DAP Berjaya hapuskan Azan?? nak fitnah tu agak-agak la ..


Bagai dijangka apabila Berita Harian Online menyiarkan satu laporan mengenai isu larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh melalui satu pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang ianya pasti dijadikan isu oleh Blogger Pro UMNO.


Tanpa memahami apa yang dibaca seorang Blogger Pro UMNO menabur fitnah dibulan Ramadhan ini.. Beliau cuba membuktikan kepada pembacanya bahawa beliau lebih bijak dalam hukum Islam jika dibandingkan dengan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang yang diPengerusikan oleh Mufti Pulau Pinang.

Putar belit atau Fitnah blogger itu.. “Alasan tang mana pulak yang dikatakan azan subuh mengganggu dan menyalahi syarak... kalau begitu, salahlah juga Syaidina Bilal bin Rabbah r.a sebab suaranya pagi-pagi 'mengganggu' penduduk Madinah, sehinggakan dalam satu riwayat selepas kewafatan Rasulullah s.a. w, Syaidina Abu Bakar As-Siddiq r.a melahirkan kerinduannya kepada alunan azan Syaidina Bilal r.a.”

Selama ini, nampaknya UMNO-BN yang telah memerintah negara ini, telah mengganggu dan buat bising pada waktu subuh!!!

DAP gagal untuk menghapuskan azan subuh di Selangor, tetapi di Pulau Pinang, nampaknya mereka telah berjaya. Lebih aneh, fatwa berkenaan berlaku pula pada zaman DAP sebagai pemerintah negeri, tidak sewaktu Barisan Nasional menguasai Pulau Pinang.

Mungkin sudah biasa dengan kerja-kerja menyebar fitnah maka Ramadhan atau tidak ianya bukanlah menjadi satu halangan..

Blogger tersebut menunjukkan beliau tidak faham apa yang dilarang itu bila menulis “Alasan tang mana pulak yang dikatakan azan subuh mengganggu dan menyalahi syarak... kalau begitu, salahlah juga Syaidina Bilal bin Rabbah r.a sebab suaranya pagi-pagi 'mengganggu' penduduk Madinah, sehinggakan dalam satu riwayat selepas kewafatan Rasulullah s.a. w, Syaidina Abu Bakar As-Siddiq r.a melahirkan kerinduannya kepada alunan azan Syaidina Bilal r.a.”

Sedangkan yang menjadi larangan ialah.. bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara dari surau dan masjid sebelum waktu subuh bukannya melaungkan Azan Subuh melalui pembesar suara..

Mesyuarat Majlis Fatwa Bilangan 2/2011, yang dipengerusikan Mufti Negeri Pulau Pinang kemudiannya telah disahkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil.3/2011 pada 6 Jun 2011 memutuskan bahawa bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara dari surau dan masjid sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut Hukum Syara'.

Majlis Fatwa memutuskan bahawa perbuatan tersebut boleh mengganggu orang lain sama ada yang berada di dalam atau di luar masjid demi maslahah ummah. Ini berdasarkan hadis dan dalil yang berkaitan, bermaksud…

"Daripada Abi Sa'id al-Khudri berkata ia : ketika Nabi s.a.w beriktikaf ( beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda : Ketahuilah setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain dan jangan kamu mengangkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat." ( sunan Abi Daud, hadis ke 1332, juzuk 2, cet. Dar al Hadis)

Lain kali kalau tak tahu hal sebenar jangan nak tunjuk pandai.. hang puasa atau tak hari ni sedara??

Sila baca kenyataan media ini…

Kenyataan Media

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pulau Pinang

YB Abdul Malik Kassim, 12 Ogos 2011

PIMPINAN KERAJAAN NEGERI TIDAK CAMPUR TANGAN KEPUTUSAN MAJLIS FATWA NEGERI BERHUBUNG ISU LARANGAN PENGGUNAAN PEMBESAR SUARA SEBELUM SUBUH

Pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah campur tangan dalam sebarang keputusan Majlis Fatwa Negeri yang dipengerusikan oleh Mufti Negeri Sahibul Samahah Datuk Seri Haji Hassan Ahmad dan dianggotai oleh para ulamak, professional agama, serta wakil daripada istana.

Saya hanya mengetahui keputusan Majlis Fatwa berhubung larangan menggunakan pembesar suara sebelum subuh, berdasarkan laporan akhbar yang disiarkan pada hari ini.

Justeru, saya menolak dengan sekeras-kerasnya tohmahan pihak yang mengaitkan pimpinan kerajaan negeri terlibat dengan keputusan Majlis Fatwa tersebut.

