PANAS!! Lebih 230,000 umat Islam peluk Kristian pada 2008 - Harussani

Bila aku siarkan satu berita yang ada kaitannya dengan serbuan JAIS ke atas gereja semalam ada beberapa komen yang menyalahkan Pakatan Rakyat kononnya Pakatan Rakyat memanjakan sangat bukan Islam dalam hal ini..

Sekarang cuba korang baca apa kata Tan Sri Harussani akan perkara ini dan siapa yang dipersalahkan beliau.. Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional..


Pihak berkuasa agama kurang tegas: Mufti Perak

KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata banyak usaha dilakukan pihak tertentu untuk mempengaruhi dan memurtadkan umat Islam di negara ini, namun tiada tindakan diambil pihak berkuasa agama Islam termasuk pimpinan tertinggi bagi menyekat aktiviti berkenaan.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan bukan saja ramai umat Islam memeluk Kristian, malah ada yang memeluk agama Hindu dan agama lain terutama saudara baru seperti India Muslim.

“Apabila saya dedahkan laporan Persatuan Paderi Malaysia yang mengisytiharkan lebih 230,000 umat Islam memeluk Kristian pada 2008, tiada tindakan diambil, malah kata saya itu didustakan.

“Hakikatnya banyak (murtad), bukan sekadar masuk Kristian tapi Hindu pun ramai, saya tahu banyak usaha dibuat bukan Islam untuk pengaruhi Islam, malah ada mengakui poketnya sentiasa ada RM30,000 hingga RM50,000 bagi mempengaruhi umat Islam memasuki agama mereka,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Siri Bicara Agung Panggung Dakwah di sini, semalam.

Majlis itu dilancarkan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali.

Harussani berkata, antara strategi diguna gereja mempengaruhi umat Islam termasuk mengadakan aktiviti memberi makanan seperti di sekitar masjid pada waktu solat Jumaat dan Maghrib selain mengedar risalah agama ke rumah dan memberi wang kepada pelajar.

“Pernah terjadi sekumpulan pemimpin dari Subang Jaya termasuk bergelar Datuk berjumpa saya untuk memberitahu ada gereja sebarkan agama pada pelajar, beri duit dan bible dan perkara terbabit dilaporkan pada polis, tapi tiada tindakan. Saya juga hubungi pihak berkuasa, tapi jawapannya, kami nak buat macam mana,” katanya.

Beliau yang kesal dengan sikap itu, meminta pimpinan tertinggi membanteras aktiviti berkenaan daripada menjadi serius selaras kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.


Berita Harian Online

28 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Adakah pihak gereja yang harus dipersalahkan atau rakyat yang lemah dipersalahkan atau pihak berkuasa agama islam dipersalahkan.

    Adakah gereja memaksa secara kekerasan kepada umat Islam untuk mendesak mereka menganuti kristian? rasa aku tidak. Mereka menggunakan senjata harta dan wang untuk menarik umat Islam menganuti kristian.
    Andai umat islam merupakan umat yang hebat dan berada sudah pasti segalanya ini tidak berlaku.

    ReplyDelete
  2. 1: Pihak non muslim mengambil kesempatan menggunakan kelemahan kewangan umat Islam untuk menarik mereka kepada agama masing-masing. Itu kaedah dan hak mereka. Soalnya mengapa ini terjadi?
    1.1: Jabatan Kebajikan Masyarakat gagal berfugsi dan hanya memberi sumbangan kepada pendokong parti KERAjaan saja.
    1.2: Sumbangan zakat untuk faqir miskin dan golongan yang berkeperluan juga menggunakan format yang sama. Agihan sedikit dan duit selebihnya digunakan dalam hal-hal tak sepatutnya termasuklah hilang dgn jumlah yang besar.
    2: Inilah ajaran sesat umnoapco yang sengaja membiarkan ramai umat Islam miskin Angkuh dabik dada sbg KERAjaan cemerlang, tapi rakyat bersepah miskin. banyaknya sehingga terpaksa TV3 buat rancangan khas mengenainya. Anehnya KERAjaan tak berasa malu sebaliknya tersengeh bangga, kononnya syarikat sawsta turut perihatin kepada masalah rakyat.54 tahun merdeka inilah nasib umat Islam ditanah air sendiri kerana silap memberikan kepercayaan kepada umnoapco memerintah.
    3: Di bulan Ramadhan penuh berkat ini , marilah semua umat Islam bangun berdoa agar KERAjaan khianat ini di hancurkan ALlah dengan sebangsat-bangsat jehancuiran agar masa depan anak cucu kita lebih cerah lagi ceria nanti.

