Menteri Pelajaran tak tahu kenapa Bahasa Inggeris gagal dikuasai..

Muhyiddin akui beliau gagal memberikan jawapan bila ditanya "Bagaimana sistem pendidikan negara selama 13 tahun, dengan lima tahun di sekolah menengah, masih tidak mampu membuatkan murid-murid kita menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.

Kegagalannya itu membuktikan bahawa beliau tidak ada perasaan bertanggungjawab langsung keatas jawatan yang dipegangnya.. hanya makan gaji buta.


TPM arah pembelajaran Inggeris dikaji semula

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahukan pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah dikaji semula bagi memastikan pelajar benar-benar dapat menguasai bahasa penting itu sebagai bahasa kedua.

Muhyiddin (bawah) yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran melaksanakan kajian itu.

Menyatakan pandangan beratnya terhadap soal menguasai bahasa tersebut oleh pelajar, Timbalan Perdana Menteri berkata, penguasaan Bahasa Inggeris adalah penting kerana ia bahasa utama dalam komunikasi antarabangsa dan ekonomi.

"Bagaimana sistem pendidikan negara selama 13 tahun, dengan lima tahun di sekolah menengah, masih tidak mampu membuatkan murid-murid kita menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.

"Saya sendiri tidak mampu menjawapnya," katanya ketika berucap sempena lawatannnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Maokil, Labis di Segamat hari ini.

Muhyiddin yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh berkata, kajian itu yang akan dikendali Bahagian Kurikulum Bahasa Inggeris akan melihat sama ada kelemahan itu berpunca dari kekurangan guru Bahasa Inggeris, peralatan atau punca-punca lain.

Katanya, murid-murid mungkin beranggapan bahawa kemampuan menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua itu tidak penting untuk mereka, sehingga mengakibatkan mereka berhadapan dengan masalah ketika di peringkat universiti.

Beliau menolak tanggapan pelaksanaan dasar "Memartabat Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris" (MBMMBI), telah mengakibatkan Kementerian Pelajaran mengabaikan penguasaan Bahasa Inggeris.

"Itu tanggapan yang salah, saya dan Kementerian Pelajaran sentiasa menekankan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua," katanya.

Muhyiddin juga berkata, kementeriannya telah melakukan audit menyeluruh tentang kedudukan infrastruktur pendidikan negara, dalam usahanya untuk menyediakan keperluan infrastruktur yang diperlukan oleh sekolah-sekolah.

Walaupun kementeriannya menerima peruntukan pembangunan di antara RM5 bilion hingga RM6 bilion setiap tahun, tetapi katanya, ini tidak mencukupi kerana bilangan sekolah di negara ini adalah besar serta pertumbuhan penduduk yang pesat memerlukan pembinaan sekolah-sekolah baru.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Felda.

--Bernama

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Membuat kajian semula didalam pejabat berhawa dingin, memanglah tak menjadi!! cuba adakah satu pasukan taskforce, turun padang melawat sekolah, melawat rumah pelajar (secara rawak dan sistematik), berjumpa guru dan PIBG maka akan tahu masalah yang dihadapi oleh pelajar, ibubapa dan guru.

    Cakap lagu ni pun sapa boleh!!

    ReplyDelete
  2. Bodoh moohideen! Seribu kajian pun tak dpt jawap!
    Ini dari seorang bekas guru BI...
    1. Guru2 yang mengajar BI hanya lulus BI dalam SPM....bodoh!
    2. Saya guru yang berminat Matematik diberi pula latihan perguruan dalam jurusan BI...jadi mana saya ada minat...bodoh!
    3. Peluang dilantik jadi Guru Besar sangat kurang bagi Guru BI kerana disekolah kebangsaan semua guru melayu diberi keutamaan. Di sekolah cina, semua guru cina diberi keutamaan, di sekolah tamil semua guru tamil diberi keutamaan...jadi guru macam saya tiada peluang langsung...bodoh!
    4. Pelantikan diberi kalau anda pandai ampu Gurubesar...jadi siapa2 yang rajin mengajar tak pandai tipu mengajar selalu tak disanjung..jadi guru BI pun tak minat.
    Inilah sebab2 hamba RESIGN dari menjadi GURU BI. Buat lah banyak2 kajian kepada kroni2 hang guna duit hasil cukai rakyat... hang bodohlah MOOhideen!

    ReplyDelete
  3. Saya beri tiusyen sambilan membantu anak-anak kampung belajar Asas membaca Bahasa Inggeris sejak tahun 1995 - mengguna sistem Phonics,

    Mulai membuat kajian mengenai sistem ini sejak tahun 1995 kerana keadaan terdesak, perlu mengajar anak-anak dirumah (Tiada Tabika atau guru2 tiusyen). Kami tinggal dalam kawasan pendalaman (hutan) dimana tidak mempunyai asas kemudahan untuk belajar sewajarnya.

    Dalam tempuh masa 60jam, 20 minit satu sesi, Insyaallah hanya dari rumah akan dapat membantu anak-anak membaca dengan fasih.

    Lepasan SPM juga mengikuti program saya, bukan mereka tak fasih tetapi rasa segan dan kurang yakin kerana sebutan2 tak betul.

    Bermula dari peringkat Tabika sudah boleh mengajar anak2 baca Asas, kanak2 4tahun mudah di lentur dengan bahasa baru selain bahasa ibunda.

    Dibangku sekolah akan di beri pendedahan Grammars, comprehension dan Composition.

    Saya juga rasa ibubapa perlu memainkan peranan penting membantu anak2 belajar membaca dari rumah.

    Atas permintaan ibubapa, saya telah sediakan Step by step tutorial, saya blog khas kepada ibubapa murid saya agar mereka juga dapat membantu anak-anak mereka dirumah, dedicated to non English Speakers - tutorial dalam Bahasa Malaysia @

    http://where2-where2.blogspot.com/.

    Terima kasih

    Puteraputeri

    ReplyDelete
  4. guru bi dari australia yg di bawa masuk oleh mohiden : gaji USD 5000, dapat rumah, keta free
    Guru Pakar dari Malaysia : gaji ikut gaji akhir sblm pencen ( RM 3k - 4k)..itu je dapat. cola ..mula tu bagi tapi dah tarik balik dan yg dah terbayar diminta bayar balik.

    guru Australia ..masuk kelas petik gitar.. apa tak dapat

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post