Hancurkan UMNO? Apa CheDet tulis ni??

Perlu diakui walaupun Tun telah berada dihujung usia namun daya pemikirannya masih tajam walaupun kadang-kadang nampak macam dah nyanyuk..

Artikel ini dipetik daripada blog Che Det

Menghancurkan UMNO

Usaha sedang dibuat untuk melemahkan lagi UMNO supaya ia dapat dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13, bahkan jika boleh untuk menghancurkan UMNO sekarang ini juga.


2. Laporan dalam portal berita, oleh Muda Mohd Noor, mencerita berkenaan Penawar, sebuah badan bukan Kerajaan yang disertai oleh beberapa bekas ahli Parlimen UMNO yang kononnya tidak puas hati dengan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri.

3. Kononnya saya dibelakang gerakan untuk menaikkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengganti Najib.

4. Kesan dari laporan ini tentulah kecurigaan Najib terhadap timbalannya. Apabila Najib mempunyai sangkaan buruk terhadap Muhyiddin maka ahli-ahli UMNO pun akan berpecah dan memihak kepada Presiden atau Timbalan Presiden.

5. Pergolakan akan berlaku secara serius dalam UMNO dan ia akan menjadi lebih lemah untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

6. Terdahulu dari ini seorang pemberita semasa sidang akhbar telah bertanya kepada Najib samada dia lebih Melayu atau lebih Malaysian.

7. Soalan ini sengaja dibuat kerana Muhyiddin biasa mendakwa yang dianya lebih Melayu daripada Malaysian.

8. Sebenarnya soalan ini patut ditujukan kepada semua rakyat Malaysia, termasuk pemberita yang bertanya. Apakah rakyat Malaysia pelbagai keturunan lebih utama kaumnya atau lebih utamakan kerakyatan Malaysianya?

9. Ditujukan soalan ini kepada Najib ialah supaya dia menghadapi dilema. Jika dia menjawab dia lebih Melayu maka dia akan dituduh racist seperti tuduhan yang dilemparkan kepada Muhyiddin dan juga saya.

10. Sebaliknya kalau dia menjawab dia lebih Malaysian supaya tidak dituduh racist maka akan ternampak yang dia tidak secocok dengan timbalannya.

11. Jawapan Najib kepada soalan ini ialah dia tidak ingin dilihat tidak sependapat dengan timbalannya.

12. Secara tidak langsung ini bermakna dia lebih Malaysian, tidak seperti timbalannya yang menyatakan dia lebih Melayu. Sudah tentu ini akan menjadikan hubungan antara dua pemimpin UMNO lebih renggang.

13. Susulan daripada ini terdengar banyaklah berita angin berkenaan dengan renggangnya hubungan antara Najib dan Muhyiddin yang pasti akan memecahbelahkan UMNO lagi.

14. Hari ini terdapat banyak NGO Melayu ditubuh kerana ramai orang Melayu khuatir berkenaan dengan masa depan mereka. Pihak tertentu yang ingin mengurangkan sokongan Melayu kepada UMNO ingin menentukan NGO Melayu ini tidak berupaya mempengaruhi kepimpinan UMNO supaya terus mendapat sokongan orang Melayu.

15. Strategi pihak tertentu ini ialah dengan membuat tuduhan bahawa perjumpaan NGO ini sebenarnya bertujuan untuk menjatuhkan Najib, dan saya dan Muhyiddin adalah dalang yang bertanggungjawab, tentulah Najib akan mempunyai syak wasangka terhadap kami berdua dan NGO berkenaan.

16. Sekaligus laporan ini menakutkan Penawar dan NGO lain bahawa mesyuarat mereka akan disyaki oleh Najib bertujuan menjatuhkannya. Mereka juga akan terdedah kepada tuduhan yang mereka adalah orang Mahathir dan Mahathir ingin menjatuhkan Najib.

17. Dengan tuduhan-tuduhan dan laporan seperti ini maka orang Melayu akan takut berpolitik. Mereka akan terdedah kepada dakyah parti lawan yang memang pun ingin melihat mereka berpecah dan menjadi lebih lemah serta tidak dapat mempertahankan kepentingan orang Melayu sama sekali.

18. Saya ucap tahniah kepada mereka yang begitu cekap mengguna psikologi untuk menghancurkan UMNO dengan menimbulkan keraguan dan syak wasangka antara pemimpin-pemimpin UMNO dan ahli-ahlinya terhadap masing-masing dan terhadap kepimpinan UMNO sekarang.

