Usir William Bourdon : Apa yang disembunyikan Najib?

KUALA LUMPUR 23 JULAI : Pengusiran peguam Perancis William Bourdon tidak mematahkan semangat badan bukan kerajaan, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Pakatan Rakyat dalam memastikan penyiasatan berkenaan skandal pembelian kapal selam Scorpene diteruskan.

Malah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyatakan pengusiran Bourdon merupakan satu lagi bukti betapa terdapat sesuatu yang disembunyikan pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak.

“Kita tahu polis Perancis sudah memperoleh sejumlah banyak dokumen penting, mengaitkan (Datuk Seri) Najib Razak, perdana menteri kita yang dicintai. Sebab itu tindakan-tindakan tidak munasabah diambil hari ini (semalam).


"Saya fikir, kerana kerajaan telah mengusir beliau dengan cara yang tidak baik semalam, ia membantu perjuangan kita. Ini semua satu ujian. Saya lihat apa yang berlaku sebelum 9 Julai hingga kini satu ujian kepada pentadbiran Najib. Ujian bagaimana pelan-pelan dan transformasi," kata beliau pada majlis makan malam anjuran Suaram untuk mengumpul dana perundangan bagi menyiasat kes berkaitan di Perancis lewat tahun ini.

Kelmarin, Bourdon berucap di Pulau Pinang pada majlis sama anjuran Suaram dan sepatutnya berucap di sini malam tadi.

Bagaimanapun beliau ditahan sebelum sempat menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba pada 11.40 pagi semalam dari Pulau Pinang.

Pengarah Eksekutif Suaram Cynthia Gabriel menceritakan betapa cara penahanan dan pengusiran yang tidak beretika oleh Jabatan Imigresen.

Beliau yang mengiringi Bourdon turut mendedahkan bahawa Bourdon dipaksa menandatangani satu kenyataan dalam bahasa Malaysia dan tidak difahaminya.

Malah, menurut Cynthia, Bourdon turut 'diundang' untuk ditahan di KLIA selama tiga hari kerana dijadualkan balik ke Perancis pada Ahad ini namun ditolak Bourdon yang menggunakan wang sendiri membeli tiket baru untuk pulang ke Perancis jam 11.50 malam semalam.

"Bolehkah anda bayangkan? Pihak berkuasa Malaysia menangkap personaliti Perancis yang dikenali di serata dunia ini selama 3 hari.

"Cara beliau ditangkap juga kejam. Sejurus kapal terbang mendarat dari Pulau Pinang pada 11.50 pagi tadi. Sebelum kami sempat keluar dari Kapal Terbang, 3 pegawai imigresen naik ke kapal dan mengarahkan Wiliam untuk mengikut mereka. Dia (Bourdon) tidak sempat menjejakkan kaki pun dan beliau sudah ditangkap," kata Cynthia lagi.

Pada Disember 2009 Suaram mengemukakan aduan di mahkamah Perancis meminta akses kepada maklumat mengenai perjanjian kerajaan yang ditandatangani Abdul Razak Baginda dari Perimekar Sdn Bhd dan maklumat lain yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi di Malaysia.

Mahkamah Perancis menerima aduan itu untuk menyiasat dakwaan rasuah berjumlah RM500 juta dari DCNS kepada Perimekar.

DCNS didakwa membayar komisyen “yang amat tinggi” kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Sementara itu, ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menghabiskan kira-kira 20 minit untuk menggambarkan mengenai urusan pembelian kelengkapan pertahanan sepanjang tiga tahun lalu, berjumlah RM16 bilion, jumlah besar berbanding dengan negara lain di rantau ini.

Pua mendedahkan ia termasuklah RM2.3 bilion untuk membeli 12 unit helikopter Eurocopter EC725, RM6 bilion untuk memiliki kapal rondaan luar pesisir pantai (OPV) dan RM7.8 bilion untuk mendapatkan 257 kereta perisai.

