Alahai Zul Nordin.. Kisah Para Sahabat pun nak belit ka??

Demi mempolitikkan isu gereja untuk menunjukkan kononnya dia pejuang Islam, Ahli Parlimen Kulim, Zulkifli Nordin, sanggup memutar belitkan Sirah Sahabat dan menipu di khalayak ramai.

Ahli Parlimen yang telah dipecat dari PKR itu menipu dengan mengatakan bahawa Syaidina Umar telah dijemput ke gereja tetapi beliau tidak mahu masuk ke dalam gereja.

Fakta sebenar, Syaidina Umar tidak mahu bersolat di dalam gereja, bukan tidak mahu masuk. Lihat penipuan terang-terangan Zulkifli dalam video di bawah.




Dengan lagak Zulkifli Nordin yang konon-konon pejuang Islam sebenar, ramai orang yang tertipu dan menyangka masuk ke gereja adalah berdosa kerana terpengaruh dengan fatwa baru Zulkifli Nordin.

KISAH Syaidina Umar Al-Khatab masuk melawat sebuah gereja besar di Juruselam merupakan satu kisah yang sangat popular di dalam Sejarah Islam.

Peristiwa ini menjadi tauladan kepada seluruh umat Islam apabila sahabat nabi itu menolak untuk bersolat di dalam gereja walaupun dipelawa oleh paderi besar Baitulmuqadis, Sophronius.



Merujuk kepada buku novel sejarah Islam, UMAR AL-KHATTAB Reformis Dunia Islam, muka surat 265, tulisan Abdul Latip Talib, diceritakan secara jelas bahawa Syaidina Umar telah mengunjungi sebuah gereja besar di Baitulmuqaddis namun menolak untuk bersolat di dalamnya.



Sila klik imej untuk membaca dengan lebih jelas.


Sumber : Milo Suam

20 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. jika mengikut fakta sejarah islam yang dikemukakan oleh blogger Milosuam berdasarkan dari novel tu maknanya tak salah lah JAIS masuk ke gereja DUMC dan membuat pemeriksaan keatas orang islam disitu . so kenapa pulak puak puak pas ni sanggup untuk menyanggah HASSAN ALI , exco agama dari parti pas jugak. Pelik sangat kecualilah pihak pimpinan PAS iaitu presiden nya mendapat tekanan dari pihak gereja . yerlah wakil rakyat PR selangor yang ahli gereja kan banyak Terresa , Xavier , Hanna , Ronnie , elizebeth . tentulah mereka ini yang mencorakkan pentadbiran kerajaan selangor . hinggakan orang terkenal seperti hassan ali tu pun boleh ditutup mulutnya.

    ReplyDelete
  2. Bagaimana pulak dengan tindakan khalifah Najib yg pergi ke Vatican City jumpa Pope raja segala paderi dalam dunia?

    ReplyDelete
  3. Hello tuan, saya telah dikaitkan web yang bagus anda, supaya anda boleh link blog saya?Saya berharap anda tidak keberatan ...
    ini adalah blog saya
    http://webmarhaen.blogspot.com/
    http://jomsumpit.blogspot.com/
    http://malaysiannewstoday.blogspot.com/

    nasib baik

    ReplyDelete
  4. Awangduku.. bila pulak dikatakan masuk gereja tu salah? Bila pulak menjalinkan persahabatan dengan Paderi tu salah dlm kes ni Pope di Vatican.. mana hukum kata salah/ tlg bagi tau..
    Isunya sekarang JAIS memeriksa gereja haram ( maknanya gereja yang tidak ada kelulusan ) yang dipercayai cuba memurtadkan org Islam. Itu isunya. jangan putar belit pusing satu dunia. Yang PAS dan PKR bantah operasi tu kenapa? Sedangkan JAIS bwh k'jaan Selangor dan Hassan Ali Exco Selangor. Jangan nak kaitkan dengan UMNO bengong... Soalannya kenapa yg PAS dan PKR sayang sgt kat gereja tu?