    ReplyDelete
  3. Punca utama ialah pendakwah dan penceramah agama berdakwah di tekan krn memburukkan ameno sdgkan mmg ameno buat salah tp tak nak sedar.

    mereka yg tergolongan dlm dakwah tidak dpt menjlnkan tgg jwb dgn tenang. Mungkin inilah satu sbbnya cara percakapan mrk keras.

    Dan ini lah akibat jika mufti di DIAM kan dan jika mufti hny duduk atas kerusi sahaja. Dr Asri yg wahabi di cop kan penganas/bahaya sdgkan fitnah lebih bahaya.

    Mufti Perak boleh persoal pihak polis jawap nak buat mcm mana. Tp bukan kah mufti bermesyuarat dan mewakili raja. Mengapa tak dibincang secara serious dr tahun ke tahun? Apa yg dimesyuaratkan?

    ReplyDelete
  4. Org ameno kata melayu dah senang jika di beza dgn zaman penjajah.

    zaman penjajah melayu tak de tukar agama.. yg ada satu yg aku tahu kes natrah.

    kau org fikir lah kedudukan org alim dgn ilmu agama dahulu dgn org alim dgn ilmu agama skg?

    satu kumpulan krn tergoda dgn 'upah' dan satu lg krn di 'tekan'
    skg yg rugi kita krn mereka yg lemah jd keliru dan kata dia org pun sama mcm kita.

    ReplyDelete
  5. jika tidak mahu mempersalahkan pihak gereja dalam memberi kebajikan kepada orang melayu beragama islam, institusi agama islam perlu mengambilalih peranan gereja untuk menyelesaikan masalah ni

    ReplyDelete
  6. Jika kita umat Islam terus menuding jari kepada sesama kita, siapa yang rugi? Apa kata mulai hari ini kita sama-sama menggerakkan diri kita untuk melaksanakan amal makruf nahi mungkar ikut kemampuan yang ada pada kita. Hindarkan sentimen kepartian. Umat Islam menyembah Allah yang esa tidak kira dia ahli parti mana atau tidak berparti. Yang penting buat. Bukannya banyak bercakap.

    ReplyDelete
  7. kalau lepas ni PPZ x nak agih zakat kpd fakir miskin dan yg dah convert ni... x taulah aku apa nak jadi dgn islam itu sendiri

    ReplyDelete
  8. anon 4:01 pm .. mahu kah ameno sama sama mengerakan nya sdgkan mrk lah punca sebenar.. sb mrk yg berkuasa.

    kalau org berkuasa bijak dan beriman tak pyh susah susah mcm ni..

    6 thn lalu satu kuliah agama .. sape byr zakat? duit zakat tu tak sampai .. setiap kali syarikat gergasi dan bank besar byr zakat siap dgn cek bertulis besar.. jumlah yg besar ..

    kalau kepala yg atas yg kontrol kotor .. tak payah laa.. kita tenguk kepala ni letak jawatan tak atau sekurang2nya di tukar..

    ReplyDelete
  9. itu yg jd pelik kenapa hasan/jais gi serbu..

    contoh di seremban kenapa tak serbu rumah org yg miskin dan susah. dlm blog ni ada cite kisah di seremban . dan ingat tak arwah yg kena ragut cuma ada rm 5 ..

    kita patut gunakan cara halus dan lebih bijak dr menyerbu .. pastikan duit zakat digunakan dgn betul.

    ReplyDelete
  10. Menteri dan badan pengurusan zakat termasuk ketua2 JKKK dan semua pemimpin2 yg berkenaan dari yg beso hingga yg kecik kena bertanggung jawab dlm hal ini. Serius. Kenapa?. lihat sekeliling kita.

    ReplyDelete
  11. SALAH URUS WANG ZAKAT MENJURUS KEPADA 230,000 UMAT ISLAM TERJEBAK KEPADAN AGAMA KRISTIAN.
    SEBELUM 2008 LAGI KERAJAAN SIAPA YANG MEMEGANG MALAYSIA?

    ReplyDelete
  12. Semuanya hasil umNO APCO tadbir Malaysia !

    ReplyDelete
  13. Salam Ramadhan.

    Inilah yang di katakan Malaysia Negara Islam hasil pimpinan UMNO/BN. 52 tahun lebih memerintah,tetapi gagal 'mengazankan' Islam pada umat melayu Islam di Malaysia...mungkin sibuk dok 'simpan duit' kot..

    Wassalam.

    ReplyDelete
  14. inilah akibat ulamak2 sibuk kuasa dan politik dari kepentingan ummah..!

    ReplyDelete
  15. sekarang PAS dah kuasai selangor..
    harap2 ISLAM di selangor dimartabatkan..:
    1. pusat2 urut dan nite club diharamkan..
    2. jualan arak diharamkan..
    3. kilang calsberg aka pasberg diharamkan..
    4. konsert2 di icity diharamkan..
    5. puak2 DAP memeluk islam..
    6. ms elizabeth menutup aurat dan tak akan kangkang-mengangkang..

