Provokasi buat Perserta BERSIH dari Lokman Noor Adam.

“Kata nak hantar memorandum kepada Istana Negara.. mengapa nak adakan perhimpunan... kami akan menanti kehadiran mereka, kalau berlaku pertempuran, (Pengerusi Bersih Datuk) Ambiga dan Anwar harus bertanggungjawab. Kita akan mempertahankan kedaulatan negara,” kata Lokman.

Lokman juga berkata “Apa pilihan yang kami ada? Kami tiada pilihan kecuali menghentikan demonstrasi macam ini,” kata beliau dalam satu pertemuan di sini kelmarin.

Apa pilihan yang kami ada?.. Satu soalan bodoh!! PDRM dan Tentera yang ada tu untuk apa? lagipn apa hak Pemuda UMNO untuk menghalanr Peserta BERSIH 2.0 dari menemui Yang di-Pertuan Agong?


Pemuda Umno: ‘Kami tiada pilihan, Patriot menanti Bersih 2.0 datang’

KUALA LUMPUR, 4 Julai — Pemuda Umno akan “menanti” kedatangan Bersih 2.0 di depan Istana Negara atau mana-mana lokasi di ibu Negara jika gabungan itu meneruskan rancangan mahu mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu ini, kata penyelaras Himpunan Patriot anjuran pergerakan itu.

Lokman Noor Adam, yang juga ahli jawatankuasa Pemuda Umno menegaskan, pihaknya tiada jalan lain melainkan menghentikan perhimpunan-perhimpunan seperti itu mulai sekarang.

“Apa pilihan yang kami ada? Kami tiada pilihan kecuali menghentikan demonstrasi macam ini,” kata beliau dalam satu pertemuan dengan The Malaysian Insider di sini kelmarin.

“Kita tidak mahu buat benda ini... sesuka hati (macam mereka), kita mahu akal menguasai emosi kita dengan baik... sungguhpun ramai yang beranggapan ini bukan cara terbaik untuk berhadapan dengan Bersih, tetapi sikap kepala batu dan degil Bersih, kita tiada pilihan kecuali hadapi mereka secara fizikal dan sampai bila rakyat mahu biarkan benda demonstrasi ini,” kata Lokman sambil menambah sanggup mengorbankan nyawanya untuk berhadapan dengan Himpunan Bersih 2.0.

Katanya, walaupun tindakan mereka mengadakan perhimpunan balas tidak sah, pihaknya “sanggup melawan.”

“Saya tahu (cara) tindakan Anwar, sebab saya bekas jeneral dia,” katanya merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR.

Beberapa jam selepas pertemuan itu yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan “yang pentingnya.”

“Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik,” titah baginda dalam satu kenyataan.

Titah baginda muncul sehari selepas Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram manakala enam pemimpin dan ahli Parti Sosialis Malaysia ditahan di bawah Ordinan Darurat.

“Kata nak hantar memorandum kepada Istana Negara... mengapa nak adakan perhimpunan... kami akan menanti kejadiran mereka, kalau berlaku pertempuran, (Pengerusi Bersih Datuk) Ambiga dan Anwar harus bertanggungjawab. Kita akan mempertahankan kedaulatan negara,” kata Lokman.

Pertengahan bulan lalu, Pergerakan Pemuda memutuskan untuk mengadakan perhimpunan balas membantah Bersih 2.0 dengan menghantar memorandum kepada Istana Negara mempertahankan sistem pilihan raya semasa.

The Malaysian Insider difahamkan Pemuda Umno kemungkinan akan menghantar pada hari lain, bukannya pada Sabtu ini sebagaimana diumumkan sebelum ini.

Lokman berkata pihaknya ingin menyampaikan mesej “majoriti yang diam” bahawa mereka tidak suka dengan apa yang dilakukan oleh Bersih 2.0 dan “sekarang mahu menyuarakan” pendirian” mereka.

“Kita hendak menanti mereka... di mana-mana lokasi, kita nak memberitahu mereka, kita juga boleh menghantar (memorandum)... kami hendak menanti kehadiran mereka,” kata beliau sambil menambah, tujuan Himpunan Bersih 2.0 bukan untuk menghantar memorandum tetapi mahu menggulingkan kerajaan.

“Himpunan Bersih berbeza daripada Patriot, berbeza kerana kami rakyat yang mencintai, Patriot mencintai keamanan dan akan membantah sebarang usaha untuk menggulingkan, sebarang usaha mengadakan demonstrasi,” kata beliau.

“Partriot mahu menghentikan mereka, ya, kami mahu menghentikan mereka,” kata Lokman,merupakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum menyertai kembali Umno.

Justeru kata beliau, sesiapa sahaja yang membantah Himpunan Bersih 2.0 digalakkan “memakai baju merah.”

“Kami menawarkan kepada rakyat,” kata beliau sambil menambah, kemeja-T sebagai simbol semua rakyat mencinta keamanan dan “hanya Patriot yang mempertahankan negara.”

