Hasan Ali akan kekal Exco - TG Haji Hadi

KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Ekoran kontroversi membabitkan serbuan ke atas sebuah gereja Rabu lalu, PAS menegaskan parti Islam itu tidak mempunyai sebarang masalah dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan beliau akan kekal di jawatan itu.

Hasan merupakan pengerusi yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam.

Selain itu tegas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pihaknya juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Tan Sri Khalid Ibrahim sambil menyifatkan kontroversi yang berlaku adalah “masalah negeri.”


“Ia masalah negeri, kita juga sebahagian daripada negeri, kita tidak terima teori kemungkinan (masalah dengan Hasan)... kemungkian dah banyak, ada juga kemungkinan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menggantikan (Datuk Seri) Najib (Razak).

“Beliau (Hasan) akan terus jadi Exco, kita tidak bincang dalam mesyuarat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat di sini.

Hasan juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Dalam mesyuarat itu, Hasan telah memberikan penjelasan berhubung tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya, Rabu lalu.

Pada kejadian malam Rabu itu, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis Gereja Methodist Damansara Utama tanpa waran kira-kira 10 malam.

Bagaimanapun tindakan Jais itu mendapat kritikan banyak pihak.

Namun Hasan mempertahankan atas alasan ada bukti pihak terbabit mahu memurtadkan umat Islam.

Beliau menegaskan maklumat yang diterima menunjukkan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan malam tadi.

Tambah beliau, pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “al-Quran” dan “doa” diselitkan.

Hasan menambah seramai 12 orang beragama Islam telah menghadiri majlis tersebut tetapi tiada tangkapan dibuat. Mereka disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Khalid memutuskan untuk menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat menyelesaikan perkara itu.

Hasan dalam laporan Mingguan Malaysia hari ini berkata, beliau sanggup dipecat demi mempertahankan Islam.

The Malaysian Insider

21 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. 2 pengasas united government.
    Mereka juga digelar mat kelentong....
    kah...kah...kah

    ReplyDelete
  2. semoga PAS dapat menilai siapa sebenarnya DAP yang anti-Islam/Melayu!
    lihatlah perlakuan DAP di PPinang dan Selangor. dimana kedudukan dan suara PAS?
    jika PAS melihat UMNO jahil mentadbir negara buktikanlah PAS lebih baik dalam pentadbiran dinegeri Kelantan, PPinang, Selangor dan Kedah kerana orang kebanyakan sekarang ini sedang melihat perjuangan PAS yang semakin tersasar…!

    ReplyDelete
  3. perjuangan pas semakin tersasar dari yahudi APCO, perjuangan umNO semakin tersesat dengan yahudi APCO!

    ReplyDelete
  4. Tindakan JAIS kali ini adalah bersandar aduan dan bukti. Namun penjelasan dan pertemu kepada Sultan dan umum adalah wajar untuk mengelakkan putar belit Umno/BN.
    bagaimana pun JAIS bukan saja perlu ambil tindakan serbuan tetapi perlu perbaiki sistem dalam membantu golongan Muslim yang kurang kemampuan.

    Koleksi Video Seks Ustazah?

    Cara Buka Banyak YM dan Banyak ID pada 1 Masa
    .