Beliau melahirkan kekecewaannya walaupun menganggotai Jawatankuasa Kirawang Awam di parlimen, penyiasatan seperti ini lazimnya berakhir dengan alasan 'ia rahsia' dan 'tidak boleh menjatuhkan kredibiliti orang lain.'

"Boleh tak kita minta pakar pertahanan ke PAC beri konsultasi, mereka kata tak boleh. PAC hanya panggil pegawai sahaja dan kemudian kes tutup...saya sudah nampak di PAC. sebab itu saya hargai usaha Suaram untuk siasat komisyen RM 500 juta Perimekar ini. Ia amat susah," kata beliau ketika menceritakan pengalaman beliau di bawah PAC.


TVS News

14 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Najib sembunyi teloq agaknya.

    -Anak Kubang Semang-

    ReplyDelete
  2. najib tak mahu dirinya dah jatuh (isu BERSIH) ditimpa tangga (rasuah kapal selam)

    ReplyDelete
  3. kapal selam malaysia;
    1. kementah meminta parlimen meluluskan tambahan kos maintenance rm200juta setahun yg tak termasuk dalam jumlah yg telah dibayar setakat ini;
    2. kementah meminta parlimen meluluskan kos tambahan rm90juta setahun untuk "rescue maintenance" seandainya kapal selam tak timbul2;
    3.kementah meminta parlimen meluluskan kos tambahan critical spare parts yg tak termasuk dlm kos pembelian rm??juta;
    4. Parlimen diberitahu yg kapal2 selam tersebut belum lagi dibekalkan dengan senjata. kos utk setiap peluru berpandu rm3juta + torpedo rm??juta. tempahan senjata telah dibuat dan kiriman pertama ialah pada 2013. Jadi sehingga 2013, kapal selam kita tak boleh berperang.
    najib, najib....awatlah hang ni mangkuk ayun sangat!!!!!
    Singapore, Indonesia, Thailand dah lama ada kapal selam, tapi tak kalut macam hang!!!

    ReplyDelete
  4. Dgn bantuan Allah swt...Najib akhirnya akan tersungkur jua...jangan nak lawan hukum Allah...hang tuuu manusia biasa....saja. Kuasa yg hang ada tuuuu Allah kasi pinjam sekejap aje.....walaupun hang kejam pada orang bukan Islam....jangan ingat ini golongan niii tak bangkit utk tuntut keadilan di padang Mahsyar nantiiii. Allah maha adil....Allah memberi peluang kpd orang2 bukan Islam utk menuntut keadilan jika mereka dianiaya oleh org Islam....jadi jangan nak tunjuk sombong....dan bongkak wahai Najib...

    ReplyDelete
  5. pusing d dunia semua orang kena, pusing d Akhirat..........ingat mahkamah Allah mulut tak blh berkata2 seluruh anggota lain menjadi saksi.
    "kalau sakit cepat2 ambik ubat ;
    kalau silap cepat2 berTAUBAT"

    ReplyDelete
  6. Kenapa nak perlu org asing datang kat Malaysia dan beritahu ada penyelewengan...bawa bukti aje kat Karpal Pusing dan bawa ke mahkamah..dan masa tu mahkamah akan panggil Lawyer Perancis mai jadi saksi..habis cerita...

    Sampai hari tiada bukti pun dari mana2 blog pro PR pasal kapal selam..cuma statement dari PR aje kata ada rasuah beli kapal selam aje..

