Saya nak tumbuk Anwar - Kamariya

Akibat terlalu marah dan kecewa, wanita ini membuat laporan polis pada hari kejadian dan nekad untuk menyaman penganjur perhimpunan haram (BERSIH 2.0)itu yang didakwa telah mengakibatkan dia mengalami kerugian RM45,000.00 untuk penyediaan catering kenduri kahwin anaknya..

RM45,000.00 untuk katering kenduri kahwin dengan 3000 jemputan?? Biar betul!!..

Macam belanja kenduri anak-anak Datuk saja padahal kerja sebagai pembantu pejabat saja..


Lagipun sejak bila pula kenduri kahwin telah menjadi satu perniagaan yang menguntungkan? namapun dah kenduri.. amal jariah tu.. kalau nak untung jangan buat kenduri!!

Ayat ini menunjukkan beliau tidak ikhlas dengan apa yang dikatakannya sebagai sedekah itu.."Saya dan suami, Jaharudin Khan, 63, yang merupakan siak masjid berasa sedih kerana hanya jiran-jiran yang tinggal di Desa Pandan sahaja yang boleh datang menyebabkan lauk-pauk yang ditempah dari syarikat katerer terkenal dengan kos RM45,000 terpaksa disedekahkan kepada tetamu untuk dibawa pulang,

Saya nak tumbuk Anwar - Kamariya

KUALA LUMPUR 16 Julai - "Kalau jumpa Anwar, (Datuk Seri Anwar Ibrahim) saya nak tumbuk dia. Apa yang dia nak lagi...bertaubat sajalah."

Kata-kata kemarahan itu diluahkan oleh seorang ibu, Kamariya Rejab, 59, yang kecewa setelah majlis perkahwinan anak tunggalnya yang sepatutnya berlangsung meriah bertukar muram gara-gara tindakan pertubuhan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang didalangi Anwar mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara pada Sabtu lalu.

Akibat terlalu marah dan kecewa, wanita itu membuat laporan polis pada hari kejadian dan nekad untuk menyaman penganjur perhimpunan haram itu yang didakwa telah mengakibatkan dia mengalami kerugian RM45,000.

Menurut Kamariya, dia yang bekerja sebagai pembantu pejabat di pejabat Kedutaan Malaysia di Singapura sanggup berulang-alik ke rumahnya di Desa Pandan, Kampung Pandan di sini sejak enam bulan lalu untuk menguruskan persiapan perkahwinan anak perempuan tunggalnya, Rehan Jaharudin, 29.

"Rehan adalah satu-satunya anak saya dan sudah lebih 50 tahun saya menunggu detik manis untuk menyaksikan majlis perkahwinannya berlangsung dalam suasana meriah.

"Selama lebih 20 tahun saya bekerja keras menyimpan wang untuk perbelanjaan perkahwinannya tetapi alangkah kecewanya apabila ia berlangsung dalam suasana muram disebabkan ramai tetamu tidak dapat hadir kerana takut terperangkap dalam kesesakan jalan dan Kuala Lumpur bertukar wajah menjadi seperti 13 Mei 1969," katanya.

Kamariya ditemui pemberita semasa datang untuk mendapatkan khidmat guaman percuma yang disediakan oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) di Bazar Masjid India di sini, hari ini.

Menurut Kamariya, dia menjemput seramai 3,000 tetamu untuk meraikan majlis perkahwinan Rehan dengan menantunya, Mohd. Dzulfikar Mahtar, 29, pada Sabtu lalu di kediamannya tetapi hanya 1,000 orang yang hadir.

Selain saudara-mara dari seluruh Semenanjung, katanya, dia turut menjemput kenalan dari Singapura dan juga rakan setugas anaknya di pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Putrajaya serta tempat lamanya di Tenaga Nasional Berhad.

"Saya dan suami, Jaharudin Khan, 63, yang merupakan siak masjid berasa sedih kerana hanya jiran-jiran yang tinggal di Desa Pandan sahaja yang boleh datang menyebabkan lauk-pauk yang ditempah dari syarikat katerer terkenal dengan kos RM45,000 terpaksa disedekahkan kepada tetamu untuk dibawa pulang," katanya.

