RM100,000 kepada setiap MP dari BN membuktikan anggapan aku itu adalah benar..


Kerana jika peruntukan yang diberikan itu hanya kepada MP dari BN, sepatutnya dana tersebut datangnya dari Barisan Nasional sendiri bukannya dari perbendaharaan Kerajaan Malaysia.

Sebabnya ialah seluruh ahli Parlimen itulah yang telah membentuk Kerajaan Malaysia tak kira samada ianya dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.

Jika alasan pemberian RM100,000.00 itu adalah untuk pembangunan dengan melaksanakan projek-projek kecil.. ianya bohong..

RM100,000.00 itu hanya cukup untuk membangunkan perut mereka sahaj sebenarnya..

Eh?? tapi kenapa minta kepada Muhyiddin bukannya Najib? sedangkan Menteri Kewangan itu adalah Najib??


Muhyiddin janji semua MP BN RM100,000 menjelang Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 28 Julai — Kerajaan meluluskan geran segera RM100,000 bagi setiap bahagian ekoran aduan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mendakwa pentadbiran Najib hanya memfokus projek-projek besar di Lembah Klang, langkah yang menurut mereka tidak akan membantu perikatan itu dalam pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) telah menjanjikan setiap MP BN RM100,000 pada satu pertemuan dengan sekitar 100 wakil rakyat BN di ibu negara Isnin lalu.

Ia dijangka disalurkan sebelum sambutan Aidilfitri akhir bulan depan.

Ahli-ahli Parlimen memberitahu Muhyiddin dan menteri-menteri yang lain bahawa kerajaan seharusnya memstikan lebih banyak dana disalurkan kepada bahagian-bahagian diwakili mereka berbanding tumpuan ke atas projek mega seperti Transit Rapid Massa (MRT) sekiranya BN mahukan mandat kukuh dalam pilihan raya umum ke-13.

Beberapa ahli Parlimen yang menghadiri majlis makan malam itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa rakan-rakan mereka mempersoalkan nilai projek MRT ke atas kempen BN dalam pilihan raya umum ke-13.

Menurut mereka, Kuala Lumpur merupakan 'kubu' pembangkang sekarang dan menerima peruntukan pembangunan dalam jumlah yang begitu besar.

Justeru ramai ahli Parlimen mahukan lebih banyak peruntukan dana awam khususnya di bahagian masing-masing.

Hujah mereka kelihatan menjurus kepada keadaan ekonomi yang tidak begitu membanggakan dan dana yang diperuntukakn menjurus kepada Kuala Lumpur, perkembangan yang akan menjauhkan pengundi yang merupakan penyokong tegar daripada BN.

Seolah-olah menggambarkan keprihatinan mereka, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Bidang Hasilan Utama Kebangsaan (NKRA) ketujuh iaitu berkaitan kos sara hidup.

“Pandangan umum ialah kosnya (projek MRT) sangat tinggi dan wang projek itu boleh digunakan bahagian-bahagian pilihan dengan diadakan projek-projek kecil,” kata seorang sumber kalangan ahli Parlimen BN ke The Malaysian Insider.

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. MP UMNO nak sambut meriah aidil fitri tapi kocek depa kosong. Jadi kenalah mintak kat DPM. Dapat duit terus tukar langsir, sofa dll.

    Rakyat dapatlah sedekah duit raya RM 1.00. Kalau nasib baik dapatlah pigi open house makan satay sebatang.

    Janganlah hang pi tanya pasai Najib. Kocek dia lagi teruk koyak rabak pasai Kak Ros dah beli barang kemas untuk berhari raya. Siap ngan hanbeg sekali.

    Hooray.........Hidup UMNO. Mampus Rakyat.

    ReplyDelete
  2. Kesukaan kaki lompat parti ni. Nmpak tu, dh senyum lebor mrk.

    ReplyDelete
  3. PR kena tentukan bahawa rm 100k utk PM dari BN duit mestilah dari kantung BN sendiri bukan dari kantung Perbendaharaan, kalau dari kantung perbendaharaan semua MP di malaysia ni patut dapat bukan dari MP BN sj.rakyat dpt apa? dapat lah kuah sikit2..hehe

    ReplyDelete
  4. dlm komen aku yg lalu aku dah kata bila nak jaga hati guru maka guru je yg dpt kenaikan gaji.. bila polis dpt tentera tak dpt... polis dan tentera dpt peg penjara plk bising tak dpt ...

    begitu jgk dgn projek .. nak lembang kelang fokus pd lembah kelang.. nak penang fokus penang..


    tak de perancangan penyeluruhan...

    ReplyDelete
  5. DUIT MP BN DPT PADA MP BN...

    DUIT MP PAKATAN DPT PD .....

    ReplyDelete
  6. penganutpas, joe botak, nurul ijjah

    share kau mbik kat mp kawasan kau..

    tak dituntut masuk poket mp tu ..

    ReplyDelete
  7. Itu wang tutup mulut MP beend, depapun dah buka mulut pasai cincin dan lain belanja melampau RM.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post