Lagi cara untuk BN menang didedah..

DAP mendakwa ada pihak tertentu di kawasan Ayer Keroh yang berperanan memujuk pelajar universiti supaya menukar alamat mengundi sebagai satu langkah senyap memastikan DUN itu berjaya dirampas semula pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong, perkara itu dimaklumkan kepadanya menerusi maklumat yang diterima lebih seminggu lalu.

Khoo (berbaju kuning) berkata, sebagai ganjaran, pihak terbabit akan menawarkan tanggungan sepenuhnya kos kehidupan sepanjang pengajian yang meliputi bayaran sewa bilik termasuk bil elektrik dan air.


"Sebagai bukti terdapat peningkatan ketara jumlah pendaftaran pengundi bagi suku kedua tahun ini iaitu seramai 2,132 orang bagi DUN Ayer Keroh berbanding pada suku-suku tahun sebelumnya.

"Ketika ini jumlah keseluruhan pengundi di kawasan ini seramai 31,535 orang dan ia jauh berbeza ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 lalu apabila hanya 24,504 pengundi di daftarkan di kawasan ini," katanya pada sidang akhbarnya, di Ayer Keroh, Melaka.

Beliau berkata, jumlah itu turut termasuk jumlah pertambahan pengundi pos seramai 304 daripada jumlah keseluruhan yang dicatatkan iaitu 825 pengundi bagi kawasan terbabit.

"Kita berasa amat terkejut dengan peningkatan mendadak ini berbanding dengan kawasan-kawasan lain dan saya beranggapan ini adalah sebagai satu 'fix deposit' bagi Barisan Nasional (BN).

"Kita bimbang keadaan yang berlaku adalah satu taktik kotor yang dimainkan BN bagi menambah jumlah pengundi untuk merampas kembali kawasan DUN Ayer Keroh yang dipegang DAP sejak PRU 12 lalu," katanya.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat sendiri akan menghadapi cabaran itu dengan turun padang untuk menemui semua pengundi baru seramai 2,132 orang itu yang 90 peratusnya adalah pengundi muda.

"Kita akan jumpa mereka dan menerangkan sebab apa perlunya ada pakatan BERSIH bagi menuntut proses pilihan raya yang telus dan adil.

"Tambah meragukan apabila kebanyakan pengundi muda baru yang didaftarkan bukannya lahir di Melaka berdasarkan pada kad pengenalan masing-masing.

"Jelas, tindakan BN ini, mahu memastikan kawasan DUN Ayer Keroh dan Parlimen Bukit Katil beroleh kemenangan, kerana kalau kita lihat pada PRU 12 lalu, Parlimen Bukit Katil hanya memperolehi mejoriti 1,758 daripada 75,777 pengundi keseluruhannya," katanya.


Malaysiakini

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Dakwat kekal hnya akan dilaksanakn slepas kerja kotor ni selesai. Siasat SPR & JPN. Pending dulu PRU slagi prkara ni tak selesai.

    ReplyDelete
  2. Segala tindakan SPR nyata mengesahkan bahawa UMNO itu adalah Anti Demokrasi dan SPR itu adalah alat UMNO untuk membiak virus yang menentang proses demokrasi.

    ReplyDelete
  3. nescaya x lama lagi akan ada revolusi besar2an sekiranya rakyat dah semakin marah dgn BN.

    wait & see.

    popcorn pasti meletup

    ReplyDelete
  4. cilakak tak abis2...memang perbuatan kerajaan secara tak lansung membuatkan semua rakyat akan turun kejalan untuk menuntut keadilan.jgn salahkan rakyat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post