Namun begitu, kerajaan Negeri Pulau Pinang menghormati keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang bil. 2/2011 yang bersidang pada 7 April 2011, mengenai hukum membaca Al-Quran sebelum subuh dengan menggunakan pembesar suara.

Mesyuarat Majlis Fatwa Bilangan 2/2011, yang dipengerusikan Mufti Negeri Pulau Pinang kemudiannya telah disahkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil.3/2011 pada 6 Jun 2011 memutuskan bahawa bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara dari surau dan masjid sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut Hukum Syara'.

Namun, kerajaan negeri berpendirian pentadbiran masjid dan surau boleh mempertimbangkan sama ada mahu meneruskan tradisi dan amalan sedia ada atau sebaliknya, setelah menerima pemberitahuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ( JHEAIPP) tentang keputusan Jawatankuasa Fatwa.

Sungguhpun begitu, sebagai pentadbir institusi agama, mereka sewajarnya menghormati keputusan Majlis Fatwa yang membuat keputusan berdasarkan hukum Islam, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Majlis Fatwa memutuskan bahawa perbuatan tersebut boleh mengganggu orang lain sama ada yang berada di dalam atau di luar masjid demi maslahah ummah. Ini berdasarkan hadis dan dalil yang berkaitan, bermaksud…

"Daripada Abi Sa'id al-Khudri berkata ia : ketika Nabi s.a.w beriktikaf ( beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda : Ketahuilah setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain dan jangan kamu mengangkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat." ( sunan Abi Daud, hadis ke 1332, juzuk 2, cet. Dar al Hadis)

Keputusan tersebut kemudiannya telah dimaklumkan kepada JHEAIPP pada 12 Julai 2011 untuk tindakan selanjutnya.

Saya yakin, demi kepentingan politik sempit pihak-pihak tertentu akan mengambil peluang mengekploitasi keputusan majlis fatwa tersebut. Pihak berkenaan pastinya akan menabur fitnah kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang anti-Islam.

Dalam semangat Ramadan Al-Mubarak ini, demi kepentingan umat Islam, kerajaan negeri sentiasa membuka pintu rundingan dan mengalu-alukan muzakarah dan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi memartabatkan Islam di negeri bertuah ini.

Malah, saya mengalu-alukan pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa bermuzakarah dengan pihak terbabit dalam semangat saudara seagama.

44 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Hal menguna pembesar suara utk bacaan quran tlh disuarakan oleh ust ismail kamus atas sb yg sama suatu masa yg lama dahulu.

    dlm berita melalui tv ada beberapa org memberi komen krn arahan di keluarkan tanpa berbincang dgn pengurusi mesjid dan ini lah yg menjadi kan aku merasa pelik sjk bila fatwa di keluarkan perlu berbincang dgn ahli jkuasa mesjid.

    kita perlu terima hakikat yg bloger umno akan pergunakan apa saja krn mrk sedar dan tahu parti mrk skg sarat dgn masalah yg bukan utk dirungkaikan.

    ReplyDelete
  2. depa mana paham agama....main sebat jer nak kata apa pon...

    Jom terjah sini:
    Antara Sebab Malaysia Kalah Degan Singapore

    ReplyDelete
  3. Blogger UMNO tu baca berita tapi tak nak ngaji bab agama. Tu sebab dia main bantai je. Pada saya tulisan blogger UMNO boleh bac tapi percaya jangan sebab depa tu makan komisyen. Kalau takde komisyen depa tak tulis.

    ReplyDelete
  4. Tahniahlah pada yg menyokong..sejengkal demi sejengkal DAP lakukan...memang benar hadis tu..tapi ia digunakan untuk menghalalkan cara...nak tanya, ada ke org Islam kt PP marah dgn bacaan Al Quran sebelum Subuh? benar ke org Islam yg marah? sila cari siapa org2 Islam PP yg marah..sila ASD siarkan..sendiri mau ingatlah...lepas nie bukan lagi sejengkal lagi mungkin serdepa pulak...licinnya DAP.

    ReplyDelete
  5. aku dah tak tahu lah mcm mana nak buat kau berubah akp ..

    mesti ingat dlm hal bab agama ni MB Selangor pun boleh diketepikan sbb puak puak kau kata raja adalah ketua agama. Tp tang bab agama kat PP boleh lak DAP/LGE main peranan Yg melantik Pegarah Agama sana bukan ke kau org yg bawa hal perlantikan ini ke YD Agung?

    Dah ada hadis berpengang lah pd hadis, apa nak tunggu org PP marah Hadis tu menunjuk kan Junjungan ulang Junjangan (jd tlglah junjunglah ..) nabi saw kita sendiri menegur org islam supaya tak nganggu org islam maka kalau dah org islam sendiri tak leh diganggu apa lagi org bukan islam.