    ReplyDelete
  5. 1: ALlahu akhbar!. Di bulan Ramadhan nan mulia ini, terkejut ada, dah jangkapun ada. tapi itulah kelebihan YB TG Datuk Seri Hj Abd Hadi Awang. YB TG DS Presiden akan terus mengekalkan semua masalah yang ada dalam PAS dan kesempatan itu akan digunakan oleh manusia bernama mustafa ali, hassan ali, abc, harun taib, dan kuncu-kuncu mereka untuk terus melakar masalah bagi menghalang PAS menempa kemenangan.
    2: Kenapalah hal sebegini terus melanda PAS. Ahli bawahan dah terlalu banyak mengisi perjuangan dgn jutaan pengorbanan, tapi diketepikan dari sebarang perkiraan kepimpinan PAS khususnya YB TG DS Presiden PAS. Nasihat mustafa alilah tu.
    3: Selagi nama-nama tersebut dan yang sefikrah dengan mereka ada dan diberi kuasa dalam PAS, selagi itulah PAS tak akan ke mana.
    4: Maha Suci ALlah, jika ada selama ini mana-mana pengorbanan dan sumbangan ahli-ahli PAAS yang di terima di sisiMU sebagai ibadah dan jihad kami ya ALlah, tolonglah bersihkan jamaah harapan kami ini dari manusia yang khianat sebegini . Hanya kepadaMU sahajalah tempat kami memohon pertolongan ya ALlah. Kami amat merindui pertolonganMU ya ALlah. Bantulah kami ya ALlah, selamatkanlah kami, jamaah kami, negeri kami, negara kami dan seluruh umat Islam di bumiMU ini ya ALlah.

    ReplyDelete
  6. anom 11:18
    Nampak anom 11:18 semacam setan terlepas di bulan Ramadhan! jahat sangka, busuk hati, tuduhan iblis, mereka fitnah....melampau!

    ReplyDelete
  7. Kita jangan asyik kutuk mengutuk, Kita patut tanya diri kita sendiri apa perjuangan kita sendiri dalam memperjuangkan Islam. Jangan jadi seperti anjing menyalak bukit. Setiap kita akan ditanya oleh Allah swt apakah tanggungjawab kita dlm menegakkan syiar Islam dibumi Allah. Kita sepatutnya menangis, bimbang, gundah gulana apabila melihat saudara Islam terutamanya anak2 muda yg terbiar dan berpendidikan memilih utk murtad dgn mudah sekali dan mrk sanggup meninggalkan agama Allah. Virus ini sebenarnya semakin menakutkan tetapi apa yg dilakukan oleh menteri2 dalam Jabatan Perdana Menteri yg memiliki kuasa yg sememangnya berperanan dalam mengurus hal2 yg berkaitan dgn agama Islam. Rakyat bercakaran dan berpecah belah.Sedih melihat apa yg berlaku kini dimana rakyat yg terlalu taksub dgn permainan politik sanggup hina menghina tetapi sebaliknya mrk buta hati dan buta mata utk merintih melihat saudara2 Islam yg terus hanyut akidahnya. Tentu Nabi Muhammad saw menangis melihat umatnya jadi begini. Semoga Allah swt melindungi kita dan marilah kita balik ke pangkal jalan menyelamatkan agama Allah dan saudara Islam kita.

    ReplyDelete
  8. jgn nilai kan org mcm tu panah..

    mcm pilih org utk kerja dgn kita ..
    yg datang 10 org kita nak 1 org je..


    jd dlm hal ini perbuatan org org yg disebut terdahulu akan di jadikan pertimbangan..

    mcm hasan ali kalau dia tak terlibat dgn khir.. dia tidak akan di tekan dan dipersoalkan begini .. krn sbb yg sama lah dia kalah bertanding..

    ReplyDelete
  9. masalahnya org islam bercakaran sama sendiri, org kristian cuma minta penjelasan ja, sultan selangor yg payah nak jumpa kalau tak dah lama settle

    ReplyDelete
  10. dlm hal ini semua kita menyumbang kpd permasalahan ini dan tanpa sedar terbabit dgn kegagalan kita membantu umat islam yg susah mengikut tahap kesanggupan kita dan kemampuan kita.

    dan kerana itu kita semua akan ditanya di kemudian hari.

    Dan dlm meletakkan kesalahan ini tentu lah di pihak yg berkuasa dan diberi amanah. Kita pulak tak boleh berdiam diri sekurang kurangnya kita suara kan kemana pergi nya duit zakat dan bagaimanakah cara pengagihannya.

    kalau kita tak de rasa ragu ragu dgn pemberian zakat ini dan dalam masa yg sama ada saudara yg susah mendapatkan bantuan dr agama lain maka kita akan ditanya kenapa kita diam dlm hal ini?