    (adakah aku bermimpi di siang hari????)

    ReplyDelete
  16. pasberg

    sebelum buat kesemua 6 perkara tu..

    kena islam kan kau dan pemimpin kau terlebih dahulu ..

    2 perkara ni je di dulukan

    1. jgn buat fitnah
    2. jgn makan duit zakat

    ada kah aku di alam wonderumno??

    ReplyDelete
  17. pas berg, sebelum pas selangor buat 6 perkara tu kau kena pastikan akak rosmah kau pakai tutup aurat betul dulu,pemimpin kau kena kurangkan rasuah sebab nak hapuskan tak bolih, fitnah tu kurangkan ja dulu ok.

    ReplyDelete
  18. kenapa setiap kali aku baca hujah yang menyebelahi parti porno mesti bersumberkan fitnah??? ayat dan point hujah diorang pasti akan membuatkan budak2 6 tahun terkencing sebab tak tahan gelak??? kenyataan2 daripada penyokong umporno jelas membuktikan mereka pun tak percaya pada umno dan hanya mempercayai Pas...mereka hanya menyuruh Pas tutup segala pusat2 maksiat yang dibuka dan dikuasai umno...sedangkan kerusi umno di parlimen lebih banyak daripada kerusi Pas... ahli umno lebih ramai daripada pengundi Pas..pemerintah pusat juga adalah barisan nasional yang diketuai oelh umno. tapi semua tanggungjawab agama diletakkan pada bahu Pas sahaja... saya masih bingung dan tertanya tanya agama apakah menteri2 dan ahli2 umno???

    ReplyDelete
  19. Jangan jadikan diri anda sebagai seorang yang asyik menyalahkan orang ramai kerana kelemahan diri anda.

    ReplyDelete
  20. MSK:
    Pemimpin Islam di Selangor pun macam tu juga. Jangan salahkan mereka yang menerima bantuan dari gereja…sebab kalau mereka yang mahu dipersalahkan, maka pemimpin Islam Selangor juga perlu dipersalahkan.
    Hasan Ali dapat peruntukan RM50 juta ringgit untuk membantu keluarga miskin melalui Yayasan Qardhul Hassan. Siapa yang dah dapat bantuan tu? Berapa ramai yang dapat bantuan?
    Hasan Ali juga EXCO ugama. Berkuasa keatas JAIS. Kemana duit zakat?

    ReplyDelete
  21. Salam Perpaduan...
    Sebagai Non-Muslim di negara ini, setahu saya gereja tidak pernah menjanjikan sebarang bentuk bayaran atau ganjaran bagi yang memeluk agama kristian. Utk Perhatian, Kawan rapat saya adalah seorang Pengerusi Majlis Gereja. Info dari dia, Semua gereja bergantung daripada sumbangan orang ramai especially org kristian itu sendiri. Bantuan NGO luar adalah untuk gereja yang lama dan utama sahaja. Bantuan ini pun diberi oleh bekas bekas penduduk Malaya yang pulang ke negara masing masing. Dan daripada duit sumbangan itu, mereka mejalankan aktiviti keagamaan mereka dan aktiviti kemasyarakatan. Kos pengurusan sebuah gereja adalah sangat tinggi. Of course, klu ada yang berminat, maka gereja akan mengambil insiatif untuk memberi panduan kepada mereka.
    Dalam perbincangan mingguan mereka, tidak pernah wujud cadangan atau insiatif untuk memurtadkan org Islam. Secara praktikal, simple reasons, Pertama sekali, mereka tiada modal untuk berbuat demikian. Kedua, organisasi mereka lebih tertumpu dalam menjalankan pengurusan gereja itu sendiri. Ketiga, Kristian bukan agama baru, untuk dicari penganut segera.

    Keempat, sekiranya penganut lain ingin memeluk agama kristian, saya rasa itu adalah pilihan dia sendiri, dan kita tidak seharusnya membuat pilihan untuk dia.

    Agama hindu, frankly speaking...semakin tidak terurus...Masalah politik, kasta dan macam macam lagi. Nak bagi ganjaran untuk penganut baru, tak mungkin sebab tak ada duit. simple.

    Untuk menarik penganut lain ke agama islam pula, antaranya PERKIM, ABIM Outreach, Darul Fitrah, RICOI, Al Hunafa, Jabatan Agama Islam setiap negeri, HIKMAH di Sarawak dan USIA di Sabah menjalankan tugas. Cuba bayangkan berapa banyak peruntukan yang diterima saban tahun untuk memikat penganut agama lain untuk memluk islam. Bagaimana dengan wang zakat?
    Kalau anda masih menyalahkan agama lain sekiranya sesiapa murtad, fikirkan la.