    Dan bulan puasa ni berani pulak kau tak setuju dgn fatwa yg di keluarkan oleh Mufti.

    Itu lah cantik nya kalau kita ikut islam yg sebenar nya - proaktif bukan tunggu org dah bersuara baru nak ikut hadis/quran.

    Dan beza kan lah sendiri tindakan puak kau serbu gereja dgn isu ini dan tny mana yg lebih memertabatkan islam.

    pagi pagi kau tukar saluran ke atau tutup radio bila dengar org mengaji?? Tanya je ...

    ReplyDelete
  6. Memang YDP yg di usul oleh UMNO..tapi siapa di keliling dia?...nak tanya sikit..Adakah dengan bacaan ayat Al Quran sebelum subuh merosak perpaduan sesama penganut agama lain di PP? Adakah dengan bacaan ayat Al Quran sebelum subuh menyebab jalan2 raya jadi sesak di PP? Adakah bacaan ayat Al Quran sebelum subuh menyebab menjadi huru-hara di PP? Apa sebenarnya? cuba lihat baik2..ada upacara agama sehingga jalan2raya ke Batu Feringgi di tutup...jalanraya ke Tokun,BM..perarakan2 dijalan2raya..melukis dijalan raya...ada ke org Islam PP ambil hal atau buat bantahan?

    ReplyDelete
  7. Mengapa UMNO tak usulkan aje kepada YDP seperti Isu wakil Jawatankuasa masjid. Masa tu bukan main kuat bersuara dan akhirnya berjaya bawa kepada YDP, itu pun dengan domba dan fitnah.. Jangan pancacai tolol cuba berlagak pandai disini. Hanya muncul sekali sekala dan pandai tunjuk lagak berhujah. Umat Islam punya tindakan nak menyalahkan pihak lain (bukan Islam) Bangang.. Apa2 pun terpulang pada YDP.. Jangan kaitkan dengan DAP atau pihak lain.. Bukan isu huru-hara tapi isu mengikut sepertimana Rasullah menasihati umatnya. Adakah nak tunggu huru-hara baru nak laksanakan?! Adakah hendak menunggu komen dan luahan tak puas hati baru nak bertolak asnsur? Benar Islam agama yang benar tetapi rakyat bukan Islam tidak berfikir sepertimana kita berfikir.
    Bayangkan tok pekong dan kuil hindu bermentera menggunakan speaker dengan kuat dan rumah kao ada pulak berdekatan, adakah kao boleh tersenyum? Aku rasa maki hamun adalah..

    nak burhujah biart cerdik.. setiap kali timbul selalu buat kenyataan bangang.. nak wakil UMNO biar nampak cerdik!!

    ReplyDelete
  8. akp tu dah la bangang walbahlul jadi kalau boleh jg la bg dia melalak beterusan asal timbui balun teruih,ni pencacai yang paling bangang sekali dok kok p.p nih.

    ReplyDelete
  9. betullah blogger UMNO ni tak faham agama Islam. 'Apabila ayat2 suci al-Qur'an diperdengarkan, hendak kamu diam serta memberi perhatian kepadanya'. Adalah menjadi kesalahan memperdengarkan ayat-ayat al-Qur'an menggunakan pembesar suara, yang mana sampai memasukki ke dalam rumah2 yg di sekitar
    nya, kerana di dalam rumah2 tersebut, masing2 ada urusan yg perlu mereka uruskan yg memerlukan mereka bersuara dan sebagainya. Apa jadi jika ayat-ayat al-Qur'an dikumandangkan menggunakan pembesar suara, pasti yg mendengarnya kena berhenti dari kerja2 mereka dan dengar dan memberi perhatian kepada bacaan tersebut. Jika mereka berhenti dan mendengar, maka urusan harian mereka terhenti. Tetapi jika teruskan melakukan kerja atau urusan mereka tanpa mempedulikan bacaan ayat-ayat tersebut, maka mereka telah melanggar perintah Allah berhubung dgn perkara tersebut. Bukankah kebijaksanaan penting dlm hidup bermasyarakat. Apa pentingnya membaca dengan menggunakan pembesar suara yg sangat kuat bunyinya sehingga menganggu jiran tetangga.
    Perkara ini banyak berlaku tanpa kewajaran. Umpamanya memainkan rakaman bacaan al-Qur'an di restoran. Orang datang ke sana untuk makan dan berbual, tiba2 tuan-punya restoran pasang ayat-ayat suci al-Qur'an. Untuk tujuan apa........??
    Sama-samalah merenungkannya.