19. Sebaliknya jika kita ingin tahu berkenaan siapa lebih Malaysian atau lebih utamakan kaumnya, kita patut tanya semua pemimpin-pemimpin semua parti politik dan NGO yag aktif dalam politik baik dari parti pemerintah ataupun parti lawan.

20. Mereka juga patut jelas apakah maknanya lebih Malaysian atau lebih utamakan kaum sendiri.

21. Saya sedar jawapan kepada soalan saya ialah saya racist (perkauman). Ini membuktikan ketandusan hujah yang boleh dikemukakan oleh mereka.

22. Saya pernah dilabel Malay ultra tetapi sepanjang saya menjadi Perdana Menteri apakah Melayu sahaja yang diberi layanan dan mendapat nikmat.

23. Apakah pembangunan Malaysia dihasilkan oleh orang Melayu semata-mata dan mereka sahaja yang meraih kekayaan.

24. Untuk tidak berat sebelah kita perlu mengumpul fakta yang benar berkenaan nikmat yang diperolehi rakyat Malaysia dan pembangunan Negara.


KedahLanie kata dia petik daripada blog Che Det (Tun Dr Mahathir Mohamad)

19 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. utk pengetahuan che det.
    melayu mana yg dapat layanan dan nikmat?brapa kerat yg dapat...?adik beradik,sahabat handai che det aja yg dapat menikmati apa yg che det cakap kan tu.hakikatnya..banyak melayu yg merempat ditentang oleh sedikit melayu yg mempunyai kuasa.brapa ramai melayu kampung yg pernah pie makan kat KLCC tu,che det oii.kekayaan negara yg di nikmati oleh org melayu boleh kira dengan jari brapa org.
    1.kaum keluarga & kroni chedet
    2.anak menantu & kroni paklah
    3.adik beradik,sepupu sepapat& isteri pak najib dan kroninya
    4. last skali baru jatuh kat puak2 amnosial yg ada sedikit jawatan.
    jadi melayu mana yg dapat menikmati nikmat tu?jgn cakap bab melayu sgt cek det oi..nanti kaum bumiputra sabah,sarawak dan semenanjung juga mempunyai hak yg sama dgn kaum melayu..jgn rasis dgn kemelayuan sgt sbb melayu merempat adalah disebabkan oleh anda juga che det oiiii....

    ReplyDelete
  2. kesian org tua ni da nyanyuk...mungkin die lupe die hanya perkayakan keluarga dan kroni2 die je...

    tp xpe, smoga org tua ni panjang umur supaya die sempat tgk Pakatan Rakyat masuk Putrajaya...dan bersedia utk dibicarakn....

    ReplyDelete
  3. La baghu dia sedaq kot yang melayu dah tetinggai dibelakang orghang dah belari melayu yang cek det dok bangga baru nak belajaq meranghangkak baghu dia celek kot dah telewat cek det oii!!!!

    ReplyDelete
  4. Mana Melayu yang jadi kaya ni? Cakap merepek tak sudah2

    ReplyDelete
  5. pergi mampuslah dengan umno!!!!

    ReplyDelete
  6. Malaun ni guna bahasa kias je.
    Dia nak mat monggol digulingkan secepat mungkin agar budak suruhan dia Mat sembab jadi PM.....
    Firaun dah mula gelabah dgn salahlakunya yg paling jahat ....

    ReplyDelete
  7. Cuba tanya dia,

    dia lebih india ke, lebih melayu...

    atau lebih pandi dari kutty

    ReplyDelete
  8. boleh blah la che det

    ReplyDelete
  9. oii det,terus terang je le ko nk mukhriz yg nk jd pm.tayah ko tapis2 org la.ko bg paklah jd tpm,ko pancung.najib jd pm,ko pancung.muhyidin jd pm pon konfem ko pancung jgk nanti.bile mukhriz jd pm br ko benti pancung org!!

    1.Kereta Control Mario Kart
    2.Coklat Dibuat Dengan Belon(23 Gambar)
    3.Smartphone Terbaru Motorola,Motorola Photon 4G Berkuasa NVIDIA(10 Gambar Dan Video)

    ReplyDelete
  10. Nak main sentimen le tu. Melayu sekarang walaupun kurang kaya harta tapi kaya fikiran, kaya minda , bukan macam dulu tu. Depa dah tahu
    mana pangkal mana hujungnya.

    ReplyDelete
  11. tny pemberita tu samada dia lebih kaumnya ke atau lebih utamakan kerakyatan msianya?

    ini lah akibat sebuk sgt dan bangga sangat dgn 1Malaysia nya.

