Takut melihat Kebangkitan Rakyat, Najib Fitnah Anwar..

PETALING JAYA 10 JULAI : Setelah dunia semalam menyaksikan kebangkitan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk menuntut sebuah pilihan raya yang adil, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebaliknya melemparkan tuduhan fitnah bahawa Ketua Pembangkang yang menjadi dalang supaya rakyat bersuara menuntut keadilan.

Malah terdesak untuk menutup tuntutan rakyat, Najib mendakwa ia adalah usaha terdesak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menunaikan hasrat menjadi Perdana Menteri Malaysia.


Najib yang juga Presiden Umno turut berkata, Anwar tergugat dengan sokongan rakyat yang semakin kuat terhadap kerajaan sehingga sanggup menganjurkan himpunan besar-besaran demi menjatuhkan imej negara di mata dunia.

Walau bagaimanapun hujah Najib itu mudah dipatahkan oleh Anwar yang ditemui media selepas menghadiri Dialog Ekonomi Profesional Muda di Hotel Crsytal Crown, di sini hari ini.

" Itu memang strategi Najib dan Rosmah, mereka tidak lihat pada isu pokok, yang mereka tahu mahu salahkan saya, dan saya adalah orang yang paling awal diserang dan sudah tentu saya orang yang paling awal yang terpaksa berundur, saya sebelum pukul 3 petang terpaksa dibawa ke hospital," jelas Anwar yang ditembak polis menggunakan gas pemedih mata ketika mahu memulakan perarakan di Stesen Sentral Kuala Lumpur.

Jelas Anwar, kenyataan Najib itu jelas satu reaksi terdesak oleh seorang pemimpin yang merasakan kedudukannya terancam oleh kebangkitan rakyat.

Paling penting, perhimpunan Bersih 2.0 sudah dijelaskan dari awal lagi dianjurkan oleh 62 badan bukan kerajaan dan Pakatan Rakyat hanya bertindak menyokong inisiatif Bersih.

Dalam insiden semalam, Anwar mengalami kecederaan di kepala dan lutut akibat tindakan anggota polis menembak gas pemedih mata tepat ke arah muka Ketua Pembangkang itu.

Tindakan pantas daripada pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri bagaimanapun telah menyelamatkan Anwar daripada kecederaan lebih teruk.

Akibat melindungi Anwar, Fayad patah tulang pipi dan terpaksa menjalani pembedahan. Anwar turut dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai untuk rawatan lanjut.

Tidak cukup dengan cubaan mengaitkan Anwar sebagai dalang perhimpunan, media arus perdana termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar turut membohongi rakyat dengan fakta dan berita tidak telus demi kepentingan pemerintah.

"Penipuan angka peserta himpunan yang dilaporkan kononnya hanya 6,000 sahaja, ramai yang sudah tahu, dan pembohongan yang lain ialah laporan tidak ada yang tercedera, saya sendiri ditembak dari jarak dekat dan pengawal saya cuba bantu yang akhirnya mukanya pecah dan kini dia di hospital untuk jalani pembedahan besar esok,"kata Anwar.

Lebih malang dari itu, seorang daripada peserta himpunan Bersih 2.0 juga meninggal dunia ketika polis mengepung laluan perhimpunan berkenaan.

Dalam pada itu, Anwar turut mencabar Najib membubarkan parlimen disebalik keangkuhan pemimpin kerajaan itu kononnya boleh menang mudah pada pilihan raya umum ke-13.

"Saya mencabar Najib untuk sama-sama bertanding dalam satu pilihanraya yang adil, dan Najib perlu pastikan ianya dijalankan dengan adil dan bersih, jangan menipu dalam pilihan raya,"tegas Anwar.

Najib hari ini selain meremehkan kuasa rakyat, dengan penuh keyakinan berkata pihaknya akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen sebaik sahaja parti pimpinannya sudah bersedia.

Ironinya, kenyataan Najib itu umpama membuka pekung di dada bahawa gagasan itu masih belum bersedia manakala Pakatan Rakyat pula sedari awal lagi bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.


TVS News

18 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Anwar elok fikirkan kes mahkamahnya dan beberapa kes lagi yang akan muncul dari memikirkan piliharanya umum ke 13 sebelum March 2013, lambat lagi tu...

