Dulu PATI.. Kini dah jadi Pengundi?


Antara tuntutan BERSIH 2.0 yang terkandung dalam memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong adalah penggunaan dakwat kekal sebagai tanda bahawa seseorang pegundi itu telah mengundi dan juga pembersihan Daftar Pemilih.


Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelihatan tidak berminat langsung dengan penggunaan dakwat kekal seperti yang dicadangkan oleh BERSIH 2.0 itu tetapi mereka lebih berminat dengan penggunaan Sistem Biometrik yang bagi mereka ianya lebih praktikal.

Mungkin kerana jika dibandingkan Sistem Biometrik dan Dakwat Kekal, kos untuk menyediakan prasarana dan peralatan sokongan untuk Sistem tersebut adalah tinggi jadi komisyen yang dijanakan bagi membolehkan system tersebut digunakan juga adalah tinggi..

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggunakan sistem biometrik yang kini diguna pakai ke atas warga asing.

Kementerian Dalam Negeri dilaporkan telah memulakan program pemutihan dan pengampunan terhadap hampir dua juta pendatang asing tanpa izin di negara ini mulai 1 Julai lalu.

Objektif pemutihan itu adalah untuk mengumpul data pendatang asing tanpa izin di negara ini termasuk berapa ramai yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan mengambil pekerja asing dan memberi peluang kepada pendatang asing tanpa izin untuk pulang ke negara asal tanpa dikenakan tindakan tetapi terhad kepada tempoh yang dibenarkan.

Dan tempoh terakhir bagi warga asing untuk mendaftar ialah pada 31 Julai 2011.

Memandangkan sehingga hampir ke tarikh 31 Julai hanya sekitar lebih kurang 300,000 orang PATI yang mendaftar dan ianya jauh tersasar dari sasaran iaitu 2,000,000 orang PATI.

Tanpa memberikan sebarang alasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan proses Pendaftaran Biometrik bagi pekerja asing tersebut telah dilanjutkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Apa yang terlalu penting bagi UMNO/BN dalam hal pendaftaran Pendatang Tanpa Izin ini hingga membuatkan mereka sanggup melanjutkan tempoh akhir pendaftaran tersebut, sedangkan sebelum ini Hishamuddin telah berkata pendaftaran ini akan dapat menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin, di samping menangani jenayah merentas sempadan dengan membendung kegiatan haram termasuk penyeludupan dan pemerdagangan manusia.

Tidakkah melanjutkan tempoh pendaftaran ini akan memberikan lebih masa bagi aktiviti jenayah merentas sempadan seperti yang Hishamuddin katakana diatas?

Kelihatan juga ianya lebih penting dari mengistiharkan pendapatan tahunan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana tarikh akhir bagi menyerahkan penyata pendapatan yang menjadi sumber kewangan Negara tidak pernah dilanjutkan sepertimana proses pendaftaran PATI ini dilanjutkan.

Ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar, yang mempertikaikan cadangan penggunaan system Biometrik ini berkata penggunaan system ini adalah cara bagaimana untuk menghalalkan pendatang asing mengundi pada pilihan raya akan datang.

"Sebab mereka dalam usaha memberikan taraf kerakyatan kepada sebabahagian besar pendatang asing dan akhirnya mereka memberi kad pengenalan dan borang akaun bersumpah kepada warga asing ini untuk menyokong BN dalam pilihan raya akan datang," kata Mahfuz.

Samada benar atau tidak dakwaan Mahfuz itu, cuba perhatikan nama-nama yang tersenarai jika nombor-nombor MyKad yang disenaraikan dibawah disemak di SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SPR..

Nama-nama yang jelas bagi kita adalah nama warga asing yang kini boleh mengundi di kawasan Parlimen Hulu Langat, antaranya..

Soessje Scwanne Jetty Silva Groeneveld

Soezyana Kristyawati

Nursamsi Binti Luthan

Naseem Akhtar A/P Abdul Salam

Mehrunissa Bano

Kamsi Bin Suwito

Habibi Abd Rahman Bin Zulkarnain

Elmafdy Bin Effendi



Senarai No MyKad yang disyaki sebagai PATI tapi kini menjadi Pengundi.

