Masya Allah! Milo Suam sebar fitnah di bulan Ramadhan?



Menurut sebuah blog Pro UMNO dalam entrynya yang bejudul “Masya Allah! Blogger Pembangkang Kantoi Fitnah Bulan Ramadhan. Sebarkan.” Blogger Pro PR kononnya menyebarkan fitnah maha besar dalam bulan Ramadhan ini..


Tak tahulah pula sebesar mana fitnah itu jika dibandingkan dengan fitnah ‘DAP berjaya menghapuskan Azan di Pulau Pinang’ yang dimainkan oleh blogger Pro UMNO beberapa hari sudah yang akhirnya terserlah sebagai fitnah bila Mufti Pulau Pinang sendir telah bersuara.. sila baca di SINI.

Menurut pemilik blog tersebut Apa yang didedahkannya itu adalah satu pembohongan maha besar blogger pembangkang yang bernama MILO SUAM. Yang telah mengeluarkan artikel yang bertajuk Bongkar! Skrip sumpah PATI agar Menyokong BN. Menurut blog tersebut, gambar itu didapati dari Keadilan Daily.




dari Keadilan Daily


Aku dapat dari Zunar


Beliau menunjukkan bahawa beliau tidak reti bahasa disini bila menulis ‘sumber gambar itu didapati dari Keadilan Daily tapi beliau masih menyalahkan Milo Suam… apa ke hal ni?

Dalam artikelnya itu blogger Pro Umno itu telah melampirkan satu salinan dokumen yang menurutnya ialah Borang Sumpah yang ditetapkan dalam jadual pertama perlembagaan yang entah dari mana sumbernya..








(Eh.. tadi aku pergi bayar zakat tapi Amil tu suruh aku baca akadnya pada satu keping kertas yang telah ditulis dan ditampal olehnya atas meja tu.. bukannya dia suruh aku baca apa yang tertulis dalam resit zakat tu..boleh ka? Sedangkan jika menurut Blogger Pro UMNO tu ikrar atau akad yang perlu dibaca adalah yang terdapat pada dokumen asal)

Bagi menyokong dokumennya itu beliau menyiarkan pula pengakuan seorang bekas pemilik PR yang telah diberikan taraf warga negara. Pengakuan ini disiarkan dalam Utusan Malaysia – sila baca di SINI

Kalau korang baca apa yang ditulis oleh seseorang yang menggunakan nama Pencinta Negara Malaysia itu apa yang kelihatan beliau hanyalah pencacai UMNO.. menurutnya Beliau mengatakan amat sukar sebenarnya untuk mendapatkan warganegara, hatta membawa surat sokongan dari Najib sendiripun belum tentu boleh dapat kerana kewarganegaraan Malaysia hanya diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja...

Mungkin sukar baginya seorang kerana beliau bukanlah orang tertentu itu.. Jika beliau salah seorang dari 1.6 Juta orang tertentu yang telah diberikan IC di Sabah ianya pasti mudah..

Tulis blogger Pro UMNO itu lagi “Ertinya pengakuan ini bukan sesuatu yang direka-reka dan bersifat reaktif untuk menjawab tuduhan pembangkang. Secara logiknya, jika dikeluarkan hari ini mestilah surat ini telah diposkan ke pejabat utusan lebih awal.”

Diposkan?? Ikut suka dialah…

Diakhir entrynya pula Blogger Pro UMNO itu berkata beliau meminta pembacanya menilai sendiri betapa buruknya akhlak pembangkang di dalam bulan puasa ini. Oleh kerana MILOSUAM telah melampaui batas, maka beliau terpaksa membongkarkan identiti blogger ini esok.

Satu pembongkaran yang amat dinantikan oleh aku juga.. malangnya hingga sekarang masih tiada yang dibongkar..

Apa jawapan Milo Suam? Korang bacalah di Milo Suam

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. depa yang kata ut sebenanrya buta mata mereka sebab tu tak nampak sumber gambar dari mana...

    Entri Menarik Di Sini:
    1)Menarik!! Impian Wanita Zaman Sekarang
    2)Octove.com Bagi Hadiah Iphone 4
    3)Panas!! Wajah Penyamun Guna Asid

    ReplyDelete
  2. udah dia ambil sumber tu dari keadilan daily........then dia sebarkan pula kat blog....so klu bkn fitnah apa namanya yer....dei

    ReplyDelete
  3. laaaa keadilan daily kuarkan isu sumpah akuan ni sebab nak alih kan perhatian terhadap isu DUMC tu ker ?? biasalah taktik keadilan .

    ReplyDelete
  4. Apa susah.. saman je milosuam. Ada berani ka UMPORNO?!

    Depa yang hebah isu ini (keadilan) sudah pasti tindakan akan dikenakan terhadap mereka jika mereka berbohong. Namun depa berani lakukan dan ini menunjukan mereka benar! Jika fitnah atau menipu sila UMPORNO ambill tindakan segera.

    (Teringat isu video lucah yang disebarkan Tiga Dato Tenuk Keparat, sampai la ni, tiada penangkapan pelakon utamanya yang mana pihak polis udah mengenalpasti!! Apa lagi video itu fitnah laaa, sebab tiada penangkapan.. Memang sial pencacai UMPORNO percaya isu itu dan bertambah sial lagi sebab sebar dalam blog depa)

    ReplyDelete
  5. Anonymous 11:42 PM

    anda teringat isu video lucah yang disebarkan Tiga Dato Tenuk

    hehehe anda kata "Apa lagi video itu fitnah laaa, sebab tiada penangkapan"

    so yg kena fitnah tue kenapa tak nak saman....anda suruh la kpd yg kena fitnah tue saman...sbb anda juga yg kata fitnah kan...

    hehe

    ReplyDelete
  6. Apa ni...kita sumekan org islam.. Kalau org islam same islam pon gadoh macm mana kite nak bentuk satu negara islam yang makmor?? Ni lah silapnye kite sume..bile tgk ngra2arab yg pecah belah tu pandai kite kate tp dalam ngara kite sndiri pon kite tak boleh nak bersatu..
    Ayuhlah rakan2 tak kiralah ape pon parti yang kite sanjung/sokong/suke,.., jgnlah mengata sesamaka kite terutamanya sesama islam ... Islam mengajar kita bersatu padu, selesaikan masalah secara prbncangan bukan mengutuk menghina dam blog2 mcm ni.. Klu rase tak boleh nak bincang berdiamlah kerana sesungguhnya diam itu lebih baik.. Waallahu a'lam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post