    ReplyDelete
  10. anon 2.12am & 8.16am

    Aku rakyat Malysia berhak buat komen dan bantahan, komen hang menunjuk sikap bodoh sombong tidak terima kritik pihak lawan,begini ke nak perintah negara? Ayat Al Quran kenapa tak nak ambil? Sila jawab!!

    Allah SWT berfirman:-

    “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (Agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu (sehingga kamu bersatu padu) maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada ditepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari pada jurang neraka itu. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, supaya kamu mendapat petunjuk.”(Q.S.Ali ‘Imran:103)

    ReplyDelete
  11. Orang orang umno bn ni semua suka melenting tanpa usul periksa konon mereka memperjuangkan kebenaran tapi tak sedar yang puak mereka lah yang banyak melakukan kerja melangar agama spt kes fitnah rogol rasuah penipuan judi dan banyak lagi. Sepatutnya perkara ini lah yang mesti di perbaiki dahulu baru bolih berbicara tentang hukum hakam Islam. kan kan Kan

    ReplyDelete
  12. akp 08.53.

    Memang la engko berhak bersuara tapi sikap bodoh tak buleh diajaq tu yang menyebabkan engko bertambah bengong..bengong dan bengongggggg.

    kalu nak baca quran sebelum subuh dimasjid, elok la tapi nabi larang dikeraskan suara , dibimbangi manganggu orang lain beribadat atau sebagainya. sebab ada orang yang tak suka diganggu. bukan dilarang azan. Azan tu kena jaharkan suara supaya orang tau dah masuk waktu solat dan juga supaya orang keliling (orang islam la) dengar dan datang berjemaah.
    kalau itupun ko nak bertekak & menegakkan benang ko yang basah tu, bersuara pada tempat yang salah, lebih baik ko diammmm. buat malu kaum saja...

    ReplyDelete
  13. Anon 10.00am

    Tak tahan telinga ke?...sebenar pemimpin2 PR kauorang dah menlalut..melalut tak tahu nak buat perkara faedah untuk rakyat...tulah dulu kerja mengbangkang sangat,mengata sana sini...sekarang apa jadi? rakyat dah nampak siapa pengbangkang, mengata lebih lebih senang dari nak laksanakan...

    ReplyDelete
  14. Bagus! Hancurkan perpaduan 1Malaysia dengan fitnah2. Malaysia tidak akan sama spt zaman P.Ramlee lagi... berapa banyak program perpaduan hanya publisiti... hancurlah hancurlah oh Malaysia!!

    ReplyDelete
  15. Anon 11.30am

    Kau yg hancur...

    ReplyDelete
  16. Kalau nak kait DAP pun bagi la logik sikit.

    Tulis la, ada wakil DAP dlm majlis fatwa negeri yg menyamar pakai serban ka, atau Lim Guan Eng pakai jubah masuk sekali mesyuarat. Kot2 la utusan boleh sempoi lagi ayat.

    ReplyDelete
  17. AKP,
    Licinya DAP?
    Benda licin kepala butuhlah terpancut....
    kah...kah...kah

    Bahalul sunggung barua ini...

    ReplyDelete
  18. Bila orang jahil dan munafik agama bercakap soal agama yang sebenarnya dibencinya maka jadilah mereka itu puak-puak yang mewujudkan kekacauan dan pecahbelah. mereka tiada niat untuk mendapatkan penjelasan tapi sengaja untuk melaga-lagakan sesama masyarakat yang akhirnya berpuak-puak dan berpecah-belah. Mereka seperti AKP inilah yang layak disumbat ke lubang najis dan diludah dengan kahak hijau. Kehadiran mereka ibarat pelesit atau parasit dalam masyarakat.

    Mereka yang kehidupan seharian cenderung kepada maksiat dan kemungkaran amatlah sinis dengan apa juga kemajuan yang umat islam ada. Setiap fatwa akan cuba dicabar dengan logik kepala hotak mereka.

    Ingatlah manusia2 seperti AKP. Jadilah manusia yang hidupnya memberi kebaikan kepada orang lain dan bukan membawa kerosakan kepada masyakarat.

    ReplyDelete
  19. Yang komen balas kat aku lagi jahil, menyokong sekutu gunakan sesetengah ayat2 Al Quran dan hadis2 yang membawa keuntungan pada sekutu mereka sahaja, ingatlah Al Quran diturun bukan untuk PR saja, tapi untuk seluruh makluk yg ada dibumi dan dilangit.

    P/S: Jauhi malapetaka apa yg berlaku di UK, Allah itu Maha Kaya hanya sebulan sahaja selepas PM Britain & Queen menyokong BERSIH 2.0 dan hina PM Malaysia..Allah SWT takdirkan rusuhan berlaku di UK..terkejut satu dunia!!