Kamariya berkata, peristiwa sedih itu bukan sahaja membuatkan dia menangis tetapi terpaksa dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan diberi cuti sakit tiga hari kerana terlampau tertekan dengan penganjuran perhimpunan haram itu.


Lidah Rasmi UMNO

44 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Patut kak saman polis atau KDN depa punca masaalah ini

    ReplyDelete
  2. 1: Apa jenis manusia kamu ni wahai Kamariya? sedekah dirasakan satu kerugian. Kalau kamu bersedekah kerana terpaksa memanglah rugi. tapi kalau kamu sedekah kerana ALlah, tiada yg rugi malah ALlah akan balasi sedekah kamu berlipat ganda nanti. Pendeknya perkiraan kamu. Bertaubatlah kerana kamu melakukan sesuatu bukan kerana ALlah.
    2: Berjuang utk kepentingan ummah satu kesalahan ke? BERSIH berhimpun utk menuntut keadilan dan ketelusan di dalam pengurusan pilihanraya negara yg impaknya menentukan jenis dan kualiti kepimpinan negara di masa mendatang.Puan Kamariya telah berasa marah hanya kerana dirugikan dgn kos ketering $45.000 sahaja. Rakyat Malaysia lagi berhak marah kerana dgn jenis dan kualuiti KERAjaan kini negara telah mengalami kerugian berbilion ringgit dan tergadainya banyak harta negara kerana dayusnya KERAjaan yg ada kini. Rakyat marhaen terdesak kehidupan mereka tetapi sang pengkhianat bertopeng pemimp[in hidup mewah.Bertaubatlah wahai Puan Kamariya kerana kamu jelas menyokong kebatilan KERAjaan Be End dan menentang ma'ruf yg diusahakan oleh BERSIH.

    ReplyDelete
  3. Puan Kamariya sepatutnya sama kerajaan dan polis kerana merekalah puncanya tetamu2 puan terkandas d tengah jalan tak dpt masuk KL, atau pun tetamu2 puan dr seluruh semenanjung yg dijemput tu mungkin tlh menyertai perhimpunan BERSIH kerana mereka merasakn perjuangan mesti didahului dari makan nasi minyak yang boleh pergi kemudian hari... jadi, Puan boleh jugak sama tetamu2 brkenaan yg tlh djemput tetapi xmau datang!

    ReplyDelete
  4. Puan Kamariya sepatutnya saman kerajaan dan polis kerana merekalah puncanya tetamu2 puan terkandas d tengah jalan tak dpt masuk KL, atau pun tetamu2 puan dr seluruh semenanjung yg dijemput tu mungkin tlh menyertai perhimpunan BERSIH kerana mereka merasakn perjuangan mesti didahului dari makan nasi free yang mereka rasa boleh pergi kemudian hari... jadi, Puan boleh jugak saman tetamu2 brkenaan yg tlh djemput tetapi xmau datang!

    ReplyDelete
  5. mamak ni kan...name spelling pun kamariya...kalau pure melayu should be kamariah..masyuk kot

    ReplyDelete
  6. kamariya, kau nak jemput 3000 orang ke, 30,000 orang ke, 300,000 orang ke itu kau punya pasal lah! Rakyat nak berhimpun, itu rakyat punya hak. tetamu yg kau dah jemput tu detour dari pergi ke kenduri kau kepada menyertai perhimpunan BERSIH tu juga hak dia orang. Siapa kau nak salahkan rakyat berhimpun, melainkan sekadar pembantu atau mungkin tukang cuci pejabat saja!!
    kau nak tumbuk anwar itu kau punya hal, tapi kalau rakyat dah meluat dengan perangai sumbang kauni terserempak dengan kau dan sepak atau ludah kat muka kau...itu yg selayaknya utk kau pun.

    ReplyDelete
  7. Kawan aku yg buat kenduri kat Wangsa Maju pun meriah je org datang, siap habis lauk lagi.. Tgh KL tu.. Org mmg xnak dtg kenduri kau la.. Apa punya sengal la Kayuria ni.. Eh.. Kamaria..

