2011/07/07
MUAR: Semua guru dan murid Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang di sini berjaya diselamatkan polis dalam serbuan pada jam 3.41 petang tadi.
Lelaki bersenjata parang yang menjadikan mereka sebagai tebusan sejak pagi tadi dilaporkan parah akibat ditembak di kepala. Guru dan murid terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Fatimah untuk pemeriksaan lanjut sebelum dibenarkan pulang.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman Jalaluddin, berkata lelaki terbabit pula berada dalam keadaan kritikal selepas terkena sedas tembakan di kepala dan dia juga dihantar ke sama untuk rawatan.
Terdahulu, sepasukan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman bertindak menyerbu banglo dua tingkat itu selepas usaha memujuk lelaki terbabit membebaskan tebusan dan menyerah diri gagal.
Drama tebusan itu bermula 9.30 pagi tadi apabila lelaki yang bersenjatakan parang menceroboh tadika berkenaan.
Berita Harian Online

pujian seharusnya diberi kpd angota polis yg tlh menyelamatkan guru dan anak anak yg terlibat..
ReplyDeletetentu angota polis mendapat satu kepuasan yg tak terucap dlm kejayaan misi yg mulia ini.. dan pengalaman yg amat berharga
melaksanakan tggjwb begini lah yg kami dlm perhimpunan bersih hrp hrpkan..
selain menyelamat kami juga berharap polis juga jujur dlm menjlnkan tugas krn polis juga lah yg lebih tahu penipuan penipun dlm praya..
syabas kpd anggota polis yg terlibat!! anda tlh melakukan sesuatu yg mulia..
tahniah2!tapi tetap tak boleh memadamkan rekod buruk diorg lawan bersih
ReplyDelete1.Lelaki Jepun Pecah Rekod Dunia Sekali Lagi Dengan Makan 69 Hot Dog
2.Basikal Berjalan Pertama Di Dunia(Apa Ni!!??)
3.Lens DSLR Untuk iPhone
Ni baru betol tugas polis, menyelamat rakyat bukannya sengaja timbul dan cetuskan huru hara menganiaya rakyat.
ReplyDeleteabang abang polis.. tenguk sendiri kt org je yg muliakan tugas dan kjayaan polis...
ReplyDeletetak de langsung kata kata penghargaan kpd polis di sini dr sana krn mrk anggap polis kerja utk mereka.. sdgkan kami anggap polis dan pihak keselamatan adalah organ penting dlm negara...
tp klau kami dipukul oleh polis mrk bersorak.. itu lah tanggap mereka kpd tuan...
minta maaf kpd abang abang polis besuk abang abang buat lak keje abang dan kami buat keje kami... kami bukan nak menyusahkan abang abang..
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!