    Dengan mengambil tahu sekurang kurangnya kita dapat jawab bila ditanya.. sb bila kita ambil tahu .. sukar bg mrk yg dpertgg jwb kan melakukan sesuka hati..

    semua ini berlaku krn kita tidak ambil tahu..

    ReplyDelete
  11. Syabas kpd pas atas usaha nya utk periksa apakah punca masalah ini dan menyelesaikannya. JAIS bertindak atas lapuran apa orang kata. Approach TGHA utk PAS mendengar sendiri penjelesana JAIS dan Gereja adalah tepat.
    Berlainan pula dengan pemimpin parti UMporNO yg bukan saja meneguk di air keruh, malah megusutkan lagi masalah ini dengan memperapikan perkauman dan ugama.
    Pemimpin umno terutama najib bini razak hanya guna isu begini utk kepentingan politik mereka.

    ReplyDelete
  12. aku bukanlah sokong tindakan hasan ali mengarahkan jais serbu gereja kerana jika difikirkan perbuatan tu memang tak bertamadun... tetapi walaupun begitu tetap ada hikmah disebaliknya... jika tak kerana tindakan hasan ali dan jais yang agak bebal ni mungkin isu murtad dan hak2 asnaf yang terabai akan terus dipandang sepi... masalah ni dah berpuluh puluh tahun berlaku baru sekarang jadi isu hangat sehingga diperdebatkan pelbagai pihak... baru banyak suara2 yang berani tampil jika tidak sebelum ni hanya beberapa kerat ja yang menegur seperti dr asri menegur pembaziran yang dilakukan pusat zakat beberapa tahun lalu itupun tidak ada pihak yang ambik tindakan dan pusat zakat buat pekak dan tuli dengan teguran dr asri... jika ramai lagi ulama2 seperti dr asri INSYA ALLAH nasib umat islam di Malaysia sudah lama terbela... yang kelakarnya jika ada perbezaan pendapat yang diutarakan sesetengah pihak seperti dr asri mereka terus dicop denagn pelbagai gelaran dan pertubuhan pengganas seperti wahabi dan sebagainya... puak2 ulama carik makan ni hanya memperbodohkan kita dengan ilmu mereka...

    ReplyDelete
  13. Kepada semua yg memebri komen, berhati2 dalam memberi komen agar tidak dilihat oleh pihak UMPORNO yang PAS sendiri bercakaran. UMNO/BN ibarat singa tua yang laparkan kuasa setelah hilang 2/3 tenaga. Kalau kita tersilap langkah, kita akan kena cakar dan mungkin kepala kita akan di'ngap' oleh singa2 tua ini yang sedang kemaruk kuasa.

    oleh itu, tuduhan2 tanpa asas yang kukuh haruslah dielakkan apatah lagi kita jahil dalam isu ini.. Isu yg lebih penting adalah peranan pusat zakat setiap negeri. Mereka tak masuk gereja sebab kaya, tapi kerana managih sesuap nasi.

    Hikmah besar yang wujud dalam kes ini adalah peranan kita sebagai pejuang islam.. adakah kita selama ini prihatin kepada nasib umat-umat islam di sekililing kita? adakah mereka yg miskin ini ada menerima bantuan zakat? justeru, pusat zakat selangor perlu dikemaskan agar tiada sesiapa yg tercicir..

    Ini bukan isu politik PAS, DAP, UMNO tapi isu amanah.. Benda ni dah berlaku berpuluh tahun sejak sebelum PR perintah selangor lagi.

    ReplyDelete
  14. Pengurusan wang zakat yg lebih bijak perlu dianjurkan kpd JAIS. Masalahnya sejak bila JAIS ni dengar arahan atau pun mahu turut terlibat dalam program kerajaan negeri selangor ni. Kerajaan negeri selangor dah anjurkan banyak program utk faedah rakyat sejak ambil alih dari umno. Tapi bila sentuh JAIS, dia tak terlibat. Jadi apakah keyakinan yg JAIS akan merombak formula agihan wang zakat secara lebih berkesan! dia masih dengar arahan umno! Bila screw up...kerajaan negeri selangor kena hentam!Pengarah JAIS pun dilantik Sultan..so buang masa sajalah cakap2 JAIS akan improve.

