Kami akan GEMPUR!!! kononnya... (Video Inside)



“Amaran ini juga dituju kepada pembangkang. Ini bukan arahan Umno-Barisan Nasional tapi kami suara pahlawan." kata Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Ali Baharom.


Veteran Tentera?? Tapi dalam video ni aku nampak muda-muda saja.. kalau setakat service 11 tahun kemudian berhenti jangan nak mengaku Veteran lah Skot!!

Pahlawan biasanya berjuang hingga akhir hayat.. ini tidak service setengah jalan berhenti keudian nak mengaku pahlawan..

Bila ianya berlaku di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat maka banyaklah muncul NGO-NGO yang kononnya menyokong Raja-Raja Melayu.. bila di Terengganu dulu Sultan digelar 'Natang' mana korang? Ketika Mahathir menghakis kuasa Raja-Raja Melayu dulu mana korang?

Mempertahankan Islam konon... Najib guna Blogger Pro Yahudi yang membunuh orang Islam Palestine tu pergilah tegur kalau benar mempertahankan Islam..

Rosmah mempengerusikan Festival Fesyen yang mempersendakan Islam dulu tu kenapa tak tegur?

‘Kami tidak teragak-agak untuk gempur’

SHAH ALAM: Persatuan Veteran Tentera Melayu Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PVTM) memberi amaran keras kepada

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar tidak bersikap ‘double standard’ berhubung tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mahu mencegah penganut Islam dari murtad.

Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom juga mahu agar Khalid tidak mencampuri urusan Jais yang menjalankan tanggungjawab bagi melindungi kepentingan agama Islam.

Beliau berkata amaran itu turut ditujukan kepada pihak pembangkang dan sekiranya ia gagal maka mereka tidak teragak-agak untuk menggempur mana-mana pemimpin yang mengaibkan Islam.



“Menteri Besar jangan biadap dan derhaka dengan Sultan (Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah). Jangan diperkudakan oleh pihak tidak bertanggungjawab sedangkan MB berjiwa Islam. Kami kecewa dan mahu MB mohon maaf kepada umat Islam dan Sultan,” katanya.

Ujar beliau, “amaran ini juga dituju kepada pembangkang. Ini bukan arahan Umno-Barisan Nasional tapi kami suara pahlawan.

“Harap pembangkang dengar masalah dan kami tidak akan teragak-agak untuk gempur mana-mana pemimpin yang mengaib dan memecah-belahkan orang-orang Islam,” katanya yang berpiket di luar Bangunan SUK dan turut disertai kira-kira 60 anggota.

Satu memorandum turut diserahkan kepada wakil Menteri Besar, Pegawai Media Tuan Nazuri Tuan Ismail, bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Menteri Besar.

Sementara itu Pengerusi NGO Petaling Jaya Armand Azha pula menyifatkan tindakan Jais bukan untuk menolak agama lain tetapi hanya mahu memartabatkan Islam.

“MB kalau tidak faham diam. Jais hanya jalankan amanah untuk hal ehwal agama dan Sultan Selangor. Jais nak martabatkan agama Islam bukan tolak agama lain,” katanya.



23 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Biarkan....biarkan....Najib dah mintak maap kat Pope...

    ReplyDelete
  2. waa kah kah,,,,veteran nie nmpk sgt la bawah tempurung....

    wei veteran,,22 tahun dlm tentera,sijil ko tu veteran dpt kerja ke..?kalau setakat kerja teksi gan security,xpayah laa,,,org indon gan bangla pn bole kerja.....waa kah kah.....

    start je video,1malaysia gan daulat tuanku,,,nmpk sgt kaki bodek,,,,

    kesian aku tengok golongan veteran bawah katak tempurung....

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Sekarang Fatwa TG Hj Hadi mengenai Video saksi besi telah mendapat sokongan ulama antarabangsa. Sila baca sini.

    Pas selama-lamanya

    ReplyDelete
  4. Alamak. Apa nie PVTM? Dngr kata PVTM nie nak bersaing dgn PBTM & PVTM adalah haram. Korang pahlawan konon. Jgn ingat semua veteran sokong korang. Aku yg veteran pun x akan bersekongkol dgn munafikun.

    Yg komando 2 org tu mmg aku kenal. Dlm askar patuh arahan tanpa berfikir. Takkan skg mcm tu gak. Gunakanlah akal fikiran untuk bertindak. Dah tua2 nie matang la sikit.

    ReplyDelete
  5. aku tak pernah dengar pulak ngo ni..aku pun bekas tentera jugak tapi masih kenal mana intan mana permata..mana baik mana buruk..mana dosa mana pahala..tapi kesian gak tengok veterinar2 ni..

    kalau nak lepaskan 'gian' gempur tu..kau org pergi gempur 'kelab2 malam' yg tentu ada org melayu mentedarak arak...

    ReplyDelete
  6. Bila pulak aku setuju depa mewakili aku?
    Nak cari projek kot?

    ReplyDelete
  7. pandai je dia kata mewakili semua bekas tentera...cara dia ckp pun dah taraf 'pencacai'...

    ReplyDelete
  8. ASD! Hang ni ex-service ka? Skot tu dalam army saja pakai tu..

