Malaysia negara Islam terbaik?.. err.. betoi ka?



Tak tahu dari mana Lidah Rasmi UMNO dapat artikel yang kononnya ditulis oleh seseorang yang menamakan dirinya sebagai Pencinta Negara Malaysia Ini.. dari gaya penulisan nampak macam ditulis oleh pencacai UMNO saja..


Beliau mengatakan amat sukar sebenarnya untuk mendapatkan IC, hatta membawa surat sokongan dari Najib sendiripun belum tentu boleh dapat kerana kewarganegaraan Malaysia hanya diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja...

Mungkin sukar baginya seorang kerana beliau bukanlah orang tertentu itu.. Jika beliau salah seorang dari 1.6 Juta orang tertentu yang telah diberikan IC di Sabah ianya pasti mudah.. (Baca di SINI Project IC Palsu)


Malaysia negara Islam terbaik

PENCINTA NEGARA MALAYSIA

SAYA adalah bekas Penduduk Tetap Malaysia, saya dan keluarga telah berhijrah ke Malaysia pada tahun 1974, pada ketika itu saya berumur kurang dari satu tahun.

Saya telah membesar dan bersekolah di Malaysia. Saya beragama Islam dan bertutur dalam bahasa Melayu. Sepanjang hayat saya, saya hanya tahu saya adalah rakyat Malaysia, walaupun hakikat sebenarnya tidak. Pada umur 21 tahun iaitu pada tahun 1995 saya telah memohon kewarganegaraan, saya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi warganegara.

Saya telah meminta banyak sokongan bermula dari guru sekolah, ketua kampung, wakil rakyat hinggalah kepada para menteri. Sudah banyak kali saya naik turun pejabat Kementerian Dalam Negeri semata-mata untuk membuat rayuan agar permohonan saya diterima.

Pernah juga saya ke pejabat kementerian pada ketika saya belum pun sembuh dari pembedahan.

Ramai pegawai-pegawai atasan di Kementerian Dalam Negeri yang telah saya jumpa kerana urusan rayuan saya ini. Malangnya dari tahun ke tahun, harapan saya untuk menjadi warganegara tidak menjadi kenyataan.

Seorang pegawai atasan di kementerian berkenaan yang pernah saya jumpa berkata kepada saya, mereka tidak hairan dengan sokongan-sokongan yang saya ada, hatta surat sokongan daripada Perdana Menteri sekali pun, kewarganegaraan Malaysia hanya diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja.

Saya merasa kecewa dengan kata-kata pegawai tersebut, sejak dari itu saya telah berhenti membuat rayuan.

Sehinggalah baru-baru ini setelah 37 tahun, saya telah dianugerahkan taraf kewarganegaraan oleh negara yang saya cintai ini.





Semasa mengangkat sumpah untuk menjadi warganegara kami disuruh taat kepada Agong dan setia kepada negara. Tidak ada satu pun elemen politik diselit dalam teks angkat sumpah tersebut.

Saya amat tidak setuju apabila ada sesetengah pihak di negara ini yang mengatakan betapa mudahnya untuk mendapat kewarganegaraan atas sebab-sebab politik.

Daripada pengalaman saya sendiri, sokongan ahli politik tidak memberi jaminan kejayaan permohonan warganegara. Pegawai-pegawai di kementerian juga menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah.

Saya menyanjung tinggi pendirian pegawai-pegawai ini walaupun saya pernah kecewa kerana permohonan saya ditolak.

Saya pasti tohmahan Mismah yang mendapat kewarganegaraan dalam masa 4 jam adalah tidak benar sama sekali.

Saya pasti dia juga mengharungi berbagai ranjau dan menunggu sekian lama untuk mendapatkan kewarganegaraan. Kesan daripada berita salah yang disebarkan, peribadi Mismah telah menjadi bahan kutukan di dalam blog-blog pembangkang.

Dalam keadaan ini Mismah berhak menyaman pihak terbabit kerana telah menyalahgunakan data peribadi beliau untuk kepentingan politik mereka.