    ReplyDelete
  20. geli geliman rasanya bila orang umno bercakap pasal hukum islam.
    ingat fitnah teringat umno....ingat umno teringat fitnah.

    ReplyDelete
  21. ish..ish...jahat sungguh pecacai2 murahan umno ni.

    ReplyDelete
  22. org melayu pun lom tentu paham pe ayat al quran tu kalau xde terjemahan.agak2 tempat yang ramai org bukan melayu tu paham ke pe ayat al quran tu??ada cara lain la nak sebarkan agama.cara dengan tunjukkan yang Islam boleh toleransi dengan agama lain pun dakwah jugak

    1.Pejuang Syria Menggunakan Bateri Dan Air Untuk Mengecas Handset
    2.Pelajar Britain Melakukan Pembedahan Lidah Mahu Fasih Bahasa Korea
    3.2 Galaksi Akan Berlanggar, Atau Sudah Berlanggar?

    ReplyDelete
  23. Komen kepada Anak Kg Pertama (AKP)

    Assalamualaikum AKP. Secara peribadi saya tak mengenali siapa anda. Saya juga tak tahu tahap intelektual anda. Saya juga tak tahu anda belajar setinggi mana. Saya tak tahu semua itu sebab saya tak mengenali anda. Tapi malangnya, anda telah 'memberitahu' saya yang anda seorang yang jahil dalam agama. Anda telah menyerlahkan anda seorang yang mempunyai daya pemikiran yang rendah dan jumud. Lebih baik kita berdiam klu tak tahu sesuatu perkara, daripada buat2 tahu akhirnya menyerlahkan kebodohan diri sendiri.

    ReplyDelete
  24. Tahniah JHEAIPP, menguatkuasakan arahan perlahankan bacaan Al Quran sebelum Azan Subuh. Elok sangat arahan tersebut datang dulu sebelum orang komplain. Sungguh benarlah sabdaan Junjungan besar Rasulillah mengangkat bacaan yang kuat menganggu jiran tetangga, apatah lagi dengan alat pembesar suara yang dihalakan kerumah-rumah.

    Mamu Hang

    ReplyDelete
  25. kata kata aku ni dipengaruhi oleh cerita dakwah indon ..

    tak pe.. mmg saja allah jd kan manusia spt akp ni supaya kita mendekati Dia. Dia disini bukan bermaksud akp tp Dia yg dimaksudkan disini ialah Allah.


    sebelum aku turun satu persatu hujah aku, zaman nabi saw tak de pembesar suara dah ditegurnya org yg mengaji dgn keras/kuat. Agak agak akp lah kalau ada pembesar suara, adakah nabi junjungan kita ini berpendirian mcm akp?

    komen akp 1:28 dangkal.. upacara penganut lain yg akp katakan tu setahun sekali atau 2 kali sdgkan bacaan quran kita setiap subuh dan adakala maghrib. akp sedar tak org yg mainkan rakaman org mengaji tu pun tak memberi perhatian pd ayat ayat dikumandangkan melalui pembesar suara. Dan adakala masa azan pun ada yg berborak tak mengendahkan azan. aku setuju dgn pendapatan anon 8:16 am tp kalau akp ada hujah lebih baik dr itu dan dr yg telah akp berikan sendiri aku sedia memikirkannya.


    ayat quran Q.S.Ali ‘Imran:103 mmg menyuruh kita jgn bercerai berai tp jgn lah akp gunakan utk kita membenci org lain spt DAP yg tak de kena mengena dgn larangan mengaji di mesjid ini. dlm hal ini aku sokong pulak penggali kubuq 12:27pm terutama kata kata nya yg terakhir "membawa kerosakan kpd masy" bukan kpd islam saje. maksudnya kalau aku berpendirian mcm akp kita bersatu tp masy hancur, aku tak setuju. masyarakat ni menyeluruh.

    Cuba akp fikir sejenak apa guna YDP diusul oleh UMNO ni ?? Adakah dia memainkan peranan sbg YDP sdgkan dikeliling dia bukan org UMNO. Sape yg rugi dlm hal ini kalau tidak Islam tu sendiri. Knape dia membisu dlm perkara yg dibangkitkan.

    Malapetaka yg berlaku di UK adalah satu pengajaran buat kjaan emeno/bee end . pertama kalau perhimpunan tdak dirancang, tak tahu apa matlamatnya dan tak tahu sape yg lead maka tu lah yg jd nya. kedua, tercetus rusuhan teruk (kira bersih aman) tp polis mrk tak dituduh ganas dan tak masuk dlm youtube samseng jalanan di pukul dan ditendang! ketiga mmg Allah tu Maha Kaya dia tunjukkan kpd Polis kita cara sepatutnya menjalankan tugas.