    ReplyDelete
  8. dioarang dah divert join BERSIH hehehe..sampai lupa kenduri. Harap puan saman skali polis dan kdn sbb depa ada banyak duit rakyat

    ReplyDelete
  9. Nak saman polis?
    Kalau ko orang tak start ada polis nak tutup jalan-jalan kat KL?
    Dunia punya luas, nak buat menyemak KL jugak!

    ReplyDelete
  10. Oh...puan Kamariya, RM45000 untuk 3000 orang ataupun RM15 seorang itu leceh lah. Hang tak dengar kah polis kata makanan untuk orang yang ditahan itu adalah RM25 seorang. Lu fikir lah, mana yang orang nak pilih? Kalau puan Kamariya peruntukkan RM50 seorang, sudah tentu mereka semua akan datang. Lain kali pandai-pandai lah sikit.

    ReplyDelete
  11. Betul lah tu akak tu marah sebab bila jemputan tak datang tak adalah 'salam kaut' lepas makan kenduri kawin, jadi bukan aje rugi, modal pun tak dapat balik. Tau2 ajelah orang KL kalau buat kenduri kawin kalau belanja makan kenduri RM45,000, purata 3000 jemputan bagi salam kaut RM50 seorang, hasilnya RM150,000. Sebab tu dia ngamuk sebab UMNO bagi dia gantirugi RM200,000 untuk dia buat propaganda UMNO ni.....alahai kalau macam ni lah cara akak ni buat duit, lebih baik dia tu yang taubat cepat2 sebab dia tak ada keikhlasan untuk bersedekah, Insyaallah dia pasti akan dilaknati Allah satu masa nanti.

    ReplyDelete
  12. lepas join Bersih 9/7 tu, aku terus gi kahwin sedara aku kat Setiawangsa
    penuh beb.... sedara2 dari kelantan pun ramai
    orang tak attend wedding anak dia tu mesti ada sebab... nampak benar tak ikhlas... tembelang pechahh...

    wedding tu kat atas Eqien Wedding Market, apa nama tempaat tu aku tak ingat, tapi sebelah Maybank setiawangsa belakang petronas/Giant

    ReplyDelete
  13. Jgn susah hati Matt monggol boleh reimburse duit RM45,000 tapi kulum peliaq dia dulu....kah..kah..kah
    Manusia jenis nak ambil kesempatan...melayu cibai

    ReplyDelete
  14. kau ni mamak yang kerja nak untung jerrr...kalau nak sedekah makan kat orang kenalah ikhlas kerana allah swt. ko ni tak belajar agama ke? patutlah jadi pembantu UMNO-APCO...jadi budak suruhan....aku rase dari ko tumbuk muka dato sri anwar ko tumbuk muka ko sendiri lagi bagussssss...ko yang silap...mungkin duit yang ko belanja tu duit haram....atau pun ko tanyalah budak suruhan polis yang tutup jalan...kesian ko...dah tu tak sedar diri..ade hati nak tumbuk orang.....

    ReplyDelete
  15. bersabar le makcik....ini ujian Allah swt..... kalau makcik ikhlas insyaallah rezeki makcik bertambah, perkahwinan anak makcik diberkati Allah swt.....makcik , ada org lain menderita dr makcik contohnya esok nak kenduri .....rumah terbakar lah, rumah dilanda banjir le, bakal suami x datang2 le....hai macam2 lagi....tetapi org2 ni x kecohpun....mrk tetap bersabar dgn ujian Allah swt....sabar ya makcik....jgn ikut sangat api kemarahan .....bawa2 sembahyang dan berzikir.....saya doakan amarah makcik akan reda....amin

    ReplyDelete
  16. ya ka tu..... hebat pula kendurinya... org tak pergi kenduri apa pula kaitannya.... tak pergi..tak pergi la... alasan ja tu.. kenduri habih puluhan ribu.. boleh caya ka... mcm auta tahap gaban.... podah minachi.....

    ReplyDelete
  17. kak ooi saman polis, jgn tak saman, polis yg sesuka hati sekat jalan tu. penganjur bersih tu semuany poket kosong, polis dan Patriot UMporNO tu poket penuh.