Pada perhatian saya, sesetengah pihak di negara ini sangat suka membuat dakyah melulu tanpa menyiasat secara mendalam. Mereka ini sanggup membuat apa-apa saja cerita semata-mata untuk meraih sokongan dan menanam kebencian di hati rakyat terhadap kerajaan. Mereka tidak sedar bahawa tindakan mereka sebenarnya merugikan diri dan negara sendiri.

Bagi orang yang pernah tidak mempunyai negara seperti saya, kami lebih tahu menghargai negara Malaysia berbanding rakyat Malaysia sendiri.

Rakyat Malaysia dekad ini tidak pernah merasa sengsara akibat kemusnahan negara justeru mereka mengambil remeh tentang kepentingan kestabilan negara.

Tidak ada satu pun negara di dunia ini sebagus negara Malaysia. Walaupun berbagai cerita indah yang diceritakan mengenai negara luar, tetapi mereka tidak setanding dengan negara Malaysia yang tercinta ini.

Seorang pensyarah dari Pakistan di sebuah universiti pernah memberi tahu kepada kami di kelas, setelah beliau mengembara ke pelosok dunia, beliau tidak akan kemana-mana lagi, kerana Malaysia adalah negara Islam terbaik yang pernah dia menetap.

Sempena Bulan Kemerdekaan ini saya ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia agar cintailah negara ini. Jagalah negara kita ini sebaik mungkin kerana sekali kita kehilangan negara, kita tidak akan dapat kembali lagi.

Janganlah disebabkan politik kita sanggup merosakkan negara sendiri, politik seperti ini adalah politik kotor yang menghancurkan rakyat dan negara - Lidah Rasmi UMNO

16 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. dengar boleh..., percaya tidak sama sekali...

    ReplyDelete
  2. Kalau kata tak betoi..depa pakat2 angkat sumpah laknat nanti...

    ReplyDelete
  3. selangor negara islam terbaik sebenarnya .

    ReplyDelete
  4. kalau lah pencinta msia masuk msia semalam dan daftar pembersihan hari ni jugak dia dpt jd rakyat msia. tp dia dtg terlalu awal..

    duu kjaan bn tak pandang org mcm pencinta msia ni

    dan masa mak ayah pencinta msia disini tak pernah pun sesape panggil mrk pendatang.. jd pendatang ujud selepas dia lahir dan semua ini di lakukan utk kepentingan politik amno ..

    satu soalan ...negara mana kah selain msia yg buat keje mcm ni??

    ReplyDelete
  5. Anonymous August 17, 2011 4:39 PM

    sungguh kurang sopan kata2mu

    ReplyDelete
  6. Woit PenganutPAS!!

    Selangor tu negeri bukannya negara.. harap maklum.. err..SPM dapat berapa?

    ReplyDelete
  7. AKP betul aku cakap ni selangor negara islam terbaik . cuba ko tengok kat tadika seputeh tu diorang nyanyi lagu kristian oooo . pas tak pulak bukak pasti kat situ sebab pentadbiran PR selangor tu dibawah cengkaman adun seputeh tu . tengok je lah DUMC tu dari pusat komuniti boleh ubah jadi gereja methodist sekelip mata jer .... nik nazmi dan khalid samad yang sokong . khalid ibrahim tak leh nak kata apa pun ..tulah contoh negara islam terbaikkkk dari sudut pandangan DAP !!!

    ReplyDelete
  8. PenganutPas berhujah memang bangang, tadika seputeh dah wujud sebelum PR memerintahlah bangang!! tolol!! rasa hang budak lepasan SPM yang baru belajar nak jadi pencaci. Mesti upah lumayan dari UMPORNO. RM50 memang dah lumayan bagi pencacai lagu hang ni!! hahahaha

    ReplyDelete
  9. PenganutPAS..

    Kau maksudkan ASD ke AKP?

    mangkok betul la ko ni... hahaha..

    ReplyDelete
  10. anon 4:56 PM
    maaf kalau saya kurang sopan dan maaf juga krn kelemahan saya sdr tlh mengatakan saya kurang sopan.

    berkali kali sy baca tak nampak oleh sy yg mana yg dikatakan kurang sopan
    apa kah ada perkataan terlarang ? tidak. adakah saya menuduh ? Tidak.

    tlg bg saya nampak dimana kurang sopan nya kata2 saya.