Meskipun Umno sebahagian daripada komponen Barisan Nasional (BN), tetapi keputusan mengadakan perhimpunan balas ini hanya diputuskan oleh Pergerakan Pemuda dan tidak melibatkan sayap muda perikatan itu.

“Ya, ini keputusan Pergerakan Pemuda, kami memutuskan untuk mengambil langkah ini,” kata Lokman.

Baru-baru ini beberapa komponen kecuali MCA menyatakan sokongan kepada pendekatan Pemuda Umno.

Justeru kata Lokman, mereka tidak kecewa dengan pendirian MCA itu.

“Tidak, kami tidak kecewa,” katanya sambil menambah, masing-masing ada cara untuk melahirkan pendirian tidak puas hati dengan Himpunan Bersih 2.0.

“Kami mahu melahirkan pendirian untuk mengatakan bagaimana majoriti fikir mengenai perhimpunan haram ini,” katanya lagi.

“Kami hendak memberitahu bahawa bagi Bersih 2.0 untuk membuat sesuka hati sudah tamat, kami tidak akan duduk diam dan lihat lagi,” kata beliau merujuk kepada siri demonstrasi diadakan pihak pembangkang.

Lokman yakin Himpunan Bersih 2.0 tiada kekuatan sebagaimana didakwa oleh penganjurnya boleh mengumpulkan lebih 100,000 orang, dua kali ganda berbanding Himpunan Bersih 2007.

Sambil berkata pihaknya tidak perlu menggerakkan ahli-ahli dan penyokongnya dari seluruh negara, kata Lokman, berdasarkan maklumat yang diterima, penganjur hanya mengambil sekitar 15,000 daripada 50,000 kemeja-T yang telah ditempah.

“Saya tahu kekuatan mereka (Himpunan Bersih). Cukup bagi kami menghumpulkan ahli kami dari Lembah Klang sahaja,” katanya.


The Malaysian Insider

15 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Wah bekas jeneral Pkr pn nk bhimpun jg.....x ape lagi ramai lg baik. Turunlah bramai-ramai suarakan bsama-tujuan anda....turunlah perkasa, pekida, p.psilat, ngo yg mbantah tu ramai-ramai. Aku rasa kalau sumua turun pn x dpt bsaing dgn pengikut2 Ambigas yg sgt ramai ni......kita bubarkan pasukan polis...hahaha

    ReplyDelete
  2. Lembu sekoq ni tak habis2 dengan dendam kesumat dia terhadap anwar. sampai beliau gagal untuk melihat isu sebenar.
    bagi adam lokman apa saja musibah yg menimpa negara, kalau tsunami, gempa bumi, banjir pun beliau nak salahkan anwar.
    Dah jadi gila sungguh mamat gemuk ni.

    ReplyDelete
  3. ehm..pepatah melayu ada berkata .. pasal mulut badan binasa...
    ikut resmi padi, lagi tunduk lagi berisi...menegak kebenaran yang haq adalah jihad... Hati yang bersih adalah ikhlas dalam perbuatan dan tiada dendam tersemat..Tapi hati yang Hitam ditunjukkan oleh perbuatan penuh kesumat...

    Almarhum guru saya berpesan.. seampuh senjata adalah doa yang ihklas.. maka marilah kita doakan kepada puak2 Umno...

    Ya Allah ,jika takdir mereka ni makhluk bermanafaat maka berilah mereka hidayah untuk berubah kepada yang haq tapi jika takdir menentukan mereka ni hanya membebankan maka Maha suci Allah, kau hancurkan mereka ni dari muka bumimu ...Amin..........

    ReplyDelete
  4. SOKONGLAH orang yang menyokong MURTAD, AGAMA DISAMATARAF, PEGUAM KAFIR BOLEH MENJADI PEGUAM SYARIE....HIDUP NEGARA KEBAJIKAN....(Tinggalkan Perjuangan Negara Islam) ahak ahak ahak....... Lepas Perhimpunan ni ramai Melayu kena buang keja ahak ahak ahak...

    ReplyDelete
  5. BANGANG PUNYANJD IPOH, ORG SOKONG PERHIMPUNAN BERSEH, YG KAU MERABAN KE MURTAD ITU TAK MASUK DLM AGENDA BERSIH BODOH.

    ReplyDelete
  6. dah tak de siapapun dengar cakap mamat bongok ni!

    ReplyDelete
  7. SPESIS MAMAK BENDAHARA BERTOPENG MELAYUJuly 4, 2011 at 5:12 PM

    KALAU SETAKAT JADI JENDERAL DSAI SEKEJAP UTK DAPAT NAMA=> SUPAYA DPT BUAT TAWAR MENAWAR DGN UMNO UNTUK DPT JAWATAN DLM PEMUDA UMNO...TAK PAYAH CAKAP BANYAKLAH...ORG GEMOK MEMANG OTAK MALAS FIKIR..CUMA NAK SENANG DPT SESUATU...UNTUK POKET SENDIRI.