    Itulah reality di Malaysia. Cubalah tuan tuan berfikiran positif dan tanya diri sendiri...lemah sangat ke iman orang islam? Hanya kerana satu isu timbul dan sengaja ditimbulkan untuk kepentingan politik, maka kita pun meloncat akibat rasa tidak puas hati dan was was. They are not that bad. Kenapa perlu prasangka? Saya percaya semua agama menjurus kepada kebaikan.

    ReplyDelete
  22. Rm 30,000 hingga RM 50,000 dalam poket? Kalau nak kelentong, biar la berpada pada. Kenapa la ada orang masih percaya kat dia ni? Cuba tanya siapa dia yang dok pegang duit sebanyak itu. Senang cerita, kita ambil tindakan. Sampai kiamat dia tak akan bagitau. Pening dengan depa ni.

    ReplyDelete
  23. diorang ingat angka tu tak sampai sejuta maknanya angka tu sikit??walau sorang pon murtad benda ni tetap serius!!!da lama da bnda ni kuar dalam majalah2 tapi xde ape2 efek pon.gomen yg mana bangang skang ni???

    1.HTC Ruby Dikantoikan!(Video)
    2.Pewaris Samsung Galaxy S2, Samsung Hercules(Video)
    3.Nak Kentut Kena Bayar Sekarang Ni

    ReplyDelete
  24. Dah timbul keadaan minoriti berkuasa kerana undi meraka diperlukan oleh BN dan PR.Lama2 agama tergadai kerana politik.Nak bertindak takut tak dapat undiPercayalah islam tidak akan dapat ditegakkan melalui peti undi.

    ReplyDelete
  25. duit zakat ratusan juta tp ke mana pegi, sdra baru nak mintak bantuan kew tp yg dpt kena tenking kena marah itu yg menyebabkan sdra baru sanbggup murtad apatah lg keimanan mrk belum mantap yg dah mantap pun bergegar krn kemiskinan hidup krn terlalu miskin boleh membawa kpd kesyiruikan...ap yg mantan mufti Perlis tu bgtau memang ada kewajaran nya.aku byr zakat terus kpd sekolah2 agama/anak yatim yg betul2 susah sudah pasti mrk dpt terus tanpa byk kerenah birokrasi.

    ReplyDelete
  26. SEMUA INI BERLAKU KERANA RASUAH, KERANA UMNO, RASUAH, UMNO, RASUAH, UMNO....HAPUSKAN UMNO MAKA MASALAH MUSLIMAT TAKDA MASALAH DGN BANTUAN GEREJA!

    ReplyDelete
  27. Open minded. bantuan yg diberikan oleh gereja tlh disalah anggap sbg ganjaran oleh org islam. sdgkan pd saya sbg muslim jika benar lah mrk diberi sogokan wang utk mnjadi kristian maka adalah agama kristian tu di kelas bawah.

    sbb mana mana manusia dan bangsa termasuk kristian memandang rendah pd org yg penting kan wang ringgit semata mata. Mrk pun sedar org ini lemah setelah menjadi kristian. Org gereja tentu mahukan org yg rajin ke gereja dan kehidupan mrk tenang dan bahagia. Jika krn wang ringgit org spt itu akan terus minta duit dan bila tak de duit maka mrk lupa pd agama baru mrk. Tidak kah ini satu kerja yg sia sia.


    mungkin sdr tdk sedar yg sdr tlh mengatakan seolah olah islam pun menguna kan wang ringgit dng kata kata 'Cuba bayangkan berapa banyak peruntukan yang diterima saban tahun untuk memikat penganut agama lain untuk memluk islam' Dlm islam ada ayat mengatakan sdr dgn agama sdr dan sy dgn agama sy. jd kami tak pergi rumah ke rumah atau org perseorgan mengatakan masuk lah agama kami. krn itu kami tidak mengunakan wang utk memikat. Ganjaran dr wang zakat bukan lah hukum kami tp hukum Allah. Dlm Islam mrk berhak maka itu kami tidak menganggapnya sbg ganjaran.

    Dlm mana mana kelompok manusia, apa agama pun lah mesti ada yg baik dan tidak baik. Tp dlm Islam yg ada hny org beriman pd allah kalau tidak ,termasuk sy akan di tolak ketepi oleh Allah tuhan kami walaupun manusia menganggap saya org yg baik.

    salam persaudaraan buat open minded.

    ReplyDelete
  28. Menurut laporan website inihttp://www.youtube.com/watch?v=xdVnILalpeo, 6 juta orang Islam convert jadi Kristian di Afrika setiap tahun.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post