    Soalan yg tepat dlm konsep 1Msia manakah yg ceh det rasa diutamakan kaum atau kerakyaan msai nya?

    Lain nak buat sesuatu pikir jangka panjangnya.

    ReplyDelete
  12. ceh det hny mengambil kesempatan.

    ceh det tau yg rakyat dah meluat dgn kepimpinan rosmah/njib.

    ini satu peluang utk anak ceh det mukhriz

    yg lemah kan ameno ialah tpm.. dan nak selamatkan pm pancung tpm.. ini budaya dlm ameno.. pilihan yg sebaiknya ialah pancong tpm mcm ceh det buat .

    ReplyDelete
  13. Tok Wan Det, merujuk kpd persoalan 19 & 20 : "kita ingin tahu berkenaan siapa lebih Malaysian atau lebih utamakan kaumnya", perkara ini dicipta oleh Be eNd bukan utk parti2 lain. kenapa tanya parti2 lain?. Kita pentingkan "perpaduan & k/sama"
    sekarang Bang Jib yg terjerat.
    Bang Jib KANTOI kerana 1M'sia & Kak Mah dia.

    ReplyDelete
  14. bukti ameno lemah ialah bertambah nya pengundi selepas pembersihan pati..

    tak de kena mengena dgn ngo. ngo melayu jd takut sb kjaan ameno hny menampal aje kebocoran.

    ReplyDelete
  15. se siapa yg tak curiga dgn ceh det. ini krn sepanjang hayat ceh det sehingga skg tak leh DIAM. bukan diam bercakap. DIAM.. mcm Pak Lah.

    ceh det lupa ke mcm mana nasib Pak Lah. Tak sama ke.

    ni nasihat saya pd ceh det. sebenarnya semasa ceh det suruh saya hapus kan panglima ceh det, kanda anwar, sy sebenarnya tak hapuskan dia. sy sorok kan dia di kebun nangka sy krn sy percaya dia tlh difitnah.

    ReplyDelete
  16. Penawar ujud bukan krn ceh det. dan ceh det pun ngaku tak terlibat. dan muhyuddin pun tak terlibat.

    jd mmg betul lah penawar tidak berpuas hati dgn Njib.

    perkara 24 ceh det fakta yg ada skg ialah minyak naik, barang keperluan naik, gaji tak naik, tanah ktm dijual, plantar myk digadai, kapal selam tak timbul, jembatan bengkok terputus, mati melompat dah 2, memperkudakan polis dan mahk masih berterusan, fitnah satu bertambah satu lg, hubungan agama keruh, camputgn First Lady dan tak leh kawal ..

    ReplyDelete
  17. kerajaan la ni (umno.BN) memang pengkianat negara krn dah mendaftar kan betratus2 ribu pendatang samada dgn izin atau PATI utk membolehkan mrk mengundi dlm PRU ke 134 nanti sbb itu SPR xnak gunakan DAKWAT KEKAL sebaliknya sistem Biometric yg memang senang utk diselewengkan...kemna rakyat melayu asal negara ni nak p? tlg jawab lah pak menteri jgn fikirkan kuasa dan harta anda sj rakyat melayu masih ramai merempat dan miskin setelah umno/BN memerintah selama 53 thn...Isu murtad pun dan bertmbah..

    ReplyDelete
  18. mamak puKIMMAk..
    muhyiddin bkn sembab tp KUSAM
    habih le melayu klu dok kong kali kong lg..

    ReplyDelete
  19. semasa pakleh jadi PM, halangan besar adalah khairy. sekarang paklah dah turun dan khairy pun dah kecewa asyik main parachute je.

    bila najib jadi PM, halangan besar ialah rosmah. maka mahathir mesti jatuhkan mereka dgn guna muhyidin.

    muhyidin jgn perasan hanya sgt nk jadi PM. bila jadi PM nanti dia juga akan jadi mangsa mahathir. sekarang ni mahathir diam2 je, buat2 sokong muhyidin.

    jika najib atau muhyidin jatuh nanti, masih ada halangan lebih besar utk mahathir iaitu anwar dan PR.

    apakah mampu datuk Tenggiling 3 ekor tu jatuhkan anwar atau tidak? mahathir pening bab ni. kes video dah lemah.

    niat mahahtir satu aje.....nak naikkan mukhriz jadi PM, baru maahthir akan pencen sepenuhnya.

    tapi beranikah najib rombak kabinet dan buang mukhriz yg tidak berapa berperanan itu?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post