Anwar seperti Renaissance Man yang suka Lelaki Bogel?

Oleh Zaini Hassan

SATU jam 45 minit Brother Anwar Ibrahim berucap dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin.

Seperti biasa, itulah Anwar Ibrahim. Semasa dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu dan Menteri Kewangan dan sebelum itu Menteri Pelajaran, ucapannya cukup berbunga-bunga dan berfalsafah.

Dia memang pandai bermain dengan ayat sejak dulu lagi. Kadang-kadang semasa mengikuti beliau membuat liputan dalam dan luar negeri dulu, kami sudah cukup ‘masak’ dengan cara ucapannya ditulis.


Difahamkan ramai penulis ucapannya, pada masa itu. Tapi yang pasti, beliau mahu ucapannya itu ditulis dalam bahasa yang tinggi, berjargon, berfalsafah – yang kadang kala para wartawan yang mahu menulis beritanya, pening lalat.

Semasa membela diri (yang tidak boleh disoal balas), Anwar membacakan keterangannya. Pernyataan itu bertaip setebal 32 muka surat dan seperti kebiasaan, menyelitkan beberapa potongan ayat al-Quran, ucapan bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, Shakespears dan banyak lagi.

Anwar menyelit kata-kata Mandela? Dia mahu dikenali sebagai Mandela Malayakah?

Itulah Anwar yang kita kenali. Jika dia menggunakan bahasa Inggeris, bahasa yang digunakan cukup tinggi, berbeza dengan bosnya masa itu, Dr. Mahathir yang hanya menggunakan bahasa paling sempoi, baik Melayu atau Inggeris.

Anwar mahu orang mengenalinya sebagai the renaissance man, atau manusia madani atau pembaharuan di zaman milenium ini. Buku yang ditulisnya juga ada kaitan dengan renaissance bertajuk The Asian Renaissance.

Renaissance man di zaman pertengahan dulu ialah Michelangelo. Antara ukiran patung paling bernilai Michelangelo ialah bernama David. David ialah lelaki muda yang berdiri sambil berbogel bulat. Patung David ada di hadapan Galeri Accademia, Florence, Itali.

Leonardo da Vinci juga dikenali sebagai the Rennaissance man. Leonardo juga ada melukis gambar tersohor Vitruvian Man, seorang lelaki berbogel bulat dalam keadaan mendepa tangan dan kaki.

Mengapa Michelangelo dan Leonardo suka lelaki berbogel bulat dan anak-anak muda yang tampan? Untuk keterangan lanjut baca biografi kedua-dua tokoh zaman pertengahan itu dan untuk gambar patung David dan lakaran Vitruvian Man lihat: http://en.wikipedia.org/wiki/Renaissance.

Kelmarin, di hari pertama Anwar dipanggil membela diri – dia membela diri dalam kandang tertuduh – yang tidak memerlukan dia mengangkat sumpah. Satu persatu dia mula menghentam. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah, hakim yang gagal dinyahkannya, adalah orang yang paling teruk kena hentam.

Seperti biasa juga dia menganggap perbicaraannya penuh dengan konspirasi politik. Perlu diingat ini adalah pertuduhan keduanya membabitkan kes liwat. Sekali mungkin benar, tapi ini sudah dua kali.

Hakim kelihatan menggeleng kepala beberapa kali mendengar asakan Anwar. Sedangkan sepanjang tempoh perbicaraan kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan itu, hakim yang mendengar perbicaraannya telah membenarkan penangguhan sebanyak kira-kira lebih 55 kali.

Rakyat sendiri berang kerana kes itu terlalu kerap ditangguhkan. Perlu diingat perbicaraan itu dijalankan dengan wang rakyat. Jika di United Kingdom setiap saat waktu perbicaraan akan dikira sebagai kos membabitkan wang rakyat. Lagi pun dalam undang-undang ada istilah berbunyi justice delayed is justice denied atau keadilan yang dilewat-lewatkan ialah seperti menafikan keadilan itu. Rakyat mahu kes itu diselesaikan secepat mungkin.