    Rakyat akan memilih wajah2 baru bila sampai masanya samada dari pembangkang atau kerajaan tanpa Anwar - negara lebih aman.

    Demokrasi adalah menyuarakan suara rakyat di parlimen dan bukannya menjerit di jalanan seperti monyet yang kelaparan.

    ReplyDelete
  2. NAJIB TAKUTTTTTTT !!!!!!!!

    HAHAHAHAHA

    SEBENORNYA NUAR JUBOR TU YANG TAKUT NAK KENA PI MAHKAMAH - KES JUBOR

    HAHAHAAHAHA

    KONON2NYA NAK RUNTUHKAN KERAJAAN - LAST SEKALI MAKAN TAIK

    WAYANG NAK MAMPOS KENA SEMBUR

    HAHAHAHAHAAHAH

    NASIB BAIK TAK MAMPOS BETUI2

    HAHAHAAHHA ANJING KAFIR KANTOI

    ReplyDelete
  3. kluangman, hang ni memang bahalol!

    ReplyDelete
  4. najib mendapat nasihat dari apco untok mengarahkan polis melakukan provokasi keatas bersih seperti mana tentera yahudi lakukan terhadap penduduk plastin, nampaknya berbaloi dengan RM70juta yang dibayar kepada apco dengan menggunakan wang kerajaan hasil kutipan cukai dari rakyat jelata.

    ReplyDelete
  5. Ea kluangman, nie spiderman datang...ko taw xmaksud demonstrasi tu apa?Ko taw xmaksud demokrasi berparlimen?Da banyak da berdemokrasi kat Parlimen tu, tapi kerajaan Najib yang kurang cerdik(bahasa kasar bodoh) tu xlayan pun.Demokrasi dlm rundingan da buat pun xlayan.Utus surat pun xlayan.Ajak demokrasi debat pun xlayan.Pastu nk demokrasi kat mana lagi?Kat jalanla langkah akhir.Tapi secara amanla.Kalo bawak parang,pistol,bkr orang, etc aku pun xsokong.

    ReplyDelete
  6. Aku setuju anon 1O22

    Nak perang ka nak berdemo - sendiri fikirlah

    yang susah - orang melayu juga

    ReplyDelete
  7. aku amat berharap agar Fayad ataupun anwar sendiri dapat kemukakan saman terhadap polis dan kerajaan . dakwaan polis menembak canister kearah penunjuk perasaan adalah sangat serius . Jangan jadi macam kes video dah lah . dakwa dakwi macam macam sampai hari ini takut nak saman dato eskay !!!

    ReplyDelete
  8. dulu masa zaman tun dolah bebal..lepas BERSIH 1 dia tak buat apa2...monyok semcam..
    sekrang zaman najib..lepas BERSIH 2..najib balas kaw kaw punya..
    BERSIH 2 telah backfire semua pemimpin pakatan rakyat...melihatkan kebodohan dan ketaksuban mereka utk berkuasa..

    ReplyDelete
  9. apa ke bodoh anon 11.03.. hang tak baca berita ka.. kes anwar buat report yang dia bukan pelakon lucah.. sebelum saman buat report! berpuluh DSAI menyaman kerajaan tapi hapa pun takdak.. dipekak kan telinga!!

    ReplyDelete
  10. dulu kata ambiga yg nak huru hara kat negara... skg tuduh anwar.. sbb ?? ya sbb bersih berjaya !!!

    polis pun ada hak saman anwar krn menuduh polis mencederakan dia satu tuduhan yg sgt serius... klau tidak anwar akan sesuka hati tuduh polis...

    anwar dah beratus kali pegi mahkamah.. semuanya jd tunggang langgang!! yg ada pun tak selesai... kalau betul siap bukti dan adil... anwar dah dipenjara skg...

    tapi kesan dr bersih 2 - tlg baca komen dr mahathir... sbb dr mahathir tahu tindakan bersih 2 bukan setakat itu saja... ingat bersih kata ini langkah awal.... dan kenapa najib kata demi menjatuhkan imej negara di mata dunia??? imej negara bukan jatuh sbb demo tapi cara polis mengkasari peserta demo dan pasti tuntutan bersih akan bertanya kenapa msia tidak boleh lakukan apa yg dituntut oleh bersih???