530824715008
671219715084
380424715016
650503715054
501124715020
561210715515
600602715505
690510715008
430106715072
470111715030
520915715311
521111715089
540622715164
620620715179
341026715342
500815715527
550707715285
600510715209
600720715004
620816715170
310622715144
560908715088
310901715366
550904715110
330118715194
381230715143
390203715054
441205715223
561124715156
600110715007
670918715070
190721715277
231027715339
380825715199
450727715030
600102715082
690608715487
490815715248
560101715028
650815715336
130427715247
601107715043
621214715098
310425715292
461014715173
530717715088
540201715166
540515715070
570527715200
570601715138
581215715168
630713715169
650418715009
740829715002
751028715081
560112715031
600703716187
551020715021
560920715152
631009715020
720322715099
630106715423
610515715039
730917715089
540515715038
450316715060
530927715123
561005715014
600718715048
711010715108
780413715187
610615716151
700620715291
571210715063
400811715118
640403715074
300407715169
321030715144
370722715197
510609715365
590613715555
590703715751
600323715545
610710715093
740612715001
611101715519
460814715054
740715715100
620427715177
311007715171
620805715829
520111715033
541230715004
570515715078
650612715256
510115715162
591022715064
750410715037
790607715125
740313715087
570101715246
530824715008
671219715084
520312715195
571109715405
380424715016
371215715103
540818715051
540830715038
650110715416
631105715311
600102715437
560703715527
600616715215
420107715155
550618715195
670624715104
620520715462
680810715254
590517715459
611106715008
291218715301
640505715198
460404715123
350727715278
601217715204
650410715207
560317715190
591104715295
420928715056
560405715465
620824715082
480309715078
500610715152
520407715200
560405715086
590406715165
640806715378
641130715187
750612715000
460202715205
581126715211
610305715479
450905715018
490227715209
610518715202
470806715117
511113715120
560314715291
581110715129
760612715077
791225715079
490322715186
580909715037
650503715054
670308715014
700404715027
560605715953
510808715181
620620715419
470116715101
470320715176
520328715042
420616715348
580318715246
250622715425
540429715138
540515715302
610203715099

Sila semak keseluruhan no MyKad di SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

Sumber Maklumat BERSIH - Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil.

20 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Salah satu cara meraih kemenangan yang akan merosakkan negara. Harap-harap PATI berfikir sebaiknya sebelum mengundi.

    Koleksi Video Seks Ustazah?

    11 Tip Untuk Barisan Nasional Terus Memerintah.
    .

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum!
    Salam Ramadhan Aalmubarak!

    Bapak borek anak rintik! Kalau kerajaan hidupnya penuh dengan penipuan apa lagi hidup rakyatnya!? Bersusah payah dan berhempaspulas nak menang pilihanraya dengan cara menipu pembangkang dan rakyat! Sedih rasanya kerana penyokong fanatik umno percaya bulat2 bahawa alimnya pemimpin2 mereka!

    ReplyDelete
  3. peliknya nombor² IC ni.. sye dh try check ngn SPR di web SPR, memang daftar pemilih ni wujud.. tp yang peliknya, bila check dengan jabatan pendaftaran, kod negeri/negara 71 tu tak ada plak dalam senarai kod negeri/negara.. hmm.. blh sape² bagitau kod 71 tu untuk negara/negeri mana?? sekadar bertanya..

    ReplyDelete
  4. hmm.. lebih lawak dan pelik lg, bila disemak contohnya nombor IC 380424715016 di laman web spr, daftar pemilih memang wujud, tetapi bila semak my kad iaitu di link http://www.jpn.gov.my/semakic/index.php , status pemohonannya menyatakan Tiada permohonan/ No yang dimasukkan tidak sah. Untuk mengenalpasti link tersebut adalah link asal jpn, sye memasukkan nombor IC sye, dan memang sah link tersebut asli.. boleh tak sesiapa tolong jelaskan...

    ReplyDelete
  5. Kod 71 tu bagi depa-depa yang lahir diluar negara

    ReplyDelete
  6. dh check dengan jpn.. takde plak jpn bagitau kod 71 tu negara mana.. kalau indonesia kod negaranya 61... bleh check kt link ni http://www.jpn.gov.my/kodnegara

    ReplyDelete
  7. ni sume madey yang ajo ni.die le pengasas pemulihan pati ni start dengan pati2 indon dan filipina yang menimbun dekat sabah.akhirnya sabah jadi negeri termiskin di malaysia

    1.Koleksi Gambar Bersemuka Dengan Haiwan Daripada Stefano Unterthiner(7 Gambar)
    2.Monyet Menyusukan Anak Harimau(Video)
    3.Robot Pony Mengeluarkan Api(Video)

    ReplyDelete
  8. HARAM JADAH SPR!!!!!!!!

    ReplyDelete
  9. Saya mempunyai IC dgn kod negeri 71. Lahir Singapura 1964. Warganegara tulen, cuma arwah bapa kerja sebagai Tentera British di Singapura dulu. So?

    ReplyDelete
  10. saya sama gak, IC 71, lahir USA. masa mak ngan bapak belajar kat sana.

    ReplyDelete
  11. Orang asing dah lebih dari kaum India di Malaysia. Kenapa pula MIC tak buat kecoh menentang kempen pendaftaran PATI?