    ReplyDelete
  18. org tu dah nyanyuk.... tak tahu nak bezakan sedekah dgn berniaga.... kalau kenduri kawain nak berkira sgt.... tak payah buat makan2... lepaskan nikah jer, habis cerita... aku kawin habis hampir ratus ribu pun tak berkira,,,

    ReplyDelete
  19. BIBI sapa yg ajar saman bersih ni, chek dah salah saman ni, chek patut saman najib, hisamudin ngan polisi baru betul.Ke dah dapat balek duit dgn beri statement bodoh ni. RUPA kat gambar tu mcm puak KIMMAK ja.

    ReplyDelete
  20. Terlalu padu dengan dongeng UMNO, hilang kefahaman diantara sedekah dan perniagaan. Kasihan Mummy ni...

    ReplyDelete
  21. jgn jgn ayam goreng yg polis bg tahanan demo mkn tempuhari .. aym goreng Kamariya Fried Chicken tak...

    ckp nak tumbuk dsai... tumbuk je laa..tp bila cakap '..apa yg dia nak lagi.. bertaubat laaa.. ' mcm berbaur dgn nafsu politik pulak..

    klau org singapura yg datang mrk dtg awal dan tido semalam.. dan satu negara tlh diberitahu jln sesak se awal 3 hari.. dan yg pelik peserta demo boleh lak lepas dari sekatan polis...

    knape polis perlu buat sekatan jalan ke rumah puan kamariya??? kena fahma jln yg ditutup di sekitar KL.. dah ditutup apa perlu buat sekatan ber tindih tindih...

    byk tempat yg buat sekatan.. kat tempat aku je (bukan KL dan luar selangor) ada 4 sekatan.. jd kalau ada org buat kenduri dan tak ramai dtg maknanya org yg buat kenduri kwsn aku boleh saman laaa..

    DENGAN UCAPAN SELAMAT PENGANTIN BARU DAN SEMUGA BERBAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT KPD PN REHAN DAN PASANGAN. AMIN.

    ReplyDelete
  22. nak saman menyaman ni hilanglah keberkatan, tak lama bercerailah anak akak tu,boleh buat kenduri kahwin kali 2 sambil meniaga nasi beriyani,mudah mudahan boleh untung besar.

    ReplyDelete
  23. soalan ujian kira-kira..

    pn kamariya tlh menjemput 3,000 org utk kenduri kawin anak perempuannya. bgmanapun jumlah yg hadir ialah 1,000 org.

    pn kamariya mengatakan antara jemputan ialah tetamu dr singapura dan kawan kawan anak nya dari SPA yg dikira berjumlah 500 org. hanya 200 aje yg berjaya smp ke rumah pn kamariya. (jgn tanya mcm mana 200 org ini boleh smp pulak..)

    Dari 3,000 org yg dijemput, yg tidak hadir dengan sengaja berjumlah 300 org (hampir kesemuanya krn hadir perhimpunan bersih) dan yg tidak sengaja ialah 200 org (kenduri arwah/kawin/pergi umrah)

    ini tidak mengambilkira saudara pn kamariya yg kena bertugas menjaga perhimpunan atau kerja ot berjumah 50 org.

    dgn formula anda sendiri berapa kah jumlah sebenar kerugian pn kamaria.?

    ReplyDelete
  24. aku dok luar KL selamba je sampai KL siap berdemo lg. Takde masaalah pun. Hahaha, makcik ni mesti tak jemput sebenarnya...aaaaa...aaaa.....rembat bajet anak bagi yeeee

    ReplyDelete
  25. RIAK DAN TAKABUR MEMBAWA KERUGIAN...NIAT NAK EKSEN KONON...TAPI ALLAH swt TAK SUKA ITULAH JADINYA

    ReplyDelete
  26. Salam 2 All.

    Nampak sangat yang makcik kita ni tak ikhlas.

    Sepatutnya 'sedekah tangan kanan,tangan kiri jangan bagitau'.

    Masih terdapat golongan yang nak menunjuk-nunjuk...

    Wassalam.