    ReplyDelete
  5. ooii akumelayu bila pula pas bantah jais pergi peresak gereja tu? pas belum buat apa2 komen tentang perkara itu pas masih menunggu siasatan selesai,mungkin ada orang pas telah membuat komen secara rambang tetang perkara itu setelah melihat dan membaca surat kabar utusex dan tv3/4 dan yg heran bagaimana rakamannya boleh keluar sedangkan perkara itu masih dalam siasatan.

    ReplyDelete
  6. aik,kejap kata tu gereja,kejap kate tu dewan serbaguna.peh,banyak giler la benda putar belit kat selangor ni.gereja2 kat melaka bawah ali rustam ni semua open je bukak pose same2,halal haram semua sapu,xde lak tv3 brani datang kacau.ngan pas berani,dengan ali telur bawak lari

    Ecstacy Digunakan Sebagai Bahan Utama Untuk Sembuhkan Kanser

    ReplyDelete
  7. PenganutPas.. hang memang bengap dalam mengikuti Isu JAIS 'serbu' Gereja.. setahu aku tiada pulak kenyataan dari selangor yang gereja tak boleh masuk cuma.. Blogger ASD yang memetik info dari milosuam ini juga hanya bertujuan menyanggah kenyataan salah zul kulim berkaitan dengan lawatan ke gereja yang didakwa tidak boleh masuk.. itu sahaja!! bengap punya penganutpas.. dia dok spin isu gereja damansara pulak!! baghal!!

    ReplyDelete
  8. zul kulik munafiq ni tak layak cakap apa pun lebih2 lagi bersangkutan akidah sebab dia sendiri pun tak faham. setelah mengkianati amanah dan mandat rakyat kulim. masih terhegeh2 macam kerang busuk...muka tak tahu malu. Ooooi zul, tolong letak jawatan dan kembalikan mandat anda kepada rakyat kulim.

    ReplyDelete
  9. umno/BN memerintah negara selama 53 thn lebih dah tp knp biarkan undangt2 negara membenatrkan org2 melayu boleh tukar agama tp kata negara islam kalau di Arab Saudi org islam yg MURTAD di hukum pancung knp malaysia tak nak buat mcm tu umno ada kuasa utk melaksanakan nya..kpd akumelayu hang tunggu ajelah bila anak2 hang masuk KRISTIAN jgn lah kamu bersedih nanti, ada melayu yg tak islam pun ramai spt pertubuhan MELAYU KRISTIAN SINGAPORE. Sbb itu di malaysia ni dah lebih 250 ribu org melayu yg MURTAD apa k'jaan boleh buat apa MUFTI2 malaysia boleh waimma menteri islam nya Jamil Khir Baharom x leh buat apa2.

    ReplyDelete
  10. umno mana ada ikhlas. depa konon nak champion isu gereja ni semata2 utk kepentigan poilitik. dikalangan orang melayu hari lebih banyak lagi melayu yg ethis tapi tak pernah pun umno ambil berat tentang ni. pembantu rumah indon muslim yg kerja dgn cina, makan babi dan mandikan anjing....ada umno ambil tindakan.
    OOOi umno tok sah main wayang lah!!

    ReplyDelete
  11. Zul biawak....the chaos devil
    kah...kah...kah

    ReplyDelete
  12. dlm posa ni sepatutnya nafsu buruk yg mengecut tp dlm bulan posa ni otak anutpas yg mengecut.

    Syaidina Umar tu mengunjugni gereja dan diPELAWA oleh paderi besar utk solat dlm gereja. Dua dua mrk saling menghormati..

    Jauh suasana di DUMC dtg nya beramai ramai dgn peg keselamtan.. pas tu nak periksa, sdgkan syaidina umar masuk tak periksa gereja tu pun..

    klau hasan budak nakal tu dtg 3-4 org tentu mrk disambut dgn baik.

    ReplyDelete
  13. akumelayu.. ni isu bukan pasal gereja tu haram tp psl makan malam/berbuka puasa.. entah mcmana tukar pulak jd isu murtad dan skg gereja haram pulak..

    yg isu aritkel ni ialah si malaun zul tu kata tak leh masuk gereja sb saiyida umar tidak mahu masuk ke gereja dan kau pun kata tak salah.

    kalau fakta ni dibelit smp kau pun terbelik maka ada keraguan isu DUMC pun telah dibelit putar kan ..