    ReplyDelete
  12. Ya ALLAH..
    jgn lah kau hancurkan negara kesayangan kami ini.
    keluarkanlah kami dari cengkaman
    tangan2 zalim ini ya ALLAH..

    aku sayang negara tanah tumpah darah aku ni
    pemimpin2 sekarang bukan pikir benda ni suma,sbb tu diorg khianat janji diorg senang n berkuasa..

    aku nk waris kan tanah tumpah ni kepada cucu cicit aku nnt,
    siat kat atok moyang aku, diorg mati2an dulu duduk di tanah ini, tapi sekarang pemimpin malaun dari keturunan mana dah jahanam kan negara ini..pemimpin UMNO BKN PEMIMPIN RAKYAT.. tok moyang diorg bkn dari pejuang2 melayu dulu kala..kaji sejarah tanah air kita ni..

    selamatkan tanah air kita..
    doa2 gak, tapi mesti ada tindakan

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Betullah. Isteri aku nie tak pernah mendaftar walaupun umur dah dekat 40 tahun. Aku pun periksa lah menggunakan I/C dia. Kau tahu, data SPR menunjukkan dia sudah berdaftar di Klang, kampung idaman. Kami tinggal di JB dan I/C dia beralamat di JB. Macammana boleh ke Klang, Selangor. Aku rasa nak report polis lah....

    ReplyDelete
  15. mcm mana ni?? apa boleh kita rakyat buat?? pemimpin zalim begini harus dihapuskan??? tapi bagaimana??? election pun cuma wayang semata-mata... Diorg dah setting siap2 dah.... apa harus kita buat???? rakyat dah bengang dengan kerajaan,,, tapi pemimpin syok sendiri tu tak mau turun,,, buat makin banyak tipu helahhh..... mintak2 laaa dia kena macam raja namrud....

    ReplyDelete
  16. hmm.... nampak gayanya dakwat kekal lebih memberikan keyakinan... tp ic palsu udah banyak bertebaran...

    teknologi yg canggih bukan jaminan ketelusan... tapi lebih kepada kemudahan manipulasi...

    ReplyDelete
  17. dengar sini.... hei dengar laaa ..

    ramai yg menyoal kemenangan singapura dgn msia dlm perlwnan bola tempuhari ..

    pemain singapura import jd serangan komen dan kutukan pdhal mereka secara sah jd penduduk tetap singapura ..

    jd apa nak aku katakan ialah kalau nak ambil pati pun pilih lah yg ada kepakaran dan kebolehan... bukan setakat pandai memangkah x masa praya je .. mampus kita dan lepas tu anak anak dia org tak ke dpt kerakyatan msia???

    ReplyDelete
  18. rasanya dulu pernah jugak beri peluang kpd pati.. bila tamat tempuh peluang yg diberi maka rela mula lah kejar mrk tengah tengah subuh .. dan masa tu buat cadangan konon konon akan di kena kan hukuman rotan ..

    kali ini .. akan dilanjutkan .. baik betul kjaan bee end / amenot ni ...

    yg sedihnya pati yg 2 juta tu .. hny 300,000 ribu yg daftar .. mungkin mrk pun tak berminat utk kekal di sini .. sb tak yakin dan percaya dgn kjaan bee end/amenot ..

    ReplyDelete
  19. untuk pengetahuan anon 2.10pm
    kalau dah nama pendatang tanpa ijin a.k.a PATI kebanyakkan yg menyeberang tu semua tiada kelulusan dan kerja yg tetap untuk menyara kehidupan.tak pernah dengar lagi golongan profesional pendatang tanpa izin menyeberang masuk untuk mencari kerja atau pemain bolasepak profesional meyeberang masuk secara haram utk bermain bola.kalau negara eropah tu ada.tapi kes terpencil.yg duk ada mamak nasi kandar,buruh kontrak di perladangan n perindustrian.yg pasti angka 2juta pati adalah yg besar campur dgn yg sah mungkin dah 1juta.kalau rakyat malaysia 30 juta skrg.nilai tu merupakan 10% rakyat yg ada dimalaysia.baru perasan yg betapa mudahnya malaysia jadi pusat keluar masuk pati untuk mencari kerja.ini disebabkan rapuhnya institiusi kerajaan yg ada skrg.

    ReplyDelete
  20. Salam ramadhan...beberapa hari lagi kita akan meraikan Aildil Fitri. Kita pun akan beraya dan pendatang-pendatang asing ni pun turut beraya di Malaysia. Elok la tu...sebab peratusan pendatang asing almost org2 islam.

    Namun begitu, sampai bila diorang ni nak berhari raya di Malaysia? Tidakkah mereka rindu berhari raya di kampung halaman mereka? Hahahaa...itu sendiri kena jawab lerr.....

    Pendatang asing ni dah diberi hak untuk mengundi....ermmm...nak undi siapa yek kalau bukan mengundi org yg menabur budi dgn memberi hak kpd mereka utk tinggal di Malaysia ni. Apa maknanya ini? Fikir2 sendiri!!

    Kita tak tahu apakah memorandum between kerajaan Malaysia dan Indonesia towards this agenda. But it is clear card saying that government is under pressure. Kalau dulu bagai nak gahnya pasukan RELA menangkap pendatang2 ni....skrg ni...hehehehehe...berselisih bahu pun tak mengapa.

    Saya juga difahamkan oleh salah seorang rakan yg menjadi egen dlm projek pemutihan ni. Mereka akan mendapat income kalau dapat mendaftar pendatang ni utk pendaftaran pemutihan...hahahaha...there is another income!!. Well, well, well......apa nak jadi dah pengurusan dalam kerajaan kita sekarang??

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post