
Kata Hishamuddin tu.. dia nak perbodohkan siapa entahlah.. kerana antara syarat yang diperlukan bagi mendapat Permit untuk mengadakan perhimpunan, pemohon mestilah persatuan yang berdaftar sedangkan BERSIH telah diistiharkan sebagai pertubuhan haram yang tidak pernah didaftarkan.
Berbelit-belit Hishamuddin ni cakap.. Dah Pertubuhan Haram.. nak dapat permit macam mana pasal tak memenuhi syarat?? Mohon macam manapun tak akan dapat punyalah..
Kenapa dia tak mahu cakap permit tidak akan dikeluarkan bagi BERSIH kerana pertubuhan itu haram?
Kalau pertubuhan yang tak diharamkanpun mustahil untuk BERSIH mendapat permit kerana masa yang diperlukan untuk memohon permit dari pihak Polis pula sekurang-kurangnya dua minggu dari tarikh perhimpunan..
BERSIH tetap haram ikut Akta Pertubuhan 1966
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) masih diiktiraf sebagai pertubuhan haram mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 dan perlu memohon permit polis jika mahu mengadakan perhimpunan walaupun dalam stadium.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata isu BERSIH mahu mengadakan perhimpunan berkaitan dengan aspek keselamatan dan ketenteraman awam yang perlu dipertimbangkan polis.
“BERSIH masih diharamkan kerana tiada siapa pun boleh mengatasi undang-undang hanya kerana Yang di-Pertuan Agong menemui mereka tidak bermakna mereka tidak lagi diharamkan, malah Pendaftar Pertubuhan mengisytiharkan pengharamannya berdasarkan nasihat Peguam Negara.
“Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) sudah memaklumkan kelmarin BERSIH juga perlu mematuhi Seksyen 27 (Akta Polis) yang mewajibkan kelulusan permit bagi mengadakan perhimpunan.
“Selagi mereka diharamkan, tindakan berhubung dengan sesuatu yang haram masih tertakluk kepada undang-undang dan kita konsisten dalam pelaksanaan undang-undang,” kata beliau di pejabatnya, di sini, semalam.
Kelmarin Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menerima mengadap rombongan BERSIH yang diketuai pengerusinya, Datuk S Ambiga, bagi membincangkan perhimpunan Sabtu ini dan pihaknya bersetuju dengan cadangan kerajaan perhimpunan di stadium.
Hishammuddin berkata, walaupun tidak dapat bercakap bagi pihak Tuanku Mizan mengenai titah baginda, beliau akur ada fakta yang tersurat dan tersirat dalam pemikiran Yang di-Pertuan Agong serta pemimpin tertinggi negara dalam mencapai objektif menghentikan demonstrasi jalanan demi menjaga keselamatan.
Beliau juga menegaskan tidak berganjak daripada pendapatnya bahawa perarakan jalanan yang dirancang itu sesuatu yang serius berdasarkan hasil siasatan setakat ini yang dimaklumkan kepada orang ramai selain beberapa perkara yang masih dalam siasatan.
Namun, Hishammuddin menyuarakan lega kerana dengan pembabitan Yang di-Pertuan Agong, sebarang kejadian tidak diingini seperti jika demonstrasi jalanan dibenarkan dapat dielakkan dan percaya Ambiga juga mempersetujui beberapa syarat bagi membatalkan perarakan itu.
“Keengganan memohon permit bagi berhimpun adalah keterlaluan. Selagi tidak memohon kita tidak tahu apa agenda sebenarnya.
Hishammuddin menegaskan, walaupun BERSIH adalah gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sah, ia masih dianggap entiti haram dan tindakan terhadap penyokongnya tetap diteruskan.
Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tidak ada keperluan untuk penganjur BERSIH memohon permit polis berhubung perhimpunan 9 Julai ini kerana sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Berita Harian Online
Inilah kebesaran allah swt. di tariknya sedikit nilai iman dari hati.....tanpa disuruh, tanpa dipaksa, secara sedar hishamuddin ni memaparkan kepada rakyat betapa bodoh dan dunggu nya beliau. Mungkin terdetik sekarang di hati ahli umno... betul ke hishamudin ni???
ReplyDeleteBukan masalahnya dia nak memperbodohkan siapa.Sebenarnya dia sendiri yang bodoh dan dia memperbodohkan dirinya sendiri yang memang sudah bodoh semenjak lahir.