Yang kita tahu, hakim begitu toleran (bertimbang rasa) dalam kes ini dan mengikut kehendak political games Anwar dan Karpal Singh.

Diandaikan kes ini membabitkan orang biasa macam kita, macam mana agaknya? Mungkin hukuman akan dijatuhkan dengan begitu cepat sekali.

Alahai...


Lidah Rasmi UMNO

17 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Bagus ada seorang pemimpin yang macam ni. Sekurang2 aku dapat belajar menulis karangan BM @ Eng masa SPM. Dah pemimpin ketua oposisi parlimen malaysia sudah sepatutnyer dapat penghormatan sebab sebahagian besar rakyat diwakilkan olehnya. Janganla cemburu tak tentu pasal.dalam puasa2 ni tidak payah lar buat dosa kering.

    ReplyDelete
  2. DahLamaTakBacaUtusanAugust 24, 2011 at 5:59 PM

    Siapa yg kenal Zaini Hassan ni arr.. Kenapa dia benci sangat dengan Anwar?. Aku perasan memang dia ni kerjanya menghentam Anwar je dari dulu.. Orang lain tak mahu pulak dia hentam..

    ReplyDelete
  3. Kalau tak kerana Anwar, kita masih pakai simbol '$' untuk matawang kita. Tak terkenallah pelbagai perkataan canggih-canggih, dan pelik-pelik. Harapkan Mahathir jawab dia 'apa nama-apa nama'lah selama-lamanya.

    Ingat senang ke nak lihat polis usung tilam hari-hari sepanjang kes Liwat 1, dan tarikh kejadian Liwat 1 berubah ikut suka kepala otak Peguam Negara sekarang.

    ReplyDelete
  4. "Itulah Anwar yang kita kenali. Jika dia menggunakan bahasa Inggeris, bahasa yang digunakan cukup tinggi" hahaha itulah pemimpim yg rakyat mahukan. bkn pakai bahasa rojak!! tak relevan lgsg dgn laki bogel. penulisan adalah ilmu ngok!!bodoh punya artikel!!

    ReplyDelete
  5. Apa punya artikal ini. Nak kaitkan DSAI dengan liwat ke( lelaki bogel).
    Sekarang orang tak main le dengan analisa itu dan anlisa ini. Tanggoh ke tak tangggoh ke kata putus adalah
    mahkamah juga. Prof prof pun orang dah tak percaya dah.

    ReplyDelete
  6. aku senang je. org UMNO nak kata anwar tak bermoral ke, kaki liwat ke, kaki betina ke...lantak la...cuma satu aku nak soal semula kat org umno ni, jawab dgn ikhlas, bermoral sgt ke pemimpin umno yg lain?. hahaha... aku kenal dan aku bercampur dgn geng2 umno ni dr dulu sampai sekarang. Topik utama cari projek, topik kedua cari betina, topik ketiga cantas mencantas, topik ke empat dangdut, private club, golf, pulau karimon.....hahaha....nak cite pasal masaalah rakyat?. selagi tak mendatangkan laba buat dorang, sebelah mata pun tak pandang. agak2 la ye.

    ReplyDelete
  7. tak de pulak gambar lelaki bogel masa dia org rempuh tangkap anwar masa kes liwat 1. dlm mahkamah pun tak de sape sape kata anwar suka gambar lelaki bogel.

    org mcm ni kalau dlm penjara 6 tahun tak dpt tenguk gambar lelaki bogel , boleh jd gila.

    Di United Kingdom kes ni akan di buang utk selamatkan wang rakyat.

    Kalau hakim begitu toleran masa anwar mtk hakim berundur kenapa tak tukar hakim yg lebih tegas?