    ReplyDelete
  15. Inilah peluru yang Najib tunggu2kan dan Hassan Ali lah orang yang bagi peluru tu. Najib boleh bagitau Pope yang buat naya kat Kristian adalah orang2 Pakatan jugak yang sama sendiri pun tak ada kesefahaman. Sekarang bila dah berlaku macam ni barulah nak berjumpa gereja dan PAS, dah terhantuk kat kepala sendiri baru terngadah. Hassan Ali tu buat kerja untuk UMNO ke?

    ReplyDelete
  16. kepada PANAH & FMzam

    isu utama yg timbul adalah penyebaran ajaran agama selain ISLAM kepada ORANG ISLAM itu perlu ditentang jgn anda cuba mempolitikkan isu Utama ini...sedarkah anda apa yg anda perkatakan dalam penulisan anda berfikirlah sedalam2nya sebelum meluahkan emosi anda

    tolak tepi kaitan politik yang anda mainkan UTAMAKAN ISLAM

    mudah2an anda dibukakan pintu hati dan cahaya petunjuk ALLAH SWT

    ReplyDelete
  17. tindakan hasan ali adalah berniat poltik.

    kakak tu kata dia dah setahun follow gereja tp knape skg baru dpt maklumat. sudah 230 ribu org yg murtad dan bukan di selangor saje.

    knape ngr bn tak dpt maklumat sdgkan mrk mempunyai SB bersepah sepah merata negeri. lebih cekap dr peg penyiasat polis.

    aku tak nafikan mungkin ujud penyebaran agama kpd org islam tp cara nya yg aku persoal. silap langkah hasan ali ni merugikan islam. skg ni pun dah menunjukan islam tu lemah tak reti nak urus zakat.

    baca dan fikirkan kata kata dr asri ..

    mana ada org kata mrk yg menyumbang wang ringgit pada mrk adalah org jahat. mrk berjaya menawan hati org susah dan ibu tunggal. Ini yg perlu di perbetulakan.. skg selepas kjdian ini kita akan dpati sumbangan pd mrk yg terlibat terlebih dr org susah yg lain.. krn nak menunjuk baiknya islam..

    krn aku pertahankan islam lah aku ragui tindakan hasan.

    Allah yg maha mengetahui segala galanya.

    ReplyDelete
  18. sungguhpun jika benar tindakan hassan ali berniat politik adakah kita yg umat Islam dgn keistimewaan dilahirkan sebagai Muslim perlu membiarkan sahabat muslim kita yg lain didakwahkan dgn agama selain Islam...........ini tidak wajar berlaku malah wajib ditentang.....adakah apabila isu ini dikaitkan dgn politik kita kena diam tidur shj.....dimana perginya jagoan2 yg berdemo tempoh hari???

    ReplyDelete
  19. Anon tak payah nak leter aku pasal agamalah, kalau Hassan Ali cuma pandai serbu tapi tak pandai nak tolong kakak tu yang selama ni mendapat pertolongan agama lain, jangan haraplah Hassan Ali boleh mendakwah orang2 Islam lain kalau niat dia untuk menentang penyebaran agama lain kepada orang Islam hanya setakat sekali kentot lepas tu diam. Kau dengar apa ustaz Maza cakap tak?

    ReplyDelete
  20. FMZam

    maaf ckp aku x dpt dgr kata dr Maza pc aku x dpt buka kna blok...tp xper cuma yg aku phm apa disampaikan olehnya adalah bagaimana efisiennya penyampaian zakat kpd org muslimkan (maaf klu aku silap) cuma aku berpandangan sungguhpun klau pusat zakat tidak telus itu hal lain apa yg utama skrg adalah kita wajib banteras sehebat2nya kerja2 mereka yg terlibat menyebarkan agama lain selain Islam kpd org Muslim bersatulah kita sebagai org muslim...jgn dibiar ada lg lina joy natrah dll

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post