    ReplyDelete
  11. Aku nak tanya dgn pengikut UMNO di atas ...bagus sangat keee Najib tuuuuu, dan jahat sangat ke...Anuar tu...aku kesian dgn pengikut UMNO yg ikut telunjuk BN tanpa hala tuju....Kerajaan tuduh Anuar jahat....diorang pun percaya Anuar jahat, Bn fitnah Anuar liwat diorang pun percaya bulat2, Bn tuduh berzina dgn amoi...diorang lagi percaya...ini golongan yg tidak takut pd Allah...aku yakin hati diorang dah tertutup utk mendekati Allah...Muhasabah diri...sendiri..jangan sampai disebabkan tuduhan yg melampau terhadap Anuar....Allah akan memberi pembalasan yg amat berat ke atas diri kita...banyak cara Allah nak bals...Salah satunya Allah akan tutup rapat hati kita utk kita memperoleh hidayah dr NYA..kekallah kita pada takuk yg sama...kita pula sangka kita ok...tapi semakin jauh ...semakin jauh....fikir2kan....kasihani keturunan kita yg x berdosa....kerana amarah kita terhadap Anuar.....kerana taksub dgn berita yg dibawa BN....akhirnya ....satu persatu ahli keluarga kita rebah , tersungkur dalam zina dan maksiat....Siapa rugi.....Jangan pulak salahkan Anuar salahkan diri sendiri kerana diri sendiri tak sayang mulut....banyak2 berzikir dan ingat Allah....kerana syaitan sangat gembira bila kita masuk perangkap fitnah.....banyak2 le membaca Al Quran..... sembahyang agar kita tidak tersungkur....akhirnya....Aku takut membaca komen2 yg dahsyat dgn cara menghina dan memaki Anuar....insaflah...hebat sangat keee diri kita di mata Allah...hebat ke...dah pasti ke diri kita masuk syurga....dah gerenti ke amalan kita diterima oleh Allah swt dgn cara memaki dan mencarut Anuar...dan bersekongkol dgn pembawa fitnah...fikir2kanlah...

    ReplyDelete
  12. DEMOCRACY IN A DICTATORSHIP

    ReplyDelete
  13. Kata demo itu haram.....tapi aku nak tanya kalau haram awat PATRIOT wat demo.....yg aku nak tergelak tuuuuuu tak cukup umat Melayu .....pi minta jasa mamat bangla dan indo utk serta patriot lagi , siap bagi baju MERAH ....apa ke jadah nya......itu namanya lidah bercabang....cakap x serupa bikin....lagi satu siap bagi amaran kalau warga asing serta demo akan di hantar balik ke negara asal.....ini apa????? Aku x hairan le....kalau pilihanraya nantiiiii mamat2 ni juga diminta jadi pengundi hantuuuuuu......ikut cakap tuan jangan x ikut....nanti luuuuuu orang semua antar itu balik ituuuuuu negeri......

    ReplyDelete
  14. askm puji tulisan anon 5.03..tulisan yg penuh berhemah dan berilmu...

    ReplyDelete
  15. aku pun puji tulisan anon 5.03 panjang berjela . tapi sayang anwar perjuangkan pluralism . sokong lina joy terang terang . sila rujuk pada perjumpaan anwar dengan ABIM baru-baru ni. nak sokong anwar takpe janji jangan sesat macam dia udah lahh....

    ReplyDelete
  16. anon 9.05pm hang ni...sian tgk hang..dah la bodoh cacat pulak tu.sian kat hang..sbb tu politik dgn sistem perundangan kena ada landasan masing2.skrg umnoporno dah mempolitikkan undang2 ikut bawah telunjuk parti memerintah ..lina joy nak kuar islam.anwar kena salah?mana mai pemikiran ni.pttnya hang kena pie marah lina joy akak hang tu.tak pun hang sula lina joy tu sampai mati.sbb hang betul2 nak menegakkan islam.awat hang tak buat.kalau dah tau org lain tak mampu buat.hang amik la tindakan kalau dah hang pandai sangat.yg nak marah anwar pasepa?ada akai ka? dari sebelum BERSIH ...sampai abis BERSIH ayat hang cuma duk meniaga lina joy.....awat tak pie menyalak kat omar din wilca tu.kan dia nak mempertahankan islam..upah dia la...
    bodoh....

    ReplyDelete
  17. penyokong umno dan najib bini rosmah ni memang bodoh, yg tahu hanya bahasa bebal, maki dam mencarut.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post