Mahkamah benarkan Anwar temubual Najib dan Rosmah, tapi....

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan dua permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menemu bual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor bagi perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya.

Bagaimanapun, menurut Zabidin adalah terpulang kepada saksi sama ada mereka mahu ditemu-bual ataupun tidak.


Jadi kalau disapena sekalipun jika Najib dan Rosmah tidak mahu hadir ke Mahkamah mereka tidak akan didakwa menghina mahkamah.. err sejak bila ada kelonggaran macam ni?

Apa? Adakah kerana mereka pemimpin dari UMNO, mereka tidak tertakluk kepada undang-undang?

Mahkamah benarkan Anwar temubual PM, isteri

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan dua permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menemu bual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor bagi perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah (kiri) berkata apabila pihak pendakwaan menawarkan saksi kepada pihak pembelaan, adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk pastikan kehadiran saksi ke mahkamah.

"Apabila pendakwaraya menawarkan saksi kepada pihak pembelaan, adalah menjadi tanggungjawab pendakwa untuk memastikan saksi hadir ke mahkamah.

"Pihak pembelaan mempunyai hak untuk menemuramah saksi," katanya.

Bagaimanapun, menurut Zabidin adalah terpulang kepada saksi sama ada mereka mahu ditemu-bual ataupun tidak.

"Justeru, mahkamah membenarkan kedua-dua permohonan (untuk temu bual 15 saksi) termasuk perdana menteri Najib Abdul Razak dan isterinya Rosmah, bekas IGP (Tan Sri Musa Hassan)," katanya.

Sebelum ini, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden (kanan) berkata Najib, Rosmah, Musa dan bekas ketua polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Yusof akan hanya ditemubual jika mereka disepina.

Ketiadaan komitmen daripada saksi itu telah menyebabkan peguam Anwar sukar membelannya. Lebih-lebih lagi 71 kenyataan yang dirakamkan oleh polis, sebelum ini, termasuk daripada Najib, Rosmah dan Musa tidak serahkan kepada pihak pembelaan.

Pada 1 Ogos lalu, Anwar memfailkan notis usul kedua di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memohon mahkamah mengeluarkan perintah untuk pihaknya menemu bual 10 saksi alibi.

Senarai terbaru itu membabitkan dua nama berprofil tinggi, termasuk bekas pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia Mohamad Ariff Abdul Kareem dan ketua pegawai operasi Bursa Saham Malaysia Omar Malek Ali Merican.

Dalam permohonan yang difailkan melalui Tetuan Karpal Singh & Co, Anwar juga menamakan dua bekas pembantu rumah kepada Hasanuddin Abd Hamid, pemilik unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku.

Seorang daripada pembantu rumah itu dikenal pasti sebagai Suliati manakala seorang lagi Fitria Dipan.

Pada 26 Julai, Anwar memfailkan satu notis usul memohon pihak pembelaan dibenarkan menemu bual lima saksi, termasuk Najib dan isterinya, Rosmah sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos.

Anwar pada 16 Mei lalu diperintahkan membela diri selepas mahkamah memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu, adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.


Malaysiakini

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Senang cakap tiga2 ekor tu walau disapina sekalipun tak akan datang kalau dah hakim pun siang2 dah sediakan kelonggaran untuk berok2 makyeh tu, maknanya tak kan ada hakim yang akan sign sapina, jadi tak kan ada sapina, kita semua dah boleh bau dari cakap2 hakim kangaroo tu. Yang kena sapina memang kena datang kalau tidak itu memang menghina mahkamah tapi yang akan disapina ialah yang selain dari tiga ekor tu sebab depa 2 ni adalah berok atasan.

    ReplyDelete
  2. Hakim : Najib pasai apa hang tak mai?
    Bang Jib : saya sakit lutut.
    Hakim : Rosmah pasai apa hang tak mai?
    Kak Mah : saya takut org kerat (potong) jari saya.
    Hakim : Musa pasai apa hang tak mai?
    Bang Ca : saya sakit jantung yg arif.
    Hakim : Bagus alasan diterima, mereka ini orang yg "bercakap benar dan berwibawa" sama seperti si 'epon" tuuu!.
    KANTOI lagi....!

    ReplyDelete
  3. Dah agak dah, najib pegang teloq hakim2 Malaysia. Hakim pasti kata najib bukan saksi penting, jadi tak payah panggil. Macam wartawan tanya dia dulu,
    Buat apa saiful jumpa najib? najib kata, Oh! dia datang minta biasiswa!...hakim pula akan kata perjumpaan ni tak relevant.

    ReplyDelete
  4. apa tujuan hakim membenarkan temubual tsbt? Demi kebenaran dan keadilan kpd tertuduh. Ttp bgaimanakah dpt kebenaran dan keadilan kpd tertuduh terlaksana sekiranya kehadiran adalah terpulang pd saksi.

    Permohonan temubual tlh ditafsirkan sbg temubual dan tidak termasuk permohonan menghadirkan diri. Sdgkan mana mana org yg tahu temubual termasuklah menghadirkan diri.

    Dan temubual ini di mahkamah bukan di pejabat peguam atau di ibu pejabat polis .. dan krn ditemua bual dimahkamah lah maka hakim mempunyai kuasa keatas mrk yg terlibat sekiranya hakim benar benar ingin kan kebenaran.

    ReplyDelete
  5. "Pihak pembelaan mempunyai hak untuk menemuramah saksi," katanya.


    Hak apa yg ada utk meneruamah saksi?
    Kalau ada HAK tentu saksi yg dipanggil mesti kena hadir. Lagipun hakim kata temuramah bukan temubual..

    Mrk ingin bertemu saksi utk beramah je.

    apa apa pun adakah kenyataan yg diberi semasa temubual/ramah ini sah disisi undang2. kalau sah maka saksi tiada pilihan utk tidak hadir.

    ReplyDelete
  6. jgn takut...lepas ni si hakim kangroo tu akan ubah balik kenyataan yg dikeluarkan hari ni.untuk tidak memanggil najib dan rosmah kerana atas sebab alasan yg memual kan..tunggu aja laa.wehehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post