Hishamuddin telah luluskan sebanyak 29,290 permohonan PR

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menjelaskan dakwaan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah tetapi didaftarkan sebagai pengundi baru, dan kemudiannya diberikan taraf kewarganegaraan dalam tempoh empat jam, sebenarnya tidak benar.

Ketua pengarahnya, Datin Jariah Mohd Said berkata rekod JPN menunjukkan dalam kes Mismah, individu itu sebenarnya telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982.


“Beliau telah diluluskan taraf kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf penduduk tetap Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, semasa semakan Malaysiakini pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238).

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang semalam menunjukkan Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Jariah dalam kenyataan medianya juga berkata sepanjang tempoh 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011, kementeriannya telah menerima 72,334 permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia.

Daripada jumlah itu, katanya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein telah meluluskan sebanyak 29,290 permohonan.

Jariah juga menghuraikan pertimbangan permohonan taraf warganegara tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan berdasarkan perkara-perkara berikut:

-Perkara 15 : Isteri kepada Warganegara

-Perkara 16: Mereka yang lahir di Malaysia sebelum tarikh kemerdekaan (sebelum 31 Ogos 1957)

-Perkara 19: Warga Asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang dari 12 tahun.

PAS hari ini mempertikaikan pendaftaran 1,597 pengundi dalam draf daftar pemilih tambahan bagi pemilih berdaftar sehingga akhir bulan Jun, yang disenaraikan di lamanweb JPN sebagai penduduk tetap.

Ini termasuk Mismah, yang statusnya telah ditukar dari penduduk tetap kepada warganegara di JPN semalam, dalam tempoh beberapa jam selepas Malaysiakini melaporkan mengenainya.

Dalam reaksinya, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata ini disebabkan oleh "kecuaian teknikal" di mana sistem sistem JPN tidak dikemaskini.

Sistem akses awam di lamanwebnya, jelas beliau, adalah berasingan dari sistem sambungan secara automatik antara SPR dan JPN.


Malaysiakini

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. SPR salahkan JPN...
    Najib salahkan Hishamuddin....
    hahahaha....lawak2 di bulan Ramadhan....

    ReplyDelete
  2. Seribu satu alasan la kak oiiii. Dalam bulan Ramadhan ni bukan sahaja pahala ditambah berkali ganda, dosa pun sama jugak. Kena ingat tu.

    ReplyDelete
  3. Hendaknya ada parti komponen Pakatan Rakyat atau NGO atau Bar Council,buat laporan polis dan seret Hishammudin kemahkamah atas tuduhan buat kerja-kerja subversif mengangcam keselamatan negara atau tuduhan sebagai pengkhianat negara.

    ReplyDelete
  4. SPR, KDN dan JPN dakwa atas kesalahan pemalsuan maklumat rasmi. Bagi pemilik Mykad dakwa atas sebab bersubahat untuk menipu.

    ReplyDelete
  5. jpn spr semakin kuat tunduk pada umnobrok raja dialah tu berok kurap kalau aku kerja kat jpn spr terasa bersalah dah gaji rakyat yg bagi dia tipu lagi semata2 nak popularkan umnoberok nak mampus tu,oii rkyt tidak bodo mcm masammudin,akhirnya kamu akan di soal juga..

    ReplyDelete
  6. pusat pengajian berlambak lambak tp shamdin tak sedar... ingat ni 10 tahun lepas merdeka ke boleh temberang suka hati .. yg ada skg semua genarasi yg busuk busuk spm ..

    dan kebelakangan ni diploma ..

    mcm mcm dibuat jdkan rakyat berilmu lepas tu dan bodoh bodohkan ... kan senang jgn bg pendidikan pada rakyat ... boleh lah tipu mcm ni...

    ReplyDelete
  7. JGN TERKEJUT PULAK PADA 31 OGOS PERARAKAN AKAN DI SERTAI KONTIGEN PATI YG TLH DI RAKYAT MALAYSIA KAN DAN DI KETUAI OLEH MISMAH !!!

    KONTIGEN DI IRINGI OLEH JPN DI HADAPAN DAN SPR DI BELAKANG ..

    BENDERA APA ??? LAA GAMBAR IC LAH...

    ReplyDelete
  8. Mat Tuak buat hal lagi........
    Menteri bodoh..
    Kah..kah..kah

    ReplyDelete
  9. Mismah lahir tahun 1964. Dapat PR 1982 bila berumur 18 tahun. Kalau kahwin dengan warganegara pun kena tunggu 5 tahun. Umur berapa kahwin? Bangang punya tipu!!!

    ReplyDelete
  10. anon 2.22 pm, ak xtau la betul ke x dia dpt PR tahun tu...
    but zaman itu kan ada umr 13 tahun dah kawen, so if betul dia dpt tahun tu and kawen umr 13, so xde problem la.. btw, zaman dulu senang je org salah tulis....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post