    ReplyDelete
  9. NAMA JE PAHLAWAN....TAPI SEBENARNYA DIORANG NI PENCACAI UMNO....AKU ULANG SEKALI LAGI...

    (ITU SEMUA PENCACAI-PENCACAI UMNO)

    ReplyDelete
  10. Apalah ko orang bodoh sangat ni. Masa nak laksanakan hukum hudud menolak. Bila dah berlaku begini sibuk. PM jumpa POPE tu apa tujuan. Penterjemahan Injil ke bahasa melayu siapa benarkan.Bila negara luar sibuk bantu. Dalam negara sendiri yang masih memerlukan buat tak tau.

    ReplyDelete
  11. Tak tahan sbb dah 3 tahun tak boleh rembat tender, projek & peluang curi duit rakyat Selangor. Khir Toyo dah tersadai tapi duit brtimbun. Ini bala-tentera perembat khazanah rakyat S'gor.

    ReplyDelete
  12. Biarkan prebet bujang lapok tu mengamuk tak kemana jauhnya tua kerepot tulang dah nak berkecai buat malu askar je porrahhhla,tak ada org yg sokong luu hanya pencacai umporno pukimak saja sokong,kerja saja baik2 jd pak guard tak payah cari lebih tu haram...baik main jauh2 dr kena sumpah seranah rakyat.......

    ReplyDelete
  13. WAK SOKONG, semua yg bg komen, betul pencacai umporno,nak minta duit raya yg betulnya, pencen askar yg buta hati, bengang la wak dengarnya,jangan jadi braheng pekasam sudah dia yg lari lintang pukang.

    ReplyDelete
  14. najib bagi rm500 aje kat pesara kerajaan. askar2 pencen tu mungkin nak lebih kot?

    ReplyDelete
  15. Gempur je najib tu dah termakan nasi kangkang janda beranak lima...
    kah...kah...kah

    ReplyDelete
  16. Rupa rupa nya mcm cara jais buat utk memartabatkan islam.

    merujuk kenyataaan akhir akhir jais ini mrk masuk gereja krn majlis makan malam dan berbuka puasa ... dah mula putar belit ada lah, bukannya islam dimartabatkan tp jd murtabak !

    Lepas ni jabatan agama eluk lah gi gereja gereja .. periksa satu satu .. sb kalau dah satu gereja yg buat tentu ada gereja gereja lain yg buat ..

    ReplyDelete
  17. org melayu ni pun satu laa

    ingat raja ni utk org melayu je ke
    org gereja tu pun ada hak mengadu atau mengadap raja utk kebenaran pihak mereka .. sb tu raja mesti lah adil dan bijaksana ..

    hrp hrp pahlawan ni berhenti sbb bersara dan bukan sb displin (terlibat dadah)

    tp kalau tenguk betul2 ada jugak trade mark umno ..

    nak tambah - msia mmg negara yg memengang rekod ngo yg terbanyak ?

    ReplyDelete
  18. amaran ni ditujukan kepada pembangkang? dia tuju kat UMNO la tu.. pasal kat Selangor UMNO tu yang jadi pembangkang.

    ReplyDelete
  19. kepala but hangpa lah....aku pun bekas tentera gak tapi 500 peratus tak sokong hangpa dan umno tu...jgn jual nama bekas tentera lah lah woi.....bodek terlampau hangpa ni....malu habis bekas tentera yg lain....

    ReplyDelete
  20. Kitorang askar pencen semua tau bila bab buat bising tu ialah presiden dan AJK persatuan aje, majoriti ahli persatuan tak sokong pun. Sama macam Perkasa jugak presiden dia berapi-api kata gempur tapi bila tiba time demo yang gempur dua tiga kerat je, presiden pun tak nampak bayang. Askar pencen tak akan gempur rakyat sendiri. Yang sanggup gempur rakyat sendiri ialah askar pencen upahan!

    ReplyDelete
  21. Alah PVTM tak apayah nak bodek la. Kalau nak berjuang biar lah untuk kebaikan ahli sendiri dan persatuab bekas2 perajurit tu.jadi tiap2 tahun tak payah minta derma untuk hari pahlawan memadai dengan buat sambutan saja. ini cakap berdegar-degar ahli sendiri pun tak terurus. tengok dalam akbar minta bantuan perubatan, minta bantuan untuk anak nk sekolah, minta bantuan nak buat rumah.bukan nak kutuk cuma minta untuk sedar diri le sikit.

    ReplyDelete
  22. Apa la pulak mat ca,ai tiga ampat ekoq nih,elok2 dok jadi guard mai ikut puak tu demo pulak,bebas kunun kepala hotak hang lah,becakap pun macam prebet tak lulus kada nak belagak pulak.tolong la komando tua tak payah la mai nak dok tunjuk hampa punya beret karat tu orang tak pandang dah tapi kalau nak jadi guard boleh lah pi dok sama dgn puak2 nepal tu, tu pun boleh jugak dapat duit.mai dok ikut jadi pencacai ni hampa dapat ghopa ruit? hoh buat malu komando je.tak puaih dok kena hamun kat unit dah pencen jadi pencacai pulak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post