    ReplyDelete
  26. AKP,

    Kalau ada orang yang nak berdakwah tentang Islam disini, orang itu bukan kamu. Dan juga kalau ada yang melaung konon mahu mempertahankan Islam orang itu bukan Ezam. Kamu dan Ezam dua ekor sejenis yang bukan saja jumud tapi JUBUD! Jubud itu istilah baru aku untuk orang2 macam kamu dan Ezam yang melaungkan Islam dengan perangai macam setan.

    ReplyDelete
  27. Aduhai AKP, kesian kat hang. Mengalahje lah sebab kau tu umpama syaitan sama seperti orang-orang umno yang dilaknat Allah.

    ReplyDelete
  28. Salam Semua.

    Tahniah kepada golongan yang mengeluarkan fatwa. Setidaknya ia 'menonjolkan' kesahihan Islam. Buat golongan yang 'jahil-jahil' tu rajin-rajin la g kuliah Dr Asri kat mengkuang tu (IQ), terutamanya AKP.

    Janganla menunjukkan kejahilan anda kepada umum utuk mempertahankan UMNO...Pergi jahanam la UMNO...

    Wassalam.

    ReplyDelete
  29. eemm kat masjid haji hadi di rusila tu pun tak leh pasang speaker time mengaji pada waktu subuh . kesian tok siak kat masjid tu kena tanggung dosa sebab haji hadi tak bagitau . haji hadi tak larang . tu lah sebab haji hadi sibuk sangat nak cari undi dari orang cina sampai tak der masa nak tegur jemaah sendiri .

    ReplyDelete
  30. PengautPASir,

    Tok siak masjid tu kau lah tapi kau lebih berani tanggung dosa dari berani cakap pada Hadi Awang kenapa? Kata kau tak takut sapa2 selain Allah, kan? kan?

    ReplyDelete
  31. Miss Zara

    Saya pun tak kenal saudari dan saudari pun tak kenal saya, dari tulisan saudari, ia menggambarkan saudari ini jenis org suka wasangka pada seseorg yg saudari belum saudari kenali org itu..janganlah hanya melihat sedikit kecacatan dgn pantas saudari membuat kesimpulan atas seseorg itu..ketahuilah sifat wasangka adalah salah satu sifat iblis...kenal ke iblis? Sedar ke saudari?


    Anon 3.58pm

    Hujah anda sumbang,Rasullah saw menegur sahabat baginda ketika itu sahabat baginda berada didalam masjid, bukan diluar masjid, fahami baik2 hadis ni.

    Upacara agama lain memang setahun sekali, tetapi ada pernah umat Islam ambil hal atau buat bantahan? sedarilah musuh Islam akan menggunakan pendekatan yg halus utk menghapus pengaruh Islam, pertama mereka cuba hapuskan perkara yg kecil2 dahulu, kemudian lihat respon umat Islam, jika tiada apa2 tentangan atau bantahan,mereka akan cuma kepada yg lebih besar, kenal dak parti PAP (parti di Singapura), PAP dah buat pd umat Islam Singapura,anda harus tanya org2 Islam di Singapura.

    Sebab apa DAP harus dipersalahkan dlm hal ni, kerana sekutunya ada disekeliling YDP. Retak DAP adalah sama juga dgn retak parti PAP di Singapura,hanya cara menari berlainan, carilah info sendiri tentang PAP.

    Setiap keputusan fatwa tentu ada musyawarah dahulu, dan jika setiap usul disokong dari majoriti AJK ketika itu, YDP harus menpersetujuinya akan kehendak AJK dan menlaksanakannya..

    Rusuhan di UK memang menjadi pengajaran pada BN, bukan negatif tapi positif pd BN, BN telah mendapat pelajari daripada peristiwa tersebut. Kejayaan BN adalah mampu menghalang BERSIH 2.0 menjadi lebih teruk, tapi UK , kerajaan mereka telah gagal. Anda lihat tak? Secara spontan atau dirancang utk setiap pemhimpunan atau rusuhan, ia bergantung kebijaksaan polis dan pemerintah menghalang dan mengawalnya.