ReplyDeletecuba ajak debat pasal isu halal haram, apasal akta, ada berani ke menteri ni. dgn budak sekolah rendah berani le.
ReplyDeleteyerlah hisyamuddin ni nampak bodoh . cakap pun berbelit-belit . cuba fikir dah tau 62 NGO yang bernaung dibawah ambiga tu sah . mintak lah salah satu NGO tu pohon permit polis . kan tKPN polis dah cakap akan luluskan dengan cepat. permit ni pun supaya polis dapat bantu dari segi keselamatan gak . ni tak permit tak nak apply tapi bila kecoh salahkan polis . Ambiga gak cakap dlm PC kelmarin , perintah awam tanggungjawab polis . memanglah hisyamuddin cakap belit-belit , tapi mana boleh lawan belitan ambiga....
ReplyDeleteSebenarnya Najib dah silap cakap bila dia kata akan benarkan Bersih dalam stadium tiba2 kabinet melenting, Perkasa melatah, Najib jugak yang gelabah pastu mula putaralam cakap berbelit-belit sampai hishamuddin sepupu dia pun terpaksalah jadi ular. Kalau dah sepupu ular macam tu....
ReplyDeleteMacamana tak belit2 lidah pun pendek.. Cer tengok mulut dia bila bercakap bergulung2 sampai air liur pun memutih...
ReplyDeleteKharrrrk Ptuiiii
NAJIBTUYA NGAN HISHAM SAMA LA BODOH,dah tu cakap, lidah bercabang ari ni bolih esuk tak bolih, anjing dia tak dikurung abis rata dia merayau. bela anjing ganas lak tu pantang nampak kuning terkam saja.
ReplyDeletenak bodohkan diri sendiri dengan orang umno la,ape lagi.haiya
ReplyDelete1.Lelaki Jepun Pecah Rekod Dunia Sekali Lagi Dengan Makan 69 Hot Dog
2.Basikal Berjalan Pertama Di Dunia(Apa Ni!!??)
3.Lens DSLR Untuk iPhone
najib dengan hisyam cakap berbelit belit . lidah bercabang . memang lah dah jadi dasar ahli politik , lidah bercabang.
ReplyDeletemacam haji hadi . dulu kata perjuangan pas untuk tegakkan negara islam , laksana hukum hudud . lepas tu kata hudud cuma 1% lepas tak jadi buat hudud kat terengganu lepas ayam berkokok. sekarang hudud langsung tak der sebab tuntutan agama ialah negara kebajikan. bukan takat cabang jer lidah haji hadi berlapis lapis lak tu .
Nik aziz lagilah . dulu kata sanggup berkawan dengan syaitan untuk tegakkan islam . rupanya nak berkawan dengan DAP . bila ajak kerajaan perpaduan tak nak pasal umno tu amal rasuah . bila allah nak tunjuk dengan kematian beng hock semua boleh nampak . rupanya cina tu bunuh diri pasal nak tutup salahguna wang peruntukan DUN . bukan takat cabang jer lidah nik aziz lidah pun berbelit .
kalau anwar lagilah . cuba tanya dia ni sokong tak lina joy murtad . mesti dia jawab tak sokongnya sebab dia orang islam . tapi bila tunjuk temuramah dengan mat salleh . mesti dia jawab , itu untuk situasi masa tu . macam tu lah jawapan dia masa perjumpaan dengan ABIM ari tu . anwar ni bukan takt lidah bercabang , kencing pun bercabang .
so tak hairanlah , PKR gelar division diaorang sebagai CABANG . tu yang ramai berebut KETUA CABANG masa pemilihan baru ni . rupa-rupanya ramai sangat pemimpin dalam PKR yang bercabang......
Esok KL lengang hishamudin leh le ronda ronda dgn kereta bersama anuar zain dgn kereta mewah nya kah kah kah
ReplyDeleteumno yang merintah lebih 50 tahun knapa tidak buat undang2 pencegahan murtad sebqagaimana mengikut hukum islam orang yang murtad diberi tempoh tertentu untok bertaubat kalau tidak hukumnya bunuh manyatnya dibuang, penyokong umno jangan dok salahkan orang yang takada kuasa seperti DSAI TG NIK AZIZ dan TG HJ HADI, sebenarnya umno juga telah murtad (menjadi munafik)sejak mardeka oleh kerana itulah umno sentisa berdolakdalik bila didesak supaya melaksanakan hukum hudud orang yang munafik sentiasa ujud sejak zaman nabisaw.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!