Apa hal mamat ni? tak pasal-pasal suruh orang saman dia.

Diam tak diam tiba-tiba timbul Pengerusi KITA Kedah si Zamil ini mencabar Pakatan Rakyat supaya menyaman beliau jika Pakatan Rakyat benar-benar tidak mempelawa Ku Li..

Nampak macam mencari publisiti murahan saja.. kalau nak saman pun rasanya bukan mamat ini yang memulakan cerita tapi Zahrain, mamat ni sekadar tukang sampuk saja.


Bila Zahrain dah mula cerita baru dia tambah perisa.. Jadi buat apa Pakatan Rakyat nak buang masa layan dia ni..

Kalau bukan mencari publisiti murahan, mungkin nak mencari sedikit duit raya.. maklumlah jadi Pengerusi KITA banyak duit dah habis..

Zamil cabar pembangkang saman

SUNGAI PETANI 10 Ogos - Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim mencabar parti pembangkang menyaman beliau jika mereka benar-benar berpendirian tidak pernah mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengetuai pembangkang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, pembangkang tidak harus bermain wayang dan menipu rakyat dengan isu tersebut kerana ada beberapa bukti yang menunjukkan pertemuan itu benar-benar berlaku.

"Setiap kali ada isu, mereka hanya pandai nafi tetapi tak berani nak saman. Saya beranggapan penafian itu adalah satu penipuan besar terhadap rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Baru-baru ini, beberapa pemimpin pembangkang termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus menafikan dakwaan mengatakan beliau menemui Tengku Razaleigh bagi mempelawa untuk mengetuai pembangkang menggantikan Anwar.

Zamil yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah mencadangkan pembangkang memilih individu lain jika mahukan Ketua Pembangkang pada masa depan.

"Saya percaya Ku Li masih setia dengan Barisan Nasional. Apa kata mereka pilih Datuk Zaid Ibrahim," katanya.

Lidah Rasmi UMNO

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. dah gila meroyan kot atau lapaq sangat tengah2 posa niii!

    ReplyDelete
  2. Jawablah diakhirat

    ReplyDelete
  3. Ada atau tidak pelawa Ku li semua tak kisahlah,kerana undi tetap diberi kepada Pakatan, sebab BN sudah tak relevent lagi.

    ReplyDelete
  4. Parti KITA tak laku 1/2 sen di mata rakyat. Itu yg start menyalak.

    ReplyDelete
  5. Jamil apa?? Sapa dia ni??? Haram tak kenal pun!
    Kalau Tuan Guru dah kata tidak, yang awak melalak tak tentu hala lagi kenapa?
    Your words against TGNA? Please lah bro... pergi main jauh-jauh laa... lu sapaaaa???? Mamak mana??? Ugama apaa??? Apa namaaaa... Apa namaaaaa....

    ReplyDelete
  6. Ha ha ha...cerita lucu! Memang dah gila publisiti!

    ReplyDelete
  7. Tak volunteer nak jadi saksi ke? Hahaha...

    ReplyDelete
  8. raja segala raja2 lawak malaysia, ha ha ,ha,haaaaaaaa

    ReplyDelete
  9. hehehehe si zamil ni lubang jubur dia ada cacing kerawet kot. Mengenyam tak tentu pasal hahahahaha org mabuk todi pun ada akai soal saman menyaman ni.

    ReplyDelete
  10. Zamil hang pi minta duit kat najibaltantuya lagi baik, boleh hang tambah bini lagi. Orang luar hang boleh kencing tapi kalau orang Kedah tak boleh tipu la, taraf hang tuu macam kucing kurap saja.

    ReplyDelete
  11. org kat kampung hang kenal sapa hang,jadi lebih baik hang duduk diam2

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post