    ReplyDelete
  32. AKP..bagi pandangan aku..bacaan alquran sblum subuh ni cumalah sunat dan amalan nabi dari dlu hinga skrng..dan bukannya wajib...dan diulang..ini bukannya larangan membaca AL QUARN...ini larangan mengunakan "PEMBESAR SUARA SAHAJA" semasa membaca alquran..klu ko nak baca ko baca lah...dan aku percaya..ko pun bukan hari2x baca alquran kan?..kan..kan...x payah lah perbesarkan isu2x nie..isu murtad yg dah lama masa zaman korang perintah..korang x menyalak pulak...x ada lak keluarkan segala macam fatwa..sungguh hipokrit la...aku rasa ada byk lagi isu yg lebih penting utk membangunkan ummah..isu2x wajib...lain lah larangan solat ker...byk benda wajib yg kita x buat nie...contoh pemakaian tudung ka..ko x nyalak plak kak ros ko x pakai tudung...itu boleh plak kan....itu isteri pembesar tue...pemimpin kita tue..mana contoh akhlaknya???..cuba ko citer...jgn diam plak.....perrrgghh...cakap pasal islam..berapi3x...tapi laksanakannya.....FAILEDDDD!!!

    ReplyDelete
  33. anon 1.36am,

    Kau tinggal dalam hutan ke? Kau dah baca ke surat pekeliling JAIPP?
    tidur lagi..

    Komen kau lain...kau taktau apa tindakan kerajaan dah buat,tidur lagi.

    ReplyDelete
  34. Salam...

    Bukan ke kat Perlis larangan ni dah lama berjalan? salah DAP jugak ke?

    Lagi satu bagaimana dgn jiran tetangga yg ade bayi yg baru lahir, budak kecik tgh tido bukan ke mengganggu namanya tu kalau bacaan Al-Quran tu dikuatkan guna pembesar suara.

    Dan kalau alasan nak kejutkan bangun subuh, dah beso panjang masih lagi nak suruh org lain kejut pandai2la set dlm telepon masing2 yg canggih2 tu ngan alarm bacaan Al-Quran.

    Wassalam...

    ReplyDelete
  35. Salam semua,


    Sekadar pengkonsian ILMU,


    Suka saya nk petik balik petikan akhbar di atas..


    "Mesyuarat Majlis Fatwa Bilangan 2/2011, yang DIPENGERUSIKAN MUFTI Negeri Pulau Pinang kemudiannya telah DISAHKAN di dalam MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA Bil.3/2011 pada 6 Jun 2011 memutuskan bahawa bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara dari surau dan masjid sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut Hukum Syara' "


    Sesungguhnya di dalam Islam dan pengamalan Hukum2 Islam seharian, semestinya terdapat "KHILAF" ataupun (PERSELISIHAN PENDAPAT) di kalangan ummat dalam usaha mengamalkan dan mempraktikkannya..


    Maka,
    di sinilah timbulnya peranan golongan Ulama',tokoh2 agama samada Fiqh maupun Usulluddin berbincang dan berdiskusi seterusnya mengambil ayat2 suci Al-Quran,Hadis2 Nabi yg Soheh dan Kuat,Pendapat2 Imam yg muktabar dan Nas2 yg baik dalam mengeluarkan Fatwa dalam menghuraikan segala yang KHILAF dan segala macam percanggahan yg berlaku di kalangan ummat hari ini mengikut peredaran semasa.


    Adalah semua tahu bahawa seorang MUFTI(yg tinggi ilmu agamanya) akan membuat keputusan dan mengeluarkan Fatwa bukanlah mengikut hawa nafsu dan pendapatnya SENDIRI sahaja walhal yg sebenarnya beliau dinasihatkan,bermusyawarah,berdiskusi dan mengambil segala pendapat,ayat2 Al-Quran dan Hadis2 Nabi sebelum sesuatu permasahalatan umum yg timbul dapat dihuraikan dan ditegakkan dengan sebaik2 keputusan.


    Allah amat menyukai sesuatu yg Khilaf yg membawa ke arah kebaikan ummat tetapi melaknat sesuatu yg Khilaf yg membawa kepada keburukan dan perpecahan ummat..


    Kita boleh ambil contoh Fatwa yg telah dikeluarkan oleh Majlis Islam Selangor seketika dahulu yg "MENYATAKAN BAHAWA MENGHISAP ROKOK ADALAH HARAM DI SISI ISLAM"


    Maka di sini,kita boleh mengambil Iktibar bahawa sesuatu yg BAIK sangatlah dituntut oleh ISlam untuk diamalkan..tetapi sesuatu yg akan mendatangkan keburukan kpd diri kita dan masyarakat umum hendaklah dielakkan dan dijauhi..


    ..Sesungguhny Penyatuan Ummah TAK AKAN berlaku selagi mana UMMAH itu sendiri tidak mengamalkan sifat2 Wassotiah (kesederhanaan) di dalam kehidupan sehariannya..


    WallahuA'lam..

    ReplyDelete
  36. Imam Syafie berkata:

    “Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”.