    Sy setuju sdr kata sy kurang sopan sb sdr yg tahu jd saya mtk maaf..

    ReplyDelete
  11. Salam anon 7.45am

    ini petikan anda "kalau lah pencinta msia masuk msia semalam dan daftar pembersihan hari ni jugak dia dpt jd rakyat msia. tp dia dtg terlalu awal.."

    nampaknya anda sorg yg amat berhemah tinggi dan berbudi bahasa saya enjoy utk berhujah dgn insan spt anda....sgt berbeza jika dibandingkan dgn org yg hanya tahu menggunakan kata2 kesat yg penuh dgn emosi (tidak kiralah pihak yg menyokong atau membangkang)

    berbalik kpd petikan anda itu...apa yg dpt sy terjemahkn adalah bagaikan terdapat unsur tuduhan disitu...justeru sehingga hari ni saya belum jumpa bukti akan perkara tersebut....krn sy sdnri ada saudara yg berstatus penduduk tetap spt pencinta msia sblm ni ttp sehingga la ni blum lg dpt warganegara.....apa yg sy nk sampaikan disini adalah bkn mudah utk jd warganegara spt yg diwar2kan sesetengah pihak

    mohon maaf dgn kata2 yg saya yg mungkin ada menyinggung anda....saya doakan kesejahteraan anda dunia akhirat

    ReplyDelete
  12. Anonymous August 17, 2011 11:10 PM

    anda kata "tadika seputeh dah wujud sebelum PR memerintahlah bangang!! tolol!!"

    oleh itu knp tidak saja krjn yg memerintah sgor skrg ni dgn mandat yg diberi rakyat melaksanakan tindakan yg sewajarnya...........
    adakah perlu tutup mata shj....lps tue jaja dan letak salah silap tu pd pemerintahan lama....apa semua nih....rakyat dh pilih krjn skrg nih utk lakukan perubahan tp apa yg berubah takkan cuma bg air free sj (sbg contoh)

    ReplyDelete
  13. krn itulah kita mesti bagi putrajaya kpd pakatan supaya dpt diperbetulkan semua keje bodoh dan merugikan yg dibuat oleh bee end.

    setakat tadika nyanyi lagu kristian apa ke benda... tadika tu ada ke anak melayu beragama islam.. dan adakah kita nak suruh tadika tu nyanyi lagu nasyid spt selimut putih!

    ReplyDelete
  14. kau pun satu ckp aku kurang sopan tanpa penjelasan dan bertanya apa maksud aku seolah olah nak uji aku samada aku guna kata2 kesat. tu tanggapan aku sebelum ini tp tk krn sudi jugak bg penjelasan. Hai mcm kita berdua pulak yg punya blog nie... minta maaf ya kawan2

    ok masa aku ckp kalau masuk msia semlam dan daftar pembersihan ....ialah krn masa tu aku terfikir pendatang mcmana kah yg diberi keistimewaan itu. yg tlh menetap 10 tahun kah... atau 5 tahun kah... atau tak kira tahun kah... Jd kalau org itu masuk ikut tongkang smp semalam maka dia boleh kata dia dah menetap 5 tahun.. dan kata kata aku tu bukan tuju kpd pencinta msia sb aku pasti dia dah menetap lama..

    setakat tu je aku boleh cuba fahamkan lepas ni terpulang lah kalau kau masih menganggap aku kurang sopan sb silapnya aku Maaf.

    ReplyDelete
  15. setakat tadika nyanyi lagu kristian apa ke benda... tadika tu ada ke anak melayu beragama islam.. dan adakah kita nak suruh tadika tu nyanyi lagu nasyid spt selimut putih!------> adakah ini melambangkan pemikiran pemimpin pemimpin yang memerintah selangor ??? termasuklah khalid ibrahim dan khalid samad , kecuali hassan ali ??? so setakat budak tadika menyanyi lagu kristian dan terpampang depan pintu masuk CRIST is lord tak ada apa dalam hati mereka . kemudian baru tanya ada ker orang islam dalam tadika tu . hancur islam dalam malaysia ni sekiranya PAS dan PKR diberi kuasa .

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post