    ReplyDelete
  7. anon: july 23, 11:10PM awat hang ni bangang sgt nak tahu ada rasuah atau tidak, tak perlu melalui bog pun hang ni mcm katak bwh tempurung tak dpt maklumat, knp razak baginda yg di lantik najib utk uruskan pembelian kapal selam tu, dia org luar bukan dari ahli yg pakar dlm ketenteraan sepatutnya rundingan pembelian kapal selam di terajui oleh ketua setiausaha KEMENTAH, Ketua Turus ATM, Ketua turus TLDM dan peg2 yg berkaitan pertahanan TLDM bukan nya razak baginda di sini nawaitu awal2 lg dah tak betul
    makna nya dah ada niat utk mendapatkan sesuatu...fikir2kan lah wahai rakyat malaysia dgn akal yg diberi Allah swt bukan dgn emosi..krn niat yg tak betul tu maka Allah menarik balik keberkatanNya.

    ReplyDelete
  8. anon 11:10 mungkin satu sbb tidak dibawa ke mahkamah ialah memberi peluang kpd njib mendapat perundangan yg lebih adil... satu sbb lg mahkamah akan mengambil bukti yg asal semasa perbicaraan.. dan spt biasa bukti tsbt boleh jd seribu mcm perkara .. satu kes di ns brg bukti (dadah) hilang ...

    cuba kau fikir dr kepentingan strategik .. peralatan pertahanan yg dibeli sepatutnya yg di rahsia kan supaya musuh tidak tahu kekuatan kita tp dimsia ini terbalik hrg dan rm pulak yg jd rahsia...

    segala maklumat pembelian dan persetujuan melibatkan kapal selam ini .. tak ramai yg tahu ..
    jd senang kalau bocor org org ni kena C4ekup dulu ...

    tak pe .. hr hr buat statement .. lama lama yg duduk kerusi mp bn tu terasa... yg depa tak jujur dan amanah pd rakyat..

    ReplyDelete
  9. Undang-undang Imigresen negara kita telah menetapkan, seseorang warga asing yang masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial tidak dibenarkan terlibat dalam apa-apa pekerjaan, bersyarah, berceramah, pertunjukan, persembahan dan jauh sama sekali untuk mencampuri urusan politik Malaysia. Juga tidak dibenarkan menjalankan urusan mengutip wang atau menerima upah.

    Mana-mana warga asing yang ingin melakukan perkara-perkara yang dicatatkan diatas perlulah mendapat visa khas atau kebenaran Imigresen terlebih dahulu.
    itu 1 hal, lg 1 hal aku nak bgtau peguam tu dtg nak bgtau kes siasatan telah dibuka. itu ajer. langsung xder ape2 bukti. mengarut

    ReplyDelete
  10. Aie 1.15am.. Hang punya last statement kata peguam perancis tu dtg nk bgtau kertas siasatan telah dibuka je.. Abiss kenape UMNOgok takut sgt smpi tahan peguam tu.. Patutnya tahan time dia tgh ceramah, bersyarah ke..Ni x..

    ReplyDelete
  11. kalau peguam ni smpai malaysia,nanti die g melancong kang,ade die tanya rakyat msia pe jd ngan kes kapal selam tu.sudah,satu malaysia taw pe najib buat

    1.Taman Tema Warcraft(Video)
    2.Kereta Terlalu Panas Sehingga Boleh Buat Kuih!(Video)
    3.2 Bullet Train Berlanggar!!(Video)

    ReplyDelete
  12. Komen lah apa yang nak di komen... yang penting Najib tidoq dah tak lena kott.. Teloq Kecutttttt.....

    ReplyDelete
  13. Mat Monggol...Lari,lari,sorok,sorok
    Masuk, masuk dalam kain Mah Janda...kah..kah...kah

    ReplyDelete
  14. kepada pencacai umnogok laknatullah allah bagi akal suruh kamu berfikir sebaik mungkin tapi nampaknya kamu berfikir jauh lagi bawah daripada binatang maaf kasar sikit ! dulu kalau kes bunuh di malaysia ada ke sampai letupkan mayat fikirlah jangan jadi bodoh bebal bangang sangat kerana itu lah allah kekal keturunan kamu umnogok berfikir macam tiada akal lebih kurang binatang malah lagi teruk dari binatang ..... berubah demi rakyat

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post