    Mamu Hang

    ReplyDelete
  37. akp, aku nak sambung hujah kau 12:54am tp syg komen dr akula dan anon 12:01pm adalah penutup.

    tp aku teragak agak sb komen akula 10:19am sgt jelas tp tak tahu lah kau nampak ke tidak krn hny hati yg bersih aje yg tak leh nak nafikan komen akula.

    cuma mtk sedikit ruang lg utk tny akp berapa jauh kah speaker sebnyk 3-4 buah dr bangunan mesjid? Miss Zara ni hny buat satu komen berdasarkan komen komen akp dlm isu ini .. Dgn satu komen dr Miss Zara je kau dah kenal dia dgn mengatakan dia suka waksangka. Ingat lah sebhg diri kita dpt dikenali melalui komen 2 kita wlapun kita tak pernah berjumpa.

    sebelum aku cabut lari dr isu ini, berapa org pulak yg polis UK tlh tngkap? Brapa byk gas pemedih yg tlh ditembak? Ingat di msia belum terjadi perhimpunan disbbkan masalah sosial. Lagi satu bersih dijalankan tak sampai satu hari je bukan mcm sana 3-4 hari Krn bersih ada tujuan maka dijalankan di KL sb tu tak merebak ke tempat lain itu pun setelah berbincang dgn polis.

    ReplyDelete
  38. krn rusuhan semakin buruk baru lah polis uk bertindak begitu . itu pun tak seganas polis msia semasa bersih.

    kalau bersih, polis uk akan jaga bersih berjalan lancar sb tak de rusuhan. komen abis kuat psl bersih ialah peniaga kain rugi tak de yg mengata kedai dirempuh, barang hilang atau warga asing cedera. Bersih adalah perhimpunan wira msia yg berani. Rusuhan UK adalah akibat masalah anak muda yg bermasallah.

    ReplyDelete
  39. Kita ucap tahniah juga pada DAP kerana telah berjaya 'menghasut' negeri Perlis atas tindakan sama malah lebih awal dari kerajaan PP. Syabas!

    ReplyDelete
  40. Anon 1.18pm

    Kau tidur lagi! rusuhan di UK, sekarang kerajaan UK pening nak bawa OKT dlm rusuhan dibicara dimahkamah...Sebab kau tidur banyak! malas nak layan yg lain komen kau.

    ReplyDelete
  41. AKP
    apa yg kau merepek ni syaitan.
    Baca dan faham betul fatwa mufti Penang dibawah;
    ---------------------------------
    "Mesyuarat Majlis Fatwa Bilangan 2/2011, yang DIPENGERUSIKAN MUFTI Negeri Pulau Pinang kemudiannya telah DISAHKAN di dalam MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA Bil.3/2011 pada 6 Jun 2011 memutuskan bahawa bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara dari surau dan masjid sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut Hukum Syara' "
    ----------------------------------
    Yang dilarang ialah mengunakan pembesar suara, tak pula dilarang membaca quran.....hello, buat fitnah di bulan ramadhan ni besar dosa nya tahu?
    wajib kau cepat taubat dan mohon maaf kepada semua pembaca ASD.

    ReplyDelete
  42. akp, yg nabi suruh perlahan tu org baca quran yg tak pakai pembesar suara. Ni pakai dalil. Ikut sunnah nabi padahal masa tu tak de pembesar suara. Kalau pakai otak gko tak berotak.

    apa dalil agama kita nak larang org berarak mengikut agama mrk. kalau alasan dangkal kau maka org lain pun akan gunakan utk solat jumaat. Jalan sesak !!

    tak nak layan ke mati akal ? UK mrk mencari punca masalah dan mengakui anak anak muda tlh dipinggirkan dlm arus ekonomi. Diantaranya ialah iba bapa mrk boleh ada harta tp mrk sukar utk dpt harta (astro awani) skg sape tido?? krn mrk sedar kelemahan ini mrk tak sibuk nak bwk ke mahkamah melainkan kesalahan jenayah berat.

    " aku mampu berhujah dgn 10 org berilmu tapi aku TAK KAN berundur dgn seorg jahil mcm AKP, krn aku pasti ianya menjadi satu hiburan utk kita"

    ReplyDelete
  43. Dia tahu ke perkataan Pertama . kalau tak tahu aku rasa dia ni PATI juga. MAMAK TONGKANG JUGA, oRANG RAMAI MAZHAB SAHAFEI DIA TAK TAHU AKU
    SEBAB TU DIA BERLAIN DARI ORANG RAMAI

    ReplyDelete
  44. Korang kalau bab nak bela kaum sendiri, ada aje alasan yang korang guna, hadis tu la, hadis ni la,. Nih aku nak tanya apasal Pok Nik Ajis tak larang perkara yang sama kat Kelantan..jawablah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post