    MEREKA NI SAMA AJER MCM GOLONGAN MAMAK YG DTG SINI UTK DPT KESENANGAN, WALAUPON DGN CARA MERUGIKAN ORG2 MELAYU YG ASAL TANAH TUMPAH NENEK MOYANG DR SINI SEJAK BERIBU2 TAHUN DULU... CONTOH MCM NEGERI KELANTAN YG RAMAI MELAYU-ISLAM, 95%..DINAFIKAN ROYALTI MINYAK YG BOLEH MENGUBAH KEHIDUPAN MEREKA, TAPI DI NAFIKAN OLEH MAMAK MAHATHIR ASAL INDIA... INILAH PERANGAI MAMAK BENDAHARA SEJAK ZAMAN MELAKA YG MEROSAKKAN MELAKA SEHINGGALAH MELAKA ROSAK DAN MUDAH DI JAJAH OLEH PORTUGIS...

    ReplyDelete
  8. apa punyer bodoh la penyokong BN nie.kalu tak mau ikut pegi demo,duduk jer la kat rumah.apa kena mengena diperalatkan oleh sesiapa? Bangang betul lah dia nie.Masing-masing ada otak,sendiri pikir ler.yang ko sibuk2 citer kena peralat, apa ke jadah tu? lopeh tu siap bagi contoh nabi larang halang laluan orang ramai? kah!kah! ini contoh amende nie? ko tau ke sobab sobonar nabi larang perkara tu? kalo tak tahu, ado lah lobih afdal, ko diam ajo jangan mandai-mandai nak bagi fatwa plak. orang yang bagi contoh larangan nabi nie, kono jago2 sikit,kok kono sumpah ngan tuhan kang.Hati-hati bila nak kaitkan isu dengan hal agama yo.pikir dulu sebolum menyosal.den tak kisah,yang ponting orang bangang jangan dilayan. Sapo namo budak tu...JD Ipoh? hampeh boto malaun sekor nie,yang den tau JD kek kampung den orang panggil "Jebon Dungu", kiro tahap bangang paling tinggi tu.Jadi elok bonarlah kalau sedaro JD merapu meraban cam tu, sesuai bonar dengan tahap pemikiran monyet gilo. Lu pikir la sendiri...

    ReplyDelete
  9. Mereka ni sama je ke..oooo yelh skejap skejap pkr sekejap umno nnti ahli apa pulak haha....aku pn x paham kau org ni. Apa nk buat dgn org ni...senang jgn sokong n buat x tau jelah pada mereka yg pernah masuk umno dan yg pernah masuk pkr...hahaa semua x betul suke main wayang je..yg betul siapa??.....hahaha pikirlh sdiri

    ReplyDelete
  10. lokman adam ni berani atas pentas je...aku tak pernah lagi dengar dia mempertahankan negara dari ape sudut pun...modal besar dia pasal pernah kene ISA..balik je kg kau kluang tu lokman..

    ReplyDelete
  11. TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA LOKMAN NOOR ADAM.......ANAK MELAYU YANG TAK FAHAM PERASAAN DAN KEHENDAK MELAYU.

    TANJONG PAGAR, PULAU BATU PUTIH APA SUDAH JADI LOKMAN? DIMANA JIWA MERDEKA KAMU?

    ReplyDelete
  12. orang kena peralat mana dia nampak . mana dia nak mengaku . ambiga gak sapu duit ratus ribu dari penaja . ko orang boleh lah sedut asap dengan air longkang . demokrasilah tu . perjuanganlah kamu dengan hindu yang pro-murtad tu .
    ----
    lokman nor adam ni kalu sapa pakai cakap dia ni , sah orang tu jenis tak der fikiran . kaki rembat duit budak-budak kat jalan setiawangsa dulu .

    ReplyDelete
  13. Lokman Adam ni dh jadi jeneral terrorist sayap Umno skrg ni. Bahasa yg d gunakn patut d kategorikn sbg ancaman kpd keselamatan negara brbanding dgn niat BERSIH. Ni nk britahu lagi apa tujuan BERSIH. Baca, faham & terus ke otak. Jgn ke kepala lutut plak.

    1) pendaftaran automatik
    2) reformasi undi pos
    3) penggunaan dakwat kekal
    4) akses kpd media
    5) masa berkempen minima
    6) kukuhkan perbadanan awam
    7) hentikan rasuah

    Klu Lokman Adam ni tak paham, masuklah sekolah tadika kemas balik. Budak sekolah rendah pun tau apa tujuan BERSIH. Buat malu je la malaun ni.

    ReplyDelete
  14. salam seikh2...nabi luka2 kat thaif pun x mtk thaif binasa tuan..(sifat RAJA pandai,sifat HAMBA bodoh,kalo kita sama2 bodoh kita mtk jela benda baik2 utk sama2,kalo kita pegang sifat RAJA nnt kita jd "PANDAI2" lak.. tol x tuan?)..salam,mtk maaf n walahhuaklam seikhhh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post