    ReplyDelete
  27. Cuba baca cerita dia Umur 59, anak 29 tahun tunggu nak buat kenduri lebih 50 tahun, umur 7 atau 8 tahun dah berangan nak jadi mak mertua!!!tak paham

    ReplyDelete
  28. mak cik ni fedup kot x dpt balik modal kenduri.."salam kau" punya collection x cukup..haha

    ReplyDelete
  29. eh salam kau pulak.. salam kaut! :P

    ReplyDelete
  30. apa yang mengarutnya belanja kawin 45k? dia kerja singapore tak mampu ada duit banyak tu ke?

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. hahaha.... 50 tahun tunggu anak nak kawin..... umo anak dia berapa?.... 50 tahun ke?.... kahkahkah

    ReplyDelete
  33. buat kenduri kawen sebab nak menunjuk-nunjuk ke?

    ReplyDelete
  34. alaaaa xslah nk bg spe2 mkn pun... lau saman nk dpt blik duit 2 kut kek dekau la.. t jwb kt akhirat jgak... nsib la xda owg nk dtg, lau dtg abis lauk x ker owg lain lak kna sman coz g mkn kenduri 2

    ReplyDelete
  35. agaknya orang2 yang komen ni belum pernah buat kenduri kawin ......tu lah macam orang tak pergi sekolah aje..... kalau ya pun dia Pembantu Pejabat ....agaknya tak layak lah nak buat kenduri sampai 45k...

    Pada yang memberi komen yang negative ni besar kemungkinan adalah PENYOKONG TEGAR BERSIH .....Puan Kamariya mempunyai SEBAB untuk berasa terkilan kerana ramai jemputan yang telah dijemput tidak dapat menghadirkan diri ke majlis kenduri kawin anak tunggalnya ... SAYA SEBAGAI SEORANG IBU YANG JUGA MEMPUNYAI ANAK PEREMPUAN TUNGGAL BERASA SIMPATI....

    Dizaman millenium ni 45k tu tidaklah begitu BESAR....DAN JANGAN KERAJAAN DAN POLIS YANG KONONNYA MENYEBABKAN TRAFFIC JAM. SEKIRANYA POLIS MOGOK PADA HARI ITU SAYA PERCAYA BANDARAYA KUALA LUMPUR AKAN TERUS LUMPUH DEK KERANA PERHIMPUNAN HARI BERSIH TU DAN JUGA KERANA KESESAKAN LALULINTAS YANG MENYEBABKAN KESESAKAN LALULINTAS DI KUALA LUMPUR.....TINDAKAN POLIS ORANGRAMAI MASUK KE KUALA LUMPUR IALAH UNTUK MENGGELAK DARI BERLAKUNYA KESESAKAN DI BANDARAYA...... DAN ORANGRAMAI AKAN TERPERANGKAP DALAM KESESAKAN TRAFFIC AKAN BERLAKU ......

    BERPOLITIK TU BIARLAH BERPADA PADA JANGANLAH KEJERIHAN ORANG HENDAK DIPOLITIKAN .........

    ReplyDelete
  36. satu lagi .... orang yang mempersendakan nama Puan Kamariya ni ...PLEASE GROW UP lah..... nama adalah pakaian kita dan diberikan oleh ayah dan ibu kita... supaya kita ada identiti tak kiralah pure melayu ke tidak ke...

    Dalam kalangan Pemimpin PAS pun ada nama yang mungkin pada sesetangah agak pelik seperti ALLAHYARHAMAH DR. LO' LO' .... tetapi kepada yang mempunyai PEMIKIRAN YANG WARAS....TAK PERNAH PUN MEMPERSENDAKAN NAMA ALLAHYARHAMAH ..... JADI MATANG LAH SIKIT BILA BERKOMEN .....BAK KATA ORANG PUTIH .... GROW UP ...... KAN KITA2 NI SEMUANYA ORANG DEWASA....BUKAN BUDAK TADIKA.......

    ReplyDelete
  37. Porah...Orang bodoh aje yang percaya...(Macam azah)...Ini semua ada unsur-unsur politik..untuk nak menyalah kan Bersih lah konon...Kau suruh Orang CROW UP konon...tapi kau GROW DOWN...

