Setiap kekejaman mempunyai tarikh luputnya – SN A Samad Said



KUALA LUMPUR: Setiap kekejaman (harus) mempunyai tarikh luputnya, kata Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said merujuk nilai demokrasi di negara ini yang kian terhakis lantaran pelakuan polis dan ketakutan pihak tertentu terhadap Himpunan Bersih 2.0.


“Saya khuatir kalau dibiarkan terus, akan menjadi negara polis, katanya lagi ketika berucap pada majlis pelancaran buku kartun Zunar berjudul ‘Even My Pen Has A Stand’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di sini, malam tadi.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Samad juga menyelar sikap polis yang tidak membenarkan tunjuk perasaan secara aman, malah menutup pintu rundingan sebaliknya mbuat tangkapan secara leluasa.

“Saya kira, kalau terjadi pertelagahan, saya lebih salahkan polis. Polis tahu beberapa bulan lalu mereka diminta ruang untuk penganjuran demontrasi Bersih, namun mereka sengaja tidak membenarkan,” katanya.

Berucap dengan lilitan tangan warna kuning yang dipakaikan Zunar, beliau juga mengkritik polis kerana ‘mengembalikan’ Ordinan Darurat semata-mata ketakutan pihak tertentu terhadap warna kuning.

“Anehnya, tiba-tiba ditimbulkan isu komunis. Dengan itu, dihidupkan undang-undang lama, boleh ditahan tanpa soal-jawab, ini kekejaman.

“Dalam demokrasi, suara harus dipertimbangkan. Tiba-tiba tidak boleh bercakap. Warna pun takut, tidak mahu berunding, itu sudah membunuh demokrasi namanya,” kata beliau disambut sorakan kira-kira 300 hadirin.

Beliau yang pernah menerajui Kumpulan Berita Harian pada zaman 60-an juga mengecam pengamal media arus perdana masa kini kerana membiarkan diri mereka diperalat semata-mata untuk ‘carma’ iaitu cari makan.

“Saya sudah tidak baca Utusan atau Berita Harian kerana tidak membacanya, sudah apa yang yang ditulis (mereka),” katanya, menyindir kerakusan media arus perdana yang giat menyerang gerakan kebangkitan rakyat.

Meluahkan rasa tidak senang terhadap kekangan pemerintah terhadap seniman yang tidak memihak kepada penguasa, beliau mempersoal sikap segelintir seniman yang membisu tanpa menghirau suasana bobrok di sekeliling mereka.

“Seniman kartunis, sasterawan, dramatis sangat jarang mengambil sikap. Ada antara kita selesa jadi golongan ‘carma’ atau cari makan, sedia untuk tidak bersikap. Inilah sebab segala kemungkaran terus membesar.

“Mujur, masih ada sekelompok seniman yang menyatakan sikap. Yang tahu kuning itu murni dan golongan seniman ini mula diganyang,” katanya, sinis.


http://www.keadilandaily.com/?p=16431

8 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Fakta yg akan menjadi nyata.
    masanya akan tiba.

    ReplyDelete
  2. rasa hormat rakyat kepada golongan yang bergelar sasterawan pun ada tarikh luput gak !!!!

    ReplyDelete
  3. anon 8.25am - tak payah ubah topik kat sini aku tau ko sokong sebelah mana. semua orang ada tarikh luput cuma masa berbeza, mahadey mungkin lmbat ckit, najis makin hampir, rosmah lagi cepat..kurang2 respek la orang yang pakar dalam bidang tertentu..tak payah nak komen sinis dan tunjukkan kejahilan anda. Betul apa yang diperkatakan oleh ASS, kalau dia tak kata pun kita semua tahu kebatilan tidak kekal 'dulu kini dan selamanya'

    ReplyDelete
  4. semua ada tarikh luput beb... korang yang x sokong BERSIH pun ada tarikh luputnya...ingatlah bila korang nak mati nanti...taubat dulu sheikh...itupun kalau sempat.Sekarang bolehlah enjoy, sbb x tau bila tarikh mati, sokong BN sebab buta hati, otak lembu, MOGA korang semua sempat dpt hidayah drp ILAHI.... x payah nak gaduh2 pasal BERSIH ini...siapa setuju nak join, TERUSKAN. Yang x setuju....DIAM jgn banyak cakap ( Kalau x setuju gak...pergi lah sekali masa hari tu dan nyatakan protes anda kpd kumpulan tu...itupun kalau berani) TAPI aku gerenti puak-puak yang x setuju ni adalah spesis BACUL...sampai bila2 pun x kan berani buat protes spt ni. Ada 2 jenis org yg x boleh pakai : Pertama ialah yang BACUL ( bagi komen jgn buat); Kedua ialah yang bagi nasihat BUAT cara lain walaupun hakikatnya ruang atau cara yang lain dah tertutup atau sengaja ditutup

    ReplyDelete
  5. yang tak rela diri diperalat oleh wanita hindu yang pro-murtad tu kira bacul jugak ker ?? yang ikut demo kat tengah jalan tu walhal nabi dah larang halang laluan orang ramai tu kena taubat gak lah !!!

    ReplyDelete
  6. apa punyer bodoh la penyokong BN nie.kalu tak mau ikut pegi demo,duduk jer la kat rumah.apa kena mengena diperalatkan oleh sesiapa? Bangang betul lah dia nie.Masing-masing ada otak,sendiri pikir ler.yang ko sibuk2 citer kena peralat, apa ke jadah tu? lopeh tu siap bagi contoh nabi larang halang laluan orang ramai? kah!kah! ini contoh amende nie? ko tau ke sobab sobonar nabi larang perkara tu? kalo tak tahu, ado lah lobih afdal, ko diam ajo jangan mandai-mandai nak bagi fatwa plak. orang yang bagi contoh larangan nabi nie, kono jago2 sikit,kok kono sumpah ngan tuhan kang.Hati-hati bila nak kaitkan isu dengan hal agama yo.pikir dulu sebolum menyosal.den tak kisah,yang ponting orang bangang jangan dilayan. Teruskan berjuang.

    ReplyDelete
  7. nak jadi ketua kampung..ramai leh jadi ketua kampung
    nak jadi polis ramai org boleh jadi polis
    nak jadi pencacai umno tegar sapa pun leh jadi.
    tapi nak jadi SASTERAWAN NEGARA hanya SATU org SAHAJA dalam satu masa.dan org yg dapat gelaran tu bukan calang2 org untuk diberikan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post