Lagi 'pengundi klon' dikesan

Sebelum ini timbul dakwaan wujudnya 'pengundi hantu', kemudian penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi - dan sekarang lebih banyak 'pengundi klon' pula muncul dalam daftar pemilih.

Sekurang-kurangnya tujuh pengundi didapati telah 'diklonkan' dalam daftar pemilih dengan nama dan kad pengenalan lama yang sama tetapi dengan nombor Mykad berbeza.


Menurut maklumat yang diperolehi daripada sistem pengesahan di lana web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), nama-nama berkenaan muncul dua kali dalam daftar pemilih. Ini menimbulkan tanda tanya sama ada mereka itu layak mengundi sebanyak dua kali.

Dalam kes pertama nombor kad pengenalan lama 1479323 yang dimasukkan ke dalam sistem SPR itu menunjukkan dua kemasukan di bawah nama Sa'ad bin Samsudin tetapi dengan dua nombor Mykad yang berbeza - 380913105681 dan 510913105553.

Laman web itu juga menunjukkan lelaki berkenaan mempunyai dua hak mengundi iaitu di Parlimen Titiwangsa dan Parlimen Setiawangsa.

Kerusi Titiwangsa dimenangi oleh Allahyarham Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali dari PAS, yang meninggal dunia bulan lalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Titiwangsa Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata pihaknya mendapati empat kes yang hampir sama di kawasan itu, membabibitkan:

1. Shodah binti Abdul Rahman (IC lama: 4802777, dua kali didaftrakan di Titiwangsa)

2. Mohamad bin Ismail (IC lama: 8370614, satu didaftarkan di Titiwangsa dan satu lagi di Setiawangsa)

3. Anderson a/l P Arputhanathan (IC lama: A0831847, satu didaftarkan di Titiwangsa dan satu lagi di Setiawangsa)

4. Chellamah a/p Murugesu (IC lama: 7877951, satu didaftarkan di Titiwangsa dan satu lagi di Setiawangsa)

Berdasarkan maklumat pembaca, Malaysiakini juga mengesan dua pengundi seumpama itu di Perak dan Terengganu.

Mohd Rashid bin Ismail (IC lama: 6397062) - mempunyai dua pendaftaran di kerusi parlimen Taiping (Mykad: 620108086991) dan kerusi bersebelahannya di parlimen Bukit Gantang (Mykad: 620108086713).

Apabila kedua-dua nombor Mykad dimasukkan dalam sistem online Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), keputusannya menunjukkan bahawa kad pertama telah diambil manakala kad kedua sedia untuk diserahkan di pejabat JPN Kuala Lumpur.

Pengundi kedua - Sulong bin Jalil (IC lama: 6290844) - juga mempunyai dua pendaftaran di kerusi negeri Ajil di bawah parlimen Hulu Terengganu tetapi dengan dua nombor Mykad berasingan - 611110015143 and 611110115371.

Malaysiakini sedang berusaha menghubungi SPR dan JPN untuk mengulas perkara ini.

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Segala masalah akn selesai jika ikut tuntutan BERSIH. Brdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Itulah keadilan namanya. Tahu ke SPR ni keadilan??

    ReplyDelete
  2. saya tahu keadilan logonya adalah bulan gerhana


    jgn marah aaaa nnt kene jual

    ReplyDelete
  3. najib patut bagi bonus tambahan lagi 2 bulan kpd kakitangan spr dan jpn kerana telah berkerja keras siang malam meyiapkan penipuan ini demi utk umno.

    ReplyDelete
  4. anon 2.47pm - apa point ko bai?
    kembali kepada topik..walaupun pendedahan demi pendedahan hari demi hari, apa kata menteri dalam negeri? yang bertanggung jawab pasal IC dan masalah warga asing ni? menteri yang paling koman sekali dalam dunia..kesian arwah pak hussien.

    ReplyDelete
  5. Anonymous 3:52 PM

    ko tak phm bhs ker jgn marah nnt kene jual tu...

    jgn series sgt jg jantung anda tue sabar....

    sabar dan tunggu jawapan dari pihak yg berkaitan....tp kompem ada yg akan spin balik punyer

    padaku mana yg betul ku sokong yg serong ku sanggah xkira pihak mne pun sbb aku sndri pun mencari keadilan

    ReplyDelete
  6. ingat penipuan teringat umno...ingat umno teringat penipuan. begitulah sinonimnya umno dengan penipuan.

    ReplyDelete
  7. igt penipuan igt 16 sept MatCD
    igt penipuan igt 16 sept MatCD
    igt penipuan igt 16 sept MatCD
    begitulah sinonimnya MatCD dengan penipuan.

    tp siapa MatCD

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post