    ReplyDelete
  38. apa point anda yang awak nak ketengahkann ...saya ada point saya.... AT LEAST I HAVE A NAME .... DO YOU ........ GROW UP LAH

    ReplyDelete
  39. Buat kamareya..kita ni boleh merancang jer...kalu kita ikhlas org akan dtg juga tak kiralah apa sebabnya...mungkin niat nak menunjuk-nunjuk...harap tidak, atau majlis kita disulami nyanyian yg melalaikan atau dan atau. rm 45k just utk makan???LHDN boleh check status..mesti dah kira yg kaut kaut tu akan dpt brape...yg penting nikah...je kan.jgnlah salahkan nyamuk kelambu di bakar...berlapang dada lah....polis yg buat sekatan..kat luar negara relak je org berhimpun...jgn cuba menangguk di ayer keroh...bersyukurlah selamat diijab kabul tanpa masalah.

    ReplyDelete
  40. Orang yang tidak GROW-UP ia lah orang yang tidak bolih menerima ketentuan Allah and cries like a child over a spilled milk..FULL STOP!

    ReplyDelete
  41. salam bersih dan ramadhan buat azah..

    kita selalu pegi kenduri kawin.. jumlah 800 - 1000 org khemah yg di dirikan ialah 10 khemah... tu biasa punya dan tetamu dirai dr jam 11 pg hingga 4 ptg... dan 10 khemah tu menutup satu jalan atau satu blok rumah... abg aku kawin kan anak bulan apr lepas...

    bayangkan 3000 org jemputan... kita boleh guna 10 khemah utk 3,000 org jika majlis bermula dari 8 pagi hingga 8 malam... itu pun sesak lebih sesak dr perhimpuanan sbb masalah parking..


    dan dia mmg layak buat kenduri 45k sbb gaji dia dgn pembantu pejabat kita jauh.. duit simpanan pekerja dia (mungkin dia dah layak keluarkan) lebih 4 kali dr pembantu pejabat kita... dan sedar atau tidak 45k itu tidaklah begitu besar... bila rakyat tertekan maka rakyat akan bangkit !!

    azah tak terfikirkah mungkin dia dipergunakan utk membuat lapuran sbb dia dan keluarga mesti perlukan pas kerja atau permit keluar-masuk...

    dan tak terfikirkah jumlah kereta sebenar nya berkurangan dr yg asal selepas polis buat sekatan... bas pun terhenti perkhidmatan buat sementara ...krn hny 6,000 kereta shaja yg msuk kl jika kita ambil kenyataan dr pemimpin bn dan polis yg mengatakan hny 6,000 peserta saja yg hadir....

    Polis mogok... ada Rela.. Rela mogok ada wataniah.. wataniah mogok ada tentera.. tentera mogk ada rukun tetangga.. rukun tetangga mogok ada unit amal PAS...

    .... GROW UP LAH

    ReplyDelete
  42. 1st time wat kenduri kawen.. stakat kehadiran 30% dr jemputan tu perkara biasa lah..kira ramai la tu 1000 org dtg.. kalo rajin dtg kenduri org biasanya ape cara sekali pun Insyaallah ramai yg datang kenduri kita buat..tp kalo ada kenduri kendara muka xpernah nak nampak...mcm mana org nak datang...

    lagi satu, kenduri kan dengan niat bersedakah..mcm mana plak bleh rasa rugi nih?? cube tnya org yg biasa wat kenduri kawen anak...pernah ke dapat 'kaut' lebih dr modal???

    ReplyDelete
  43. Anak dia dan menantu tak kisah apa yang berlaku. Janji malam pengantin boleh berancuk...kah...kah...kah

    ReplyDelete
  44. Anon 12:12
    JANGAN JADI BODOH BANGANG MCAM UNTA....KL NI PAKATAN RAKYAT {UNYA KAWASAN..YANG KO NAK MENYALAK TU APESAL>>KO ORANG UMPORNO UMNGOK BODOH MUNAFIK JANGAN SEBOK DALAM BLOG NI..SIAL LAH..PTUIHHHHH!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post