Bukti UMNO dah kekeringan modal...

Ketika kita sibuk dengan isu menggadaikan kedaulatan negara oleh UMNO/BN iaitu Permanent Resident (PR) yang diberikan kad pengenalan biru dan membolehkan mereka menjadi pengundi oleh UMNO/BN.. mereka sibuk dengan isu Anwar..

Satu memorandum akan dihantar esok, Khamis, 4 Ogos, jam 11 pagi di Pintu Masuk Utama Istana Negara bagi memohon perkenan Yang Dipertuan Agong menubuhkan Suruhanjaya Mengenalpasti Lelaki Dalam Video Seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Memorandum itu akan dihantar oleh sebuah NGO yang dinamakan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (MAGARAN).

“Akta 1950 perkara D membenarkan penubuhan Suruhajaya Diraja sepertimana penubuhan Suruhanjaya Diraja Mengenalpasti indentiti wanita dalam Ketuk Ketampi sebelum ini”, kata Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, Penasihat Undang-undang MAGARAN.

Menurut Khairul Azam yang juga peguam peribadi Ummi Hafilda kes video seks perlu diselesaikan segera terutama mengenal pasti identiti lelaki yang melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur wanita.

“Orang awam perlu tahu kerana kes ini melibatkan seorang tokoh Ketua Pembangkang yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia”, katanya dalam SMS kepada AIDCNews.

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Rakyat perlu menghantar suatu memorendum kepada Agong berkenaan dengan pemberian Mycard kepada pekerja tanpa izin danseterusnya membolehkan menreka untuk mengundi dalam PR-13. Perbuatan pengkhianat ini boleh mengancam keselamatan negara dan juga kedudukan Agong.

    ReplyDelete
  2. penyokong umno dengan metaliti lucah mereka tak habis dengan cerita seks, liwat. bulan ramadhan pun mereka tak peduli. mereka adalah bodoh piang jika ingat YDP Agong berpandangan rendah macam mereka.

    ReplyDelete
  3. yg dulu di dulukan .. dah selesai baru lah tumpu balik pd video krn tunggu punya tunggu tak jgk ada pengesahan pihak berkuasa apa sudah nya cite video ..

    kalau dr segi politik.. maknanya video ni akan panas balik masa pr13..

    ReplyDelete
  4. kes peg kastam meninggal di bangunan sprm adalah tidak penting jika dibanding kan dgn kes video ...

    dr tindakan mrk seolah olah ketua pembangkan dah dekat nak jd pm kita.. ruj sms khairul kpd aidsnews..

    suruhanjaya ketuk ketampi tu sbb nak siasat bgaimana amoi cina tu jd mangsa tp hasil siasatan suruhanjaya mendapati bukan amoi cina tp gadis melayu yg kena....

    suruhanjaya pun dibuat sbb nak jaga hubungan diplomatik dgn kjaan china..

    ReplyDelete
  5. kt tunggu dan lihat ..

    suruhanjaya yg mana kah yg akan ditubuhkan lebih dahulu...

    ReplyDelete
  6. aku sampai skrg x paham dgn mentaliti pencacai BN, x abis2 dgn isu Anwar.
    Kalau dah takut sgt dgn dia, tembak je dia. Senang cite. Ni wat cite liwat, liwat, dan video seks.
    Skrg ni pulak nak tubuh satu Suruhanjaya semata-mata nak tahu siapa pelaku dlm video tu?
    Nampak sgt bodohnya.... sama bodoh dgn datuk trio yg buat sumpah2 kat masjid.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post