    ReplyDelete
  8. Yelah, kalau DSAI minat dengan lelaki, mesti di dalam komputernya ada gambar lelaki-lelaki kaum sodomkan. Mesti di dalam akaun internet dan akaun kad kreditnya ada bil langganan benda-benda lucahkan. Ini tak timbul pun di kalangan pihak pendakwaan. Ini yang buat kes bertambah tak kukuh ni. Lepas ni kita kena check pula komputer-komputer milik menteri-menteri kabinet dan isteri, kita lihat sama ada atau tidak mereka melanggan benda XXX ni.

    ReplyDelete
  9. nak harapkan bahasa berbunga dan pandai pidato je untuk majukan malaysia ?? tukar $ kepada RM jer ker jasa anwar kepada rakyat ?? singkatnya pemikiran penyokong anwar. dapat title ketua pembangkang pun atas ikhsan DAP , PKR bukan ada kerusi majoriti pun dikalangan pembangkang.

    ReplyDelete
  10. betul tu kalau nak majukan malaysia kenalah anuti agama umno dan percayakan utusex alkareem juga percayakan malaikat rosmah dan najip kahkahkahkah

    yang benar
    "penganut agama umno"

    ReplyDelete
  11. kalau nak bicara pasal anwar ini kita lihat pencacai umnogok ini menulis ikut teori mereka sahaja semuanya anwar salah tapi lihat sendiri di kalangan peminpim umno punya perangai mengalahkan dajjal kata meminpim melayu tapi mejahanamkan melayu adalah .... ingat peminpim umnogo tingkah laku kamu rakyat tahu mana arah tuju kamu tak payahlah nak cakap kamu baik anwar itu jahat tapi di sebaliknya kamu lagi adik beradik iblis ... lihat sendiri peminpim kamu dan nilailah sendiri ... tepuk dada tanya iman pencacai umnogok laknatullah

    ReplyDelete
  12. Para juak umno bn adalah pemimpin kotor tak berwibawa mementingkan diri dan kroni sendiri.Saudara kenapa tak komen atau hentan peminpin umno bn yang terang terang telah melakukah maksiat rogol budak sampai lahir bunuh orang rasuah fitnah buat filem lucah.Ini disebabkan kejahilan anda sendiri dalam ilmu agama yang kau pakai ilmu kotor umno bn kan kan kan.

    ReplyDelete
  13. suka2 die je samakan org dgn org2 renaissance.kalo perbandingan antara org2 umno lak,agaknya die nak samakan dgn dewa2 greek agaknya,suci lagi menyucikan!!


    Remaja Ni Mencipta Nuclear Reactor Pada Usia 14 Tahun!

    ReplyDelete
  14. Did he not read the part why Anwar was compelled to read the statement from the dock. Did he not read the part on why and who had caused the delay. May be he could not understand English thay well for him to say that the simple and easy to understand english that anwar had used became too complicated for this man who can only utter "Yes" "no" "What i
    Donno"

    ReplyDelete
  15. silapnya amnot sb ingat bila suruh katak katak lompat maka DAP akan rebut jd ketua pembangkang tetaaapi sebaliknya tindakan mrk menunjukkan dgn jelas bhw kedudukan dan pengaruh anwar diperlu utk menumbang amnot yg bukan saja zalim tapi politik murahan.

    ReplyDelete
  16. dlm amnot tak pandai berbahasa bunga sb hny pandai kelentong.. dan tak pandai berpidato sb hny pandai berbohong dan janji palsu..

    sbb tu dah meintah 50 tahun kemajuan msia dgn negara jiran ketinggalan jauh.

    kjayaan msia baru baru ini ialah berjaya menambahkan jumlah penduduk seramai 2 juta org dlm masa sebulan.

    ReplyDelete
  17. SALAM..MAKHLUK XDA KUASA ALLAH TAALA MAHAKUASA..HANYASANYA ALLAH SUBHANAWATAALA..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post