    Sori ya JAIS bukan bwh kjaan Selangor ya.. tp Sultan.. kalau kjaan selangor dah selesai dah tahu sape punya kerja jahat ni..
    Exco je yg bwh kjaan selangor tp guna Sultan nak lari dr Kjaan Selangor..

    ReplyDelete
  14. Semasa masih dlm PKR dlu, ramai hadir jika beliau ceramah tp skrg ni dah makin meluat org tengok. Sbb apa tu?? Kesedaran & keyakinan rakyat pd PR trlalu tinggi walaupn ramai yg suka cara YBZul ni brcakap.

    ReplyDelete
  15. yerlah ramai yang tak suka dengan zul kulim semaanjak dia keluar dari PKR . dah PKR tu dikuasai oleh puak puak kristian . geng geng gereja ni lah yang mempunyai suara yang kuat dalam PKR . kalau tak der sokongan dari puak gereja takkan lah PKR mampu untuk menang banyak kerusi di selangor. ali gereja macam Terresa , Xavier , Hanna , Ronnie , elizebeth tu boleh menang hasil bantuan geng geng gereja dan puak puak melayu islam yag sanggup menggadai maruah bangsa dan agama hanya kerana sikap tamak dan perasaan benci sesama sahabat seagama dan sebangsa. tu lah sebab ramai sangat yang tak suka bila zul perjuangkan isu murtad.

    ReplyDelete
  16. dah pulak anutpas nie.. apa kau ckp.. main belasah je.. masa pakatan menang praya belum lg ada isu gereja.. sebelum isu gereja tak pulak kau ckp mcm ni..

    dah abis modal...

    ReplyDelete
  17. kesian betul lah aku kat anutpas ni.

    sebenarnya isu gereja ni tak de kena mengena dgn pengundi secara direct. tujuan nya hny lah nak pecah belah kan pakatan dan mengurangkan sokongan ahli terutama org melayu (PAS).. dgn cara ini baru lah boleh amnot/bee end nampak kuat tp syg semakin lemah..

    tp pakatan/pas tak de apa apa.. tak jd kudis dan bila rakyat perhati maka rakyat kata pakatan bagus lebih kuat..

    aku kesian lah kat kau anutpas ckp berulang ulang .. benda sama je..

    ReplyDelete
  18. kepada anon2 di atas yg kurang didikan dan kesopanan

    korang dok sembang hentam maki Zul knp yer pelik lah.....kan lebih baik korang pertahankan org Islam yg cuba dimurtadkan tu....deiii buanglah jauh2 topi kepartian kamu tu dalam mempertahankan Islam

    jgn nk alih isu Org Islam cuba dimurtadkan dgn isu baru nak kutuk dan maki yb zul pulak deiiii

    marilah kamu2 sekalian anon2 diatas bersatu pertahankan Islam....

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum. Harap di bulan yg mulia ini jgnlah kita mencaci dn menghina hamba2 Allah yg lain walau sebesar mana sekalipun kesalahan mereka kerana Allah sahaja yg empunya hak untuk menentukan dosa dn pahala seseorang hambanya.

    Sebenarnya banyak percanggahan yg ada mengenai isu murtad. Buatlah kajian dn dlmkan ilmu ugama. Jgn tulis sebarangan takut nanti apa yg kita tulis bercanggah dgn firman Allah, kita pula yg murtad kerana mendustakan qalam Allah - ingat bahawa kebodohan kerana tidak mencari ilmu adalah senjata iblis.

    http://studiislam.wordpress.com/2007/10/26/murtad-dalam-islam/

    ReplyDelete
  20. Setuju dengan serenity9260...Cuba tengok kat Melaka tuh, selamba je budak melayu sekolah dengan lambang salib bapak besornya kat bangunan sekolah (Bandar Hilir). Itu baru tengok satu sekolah tu. Hari2 dok tengok lambang salib, bute hati.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post