UMNO Penang PENGECUT! (Video Inside)

PULAU PINANG 3 JULAI: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membidas kenyataan terbuka Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman yang menafikan penglibatan Umno negeri itu dengan sebuah demonstrasi ganas Jumaat lalu.

“Kerajaan negeri Pulau Pinang berasa terkejut dengan pembohongan terbuka Zainal Abidin Osman yang mendakwa Umno tidak terlibat dengan demonstrasi ganas yang mengganggu aliran trafik sejauh 10 kilometer dan menyerang dua wartawan pada 1 Julai lalu di Komtar dan Jambatan Pulalu Pinang,” kata Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini.


Menurut Guan Eng, penafian yang dibuat oleh Zainal sekaligus menunjukkan sikap pengecut Umno Pulau Pinang walhal pada hari tersebut Senator dari Umno, Ezam Mohd Noor sendiri ditangkap polis kerana terlibat dalam demonstrasi itu.

“Rakam video menunjukkan Senator Umno, Ezam Mohd Noor ditangkap polis kerana terlibat dalam perhimpunan haram menunjukkan Umno adalah pengecut kerana menafikan penglibatan mereka. Ini adalah contoh terbaik peribahasa Melayu, “baling batu sembunyi tangan”,” kata Guan Eng.

Tambah beliau, Zainal bersikap berani dan memohon maaf kepada orang ramai di atas penglibatan Umno dalam demonstrasi ganas tersebut.

Dalam pada itu, Guan Eng turut menyatakan kekesalannya di atas tindak tanduk Ezam yang menghasut orang ramai untuk menggulingkan dirinya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Di manakah hormat yang perlu ditunjukkan oleh Umno terhadap demokrasi dan mandat saya selaku Ketua Menteri yang sah?” kata Guan Eng.

Malah ujarnya, layanan media arus perdana terhadap insiden-insiden yang melibatkan pemimpin Umno-Barisan Nasional juga kekal berat sebelah apabila tidak ada satu pun media itu melaporkan tentang penahanan Ezam.

“Tiada langsung berita oleh News strait Times tentang dua wartawan yang diserang Umno mahu pun peserta demo yang menghalang laluan trafik di tengah Jambatan Pulau Pinang sehingga menyebabkan kesesakan trafik sejauh 10 kilometer. Pemimpin Umno Negeri dan Pemuda Umno turut hadir pada perhimpunan haram yang ganas itu,” kata Guan Eng.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, Pemuda Umno Pulau Pinang bersama Perkasa Pulau Pinang berarak dari Masjid Kapitan Keling sehingga ke bangunan Komtar kononnya menuntut Guan Eng meletak jawatan kerana menyokong himpunan Bersih yang akan berlangsung 9 Julai ini.

Dalam demonstrasi ganas itu, beberapa cermin kereta dipecahkan dan dua wartawan dari akhbar Cina juga dicederakan.



TVS News

13 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. UMNO semakin mengarut . Tgh hari tadi PM menyatakan hanya ada 1 proksi UMNO . Takda yang lain. LUpa dia pada Pak Lah yang di paksa turun olih orng UMNO. UMNO tak mau faham tuntutan BERSIH. Bukan untuk guling kerajaan. Supaya pilihan raya lebih telus. Klu di Thailand pun kempen bolih sebulan ... di Malaysia 1 minggu je. Itu pun jabatan kerajaan dah kempen dulu lebih awal.

    ReplyDelete
  2. UMNO bagai terkena parkinson..

    Menarik!! :Iklan Yang Kreatif

    ReplyDelete
  3. UMNO PP mana ada telor. dia org cuma tahu bodek NAJIB MONGOL.

    ReplyDelete
  4. sekarang ni jadi gelihati dengan senario fobia umno dengan warna kuning guna pelbagai cara untuk menutup kekurang mereka tapi tak pe KEBENARAN pasti menjadi kenyataan...

    ReplyDelete
  5. begini kah cara amco memenagi hati org pp?? apa kah para demo tu dan ezam tu berhak mtk LGE letak jawatan?? sdgkan yg pilih ialah rakyat pp sendiri.. dia undi kat mana..??

    teringat kata ajib kita guna kuasa dgn berhemah.. klau berhemah demo yg memberi kelebihan kpd pakatan ini tak kan di buat.. krn akibat nya padah yg sgt buruk maka baling batu sembunyi teloq.. sbb mrk pasti terdengar kemarahan rakyat pp..

    ReplyDelete
  6. ayuh kita tukar kerajaan mcm di negara jiran kita, PRU 13 biar Pakatan Rakyat perintah Malaysia

    ReplyDelete
  7. Ingat bohong teringat umno, ingat umno teringat bohong.
    semakin hari rakyat diperlihatkan satu demi satu sifat munafiq pemimpin umno.
    Pergi jahanam lah dengan umno, parti bangsat.

    ReplyDelete
  8. Siapa lagi? Mereka adalah pembangkang di Pulau Pinang. Kerja umno haprak tu la...
    impot ezam..mat kotak dah jadi binatang tunggangan..

    ReplyDelete
  9. yang aku nampak orang yang berdemo kat penang tu:
    1. minah indon
    2. pekida
    3. ezam
    4. orang bodoh yang saja cari dosa dengan menyusahkan orang ramai
    5. orang yang tak tak sokong bersih
    6. orang yang tak sokong kumpulan pro-murtad
    7. orang yang tak rela PAS dijadikan alat bagi kumpulan pro-murtad menyatakan rasa tak puas hati mereka terhadap agama islam dijadikan agama rasmi malaysia melalui bersih 2.0

    ReplyDelete
  10. dak kehabisan modai geng2 UMNO samapai kena upah minah indon buat demo bagi nampak ramai..apa yang depa dah janji kat puak2 tu tak tau la..IC biru mungkin, ingat demi kekal berkuasa mereka sanggup lakukan apa sahaja, gadai negara dan juga agama sendiri..Ezam? no komen..aku rasa dalam malaysia dialah manusia paling bacul sekali, dayus..

    ReplyDelete
  11. anon 8.38am
    sian kat hang sbb membabikan diri hang sendiri dgn statment bodoh hang.
    hang mesti tak pie demonstasi tu kan ?jadi automatik hang adalah salah seorg penyokong jika islam tidak dijadikan agama rasmi bagi negara malaysia laa..sbb hang tak pi.dan automatik skali lagi hang adalah org yg menyokong pro-murtad sbb hang tak pi pun demonstrasi tu.

    taik hang!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post